When I Die

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------

Semalam aku berkesempatan menziarah pengebumian arwah abah seorang kawan. Belum pengebumian sebenarnya, tapi dalam proses (waktu aku sampai, jenazah belum dimandikan lagi). Kawan merupakan class-mate waktu di UIA, dan office-mate waktu di PJ sebelum masing-masing angkat kaki dan dah tak berjumpa sampailah semalam.

Aku agak terkilan sebenarnya sebab aku dah plan beberapa kali nak ziarah kawan dan/atau ayahnya. Tapi tak sempat, Allah lebih sayangkan arwah abahnya. Benda ni buat aku tersedar, yang kita ni (aku lah watak utama ni lol) terlalu ambil mudah tentang keberadaan orang di sekeliling kita. Kita sentiasa "next time lah, kali ni tak sempatlah", dan dengan "idea" yang orang itu kita akan jumpa lagi akan datang, orang tu masih hidup lagi dan sempat tunggu kita jumpa dia.

Aku sendiri masih cuba mendisiplinkan diri dalam hal ni - untuk tidak mengatakan tidak bila menerima jemputan, untuk hadir bila dah berjanji dan cuba mewujudkan waktu untuk bertemu dengan orang lain. 

Ada satu perkara yang lecturer aku penah ajar dulu, sebaik-baik perbuatan baik ialah berbuat sesuatu di saat hati kita terdetik. Contohnya, tengok karipap teringat kat si A sebab dia suka makan karipap, maka teruslah belikan karipap untuk si A sebab itulah sebaik-baik sedekah.

Aku cuba-cuba la jugak bila terdetik hati tu.. eh nak pi ziarah abah kawan la.., maka teruslah whatsapp kawan ni ajak bejumpa, tapi tak dan jugak. huhu.

Aku peratikan jugak, ramai kawan-kawan kepada kawan aku ni datang ziarah arwah abahnya. Allahu.. betapa Allah ringankan beban kawan aku ni, dengan didatangkan kawan-kawan yang susah senang bersama-sama. 

Itulah gunanya berbuat kebaikan waktu kita hidup! Bukan arwah abahnya, maksud aku kawan aku ni. Buat baik sehinggakan ramai kawan yang ada waktu dia susah. Serius, aku tengok dan aku jeles.. sebabnya kawan-kawan aku boleh dikira dengan jari. Bukan maksudnya kawan-kawan yang tak baik, bukan.. tapi nak katanya, aku yang lemah dalam berkawan - tak reti nak menjaga kawan-kawan. sobsob.

Sedikit sebanyak aku bersyukur yang Allah berikan 'pengajaran' pada aku waktu ziarah arwah abah kawan tu semalam--
..luangkan masa untuk ambil tahu hal kawan-kawan kita,
..sentiasa berbuat baik waktu hidup kita supaya waktu kita mati dan selepasnya ada yang menghantarkan pahala untuk kita.

Sebenarnya aku jugak teringat 1 scene dalam cerita My Mister, yang mana nenek Lee Ji-an meninggal dunia dan abang ni gigih panggil semua kenalan datang ke pengebumian nenek. Part ni buat aku rasa terharu, dan betul la jugak kan.. kalau boleh waktu aku meninggal, atau waktu mak ayah aku meninggal, aku nak ada orang-orang yg aku kenal (kalau Allah izinkanlah). 

Scene di atas ada dalam Episod 16. Boleh baca recap kat sini.

pengebumian nenek Lee Ji-an dan kawan-kawan Ajusshi dia semua datang



Berilah Peluang Kedua dan Peliharakanlah Aib Yang Lain

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------

Dalam perjalanan ke pejabat pagi ni, macam biasalah kita rasa lemau je pagi-pagi. Jadi aku cuba cari motivasi untuk bersemangat. Ada kawan berpesan, setiap kali rasa lemah imah, bersyukurlah. Kalau tak ada perkara nak disyukurkan pun, cukuplah sekadar bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup.

Peluang untuk hidup - besar ertinya. Aku terfikir betapa banyaknya kekurangan diri dan betapa Allah Maha Kaya dengan budi pekerti - Arrahman & Arrahim; dan kita masih dibenarkan hidup walaupun kita ni banyak buat silap.

Sebagai contoh,

Allah sentiasa memaafkan. Tapi aku? Bila orang dah buat silap, selamanya aku akan ingat dan berdendam. Sedangkan bila aku buat silap, Allah sentiasa beri peluang untuk aku memperbaiki diri. 

Allah sentiasa memberi peluang kedua. Tapi aku? Kalau orang buat silap, aku susah nak beri kepercayaan pada mereka untuk buktikan diri mereka. Sedangkan Allah sentiasa beri peluang pada aku, buktinya ialah aku masih hidup untuk memperbetulkan apa yang tersilap semalam.

Dan Allah tidak pernah membuka aib. Tapi aku? Kalau marah orang tu, tak reti nak perlahan suaranya, tak reti nak tegur dalam diam atau nada yang tidak membentak-bentak. Sampaikan orang yang dimarah tu rasa malu dengan kawan sekeliling. Sedangkan Allah tak pernah sekali membuka aib aku walaupun dosa aku menggunung.

Bayangkan, kalaulah Allah itu sifatnya seperti manusia - dah tentu kita ni yang berdosa sudah dihukum bunuh, kiranya dah banyak sangat salah sampai tiada ampunnya lagi. Huhu.

Dan harini juga Love Letters dari Aida Azlin sampai ke email. Aku suka nak highlight yang ini :-


Azam saya untuk hari ini, saya nak jadi orang yang baik yang memaafkan orang dan tidak memalukan orang lain. Azam saya hari ini, saya nak jadi orang yang berakhlaq baik. Semoga Allah lembutkan hati-hati kita dan jadikan kita orang-orang yang tenang, insyaAllah.

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...