Phnom Penh : 5 Tempat Wajib Dilawati

Phnom Penh boleh dikatakan kurang terkenal berbanding Siem Reap, sedangkan Phnom Penh merupakan ibu negara bagi Cambodia/Kemboja/Kampuchea dan ianya merupakan bandar terbesar di negara tersebut. Malah, perang saudara dengan Khmer Rouge pada tahun 1975 juga bermula di bandar ini.

Mengambil kira sejarah negara tersebutlah punca saya mencadangkan kepada kawan-kawan untuk melawat Phnom Penh, selain tiket Air Asia yang murah. Bayangkan, kami bertiga dapat harga kurang dari RM500 untuk tiket pergi balik.

Sebelum ke Phnom Penh, ada baiknya kalau kita tahu serba sedikit sejarah tentang Cambodia. Cambodia mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada tahun 1953. Tapi selepas dari tempoh itu, Cambodia masih lagi berperang dengan Vietnam dan akhirnya Khmer Rouge yang diketuai oleh Pol Pot telah meggulingkan kerajaan pada waktu itu. 1975 merupakan tahun bermulanya "Year Zero", semua penduduk dipindahkan secara paksa ke luar bandar untuk menjadi pekerja pertanian. Wang menjadi tidak bernilai, kebebasan asas disekat dan agama diharamkan. (Skemanya penulisan kan? Ayat dikuot dari web ini : link) Pembunuhan (genocide) yang berlaku sepanjang tempoh pemerintahan Khmer Rouge dikatakan genocide paling dahsyat dalam sejarah selepas Perang Dunia Kedua (fakta yang boleh diragui. Bagaimana pula dengan perang di Palestin, Afghanistan, Syria?)

Dah tahu zalimnya Khmer Rouge, barulah kita ada penghayatan untuk melawat tempat-tempat bersejarah di Phnom Penh.

Jadi, ini 5 tempat wajib dilawati kalau kalian ke Phnom Penh.

1. Choeung Ek Killing Fields

Killing Fields ini merupakan tempat di mana rakyat yang melawan pemerintahan Khmer Rouge dihukum bunuh, termasuklah wanita dan kanak-kanak. Asal usul tempat ini sebenarnya ialah tanah perkuburan cina. Tempat ni memang agak terpencil dan jauh dari orang ramai, bermakna tempat ni sangat strategik untuk Khmer Rouge membunuh "pemberontak".

Kawasan di sini tersangatlah luas. Banyak kawasan-kawasan yang berlubang-lubang, dan sebenarnya itulah tanah yang digali dan dijadikan mass grave (kubur beramai-ramai). Dikatakan sebenarnya banyak lagi mayat dan perkuburan yang tak dijumpai, tapi yang dijumpai pun dah terlalu banyak. Tempat ini dijumpai beberapa tahun selepas kejatuhan Khmer Rouge.

Disebabkan Civil War ini berlaku pada tahun 1975-1979 (masih baru sebenarnya) jadi kesan tulang-tulang manusia dan baju-baju masih boleh dilihat dengan baik.

Bayaran masuk bagi Foreigner ialah USD3, dan tambahan USD3 lagi untuk audio tour. Anda akan diberikan audio player dan headphone, kemudian boleh mainkan audio mengikut nombor di tempat yang anda tiba (ada disediakan signage nombor audio).

Penerangan tentang bagaimana tahanan dari S-21 dibawa ke sini dan dibunuh. 
Di bawah : ada signage nombor audio untuk penerangan.

Antara kubur yang ditemui di Choung Ek. Pondok ini dibina kemudian sebagai memperingati mereka yang telah pergi.

Pokok di sebelah kiri gambar merupakan tempat pembunuhan kanak-kanak. Askar Khmer Rouge akan menghantukkan kepala kanak-kanak di pokok ini (tujuannya bagi kanak-kanak diam dan cepat mati) kemudian mayat dilemparkan ke dalam perkuburan di sebelah kanan.

Tulang-tulang yang dijumpai.

Nampak tak tulang dan baju kat tanah? Maknanya keseluruhan kawasan Choeung Ek tu memang kawasan perkuburan. Kena hati-hati bila berjalan sebab takut terpijak tulang dan baju (erti kata lain, mayat!!)

2. Tuol Sleng Genocide Museum / Security Prison 21 (S-21)

S-21 merupakan sekolah yang ditukarkan menjadi penjara dan dikatakan pusat penjara dan tahanan terbesar sewaktu pemerintahan Khmer Rouge. Sekarang, S-21 dijadikan muzium untuk memperingati kezaliman Khmer Rouge.

Setiap tahanan yang ditahan di sini, mereka akan diambil foto sebelum dan selepas. Anda boleh melihat gambar-gambar mereka yang dipamerkan di salah satu blok di S-21. Boleh baca lanjut di sini : TRAGEDI NGERI DI S-21

Bayaran masuk bagi Foreigner ialah USD3, dan tambahan USD3 lagi untuk audio tour.

Kelas yang dijadikan bilik tahanan.
Di Building A, Ground Floor, 1 bilik adalah untuk 1 tahanan.

Peraturan yang perlu diikuti di S-21.


Hallway Building A

Salah satu cara tahanan diseksa.

Gambar sebelum dan selepas

3. National Museum

Selepas melawat tapak kawasan memperingati kezaliman Khmer Rouge, bolehlah faham sejarah dan asal-usul Cambodia di National Museum. Bayaran masuk ialah USD5.

Nah sumber dari wikipedia :

Most visitors start left and continue in a clockwise, chronological direction. The first significant sculpture to greet visitors is a large fragment – including the relatively intact head, shoulders and two arms – of an immense bronze reclining Vishnu statue, which was recovered from the Western Mebon temple near Angkor Wat in 1936. Continue into the southern pavilion, where the pre-Angkorian collection begins, illustrating the journey from the human form of Indian sculpture to the more divine form of Khmer sculpture from the 5th to 8th centuries. Highlights include an imposing, eight-armed Vishnu statue from the 6th century found at Phnom Da, and a staring Harihara, combining the attributes of Shiva and Vishnu, from Prasat Andet in Kompong Thom province. The Angkor collection includes several striking statues of Shiva from the 9th, 10th and 11th centuries; a giant pair of wrestling monkeys (Koh Ker, 10th century); a beautiful 12th-century stele (stone) from Oddar Meanchey Province inscribed with scenes from the life of Shiva; and the sublime statue of a seated Jayavarman VII (r 1181–1219), his head bowed slightly in a meditative pose (Angkor Thom, late 12th century).

The museum also contains displays of pottery and bronzes dating from the pre-Angkorian periods of Funan and Chenla (4th to 9th centuries), the Indravarman period (9th and 10th centuries) and the classical Angkorian period (10th to 14th centuries), as well as more recent works, such as a beautiful wooden royal barge.
Batu Bersurat

Dalam muzium. Besar weh tempat dia

Muzium. Cantik bangunan dia

Mereka-mereka yang tak pernah jumpa bunga teratai (?)

4. Royal Palace & Silver Pagoda

Salah satu tempat yang harus dilawati. Tapi saya tak sempat melawat, cuma hantar wakil untuk ambilkan gambar saja. Makanya info di bawah adalah sumber dari wikipedia :

PRICE : admission incl camera 25,000r, (usd6) guide per hr US$10
HOURS : 7.30-11am & 2-5pm

With its classic Khmer roofs and ornate gilding, the Royal Palace dominates the diminutive skyline of Phnom Penh. It's a striking structure near the riverfront, bearing a remarkable likeness to its counterpart in Bangkok. Being the official residence of King Sihamoni, parts of the massive palace compound are closed to the public. The adjacent Silver Pagoda is open to visitors.

Visitors are allowed to visit only the throne hall and a clutch of buildings surrounding it. Visitors need to wear shorts that reach to the knee, and T-shirts or blouses that reach to the elbow; otherwise they will have to rent an appropriate covering. The palace gets very busy on Sundays, when countryside Khmers come to pay their respects, but being among crowds of locals can be a fun way to experience the place.

Visitors enter into the eastern portion of the palace compound near the Chan Chaya Pavilion. Performances of classical Cambodian dance were once staged in this pavilion, which is sometimes lit up at night to commemorate festivals or anniversaries.

The main attraction in the palace compound is the Throne Hall, topped by a 59m-high tower inspired by the Bayon at Angkor. The Throne Hall is used for coronations and ceremonies such as the presentation of credentials by diplomats. Many of the items once displayed here were destroyed by the Khmer Rouge.

South of the Throne Hall, check out the curious iron Napoleon III Pavilion. Given to King Norodom by Napoleon III of France, it was hardly designed with the Cambodian climate in mind.

Gambar adalah milik mutlak jalanpoketkecik.blogspot.com
Credit : Ann
Gambar adalah milik mutlak jalanpoketkecik.blogspot.com
Credit : Ann

Gambar adalah milik mutlak jalanpoketkecik.blogspot.com
Credit : Ann
5. National Mosque

Sebagai seorang Muslim, saya cadangkan lawatlah masjid di negara yang kita lawati bagi memahami bagaimana wujudnya Islam di negara tersebut. Info lanjut boleh bertanya dengan driver tuktuk anda.


Semoga dengan perkongsian ini membuatkan anda tertarik untuk melawat Phnom Penh. Pastikan anda bercuti di sini selama 3 hari 2 malam supaya percutian anda lebih santai (dan lebih banyak masa untuk shopping!). Saya akan kongsikan tempat shopping di entry yang lain :)

Selamat bercuti!

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...