The Struggle is Real.. Even So, Keep Struggling.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------

Jujurnya, ya Allah.. kadang-kadang saya lelah. 

Penat, setiap hari saya perlu berusaha untuk mengekalkan momentum iman. Sebab saya tau saya seorang yang lemah. Selalu menjadikan "dahulunya seorang depresi" sebagai alasan kalau-kalau saya kalah mendidik nafsu ke arah kebaikan.

Jujurnya, ya Allah.. ada kalanya saya menyerah pada bisikan syaitan - solat dilengahkan, solat di hujung waktu, berdoa sekadarnya, solat sunat ditinggalkan, Al-Quran tidak saya sentuh. Zikir harian saya diamkan, sebaliknya lagu muzik bingit yang saya pasangkan. Semuanya bermusabab, kononnya saya letih mahu berbuat baik kerana tidak ada apa kebaikan yang datang padanya, kepada saya.

Tapi Allah tetap simpati pada saya, tetap masih sayangkan saya. Allahu Rahim.. Agungnya cintaMu pada hambaMu yang kerdil dan tak punya apa ini.

Allah masih hadirkan teguran melalui :-

Prof Muhaya : beliau pesan, kita selalu berdoa mahu jadi seorang yang baik, soleh. Tapi kita susah mahu kekal dalam momentum tersebut. Kenapa? Cuba selidik semula pada masa lapang kita, apa yang kita buat? Bila kita buka Facebook, Instagram atau lain-lain social media, apa yang kita baca dulu? Apa yang kita dengar? Adakah semuanya gosip atau bahan ilmiah yang mendidik jiwa?

Allah... tegurannya tertusuk di jiwa. 
Saya lah.. yang telah dijemput Rabb dan RasulNya ke tanah haram, telah saya sucikan hati saya dan memohon keampunan di dalam Hijir Ismail, telah saya hamburkan tangisan rayuan memohon maghfirah -- tapi apakah masih kekal momentum keikhlasan dan kehambaan di dalam diri? Adakah amalan yang sama di bumi haram, masih saya kekalkan sekembalinya saya ke tempat asal?

Radio Salam FM (Tazkirah Subuh) : Ustaz beritahu, di dalam syurga nanti tak akan ada bersusah payah, kita takkan sesekali berkeluh kesah atau komplen tak tentu pasal. Kalau di dunia kita komplen, ya Allah payahnya.. saya nak kerja mencari rezeki yang halal tapi dipayahkan dengan jem yang panjang. Tapi di syurga nanti? Allah takkan sesekali bagi kita rasa susah. Kehendak kita dimakbulkan sekelip mata, tanpa ada masa untuk kita komplen apa-apa.

Benarlah janji Allah bahawa syurga tempat bersenang lenang. Allah sebut sejelasnya di dalam surah Al-Waqiah.



Dan juga disebut di dalam surah Hijr. Mereka dipersilakan oleh malaikat ke dalam syurga dengan ucapan selamat sejahtera, dan tidak akan bersusah-payah di dalam syurga.




MasyaaAllah.. pendeknya ayat-ayat di atas. tapi apakah tak cukup lagi janji-janji Allah di atas, untuk menenangkan hati saya yang gelisah, yang sentiasa merasa payahnya untuk istiqamah dalam jalanNya?

Semua yang ada di dunia ni hanyalah sementara. Semua kepayahan ni akan digantikan dengan kesenangan abadi di syurga nanti, masyaaAllah, insyaaAllah sekiranya kitalah yang terpilih ke syurgaNya.

Jadi hati.. sabarlah, teruskan struggle yang dirasakan tu, teruskan dengan rasa "perlu berjuang mengekalkan momentum iman", dan dapat kekal istiqamah di jalanNya. Teruskan sruggle, walaupun payah.. walaupun ada masanya rasa nak give up, nak give in to the darkness; pada masa-masa itu tetapkanlah berdoa pada Allah. The struggle is real.. tak ada siapa yang menidakkan kepayahan yang ada di dunia ini - walau bagaimanapun teruskan berusaha. Perlu ingat, kita semua akan menuju pengakhiran yang sama - tapi bagaimana payahnya kita menuju akhir tersebutlah akan dinilai oleh Allah swt. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bersungguh di jalanNya.

Allah adalah seperti sangkaan hamba kepadaNya; maka bersangka baiklah dengan Allah. Bersangka baiklah, dan berdoalah semoga Allah menetapkan kita di jalan yang baik, di tempat yang baik, ditemukan orang yang baik. Semoga Allah mendorongkan hati kita, perasaan kita, perbuatan perkataan dan fikiran kita ke arah kebaikan dan ke arahNya.


Ini nota kepada Fatimah di masa terasa kelamnya hidup,
daripada Fatimah di masa terlihat bahagianya kita di syurga nanti.





Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...