Test

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------



Korang pernah tak terfikir, pada setiap doa yang kita mintak pada Allah akan ada cabarannya sebelum ianya betul-betul jadi seperti yang kita mohon (ini yang kita definisikan sebagai makbul doa).

Maksud saya, kita mohon sesuatu pada Allah untuk dapatkan sesuatu. Katalah kita doa supaya kita dapat pekerjaan yang baik. Tapi sampai ke sudah doa kita tu tak makbul pun, kita masih stuck dengan kerja yang ada sekarang. Jadi, pada pandangan mata kita doa kita belum jadi realiti - kita kata Allah tak makbulkan doa kita.

Tapi pernah tak kita terfikir, yang sebenarnya Allah dah makbulkan dah pun doa kita? 

Kita doa nak pekerjaan yang baik, nah.. Allah letakkan kita dalam situasi yang membimbing masa depan kita ke arah pekerjaan yang baik.

Kita doa supaya anak kita jadi soleh solehah, nah.. Allah datangkan ujian pada kita dan anak-anak kita. Degil, ketegaq tak dengar kata.. tapi sebenarnya Allah sedang dorongkan jalan pada kita supaya anak-anak kita jadi soleh solehah, seperti yang kita pohon.

Mesti kita biasa dengar perumpamaan ni. Kita doa semoga Allah berikan kita kekuatan, nah.. Allah makbulkan doa kita dengan mendatangkan ujian-ujian supaya hati kita jadi kuat dan tabah.


Doa kita memang magic, Allah boleh buat magic. Tapi magic dia bukannya macam magic ahli silap mata - kita tarik dalam topi terus keluar arnab. Even dalam magic ahli silap mata tu pun, dia nak keluarkan arnab tu biasanya dia akan keluarkan dulu reben-reben merah atau burung merpati atau apa saja sampah sarah sampailah kemuncaknya arnab yang keluar. 

Kenapalah Allah susah payah buat macamtu kalau betul Allah nak makbulkan doa kita? Macam kita selalu cakap sesama manusia, kalau ikhlas buat sesuatu tu betul-betullah jangan sampai orang yang nak ditolong tu rasa kita ni tak sungguh-sungguh nak tolong. Kiranya macam kita cakap pada Allah, ya Allah kalau betul Kau nak bagi aku seperti yang aku mohon, Kau bagi la selepuk dan janganlah datangkan ujian bersama-samanya. Heh, sudahlah meminta-minta hadiah pada Allah, lepastu kita demand pulak nak terima hadiah tu macamana. Seperti kita ni meminta hadiah pada kawan kita, kemudian kita specify jenis hadiah dan bagaimana mahu menerima hadiah tersebut. Huishh.. melampaunya kita. Kan?

Jadi, satu perkara yang kita kena faham bila berdoa dan memohon pada Allah ialah Allah dah tentu akan makbulkan doa kita tapi Allah tak bagi selepuk pada kita pada masa dan waktu yang kita minta. Bukannya bila kita berdoa, ya Allah aku perlukan RM1000.00 untuk bayar hutang - dan Allah makbulkan dengan jatuh selepuk RM1000.00 depan mata kita. Bukan.. Allah makbulkan doa kita tapi dengan cara didorongkan jalan untuk dapatkan RM1000.00 tu. Mungkin dengan kerja, mungkin dengan bertemu kawan-kawan yang boleh membantu. Begitu cara Allah makbulkan doa kita.

Namanya pun memohon kan, kita ni mintak bantuan sara hidup dari kerajaan pun kerajaan makan masa nak proses application dan sebagainya barulah kita dapat duit bantuan. Dan bantuan sara hidup tu pun kita tau yang memang kita layak dapat, cuma belum dapat segera.

Walaupun berdoa ni nampak macam meminta benda free, tapi kita kena ingat sebenarnya ianya tak free! Memang tak pakai duit, memang mintak pakai mulut je. Tapi Allah mintak balasannya dengan jiwa kita - jiwa yang redha dengan ketetapan Allah (ujian yg datang dgn doa yang dimakbulkan), jiwa yang tidak pernah putus asa dengan Allah, jiwa yang sentiasa yakin pada janji-janji Allah bahawasanya setiap yang terjadi pasti (PASTI!) ada hikmahnya.



Saya nak berkongsi satu cerita peribadi saya. Pada satu masa, saya pernah kuat berdoa untuk mendapatkan sesuatu yang saya idamkan. Kemudian (makan masa jugak doa dimakbulkan) Allah makbulkan doa saya - saya dapat seperti yang saya mohon. Pada masa tu saya langsung tak terfikir yang doa saya ni terlalu mudah dimakbulkan; yang saya fikir (dan bersyukur) pada waktu itu ialah Allah dah makbulkan doa saya, alhamdulillah!

Masa berganti masa, rupanya perkara yang saya idamkan dan dimakbulkan tu tidaklah semudah yang saya sangkakan. Payah. Malah ada kalanya saya terfikir, adakah ini betul-betul doa yang termakbul ataupun sebenarnya ujian buat saya? Sehinggakan saya terdetik di hati, KALAULAH saya tidak berdoa sebegini, tentu Allah tak makbulkan doa saya. KENAPALAH Allah datangkan perkara ini sebagai ujian buat saya, kenapa tidak perkara lain yang diuji pada saya. 

Astaghfirullah.. betapa tipisnya iman saya. Sekejap je dah meragu ketentuan Allah. Padahal saya terlupa, setiap yang Allah datangkan itu dah tentu ada hikmahnya. Cuma kita saja yang belum tahu apa hikmahnya. Tapi kena yakin bahawasanya setiap qada' dan qadar Allah ada sistem, ada sebab, ada hikmah. Bukan senang-senang je Allah nak makbulkan doa kita dan bila dimakbulkan kita rasa bertuah sebab kononnya kita rasa Allah lebih sayangkan kita maka itu Allah makbulkan doa kita. Dan bila doa tu tak hadir sebijik-sebijik seperti yang kita mohon, janganlah kita senang-senang menyalahkan Allah, menyalahkan diri dan sebagainya. Perkataan KALAU itu sendiri datangnya dari perangai setan, jadi kita janganlah ikut-ikutan perangai setan ni dengan asyik menyebut kalaulah, kenapalah..

Kena ingat.. doa yang kita mohon memang dimakbulkan Allah tapi Allah tak jatuhkan selepuk pada kita, Allah cuma bukakan jalannya untuk kita sampai ke doa yang kita mohon tu. Jadi, kita jangan cepat putus asa bila berdoa. Jadikan setiap doa kita tu adalah gol yang kita nak tuju, maka kita tak mudah putus asa selagi belum sampai ke gol. Dalam masa yang sama, perbanyakkanlah berdoa dan merayu pada Allah sebab Allah suka hambaNya yang memohon padaNya.



Semoga kita menjadi hambaNya yang istiqamah dalam beribadah dan memohon segala kebaikan yang ada pada sisiNya dan agamaNya, insya'Allah.

Semoga bermanfaat.

Assalamualaikum.














Healing

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------

Bila Kakak saya asyik keluar masuk hospital, doktor cuba cari punca kenapa kerap masuk hospital, dan akhirnya doktor beranggapan kakak saya perlu lupakan masa silam dan teruskan dengan kehidupan yg ada.

Kemudian bila kami berbincang sesama ahli keluarga apa yg kami perlu lakukan, dan ada yang bertanya, "ada tak ubat yg boleh buat kita lupa tentang masa silam?"

Saya dengar pertanyaan/cadangan tu dan saya gelak besar. Waduh.. kalau ada, tentu saya salah seorangnya yang mula-mula cuba tersebut. 

Mahu lupakan masa silam. Mahu ada reset button; butang yang boleh mengembalikan saya sebelum..........

Ye, sebelum apa sebenarnya? Haa..

Sebenarnya kita ni takut nak move on, takut nak  berdepan dengan masa depan, duk bergantung dgn masa silam. Tapi memang secara saintifiknya fitrah manusia ni suka kepada sesuatu yg familiar, jadi masa silam tu pahit macamana pun ada yang suka bergayut padanya seolah-olah ada memori indah padahal takde, yang ada cumalah perasaan familiarity saja.

Imam Ghazali sendiri ada pesan, yang paling jauh dengan kita tu masa silam. Yg dekat, ialah kematian.

Kalau la kita ni bukakan mata dan peratikan sekeliling, sedar diri yang dekat tu lebih penting dari yang jauh, tentu kita akan lebih hargai hidup, tentu kita akan lebih sayangkan diri sendiri, sayangkan masa kita yang sekarang (present time) berbanding masa silam yg semakin jauh dari kita.


Dan yang paling penting sebenarnya kepercayaan kita pada Qada' & Qadar. Ada hikmahnya Allah jadikan sesuatu menimpa kita. Kena ambik iktibar dan kena bersabar.


Good news always come to the one who stays patience.

Saya doakan semua yang masih berpegang pada masa silam supaya dilepaskan beban kalian. Semoga Allah sentiasa di hati kalian.



Thank You, Next!



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------

Post ini sedikit sebanyak diinspirasikan oleh lagu Thank You, Next yang dinyanyikan oleh Ariana Grande. Ceh, perasan ada kena mengena dengan hidup la kan?

Sebenarnya motif menulis kali ini berkisar tentang move on. Bila umur dah meningkat banyak dan makin menghampiri 40 ni, subconsciously minda saya akan berfikir tentang checklist dalam hidup - apa yang dah dicapai, apa yang dah dibuat, apa yang belum, yang mana masih kurang, adakah diri semakin elok perangainya ataupun tidak.

Dalam satu artikel keluaran Thought Catalog, walaupun artikel ini tidaklah boleh dipercayai (jangan percayakan zodiak, ianya karut!) tapi saya sukakan kebenaran tentang artikel tersebut. Artikel tersebut merupakan the hard truth about our zodiacs, which people wont say to us. Jadi, bintang saya ialah Libra.


Saya mengaku, saya merupakan manusia yang begini. Sekarang tak pasti ketepatannya berapa persen, tapi kalau saya yang dulu, 3-4 tahun sebelum ni, begitulah saya - sangat selfish, sangat pentingkan logic, saya tak pedulikan perasaan orang. Saya susah nak relate dengan perasaan orang lain.

Fast forward, alhamdulillah saya bersyukur saya menjadi manusia seperti saya yang sekarang. Dah tentu masih perlukan banyak penambahbaikan tapi sekurang-kurangnya, saya tak membenci diri sendiri seperti dulu. Sekurang-kurangnya, saya rasa saya terlalu banyak kasih sayang yang saya sudi berkongsikan pada orang lain (hahaha kenapa ayat ni macam sangat hambar/ lame). maksud saya, rasa empathy dalam diri saya bertambah, tak seperti dulu - dulu saya hanya fikirkan tentang diri sendiri saja.

Sedikit sebanyak saya perlu berterima kasih kepada ex saya yang dulu-dulu. Saya patah hati, dan kemudian saya bangkit semula menjadi diri saya yang terbaik. Walaupun ianya memakan masa yang lama untuk pulih, tapi akhirnya saya pulih juga, akhirnya saya bersemangat kembali.

Dan bawah ni saya sertakan Tuesday Love Letter daripada Aida Azlin, macam kena dengan tajuk posting kali ni.
Jadi, Bismillahirrahmanirrahim.. 2019, bring it on! It's now or never!





Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...