Bali & Tranjava : Sehari di Bali

5.2.2015/ Khamis

Pagi ni dah janji dengan Itha untuk jumpa jam 8.30 pagi. So pagi tu aku breakfast ala kadar. Malam semalam ada beli roti dengan telur dekat Alpha Maret so pagi tu aku buat breakfast sandwich telur. Siap bawak bekal lagi kot-kot lapar dalam perjalanan (skema kan).

Itha sampai je, aku terus bertanya apa plan kami pagi ni. Itha cadangkan kami pegi ke Tanah Lot dulu pagi ni. Aku ok je. Ingatkan dekat, rupanya jauhhhh. Memang tertidur tidur aku atas motor tu. 

Sepanjang perjalanan tu memang mata dijamu dengan pemandangan yang cantik-cantik. Ni yang best naik motor, sebab view lebih 3D berbanding daripada naik kereta. Panas dia pulak 4D weh, sun burn terus tangan aku wahahah (serius. ambik masa sebulan lebih untuk sunburn aku hilang).

Kami takde stop kat mana-mana sebab nak kejarkan masa. Itha dia ada sembahyang dia tiap petang mula jam 5, so by 4.30 dia dah kena hantar aku balik. So plan kami harini kami akan ke Tanah Lot, Pantai Pandawa dan Uluwatu. Tapi on the way tu aku dijamu mata dengan pemandangan dari Ubud. 

Contoh pemandangan di Ubud:-

cantik dia lebih kurang macam ni la. tapi aku takde pulak mintak behenti semata-mata nak amek gambar.

So first stop, Tanah Lot.

Apa yang ada kat Tanah Lot ni?
Ada temple/ Pura yang dibina atas batu. Waktu air naik, temple ni akan tenggelam. Waktu air surut, ternampaklah temple ni dan orang Bali boleh masuk ke dalam temple tu sebenarnya.

An excessively popular day trip, Pura Tanah Lot is the most visited and photographed temple in Bali, especially at sunset when crowds and traffic overwhelm the site. However, it has all the authenticity of a stage set – even the tower of rock that the temple sits upon is an artful reconstruction (the entire structure was crumbling) and over one-third of the rock is artificial.
For the Balinese, Pura Tanah Lot is one of the most important and venerated sea temples. Like Pura Luhur Ulu Watu, at the tip of the southern Bukit Peninsula, and Pura Rambut Siwi to the west, it is closely associated with the Majapahit priest Nirartha. It’s said that each of the sea temples was intended to be within sight of the next, so they formed a chain along Bali’s southwestern coast – from Pura Tanah Lot you can usually see the clifftop site of Pura Ulu Watu far to the south, and the long sweep of sea shore west to Perancak, near Negara.
You can walk over to the temple itself at low tide, but non-Balinese people are not allowed to enter. (Read more: http://www.lonelyplanet.com/southeast-asia/indonesia/bali-lombok/west-bali/pura-tanah-lot/sights/religious/pura-tanah-lot#ixzz3hBCyaM7s)






View dekat Tanah Lot ni memang cantik, mesmerizing. Kalau tak sebab nak kejarkan masa dan tak tahan panas, mesti aku melepak kat sini lagi lama sambil layan sandwich aku.

On the way keluar tu aku sempat singgah beli topi sebab tak tahan panas. Mahalnya la hai rege kat sini! aku tak ingat berapa tapi yang ingat, mahal. dahtu dorang jenis tak kisah kalau kita acah-acah nak blah. sudahnya beli jela kan.

Second stop, Pandawa Beach/ Pantai Pandawa.

Aku tak plan pun nak ke sini (aku ada bagitau Itha tempat yang aku nak pegi dan kalau possible untuk dia arrange kan ke tempat tu semua) sebab aku taktau pun kewujudan tempat ni. 

Tempat ni macam ceruk-ceruk sikit, dan jalannya nampak baru. Itha bagitau aku, tempat ni memang baru je bukak kat public. Dulu tempat ni tersembunyi. Kalau orang Bali, diorang nak buang abu mayat, dorang akan cari pantai reclusive dari public dan buang abu mayat kat situ. Kira bajet laut situ lebih suci dan tak tercemar dek manusia la. Pantai Pandawa adalah salah satu 'pantai suci'. tapi taktau kenapa, tak lama lepas tu tempat ni dibukak pulak untuk public. since tempat ni baru bukak, so orang pun tak berapa ramai dan fasiliti pun tak berapa nak ada.

Bila turun bukit bukau nak ke pantai ni, mata aku dah ternampak kebiruan pantai lalu berkicaulah mulut aku memuji cantiknya, cantiknya. sampai si Itha tak larat nak dengar bahahaha. cantik sangat sampai hati rasa senang. Oh ye, kan aku cakap aku rasa lonely dan rasa tak seronok nak jalan sorang kan. Memang masa mula nak jalan awal pagi tadi aku rasa tak best. Tapi bila sampai kat pantai ni memang aku rasa syukur sangat dapat bejalan. hahah. memang tak tergambar dek perkataan rasa terpesona tengok pantai biru ni.

dengan Itha. tu topi mahal beli kat Tanah Lot. lepastu naik ke Ijen, topi terbang cis!






Kat sini aku lepak lama jugak. Sebab nak lunch terus. Aku order nasi goreng, air kelapa dengan pisang cheese. Ingatkan si Itha nak join sama, sekali tu aku sorang-sorang je makan. Dah tu servis lembab ya ampun. Sampai mata pun sempat rasa layu (sebab panas) (sebab angin pantai) menunggu makanan sampai.

Best feeling ever masa melepak kat sini :) 

Third stop, Uluwatu.

Mengikut cerita daripada Itha (aku ingat-ingat lupa), ada sorang ketua pendeta Hindu di Bali yang menyampaikan ajaran-ajaran Hindu dan akhirnya dia mengabdikan diri di Pura Uluwatu. Lepastu dia hilang tanpa dikesan. Uluwatu ni terletak di hujung barat Bali.

Ingatkan Tanah Lot & Pandawa Beach dah cukup cantik kan? Sini pun cantik jugak wei. Terpegun aku.







Kat sini memang banyak monyet. Kena hati-hati barang-barang la.

Kalau naik ke tebing, memang panas terik tapi view tepi tebing cantik. nampak birunya laut. kalau turun ke bawah ke dataran pulak, redup seredup redupnya. kalaulah boleh baring tidur kat sini, memang sedap. aman je. (nampak tak berapa kali aku rasa mengantuk je sepanjang berjalan)

Dekat Uluwatu tu korang boleh stay untuk layan sunset dan tarian kecak. tapi since aku cakap tadi Itha nak balik sembahyang, dan since rege pun mahal, aku tak kesah untuk let go je nak melayan tarian kecak tu.

Oh, sepanjang nak masuk tempat-tempat wisata tu, Itha pesan kat aku diam-diam je jangan bersuara ke apa. sebab dia akan kata aku ni sedara dia, so takde la kena bayar entrance mahal-mahal. part yang tu memang aku agak terhutang budi dengan dia. sebab bukan semua tourist guide akan gunakan alasan ni & bantu kita.

Sepanjang hari ni aku rasa happy sebab memang betul apa yg orang cakap, Bali sangat cantik. cuma panas lah. patut lah ada yang repeat berkali-kali datang ke Bali ni, explore habis-habisan. Aku rasa sayang pulak nak tinggalkan Bali ni, tapi takleh nak buat apa sebab aku kena balik cepat-cepat (nak pujuk mak aku hewhew).

Masa ni baru terasa mata aku terbukak - makin banyak berjalan, makin banyak tempat yang baru diketahui dan nak explore. Rasa amazed aku ni berlanjutan sampai ke Tanah Jawa. Betul la orang kata.. makin banyak tempat kita pegi, makin kita rasa kerdilnya kita, makin banyak lagi tempat yang kita rasa nak pegi.

Besok masuk Tanah Jawa pulak.

Bali & Transjava : Intro (trip bawak diri)

Bismillah.

Insya’Allah after a long delay, so here come my travelogue of Bali & Transjava. Moga membantu sedikit sebanyak sape yang nak ke sana or thinking to do a solo trip.

Yep, ni solo trip.

Beberapa minggu sebelum aku buat keputusan nak ke Bali, something happened. Macam biasa ikut manja aku masa tu, aku cuma pikir nak cari tempat aku boleh sensorang dan pikir pasal ‘sesuatu’ tu betul-betul.  Kebetulan beberapa hari lepas tu, aku ke Tokyo. Tapi aku ke Tokyo dengan mak & kaklang, so masa tu aku rasa penghayatan aku tentang ‘sesuatu’ tu tak lengkap lagi. Nak dijadikan cerita, time dekat Tokyo tu, aku roger je si Katy kat Mesia nun untuk booking kan aku tiket ke Bali.

Seminggu lepas aku balik dari Tokyo, aku pun terbang ke Bali.
Kenapa Bali? Sebab masa tu, itulah tiket paling murah. RM100.00 one way. Sambar jelah. Aku langsung tak planning apa masa nak ke Bali. Dari Bali nak ke mana lepas tu pun tak pikir. Aku memang konsep redah habis masa ni.

Nak dijadikan cerita lagi, sebab konsep aku ni terlalu redah, aku tak bother nak explain betul-betul kat parents aku yg aku pegi sorang. So masa dah sampai Bali, hati tak berapa nak best sangat la sebab mak aku dah emo-emo dengan aku.

OK tu introduction secara pendek (baru intro woi. Tabahlah korang membaca).

3.2.2015/ Selasa

Aku mintak tolong Ann pick up aku kat rumah, then kitorang ke Paradigm Mall. Kat sana, jumpa Katy. Saja aku nak kumpul dengan dorang lepas balik dari Tokyo dan sebelum sambung merayap balik. Dari Paradigm Mall, aku naik bas untuk ke KLIA2. Tiket bas murah je, less dari RM10 atau memang RM10 kalau tak salah aku. Masa kat Paradigm Mall tu aku baru teringat yang aku tak bawak sweater langsung. Walaupun trip ni redah je, tapi aku plan nak ke Kawah Ijen dan Bromo sekali sebab dah alang-alang. Pusing punya punya kat Paradigm Mall tu, tak jumpa pulak sweater yang selesa dan murah.

Sampai di KLIA2 lepas Isya’, aku terus ke surau untuk solat. Lepastu aku keluar dan lepak kat lounge. Cari plug mana yg ok, tarik kerusi dan baring. Malam terlalu muda (cewah) untuk tidur kat surau, tu yang aku melepak kat lounge. Sebenarnya ni one of the perks of being a solo traveler, sebab bila ada banyak masa terbuang dan kau sorang-sorang, bosan taktau nak buat apa. Sudahnya aku habiskan baca buku Wild by Cheryl Strayed. Malam tu jugak aku habiskan baca buku tu, sebab aku tak larat nak bawak buku tu ke hulur ke hilir (buku tu ended up aku tinggalkan kat guest house kat Bali).

Sedikit ulasan pasal buku tu. Buku tu agak bosan cara penceritaan dia, tapi actually not bad bila kat tengah-tengah. Aku paling suka baca part dia mencari trail ke Crater Lake di Oregon. Kebetulan Hannah (instagram: @hannahonearth) share pasal Crater Lake ni dan masya’Allah sebijik gambar tu macam description dalam buku Wild tu. Jatuh hati rasa. Hebat kan ciptaan Allah, dengar orang cerita dan nampak gambar je pun dah jatuh cinta.

Tiket aku ke Bali sebenarnya pagi besok jam 7. Aku pilih untuk naik Lion Air sebab tu yang murah (tapi tobat la nak naik Lion Air. Servis teruk. Best lagi Air Asia). Lepas habis pembacaan aku malam tu, aku pun terus ke surau untuk proses pendengkuran sampai Subuh besoknya.

4.2.2015/ Rabu

 Aku bangun sebelum Subuh dan sempat memandikan diri. Masuk je Subuh, aku terus solat dan kemudian terus ke kaunter untuk check in luggage. Untuk Lion Air, aku dapat free luggage sebanyak 15kg. sebab tu aku sanggup tunggu depan kaunter untuk check in bagpack aku. tak sanggup nak memikul ke hulur ke hilir. Lepas check in, aku bosan taktau nak buat apa. So aku pusing KLIA2 tu.


Tak sangka pagi-pagi pun kedai dah bukak (ke memang tak tutup?) dan masa tu barulah teringat yang aku belum ada sweater. Belek punya belek, last-last aku berkenan dengan sweater kaler biru awan dekat H&M. Rege plak dekat-dekat RM100. Chantek lah tu, terus aku sambar. Memang tak sia-sia aku beli sweater tu sebab rupanya masa hiking nanti suhu tahap menggigil ke tulang rusuk!

Sebelum flight harini, aku ada google mana nak cari ojek dan sewa sekali dengan ojeker nya. Ojek ni servis sewa motor. Ojeker tu yg membawak ojek tu la. Aku ni tak reti bawak motor, so opkos la kalau nak sewa motor tu, kena sewa sekali dengan orangnya. Paling best, ojeker ni perempuan. So aku takde la nak ragu-ragu sangat nak sewa ojek dengan dia. Sebelum aku naik flight aku sempat whatsapp Mbak Itha, the ojeker, maklumkan yang aku akan bertolak ke Bali. Sampai je kat airport Bali, ahamdulillah ada wifi. So aku dapat la nak whatsapp Mbak Itha tentang ketibaan aku.

Aku sampai sana pun dah jam 2 lebih macam tu. So aku mintak Itha tunjukkan aku guesthouse yg murah. Itha pun promote la guesthouse yang dia kenal. Dekat dengan Pantai Kuta katanya. Harini aku plan nak relax je dulu, tu yg mintak Itha bawak aku ke guesthouse terus untuk check in. Jauh jugak perjalanan dari airport ke guesthouse tu, ada la setengah jam. untuk aku yg pertama kali naik motor jauh-jauh camni (ye, ni pertama kali dalam seumur hidup aku bonceng motor direct lebih 30 min) (kecoh gila, tu pun nak cite kan!!) masa tu memang terasa letih sgt rasanya. terasa jetlag kemain (konon).

Sampai je kat guesthouse tu (guesthouse Amin ke apa, aku lupa nama. gambar guesthouse ni pun aku dah hilangkan. sabo jela), aku pilih untuk ambik bilik kotak / cubicle room. saja nak merasa nak duk bilik kotak ala jepun kononnya. prosedur masa tu senang je, aku terus dibagi bilik dan petang nanti bila ada owner baru aku perlu bagi copy passport & buat bayaran apa yg patut. So lepas je aku campak beg, pesan berpesan dengan Itha, aku pun terus keluar ke depan jalan nak cari simkad. TIPS: jangan beli simkad XL sebab takde line kat atas Ijen/ Bromo. baik beli Telkomsel, yg warna merah tu.

Setel beli simkad dan alas perut ala kadar, aku pun balik ke guest house. cadangnya nak tidur seround sebelum kejar sunset kat Pantai Kuta. Bila masuk je cubicle aku, terasa la bahang yang amat. Aircond yg ada tu actually shared dgn sume cubicle (total ada 8 cubicle kalau tak salah). Aku try jugak nak tidur sebab dah letih sangat, tapi tak boleh sebab terlalu panas sampai berpeluh-peluh. Pikir punya pikir, aku terus packing beg dan turun ke reception counter.

Kebetulan bini owner ada, so aku mintak izin nak tukar bilik mana yg available sebab terlalu panas. Bini owner mintak aku tunggu owner sampai sebab dia taktau apa-apa (boleh camtu? dah tu kau duduk kat kaunter buat apa weh?) tapi takpe la, aku sabar je tunggu owner. Sambil-sambil tu melepak depan guesthouse yg mengadap jalan. seronok pulak aku perati orang lalu lalang. foreigner memang berlambak gila kat sini, dan syukur kat area aku duduk ni banyak kedai halal so tak risau sangat nak cari makan.

Tak lama lepas tu owner pun datang. Dia ok je, terus bagi aku pindah bilik bawah. Bilik sorang, RP175k semalam. Ok la aku rasa, aku tak berkira sgt pasal bilik ni. Sebab aku rasa, nak berkira apanya. kalau duit berkepuk kepuk dan aku ada banyak masa boleh la nak cari bilik yang paling selesa - but then again, how do one define 'comfort'/selesa? :) Aku pun hangkut begpek aku baw
ak masuk bilik baru, dan terus tidur seround. Baru sedap tidur sejuk-sejuk kan (Bali panas ya amat. Itha cakap Bali ni hell. lol)

bilik baru. simple je. (excuse the mess)
tengok aku siap bawak mini rice cooker.

Aku bangun je, matahari dah terbenam. Ceh. Apa misi nak kejar sunset nya. Sudahnya aku sambung melepet kat katil sambil sambil updet rakyat jelata dekat mesia. Ann siap buat group khas untuk aku sempena nak 'teman' aku dari jauh. hahah terharu siot. Masa ni lah aku terasa lonesome yang sangat teruk, sampai takde mood nak berjalan.

Jadi sebab dah gelap, malam tu aku cuma merayau dekat-dekat area tu je dan cari dinner. Sempat la aku cuci mata tengok mat saleh dengan 'makwe' masing-masing. Lepas dinner, ingat nak berjalan jauh sikit tapi sebab gelap, aku kenselkan niat aku. better be safe than sorry, so balik ke bilik la kita layan tv.

malam tu aku whatshapp Itha untuk bawak aku pusing-pusing area Bali ni. Since aku takde buat research, so aku takde tempat specific aku nak pegi. kalau ikutkan memang banyak tempat aku nak pegi tapi aku sedar masa terhad so aku serahkan je kat Itha untuk plan & bawak aku ke mana besok. malam tu jugak aku baru buat keputusan yang lusa (Jumaat) aku akan check out untuk ke Tanah Jawa.

p/s: maaf takde gambar. aku memang ada habit tak ambik gambar lepastu bila balik, nyesal takde gambar :(

Orang Kaya Je Mampu Travel

Ada yang jaki dgn aku yang asik berjalan je kejenya, tak kira la jaki in a good way or not, point nya sama je. Orang asik tanya aku camne aku boleh asik jalan je, mana dapat duit etc.

Ok, sebelum aku taip post ni dgn nada annoyed, ketahuilah korang yg kadang kadang aku suka je bila korang bajet aku kaya dan dengki aku asik berjalan. Kira bangga la beb sebab aku dapat bejalan hewhew.

Anyway, banyak je orang dah tulis post (BM & BI) pasal benda ni, tp aku nak gak tulis benda ni dari persepsi aku.

Camne aku boleh 'mampu' nak travel selalu:-
1) aku single. Jadi takde komitmen. Dari segi duit dan masa, aku tak terikat.

2) aku jenis keje lompat-lompat. Jenis tak reti terikat dgn komitmen terlalu lama dan a risk taker. Tak suka, aku cabut. Between gaps, aku bejalan puas2. Habiskan duit gaji. Duit habis, keje balik.

3) aku tak shopping. Ni point penting. Orang bising pasal camne aku ada duit nak jalan. Of course la aku boleh ada duit utk jalan sbb aku takde guna duit tu utk shopping mcm orang lain. Aku pakai henfon paling cikai, jam paling cikai. Baju tudung tuka setahun sekali. Aku tak shopping Prada Gucci LV dan kwn2nya. Aku tak beli Pandora. Pendek kata, aku memang kedekut bab shopping ni. Bukan kedekut la sebenarnya, tapi aku tak reti dan pening bila shopping, tak reti nak pilih apa aku suka so I choose not to shop. Senang cite.

4) aku cari tiket paling murah dan tempat yg murah murah. Tak kesah la tempat tu within Asia & 3rd world country pun, aku lagi selesa sbb tu within my budget. Motif aku bejalan sebab aku nak keluar dari my comfort zone, nak tengok dunia luar so tak kesah mana yg aku boleh pegi. Jujurnya masa aku mula backpack, memang tempat2 ni yg aku habiskan dulu. Dah habis, bleh la nak luaskan jajahan sikit.

5) aku backpack, tak ambik tour guide. Unless aku pegi in group & tempat jauh jauh mcm Indo, memang aku amek pakej sebab nak kan transport. Dan aku amek pakej paling murah sekali. Lepas pilih pakej, aku tak terus setuju je. Aku buat research, hotel mana pegi mana tour guide boleh caya ke tak. Baru la jadi pengguna bijak dan bahagia (sbb murah).

Setakat ni tu je aku boleh fikir. Aku bukan nak belagak ke apa, kadang geram bila orang tanya camne aku boleh jalan merata. Padahal sebenarnya dia boleh je nak ikut macam aku, mampu je. Asalkan berjimat lebih sikit. Kalau nak compare dgn lifestyle aku, memang beza. Aku koboi je, main belasah mana yg boleh. Dah penat jadi rigid lol. So takyah la beriya sangat tanya kenapa dan camne aku boleh nak bejalan selalu.

Ni pon sebenarnya nak kumpul duit raya ni (dapat lagi kewww) nak pegi Macau pulak hewhew (saja belagak).


Sekian sesi merapu sebelum balik keje.

Banda Aceh - Pulau Sabang - Banda Aceh

Hari Ketiga: 11 Mei 2015 (Isnin)


Hari orang keje, kita tengah holiday. best kan? hehe


Pagi ni kami breakfast dulu di hotel, kemudian terus check out. Syah datang dengan kawan dia sebab kawan dia akan hantar ke ferry port. so space dah kurang satu kat situ. tambah beg masing2 yang dah beranak pinak, maka berhimpit-himpit la kami dalam van tu huhu. dengan belonnya! haha.

breakfast sambil tunggu Syah lambat sampai


Sampai di port, Syah yang uruskan pembelian tiket. Bila feri sampai, kami pun naik. Kami taktau ni apa jenis feri ni, tapi kemudian terserempak member lain masa nak balik KL, member cakap feri kitorang naik tu kira feri laju la tu. laju la sangat, sejam gak nak sampai ke Sabang daripada Ule Lheu. Mak aku pulak cakap, kalau duduk kat atas/luar dapat nampak dolphin kalau bertuah. fuhh rugi taktau tips ni masa tu. Yang kitorang ni, masuk je feri, terus masing-masing layan mata huahuahua.



dengan belon! hahaha


Hampir sejam jugak barulah kami tiba di Pulau Sabang. Sebenarnya nama Pulau Sabang ni adalah Pulau Weh, tapi pulau ni lebih dikenali dengan nama Pulau Sabang di kalangan penduduk. Sabang ni sebenarnya salah satu tempat di dalam Pulau Weh ni je. Bila sampai di port Sabang, kami terus ke kereta yang Syah dah park dekat situ. Taktau cerita samada dia sewa dari orang ke apa, yang penting kitorang ada transport.

sampai Sabang. fuh feeling dia. 
memang eksaited sangat sampai pulau.

So mula-mula sekali, kami mintak Syah bawak kami ke hostel. Kami menginap di Freddies Bungalow, terletak di Sumur Tiga. Aku tau pasal Freddies ni pun daripada blog abang meng (supermengmalaya), dan memang kebetulan si Syah akan letakkan kami di sini. Cun sangat lah kan. Bila google, memang cantik Freddies ni.







Selepas check in, kami pun memulakan perjalanan kami. Kami sempat behenti di tepi jalan menikmati pemandangan Pulau Sabang (sebenarnya aku saspek si Syah mengantuk driving so dia suruh kitorang turun supaya dia dapat merokok leul).

rehat tepi jalan

Dah behenti dalam 30 minit, kami pun bergerak semula untuk ke Iboih. Kata Syah, area dekat Iboih ni keras. Tak boleh keluar malam, tak boleh nak galak bersukaria sangat (sebab keje kami asik gelak je non stop). Anyway, sampai kat Iboih, kami masing-masing speechless. Tempat ni teramatlah cantik, virgin lagi kata orang. Kat sini, kami lunch dulu dan solat jama' taqdim di masjid sebelum berfoto-fotoan lagi. Kat sini boleh naik bot nak ke Pulau Rubiah, tapi kami tak pegi sebab tak cukup masa. Pulau Rubiah tu orang pegi kalau nak snorkeling/ diving. Air memang jernih sgt-sgt kalau nak buat aktiviti menyelam.









Seterusnya kami ke Titik Nol atau sebenarnya adalah Kilometer 0 (kosong). Tempat ni takde apa sebenarnya, cuma nak menunjukkan garisan permulaan Indonesia. Kami cuma beli sijil, berfoto di signboard lepastu cabut. Tak kuasa nak explore lebih-lebih sebab panas sangat (ada orang cari betul-betul tugu/garisan sempadan kat sini).

print sijil manual. lol

ambik gambar sini je, tak cari pun mana garisan nya haha

di Titik Nol


Kan aku cakap tadi tempat ni keras kan? Aku tak ingat masa kami keluar dari Iboih atau keluar dari Kilometer 0 ni, kereta kami tak dapat naik. Ter-reverse ke belakang. Masa ni masing-masing senyap sunyi. Sebenarnya senyap bukan sebab takut, tapi sebab taknak kacau konsentrasi si Syah tu. Takde keje wei nak pecaya ada benda yg bukan-bukan ke apa, sebab menurut pakar driving manual kitorang - si N kata, Syah ni yg lambat masuk gear masa nak naik bukit. tu yg kereta boleh ter-reverse. Bukit pulak boleh tahan tinggi jugak. Lepas je kami dapat naik, semua pun bersorak dan sambung bising balik hahah.

Kami kemudiannya dibawa ke Benteng Jepang. Sebelum nak sampai ke Benteng Jepang ni, ada la hiking sikit dalam 1 km. Saja nak highlight isu hiking tu, sebab pantang (tak suka) nak hiking tetibe ni kan, mengah jadinya hahahaaha. tapi view kat sini masya'Allah. sekali lagi bikin speechless.





Bila masing-masing pun dah penat, kami pun balik ke Freddies. Masing-masing dah janji nak pegi mandi laut dengan chalet. Mandi laut jela dapat, takde nak ber diving ke snorkeling ke. Tapi tu pun dah syok gila. Ombak kat sini memang kuat sikit, tak berapa sesuai untuk orang yg penakut macam aku (Hilmi Hafiqah memang tak masuk dalam air langsung).




Malamnya kami dinner di Freddies. Oh ye, masa check in pagi tadi, kami terus buat booking nak dinner di sini. Konsep dinner kat sini, si Freddies sendiri yang masak. Ada appetizer, lepastu main course macam buffet. Tak banyak pun menunya tapi kenyang sampai nak meletup perut (hiperbola ye). Lepas dinner, kemain la budak-budak ni bergambar dgn Mr Freddie. Mr Freddie ni memang peramah betul. Lepas dia dah masak, dia akan sembang-sembang dengan semuorang. Tah apa cerita dia jaja, tak berapa dengar sgt (sebab kami lambat) lepas tu dia dtg ke meja sorang-sorang. Peramah sgt kan. Masa ambik gambar tu siap peluk (bahu) budak2 ni ha.. hahah.

Lepas makan, kami cakap dengan Syah nak cari ole-ole. So Syah bawak kami keluar ke pekan la kot. Pekan koboi je, takde benda pun. Tapi perempuan kan. Apa maksud takde benda tu? Sebab takde benda pun, rembat gak tshirt 2-3 helai hahaha.

*Ralat: masa di Banda Aceh, kami ada shopping di Pasar Aceh. Aku lupa bila dan apa nama tempatnya. Kat Pasar Aceh, aku sempat rembat 3 telekung tie-dyed.*


Since malam pun terasa masih muda, so kami pun ajak Syah mengopi. Fuhh dah jadi orang Aceh la kami ni kan, tiap malam mengopi je. hehe.




Malam tu kami packing siap-siap sebab besoknya awal-awal pagi terus nak check out, nak kejar feri. Walaupun aku ada puji Freddies cantik kan, tapi tempat ni ada kekurangan dia. Tempat ni pakai kipas. Berpeluh la jugak kami tidur. Sebab kipasnya satu je. Nak bukak pintu besar macam tak berani pulak.

Hari Keempat: 12 Mei 2015 (Selasa)


Pagi ni kami bangun awal sebab kata Syah mesti sampai ke port jam 8. Memang tak sempat nak breakfast pun pagi tu.

view sunrise dari depan bilik


Untuk harini kami takde banyak sgt plan sebab takut rushing nak ke airport. Walaupun mulanya kami ada mintak Syah bawak kami ke satu lagi tempat shopping, tapi sudahnya kami cuma ke Muzium Tsunami dan Kapal Apung di Lampulo.

Balik ke Banda Aceh

Muzium Tsunami. sape tak nangis memang hati kering

Kapal Apung di Lampulo


Kemudian Syah hantar kami ke airport, dan kami pun pulang ke Kuala Lumpur.

The end.

p/s: heheh malas nak cite panjang-panjang. korang enjoy la gambar eh. dan sebenarnya banyak lagi gambar cantik-cantik nak share tapi aku pun pelik mana pegi gambar tu sume. nak kena sedut dari member lain la kot.

Boleh klik sini untuk cerita sebelumnya.


  1. Banda Aceh: Hari Pertama
  2. Banda Aceh: Hari Kedua
  3. Itinerary & Budget

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...