Mengejar Langit Biru - Bab 8

 BAB  8 : ADAKAH LEBIH BAIK AKU TIADA?



Jenazah ayah Nadhira selamat dikebumikan selepas Asar. Aku meminta izin untuk bertolak pulang ke KL sebelum jenazah dikebumikan, kononnya supaya tak terlewat sampai ke rumah. Perjalanan Ipoh – KL kalau tak jem mungkin 4 jam perjalanan baru aku sampai ke rumah.

Sebenarnya aku tak tahan berlama-lamaan bersedih dengan Nadhira. Bila aku beritahu yang aku mahu pulang, dia senyum saja.

“Aku faham El. Kau pun mesti belum cukup bertenang lagi kan. Aku tak paksa kau untuk sama-sama bersedih dengan aku.” Dan kedua-duanya berjurai airmata buat kesekian kali.

Sepanjang aku memandu pulang ke KL, ingatanku teringat kembali waktu aku tiba di rumah Nadhira. Sebaik saja aku menjejakkan kaki ke rumahnya, dia terus menerpa dan memelukku erat.

“Aku dah tak ada ayah, El.” serentak dengan kata-kata Nadhira, kami sama-sama menangis. Aku melihat ibu Nadhira turut mengelapkan airmatanya yang tumpah dengan hujung tudung bawal, sebak melihat kami berpelukan dalam tangisan. Nadhira kemudian mengajak aku duduk di ruang tamu, sementara dia melayan tetamu yang hadir.

Bagai dicubit peha kiri, peha kanan yang terasa pedihnya. Airmata aku sendiri tak henti-henti mengalir sehinggalah aku pulang. 

“Allah uji aku hilang ahli keluarga, hilang satu-satunya ayah yang aku ada, Allah ambil terus dari aku. Kau kena sama-sama kuat dengan aku El, kita kena sama-sama belajar redha menerima qada’ dan qadar.” Sempat pula Nadhira memberi nasihat padaku. 

Isa masih hidup, dia belum mati. Tetapi kalau kehilangan orang hidup itu lebih sakit, lebih baik aku ataupun Isa yang mati. Supaya salah satu dari kami dapat meneruskan hidup, bukan sekadar hidup seperti mayat - mati tak mahu hidup pun segan.

Aku teringat tazkirah di radio Ikim.fm tentang kematian.


“Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". (As-Sajdah 32:12)


Matinya seseorang bererti terputuslah segala amalan seorang manusia. Amalan yang membezakan sama ada syurga atau neraka pengakhiran kita. Hanya amalan yang cukup dan sempurna, yang cantik saja sesuai untuk dipersembahkan kepada Allah SWT sebagai permohonan kita untuk memasuki syurgaNya.

“Bersediakah kita untuk transisi diri dari dunia sekarang ke dunia barzakh? Bersediakah diri kita, dah dipersiapkankah diri kita untuk ke dunia barzakh? Ketahuilah kita, bahawa ketauhidanlah yang menyebabkan hati kita percaya kepada Allah. Tauhid yang membuatkan kita yakin bahawa setiap masalah yang ada di dunia ini akan dapat diselesaikan, kerana Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya. Ketauhidan kita kepada kuasa Allah yang Maha Mengetahui itulah yang membuatkan kita percaya segalanya akan okay.”

Cukupkah ketauhidan aku pada Allah? Cukupkah iman aku untuk dibawa ke akhirat? Cukupkah amalanku selama ini?

Ataupun lebih baik aku mati saja dan biar Allah yang menentukan segalanya?

Tiba-tiba cahaya kereta di depan memancarkan silau tinggi dan aku terkebil-kebil tidak dapat melihat jalan di hadapan.

Burnt Out & Resetting Life

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

-------------------

Lama betul tak menulis di sini. As usual I'll dump every random thought in one post lol.

1) reason why

lama tak menulis macam dulu sebab aku jenis bila ingat time tu juga kena menulis, lepas tu tak ingat dah. siapa geng macam ni? I mean biasanya the thought came during driving to work - bila sampai ofis sibuk dengan kerja so tak teringat dah apa yang difikirkan.

I think stuck in traffic jam, commuting hours back & forth to office and home (selain dari buang masa) sebenarnya buatkan aku jadi less motivated to do a lot of things. Penat satu hal. Kemudian lebih kepada pikir aja tapi tak jadi apa. Sembang kosong atau lebih kasar, banyak berangan dalam kereta. Turun je kereta, back to reality & routine - buat benda yg sama sampai bosan.

Heran juga bila tengok balik post awal-awal blog ni (when I decided to blog again) sempat pula aku tulis blog panjang-panjang. I think masa kat ofis lama I had the privilege of not sharing space with others, so tak rasa terganggu sangat masa mengolah ayat (I'm someone who's easily distracted and easily overwhelmed so kalau orang ramai, bising, lalu lalang confirm tak jadi kerja apa).

I think it's high time to start writing again. To get things out of my chest, to lessen the anxiety, to slow down the sounds in my ears (I was sleeping and heard irritating noises. I woke up and saw no one, except myself - and when I became conscious of the noises, they became quiet. Scary isnt it).

2) kita baik - jadi kita mudah terasa bila orang tak resiprokasi

last month was a trial month for me. I was so burnt out - tired of repeating the same thing. Tried travelling with friends, ended up with sad news within family (some of us were infected by Covid-19, the ultimate was Atuk losing his battle against Covid and left us all for good). I dont blame anyone but I feel like it's the same cycle, and it's like life hasnt been fair to me. I was going through something bad and there will always be some other events that major than mine, that I had to ignore my pain and to focus on others.

My thought was - can the life be kinder to me at least when I do kind to others? Lame thought, I know. Like I'm the kind one (jokes on me) - it didnt occur to me that time that I was the bad one. I was the one being selfish. Life was giving me signals and the silver linings of all things happened in my life, yet I chose to be obnoxious.

Kenapa cakap English ni? Entah sebab rasa senang nak spill bila cakap bahasa lain. Dan kenapa cakap berlapik ni? Supaya takde orang yang baca dan terasa - tapiiii confirm lah bila aku baca semula dan aku akan tertanya-tanya apa yang jadi.

Anyway - masa aku tengah down teruk tu dan waktu tu aku ke hospital. Takde parking, kena halau parking. Kakngah buat hal. Kereta kena saman sebab terlupa bayar parking. Masa tu hancur teruk bhai, memang aku nangis. Kat hospital tu jugak aku nangis. Waktu tu lah aku terpikir, tak boleh ke dunia ni buat baik sikit dengan aku? Padahal waktu tu aku jadi selfish kot. Takkanlah semata-mata aku bawak pesakit, orang lain nak kena accommodate aku? Kenapa perasan entitled sangat tu?

Kalau korang baca ni dan rasa kenapa perasaan aku bercampur aduk, itu la yang aku rasa. Aku rasa down, sedih, rasa perlukan bantuan orang. Dalam masa yang sama aku kena justify yang perasaan aku tu even legit dan valid, tapi aku over - aku tak perlu rasa entitled sangat, tak perlu nak marah pada orang lain dan aku tak boleh selfish sangat. Aku yang pilih nak jaga orang, jadi aku kena habiskan tugas tu sampai ke habis. 

If you have different thought than mine, please feel free to let me know.

3) kita terasa sebab kita kisah / sayang

betul ke orang baik je yang mudah terasa? Habis tu, mereka yang tak mudah terasa tu kita panggil mereka jahat ke? Ada flaws dalam ideologi ni.

Kemudian, betul ke kita mudah terasa bila kita kisah / sayang pada orang? Kalau orang tu kita tak kisah, kita tak terasa pun apa yang dia buat pada kita. Ye ke?

4) stop trying to take care of everyone

I know I have attachment issues and boundaries issues. So I always try to take care of other people to justify my issues, also to justify the guilts of whatever I'm feeling.

Bila ada orang pesan, "stop ambil tahu semua perkara, dan stop respon kepada semua perkara. Kau boleh gila kalau semua benda kau nak ambil tahu", it makes sense. Aku rasa aku berjaya buat benda ni, which jiwa aku jadi lali untuk sesuatu perkara tu sekadar lalu saja.

Tapi bukan mudah nak buang perkara yang dah jadi darah daging aku. 

I have serious problems with "attachment issues", also my love language is "quality time" so bila some people ignore my requests, my texts, my petty issues = all I see is people putting up walls against me, and I should never trust these people again.

5) goals & resetting life

Since the burnt-out phase, aku try nak reset balik my life. Seriously macam mana people my age aged graciously? with assets and savings and perfect life. meanwhile aku macam bot nak karam. all the things I wrote above pun macam petty je people with good life, balanced life, rich people wont even have to deal benda petty macam budak tingkatan 3 ni kan? 

anyway, I plan to re-write goals - ukhrawi & dunyawi. gituhhh. insyaAllah soon. 

till next time my eyes burn writing this post. love yourself, tim. xoxo




The Art of Not Giving a FU

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

-------------------

Currently there are a lot of random thoughts running inside my head.

1) aku nak rant dan aku nak tulis apa yang aku nak tulis. But I'm limited with words that along the whole write-up I'll forget what I wanted to write; with anxiety that people will read this blog and judge me; with self-hate that when I re-read my posts I'll definitely going to regret whatever I wrote and perhaps I'll delete them. Especially when I wrote in English. Like, apa benda kau acah-acah nak speaking. Tapi tu lah. kadang-kadang bila nak rant ni kena cakap bahasa lain baru macam sampai maksud. kalau cakap BM jadi macam kompius.

I've been deleting and disposing a lot of things in my life - things that once mattered to me. Sampaikan to the extend I've been saying this mantra : that I try to be a minimalist, to live with things that presently matters, and I try not to keep loads of things supaya senang besok time mati ke ada bencana alam ke takdelah ter expose benda-benda fake pasal diri sendiri.

Little that I know, that when I dispose all the stuff, I was actually removing parts of myself too. I barely recognize myself nowadays walaupun I don't mind being what I am today. Not that I'm proud of myself tapi entahlah bersyukur seadanya kot. 

2) I've been trying to write a post about this tapi malas. Tunggulah nanti aku buat list then boleh la buat post baru. Anyway end of last year, I learnt (through tiktok) that I might have ADHD. lol. Tapi since I'm an adult which dah adapt with a few routines so tak obvious sangat. Ada perkara-perkara yang aku sendiri tak faham tentang diri sendiri, tapi bila tahu they are traits of ADHD barulah rasa macam justified kenapa aku ni pelik. Nanti bila rajin, aku buat list. But I used to think that I might have Bipolar ke apa because of my mood swings.

3) I forgot what I wanted to write in the first place.

4) ok now I remember. People with ADHD tend to have low self-esteem, always doubting & hating ownself etc, biasanya lebih senang to fall into depression. I have loads of self-hate speeches inside my head. AND RECENTLY I REALIZED SOMETIMES THOSE SELF-HATE SPEECHES ARE NECESSARY. For me, sebabnya I (think) I fall close to a narcissist jugak so without those self-hate tu, confirm aku akan berlagak tak tentu pasal sampai lupa diri. It's not easy tau bila kau berlagak CONTOHNYA TULIS BLOG NI macam tak sedar diri cakap itu ini, masatu perasaan di atas, then bila jadi sesuatu then perasaan tu terhempas jatuh ke bawah, fuh perasaan tu susah nak stabilize kan balik. for me (or maybe for ADHD people) perasaan ni takde tengah-tengah. samada di atas atau di bawah. bila kat bawah tu 90% jaminan takkan naik ke atas. thats why pentingnya ada self-loathe tu supaya diri sendiri kena segera berada di tengah (balanced).

5) that is why I choose to numb myself. Kalau ada rasa nak happy sangat, I'll do self-loathe. Kalau ada rasa nak nangis, tengok cerita sedih then nangislah. I lost a lot of myself doing this but I like myself better this way. I learn to control my emotions this way walaupun nampak toksik. InsyaAllah my self-love is also sufficient.

6) that brings me to this point. I think my self-love is sufficient sampaikan I dont think I need somebody else to fill the void. Ya Allah entahlah is this self-love? ke self-harming lol. My love language is actually "Quality Time" (I just learnt about this recently, I thought mine is giving gifts) so actually I need to spend times with people to feel loved and to give love. Few months back, I started distancing myself even with my closest friends, sampaikan member pun hantar wasap tanya ok ke sebab dah lama tak dengar khabar. 1 thing for sure kenapa aku distant myself is sebab aku tak larat nak share vibes orang lain.

7) and that brings me to this point pulak. Aku takde energy dah nak bertukar-tukar vibe. susah nak explain tapi contohnya kau tengah happy or tengah marah then nak cerita dgn aku, probably I'll listen je tapi tak boleh nak bagi the feedback needed. I hate myself during that time/process sebab aku rasa aku selfish tapi at the same time aku tak boleh untuk tak jadi selfish. So I just turn off my connection with people je, senang.

8) I'm not sure if this is ADHD traits ke maybe partially it is. tapi of all communication modes, I prefer exchanging texts via socmed. haha. supaya I dont feel obligated to reply. 2nd  would be whatsapp/messages but sorry to inform that I am a dry-texter. 3rd would be phone calls supaya masa call tu aku blh buat benda lain - drive ke, mengemas ke, menaip ke. Setakat ni tak pernah lagi time call tu memang fokus call je mesti ada je benda I'll be doing, sebab aku tak boleh nak fokus 1 benda je ESPECIALLY bila call tu apa yg orang cakap - perkara tu akan terawang-awang di udara. Taktahulah benda ni make sense ke tak. Lastly would be face to face - ya Allah bila dah tua ni I dread meeting people sebab I have to behave and to focus all the time! Penat dia Allah je yang tahu.

9) Tak tahu kenapa aku tulis blog ni macam tulis diari secara public. Tak memasal jadi over-sharing with whomever yang baca blog ni. Tapi itulah, refer kepada tajuk. Penatlah nak delete post ni bila baca semula besok.

10) My previous posts (especially di blog satu lagi) kebanyakannya pasal my past relationships. I've moved on for good, insyaAllah. Tapi perasaan tu akan kekal ada - rasa sedih, benci, terkilan, nostalgia. Tiba-tiba terjumpa lagu ni pula.



Semoga semuanya baik-baik saja. Semoga diberi semangat untuk menghabiskan cerita pendek aku.

The Art of Giving

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful



My way of showing affection to others is by indulging people with gifts. 

Rasanya dari kecik dulu aku macam ni, dan aku rasa perkara ni dipengaruhi oleh apa yang aku nampak parents aku buat. Memang dari dulu, kalau ke mana-mana, aku akan belikan hadiah atau ole-ole utk kawan-kawan aku. Padahal seingat aku, aku tak ada lah close friend ramai mana pun sampai aku perlu nak beli hadiah utk kawan-kawan.

Makin membesar, makin aku stop buat perkara macam tu. I learnt the hard way that people don't really appreciate you even you appreciate them much. Sampai satu masa, aku benci diri sendiri sebab aku terlalu kisah pada orang. I cared a lot about others but they didn't reciprocate. Sehinggakan satu masa dulu aku pernah berdoa supaya Allah matikan hati aku supaya aku tak perlu kisah pasal orang lain.

Bukan salah mereka pun. Salah aku sebab meletakkan bahagia aku pada mereka. Faham tak? The need for people's validation through giving gifts to others. Benda ni kalau guna excessively, ianya adalah toksik pada diri anda sendiri ya kawan-kawan.

Tapi aku tak lah stop sepenuhnya, sebab benda ni comes second nature to me. So bila aku rasa terlebih afffectionate tu memang aku akan bagi apa-apa. Aku tak pasti cara lain yang boleh aku buat untuk bagitau pada orang lain yg aku "kisah" atau "sayang" pada mereka melainkan dgn hadiah. Pada aku, kata-kata je tak cukup. Perbuatan je tak cukup. Dan aku adalah orang paling teruk sekali untuk tunjukkan aku kisah pasal orang lain dgn perbuatan.

Through times, aku dah tak ada keperluan utk reciprocal of feeling. I think thats when I made peace with myself. Also bila poket aku pun dah stabil. Bila aku nak bagi, aku bagi. Tapi tak ada rasa pressured untuk memberi ataupun kalau tak beri. Dulu aku macam itulah, terasa wajib nak memberi pada orang sampaikan aku rasa tertekan. Pada aku, aku memang ada keperluan untuk memberi. Sebab my way of showing love is through giving kan? So aku taknak hati aku terus mati tanpa rasa sebegitu, sebab tu aku terus menerus memberi. Kata orang, ada hormon yang membuatkan kita rasa bahagia bila memberi.

So sepanjang aku hidup dan sudah merasa gembira dan kecewa apabila memberi, aku dapat rumuskan formula bagi mereka yang sejenis dgn aku yang rasa perlu memberi untuk tunjukkan sayang. Formulanya lebih kurang macam ni:-

Initially kau tak perlu memberi. Sampailah kau dah capai tahap selesa dengan seseorang. Tapi step 1 ni biasanya aku skip kalau aku dengan mereka yg muda dari aku. Ataupun baru kenal. Tu dah jadi macam tanggungjawab untuk beri pada yg muda, contohnya belanja makan. Hm, tertakluk pada belanja makan semata-matalah kalau utk yg belum sampai tahap selesa.

Step 2, beri hadiah pada hari jadi. Hanya pada hari jadi, bukan pada hari-hari lain.

Step 3, beri sesuatu waktu mereka bersedih ataupun sedang dalam kesusahan.

Step 4, beri sesuatu waktu ANDA gembira. Ini tahap tertinggi pada aku. Pastikan orang yg menerima adalah orang yg anda selesa.

Letakkan dalam fikiran kau, orang mungkin tak suka dengan apa yang kau beri. Jadi kau tak boleh suka-suka beri orang sesuatu tanpa sebab, walaupun sebabnya ialah untuk kegembiraan hati kau sendiri. Tak boleh. Ingat balik step di atas. "Beri sesuatu sebab suka-suka" tak termasuk dalam mana-mana step. Kena follow formula di atas untuk mengelakkan hati kau sakit dan kecewa tak tentu pasal, langsung tak  ada horman serotonin ka dopomine ke apo ka. 

Tapi......

Entah kenapa aku rasa macam sedikit kecewa juga ni. Mungkin formula aku tak tepat, sebab tu aku rasa kecewa. Aku beri sesuatu pada orang yang aku nampak sedih. Tapi dalam masa yg sama, orang tu pun beri sesuatu pada orang lain yg menjadi punca dia bersedih. Kenapa macam tu? Dia pakai formula yg mana? 😅

Itulah namanya "The Art of Giving". Logiknya bila memberi ni membawa maksud signs of affections, maknanya kita tak boleh la simply bagi orang apa-apa. Sebabnya, 1) kena la malu sikit janganlah senang2 nak tunjuk perasaan kita kat orang. Nanti tak berbalas, awak juga yg malu dan sakit kan? Haha.  2) Disebabkan belum tentu berbalas perasaan, janganlah sewenang-wenangnya "campak" perasaan awak pada orang lain. Orang tu nanti keliru nak respon macam mana. 

Jadi, berhati-hati la ye. Semoga rezeki awak bertambah bila awak selalu fikirkan tentang orang lain, moga ada pokok dan taman di syurga buat awak :)

p/s: "perasaan" / "affection" bukan semata-mata untuk cinta dan kekasih ye. Termasuk juga untuk parents, keluarga dan kawan-kawan.





FAKE LOVE


I hated my chambering students. Some of them, not all, of course. Most of them were dumbs, like really empty headed. I, on the other side, were not a friendly tutor. It took a whole loads of hated relationships with them students that I learnt how to control my tantrum.

One of them even called me "fake".

I was not sure which part of me was fake when I was with them.

I used to believe that I was the truest person ever. Very outspoken. My principle was to say the truth even if it hurts. Otherwise, how would people learn to be better? Of course, that principle was on the basis that I thought I was right. I was always right, never on the wrong side. Now, I would rather agree with people just to avoid any conversation.

Sometimes when I worked till late night, came home exhausted then repeat the same cycle for the next morning, I, too, thought that my life was fake. I was fake. Like, I faked my works so I could be seen as the busiest person alive - so I could avoid being real or commit to the real life.

These days seem like I am fake. Genuinely a FAKE PERSON. The truth is, this lockdown is making me a bit crazy inside the head. I feel irritated and annoyed with everything and everyone for the whole time. AND I'm irritated that I'm irritated!! Blergh. That's when the thought that I am fake came.

I'm not sure why it is hard for me to control my anger when I'm with kids, unlike when I'm with adults. I mean, when adults make mistakes, I usually ignore them AND try to calm myself before I become a tornado like how I used to be with my chambering students. I'm no longer that person (!!). Of course, other than thinking than I am fake, it comes with the feeling of "losers" and "failures". (you know, depression really leaves some trails of it. sometimes it comes haunting you).

Maybe I should treat kids like adults. I don't know. Kids shouldn't be allowed to have lots of choices like adults, mainly because kids couldn't differentiate goods and bad yet. To treat kids like adults would also mean that I should give kids choices, which of course I don't want to give them that because they would always choose to play other than learning! Ghhh..

During days like these, I'm so tempted to get in touch with my so-called soulmate. The one I used to share my intimate thoughts, the one who wouldn't judge me for having these thoughts, the one who would've straighten my thoughts. But I know I shouldn't reach out just because "I feel like a fake person". That thought alone doesn't warrant for one to be in touch with a losing friend. On that note, I feel tight in my chest. That feeling you have when you're using a foetus position during night time. Feelings only loners like me would understand. 


You know those days
Those days where you're sad for no reason
Those days where your body is heavy
And it looks like everyone else except you is busy and fierce
My feet won't set off, though it seems like I'm already too late
I'm hateful of the whole world






Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...