Bangkok - Kanchanaburi, The Death Railway & Bridge on River Kwai

Sebelumnya di : Part 2.

* *

Malam tu mak ada tanya, apa plan besok? aku cakap nak naik tren Death Railway, nak tengok River Kwai bridge. Mak pun setuju.

Besoknya awal-awal pagi kami bangun. Breakfast ala kadar je kat bilik. Lepas tu naik teksi ke Bangkok Noi/ Thonburi.
credit from Saphai Pae Hostel

Kat sini ada masalah sikit. sebab aku tak buat research sangat, so aku tak pasti stesen mana kami patut berhenti. Aku baca gitu-gitu je kat Seat61 dan buat keputusan untuk turun di Wang Po, kononnya nak lalu Wangpo Viaduct dan terus ke Hellfire Pass. tapi masa tu English aku memang berkarat, aku taktau viaduct tu amende, ingatkan tempat attraction ke apa TT__TT




Sedikit intro pasal Death Railway ni. Sumber dari Seat61.

During World War 2, the Japanese used Allied prisoners of war to build a railway from Thailand to Burma so they could supply their army without the dangers of sending supplies by sea.  Many prisoners died under appalling conditions during its construction, and the line became known as the 'Death Railway'.  It was immortalised in David Lean's 1957 film 'The Bridge on the River Kwai' which centres around one of the line's main engineering feats, the bridge across the Kwae Yai river just north of Kanchanburi.  Although the film was shot in Sri Lanka, the Bridge on the River Kwai really exists, and still carries regular passenger trains from Bangkok as far as Nam Tok.  For anyone interested in 20th century history, a visit to Kanchanaburi and the infamous Death Railway is a must.


tren oldskool


free seating

jakun masing2 naik tren cenggini hiii

makcik2 jual buah & makanan. mula2 taknak beli. lepas tu lapa, beli je buah.
beli jugak nasi tapi makan nasi & telur dia jela.

sedap makcik ni tidur kan

close up lantai tren. wei nampak celah2 tu kot. ngee

pakai kipas je

pintu tak tutup. ada budak siap main bergayut kat sini

Disebabkan tak buat research, maka taktau nak expect apa. Since ni adalah tren lama, so memang perjalanan pun teramat la slow. tapi aku suka naik tren ni. ada bunyi keletak keletuk, ada angin bertiup kat muka. rasa aman je. tapi bila dah lama-lama, bosan jugak la kan, bontot pun dah panas. 

Kemudian kami pun lalu Bridge on the River Kwai.

 

yang ni pulak menghampiri Wampo (Wang Pho) Viaduct

masa ni rasa nak turun kat stesen ni. sebab byk local turun sini & sini cantik!
I mean, banyak benda boleh tengok. 

kami kebulur. brrr


Finally, jam 1 pm akhirnya kami sampai di stesen Wang Pho/Wampo/Wangpo. Mula bergerak dari Thonburi jam 8. Lama kan!! Sampai je sini, kami tanya dulu, tren akan datang balik jam berapa? Kaunter cakap jam 2. Kami tak beli lagi tiket balik. Nanti bila dah bukak kaunter, baru boleh beli. So dalam masa sejam tu, terkedu gak kami taktau nak pegi mana. taktau tempat 1 hal, tak tau sempat tak nak patah balik ke stesen ni pun 1 hal.

So kami pun pusing2 dulu area situ, tengok apa ada.


ada orang jual penkek kelapa! macam kat Krabi tu. 
Bezanya, lepas siap, dia akan masukkan dalam kelapa yang dah habis dikorek isinya.
Campur gula then campur susu pekat. manisss tapi sedap.

So sementara tunggu tren datang balik, kami pun makan2 apa yang patut. Nasib baik ada mart kat situ, so pegi la beli apa stok makanan minuman yang patut. Then amek wudhu' siap2, nanti dalam tren baru solat jama' takhir. Tren delay, jam 2 lebih baru tren sampai. Macam biasa, free seating. Tapi kalini tren penuh, macam ramai makcik2 nak balik bandar balik sebab nak keje. lol. Tren kalini pun seat selesa sikit, ada span. kalau tak, mau belubang agaknya bontot masing2 nak duduk sampai ke malam.

Ni sebenarnya Wangpo Viaduct. bila lalu sini, tren akan jadi over slow.

Kami sampai ke Thonburi semula lebih kurang jam 8 malam. Peh, memang seharian la naik tren saja. Turun je dari stesen, kami cari teksi. Masa ni hampir nak kena scam, ada teksi yang park dekat-dekat stesen tapi taruk rege mahal gila. Bila jalan kat depan sikit, rupanya banyak je teksi. tahan je teksi & mintak dia guna meter, so takde la mahal sangat.

Oh lupa. Malam ni kemuncak pesta Songkran. Jadi macam semalam, kami kena meredah sesak manusia utk balik ke hotel. Masa ni memang sangat sesak. Semuaorang berhimpit rapat-rapat, badan ke badan. Bayangkan, sesak macam tu, kemudian basah dan berkapur. Masa tu aku cuma risaukan mak aku je, takut mak aku pengsan. Pulak tu dah jalan jauh-jauh, ada pulak jalan tutup. so kena pusing mana tah. memang nasib baik beramai-ramai masa tu. ada la sorang tukang ingat jalan, sorang tolong jaga keselamatan etc.

Fuh.


Bangkok: Intro - ii

Sebelumnya di sini.

**

Besok paginya aku bangun subuh, lepas tu dah takleh nak tidur. Aku kemas2 sikit barang & diri, then turun lepak kat seat yg kosong (ada penumpang yang dah turun). Nasi goreng aku semalam yg lagi 1 tu dah basi, so pagi ni aku pening sikit nak breakfast apa. Kebetulan ada orang tolak troli jual makanan. So aku beli milo & kacang rebus. Tak ingat rege dia berapa tapi yg aku ingat -- mahal. Huh.

layan blues pagi-pagi

Dalam jam 12 waktu Siam, tren pun sampai kat Bangkok. Perasaan masa tu, jgn cakap la.. Eksaited kot!! Wehoo~~


dalam stesen Bangkok
  
Skang cabaran seterusnya bermula. Macamana nak ke hostel aku? Setakat research yg sempat aku buat, aku kena naik skytrain dari stesen Hua Lamphong. So keluar je platform & masuk stesen Bangkok, aku tanya kaunter macamana nak ke stesen (nama aku dah lupa, Burasak ke apa. Stesen yg dekat dgn hostel) senang je sebenarnya. Keluar je stesen Bangkok tu, turn left. Nanti dah nampak terpampang luas2 Hua Lamphong station.



Sebelum masuk ke tren tu, aku sempat beli roti, air & cha yen. Amende cha yen ni? Teh ais sebenarnya. Aku baca blog backpackerbusuk sampai dah khatam, sampai aku ingat yg dia ckp cha yen memang sedap. Dannn memangggg sedap! Hehe. Dalam blog tu, Kak Fatt ada share gambar stesen Bangkok. Memang besar & luas, & ada feeling nostalgia kat situ :) owh, masa ni aku tak sempat habis buat research, sebenarnya dekat2 tren ni ada kedai makan halal..in fact KFC dia pun halal.

Ok so makanan dah ada, marilah kita naik tren. Senang je nak naik tren dia. Tapi kena tuka line pulak. (updet) Dari MRT Hua Lamphong, aku kena turun kat stesen Silom. Jalan kaki sikit ke BTS Sala Daeng. Dari situ, behenti kat Surasak utk ke Saphai Pae. Alhamdulillah tak sosek. Tapi cabaran seterusnya pulak. Sampai kat stesen yg aku patut sampai, aku taktau jalan mana hala nak ke hostel! So main tanya je kat kaunter. Mula2 dia tak paham gak tulisan, kemudian baru dia paham & tunjuk arah.

MRT Hua Lamphong

Dalam MRT

Naik BTS - Sky train. mesia takde sky train, ada lrt je. hehe

Atas jambatan nak ke BTS. nampak bawah2 tu?
orang dah sibuk ready nak ber-songkran.

Dari stesen tu, kena ikut direction ke Honda, turun tangga then pusing 90 darjah, terus je, amek kanan then terus je. Dari jauh dah nampak bangunan kuning & signboard Saphai Pae. Jauh tak jauh, dalam 500 meter jugak la.

Entrance hostel. ada ATM siap kat dalam ni

bilik aku. selesa kan?

toilet pun ok. spacious

So petang tu apa aktiviti aku? Aku solat, kemas diri, updet fesbuk, & buat research apa yg nak buat sepanjang kat Bangkok. FYI, mak & kaklang akan sampai Bangkok malam ni dan kami akan tukar hotel di Silom. Jadi aku cuma tumpang kejap je kat hostel ni, cuma bayar utk 1 malam (cheap gila ok). Masa ni badan aku memang dah rasa lemah sangat. Dengan emosi tak stabil, pulak tu meredah ke Bangkok sampai 2 hari perjalanan, tak malam 1 hari. Memang rasa bersyukur jugak nanti akan ada orang teman aku kat sini.

breakfast cum lunch cum dinner

Lepas jama' magrib isya', aku pun terus checkout hostel. Mulanya plan nak naik tren ke Suvarnabhumi Airport, tapi jumpa pulak sorang Malaysian kat sana yang advise baik naik teksi je since takde la mahal sgt (sebenarnya mahal ok utk org bajet cam aku) dan kebetulan masa tu hujan lebat. So aku pikir2, naik jela teksi.

Sampai kat Suvarnabhumi Airport, aku try cari flight Air Asia, nak tau dah landed ke belum. Bila tengok board, takde langsung flight AA. Aku dah cuak. Kebetulan nampak 1 notis kata ada flight akan landed kat Don Mueng Airport.

Ah sudah! Memang panik jugak masa tu. Cepat2 aku call ayah (since takde tenet nak google masa tu) tanya airport mana. Ayah pun taktau. Then aku try je my luck, aku keluar & pegi kat teksi banyak2 & tanya; Air Asia? Nasib baik ada gak yg paham! Terus driver tu cakap, Air Asia: Don Mueng. Apa lagi, terus naik teksi pegi airport sana. Memang laaaaa saja nak bazirkan duit aku kat teksi je kann wuhuuu.. Alhamdulillah kemudian selamat jumpa mak & kaklang.



Ehh tapi drama lum habis lagi ni! Hehe.

Kami cari teksi (tunggu q masa tu panjang ya amat ok) nak ke hotel. Bila tunjuk address hotel kat driver, driver hampir tanak hantar. Dia duk sebut "Sukan" "Songkan" macam tula. Kitorang memang tak paham. Dalam teksi duk la call hotel & orang hotel bagi direction kat kitorang utk cari hotel sendiri sebab teksi akan behentikan kitorang kat tepi jalan je.

Bila dah turun dari teksi, kitorang pelik. Asal orang ramai gila. Macam ada pesta. Jalan sikit, ada pulak orang tembak2 air kat kitorang. Ada yg simbah air sebaldi. Ada yg tukang calit kapur kat muka kitorang. Hoihh stress masa tu! Stress plus fun la jugak haha. Stress sbb... Dekat sejam gak cari hotel tu! Jauhhhh dari tempat teksi tu drop kitorang sebab pesta tu ganggu jalan.

duk plak kat Silom, mmg ibu pesta ni so mmg basah la kitorang kena simbah air masa tu plus kena calit kapur. *tambahan* makin lama makin dasat gak pesta dia. org dah mula bukak2 baju (laki pompuan). sok pagi kitorang kuar hotel, ada je lg org2 mabuk tido tepi2 jalan.

Dah sampai hotel baru la tau, rupanya sekarang pesta Songkran. Haha sabo jela masa tu kan..

Ok dah tu je. Sambung lainkali. Kemain panjang intro aku kan.

Bangkok: Intro - i

Nota: entry ni sangat panjang. Dan sebab panjang sangat, aku buat 2 part. Intro pun sampai 2 part weh, kemain sangat. klik sini untuk part 2.

Sebenarnya nak cerita pasal Bangkok ni, 1000 malam pun tak habis nak cerita. In fact, tepat setahun sebulan lepas aku ke Bangkok, tapi still aku tak dapat nak cerita pasal trip aku ke Bangkok.

Keputusan nak ke Bangkok memang sangat mengejut. It was an impromptu plan. Tapi sebab otak aku dah tak boleh nak berfungsi sangat, hati aku kuat cakap aku kena pegi Bangkok - bawak diri jauh2. Apapun, that's the irony. Larilah jauh manapun, kalau tak dapat cari tenang from within, memang la kalau balik pun still masalah takkan selesai. Macam jugak bila orang cakap, nak travel sbb nak cari Allah. Kalau tak jumpa Allah dalam diri sendiri, pusing la satu dunia pun, belum tentu akan jumpa.

So, it was an impromptu plan. Haritu, dalam jam 4 aku keluar rumah utk ke KL Sentral. Sampai KL Sentral, aku terus beli tiket ke Bangkok. Aku ingatkan tren terus ke Bangkok, rupanya tak. Maklumlah, main redah je kan so memang tak stadi habis apa/macamana nak ke Bangkok ni. So masa nak beli tiket tu, orang kaunter tu cakap dia tolong ejaskan. Tiket malam ni ke Butterworth, then dia book kan jugak tiket ke Bangkok dari Butterworth.
Rege 2 tiket.

Actually kalau orang tanya senang ke nak ke Bangkok dari KL, atau berbaloi ke nak amek tren ke Bangkok dari Hatyai. Bagi aku, kalau taknak singgah kat Hatyai, baik la terus je naik tren ke Bangkok kat Butterworth. 1 lagi, tiket tren ke Bangkok kita boleh beli awal-awal dari KTM. Sebaliknya kalau nak beli tiket ke Bangkok dari Hatyai, kena sampai Hatyai dulu baru boleh beli. Tu pun tak confirm ada, kalau ada pun tak confirm dapat seat yg kita nak. Sebagai contoh, seat kosong yg tinggal cuma kerusi keras kayu (third class). Hoi bernanah bontot wei berbelas-belas jam nak duduk cenggitu. Apapun, ni pendapat aku saja la, saja nak bagi an insight from my view cewah.

Sambung cerita. Lol

Tren aku ke Butterworth dalam 11 malam macamtu. Jadi sementara tren sampai, aku sempat pegi dinner dulu dan book hotel bila sampai Bangkok. Aku pilih Saphai Pae Hostel, book kat Hostel World. Aku pilih pun sebab tengok good review & dekat dgn tren. Kalau next time dtg, maybe aku akan pilih duduk dekat Ratchaburi (?) kot or area yg senang cari makan halal. Hehe.

Then aku call Katy. Suruh dia datang bawak sweater kononnya. Tapi dia datang masa tu tak bawak pun sweater, cuma aku yang nampak je dia terus menggogoi-gogoi nangis. Ceh. Aku pilih koc berth atas, so selesa la sikit nak tido malam (dan nangis. Sepanjang malam tu nangis je keje aku. Hemm..)

Sebenarnya ni first trip aku naik overnight tren. Dan aku memang suka sgt. Tahap jatuh cinta camtu. Sebab naik tren ni rileks je, takde nak rushing mende. Ko boleh duk dlm/baring dlm tu & reflek diri sekejap :)

Besok paginya dalam jam 6, tren pun behenti kat Butterworth; the last stop. Semua pun turun. Alhamdulillah kat sana ada surau. Jadi mudah la, turun je kemudian terus solat subuh. Lepas solat, ramai yang dah bergerak dan meneruskan agenda masing2. Maknanya surau tu jam 7 je dah lengang. Maknanya lagi.... Maknanya?? Aku boleh conquer surau tu yahoooo!!! Aku pun bentang sejadah elok2, cas fon kemudian baring. Tau2 dah telelap. Tau2 bangun je jam dah pukul 9, sambil2 mata berair je. Nak kata memang penangan hebat sgt la ni sampai aku bawak diri ni, sebab mata ni macam paip dia dah rosak, asik nak nangis je!

Bila dah bangun, aku pun kemas2 diri sikit apa yg patut. Lepas tu pegi makan brunch. Nasib baik ada kafe yg dah bukak kat situ. Lepas brunch, aku pesan dgn makcik tu nak nasi goreng ayam bungkus dua. Lepas zohor aku datang amek. So sementara nak tunggu zohor tu, aku memang boring gila. Dah la sensorang, memang buat aku nangis non stop jela keje nye kan. Pulak tu takde benda lain nak buat. Dalam tengah boring-boring tu, mak call. Mak cakap nak datang Bangkok teman aku. Mak saja guna alasan nak berjalan, padahal aku tau tu mak risau tak sudah. Tapi kena buat passport Kaklang dulu, baru mak & kaklang akan datang. Rasa bersalah masa ni, jgn cakap la.. :'(

Dekat2 nak zohor, aku pun siap2. Masuk je zohor, aku terus solat. Kemudian aku pegi kat kafe makcik tadi. Tengok2, nasi goreng aku tak siap lagi. Aku dah pelik dah, makcik ni ingat ke tak oder aku. Cuak pun ada, sebab tren akan sampai kul 2 macam tu. Bila tanya makcik tu, dia cakap takut aku tak jadi dtg amek, tu yg dia tak terus buat. Aku pun cakap la, memang nak nasi tu. So dengan pantasnya makcik tu pun goreng nasi. Aku sebenarnya terpikir nak bungkus nasi sebab risau dalam tren nanti takde benda makan. Walaupun situasi aku ni kes makan hati, tapi ketahuilah, perut aku apa kisah, dia tetap nak makan nasi.

Selesai je makcik tu bungkus nasi aku, aku pun bergegas ke tempat menunggu. Tunggu ada announcement tren dah sampai, baru pegi kat platform.

stesen Butterworth


Bila tren sampai, aku pun kelamkabut cari koc & seat. Maklumlah tak penah naik tren cenggini. Tren ni lain sikit dari tren KTM. (aku tak ingat samada kitorang naik tren KTM or tren Siam) sebabnya aku memang beli berth. Masa naik tren kat KL-Butterworth, aku terus naik ke berth aku. Tapi yg ni lain sikit. Aku ada seat. Tak lama lepas dah bekenalan dgn sorang uncle Singapore yg duk depan aku, dari dia aku baru tau yang bila malam, baru la seat yg kami duduk tu akan dibukak jadi katil. Dan katil atas pun dia akan bukak. Bila siang, dia kunci. Taktau la apsal kan.

 
seat waktu siang, katil waktu malam

Perjalanan dalam tren memang lama. Tapi aku tak sempat nak boring sebab uncle depan aku duk sembang nonstop. Bagus jugak sebab ada peneman, ada org blh tlg guide since dia ni otai backpacker.

Dari Butterworth nak ke Siam, kena turun kat Padang Besar utk cop pasport. Ni 2nd time la aku overland, 1st time masa kat Singapore nak gi JB (hampir tertinggal bas masa tu) (sempattt je nyelit nak cite ekk). Masa ni konduktor suruh bawak turun beg sebab katanya officer imigresen akan cek beg. So turun tu, isi borang Arrival/Departure form, cop cop, then tunggu tren dtg balik utk naik tren tu. Tren still yg sama,  tak tukar pun. So bila naik, terus ke seat sendiri la takyah gatal nak pilih seat lain kan.

Malam tu aku makan nasi goreng yg aku dah tapau petang tadi. Nasib baik jugak. Sebab ada orang yg offer2 tukar duit/melayu, pesan jgn beli makanan dalam tren sebab tak yakin halal. Malam tu lepas katil dah dilipat, cepat2 aku mintak undur diri dari uncle depan aku utk naik tidur & solat. Next time kalau naik lagi overnite tren, baik la amek berth bawah. Lagi selesa & takde beza sgt pun rege.


Bandung : Itineraries & Budget

Day 1
* Flight to Hussein Sastranegara Airport at 7.15 pm. ETA 8.20 pm 
* Stay at Zodiak @ Kebon Jati Hotel (RM868.24/4 nights/ 2 rooms/ 4 pax



Day 2
* Kawah Putih (IDR 15,000/pax) 





* Situ /Danau Patenggang (IDR 15,000/pax)




* Masjid Agung 


 * Gudang kain sulam
* Cibaduyut (barang-barang kulit)
* Toko Tiga (jeans)


Day 3 
*Gunung Tangkuban Perahu (IDR 17,500/pax)






* Kebun Strawberry




 * Floating market/ Pasar Apung Lembang 
(IDR 10,000.00/pax. Simpan tiket utk free welcome drink)  



 ayok gambar senget 


* Lunch – Kg. Ayer (recommended) 


 * Rumah Mode (amek gambar je) 
 * Pasar Baru 
 * Dinner at Pasar Baru 
 * Cihampeulas (jeans) (optional) 
 * Kartika Sari (pisang salai) 
 * Amanda Brownies (estimate IDR45,000) 


 Day 4 
Pasar Baru Kat (Ada 6 level plus dua level underground.
Underground 1-2 banyak jual kain batik, pelikat, kemeja, jubah. 
 Level 1-2 ada jual telekung, blouse n kain2 ela. 
Level 3-4 ada jual blouse, kain ela, baju bebudak. 
 Level 5 jual handbag sesaja. 
 Level 6 ada medan selera n few kedai jual handbag.
Atas sekali ada surau.



 Day 5 
* Pasar Baru / Aktiviti Bebas 
 * Flight to KL 3:45pm. ETA 6:50 pm. 
Airport tax IDR75,000/ IDR200,000.00

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...