This, too, shall pass - Sejauh Mana Kebenarannya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------




Saya ada manuskrip.

Tajuknya Mengejar Langit Biru.

Jalan ceritanya mudah, menceritakan bagaimana saya bangkit kembali selepas putus asa. Konsepnya, sebagaimana langit sedia ada biru, biarpun dilanda hujan badai ribut taufan, langit kelam atau gelap akan kembali pada sifat asalnya - iaitu biru. Begitu jugalah manusia, biar diuji sehebat mana pun, akan ujian semuanya berakhir dan hati akan kembali tenang.

Tapi saya tak mampu nak menghabiskan manuskrip. Mungkin kerana saya tak berani membicarakan hal positif, sedangkan saya pada realitinya hanyalah kekadang saja yang positif. Ataupun mungkin kerana saya tak berani untuk menjiwai watak; watak seorang yang berputus asa. Mungkin saya takut akan kembali sebegitu lagi.

"This, too, shall pass", adalah frasa kata yang selalu diulang-ulangkan oleh motivator. Yasmin Mogahed, Raja Sarina Iskandar, Aida Azlin, pun turut mengungkapkan yang sama. "All the problems, feelings we feel inside, are all temporary. Like dunya, everything in this world is temporary." Sounds like an assurance, really.



Pada satu masa, saya berpegang pada kata-kata tersebut. Semuanya sementara, yakinlah pada kuasa Allah, Allahlah yang menggerakkan hati dan perkara, dan insyaAllah semuanya berada dalam aturan dan kehendak Allah swt.

Saya ibaratkan perkara-perkara sebegitu contohnya seperti temuduga, ataupun berselisih faham dgn kawan-kawan. Semua masalah adalah sementara tak bermaksud saya mengenepikan masalah, sebaliknya saya yakin utk tidak terlalu sedih dgn masalah yg ada sebab masalah tersebut akan pulih.

Key point: pulih.

Saya percaya semua masalah ada penyelesaian dan semuanya akan kembali pulih.

Kemudian Allah uji keluarga kami dgn berita bahawa emak saya disahkan kanser. Pada waktu fikiran di luar normal, saya sedikit sebanyak memarahi motivator di luar sana yang terlalu mengagungkan frasa "this too shall pass" "this is only temporary". Pada saya, ini bukanlah masalah yang kecil. Ini masalah yang harus ditanggung seumur hidup. Masalah ini, atau penyakit ini, berakhir dgn kematian ataupun hidup tapi sakit seumur hidup. Maka, apakah jalan keluar yang ada? Apakah ertinya "this too shall pass" "this is only temporary"? (note: alhamdulillah emak saya disahkan bebas kanser tapi masih perlu makan ubat lagi).

Kemudian keluarga saya diuji lagi dgn ujian yang berat. Kakak saya, sakitnya juga perlu penjagaan sehingga ke akhir hayatnya. Jadi, apakah maksudnya apabila ada yang berkata, semua masalah adalah sementara?

Saya tak menyalahkan mana-mana pihak yg mengeluarkan ayat-ayat sebegitu. Ayat sebegitu pernah "menghidupkan" jiwa saya semula. Mungkin saya yang terlalu negatif menafsirkan frasa tersebut.

Tapi cubalah anda bayangkan. Sekiranya kita terperangkap sebagai hostage, apakah yg akan bermain di fikiran kita waktu tu? Adakah kita akan berkata, "tenang timah. InsyaAllah Allah bantu. InsyaAllah semuanya akan pulih & kita akan selamat." Tak. Kita takkan terfikir benda tu. Kita akan fikir cuma ada 2 kemungkinan - 1, kita akan mati. 2, kita akan selamat. Kemungkinan yg ke2 tu kita rasa tipis, tapi sebab adanya keyakinan pada Allah, kita percaya pada magik Allah utk selamatkan kita. Keyakinan pada Allah tak berubah tapi boleh ke kalau saya katakan yang peratusan saya yakin saya akan selamat cumalah 5%? Sebab saya mahu berada dlm realiti pengakhirannya masalah nanti bagaimana. Bukanlah mahu negatif semata, tapi ye lah.. realitinya waktu sebegitu, bagaimana mahu positif?

Kadang-kadang, takkan ada jalan keluar dari satu-satu masalah. Ya, ada alternatif bagi "membaikpulih" masalah, tapi tetap tak ada jalan keluarnya. Tapi kita kena yakin pada Allah, Pencipta Langit dan Bumi, Pencipta Dunia & segalanya, bahawa setiap yang Allah jadikan sudah tentu ada hikmahnya.

Kita kena yakin, yang Langit Biru kita cari tu mungkin bukan di dunia ini, tapi di akhirat sana. Menunggu kita dgn pelangi 7 lapisan.

Jadi saya kena tanamkan dalam diri - this too shall pass, bermaksud : kalau bukan di dunia ini, ganjarannya nanti di akhirat insyaAllah.



Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...