Hati-hati dengan fikiran (belajar mantera hidup)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------



Dah lama tak menulis kat sini. Bukannya tak ada idea, ada.. tapi setiap kali nak menulis tu aku timbang tara puluhan kali, sama ada apa yang nak ditulis tu memberi manfaat atau tidak, atau sekadar meluahkan perasaan; dan meluah perasaan tu tak sama ke macam complaint? Jadi, kebanyakkan fikiran terhenti begitu sahaja.

Ustazah Norhafizah Musa ada cakap :

  • Hati-hati dengan fikiran, kerana ia akan menjadi tindakan;
  • Hati-hati dengan tindakan, kerana ia akan menjadi kebiasaan;
  • Hati-hati dengan kebiasaan, kerana ia akan menjadi karakter dan sikap;
  • Hati-hati dengan karakter dan sikap, kerana ia akan menentukan ketentuan hidup.



Bermula dengan fikiran kita, sebab ianya akan menjadi tindakan dan seterusnya menjadi kebiasaan.
Bila dah biasa, ianya akan sebati dengan diri kita dan kehidupan kita.

Memang susah nak kontrol apa yang kita fikirkan. Kadang-kadang kita geram dan marahkan seseorang, tapi tak berani nak cakap depan-depan jadi kita marah-marah dalam fikiran kita. Apa yang kita fikirkan tu boleh menjadi tindakan kita yang kadang-kadang kita tak semena-mena marahkan orang lain yang tak ada kaitan dengan marah kita. 

Ada satu cerita yang aku masih ingat lagi, sebuah cerpen di dalam Reader's Digest. Tak pasti sama ada cerita ini betul atau tidak, tapi cerita ni nak menggambarkan bahawa berhati-hatilah dengan fikiran kita. Ceritanya macam ni :

Pada satu malam, Mamat memandu untuk balik ke kampung. Tiba-tiba di pertengahan jalan, kereta Mamat rosak. Mamat meninggalkan keretanya di tepi jalan dan berjalan ke perkampungan yang terdekat dengan niat nak meminjam jumper kereta. Dalam dia berjalan kaki mencari rumah yang ada, dia bermonolog sendiri, "Dah tengah malam ni, mesti orang dah tidur. Nanti kalau kejutkan orang tengah tidur, mesti orang tu marah. Kalau orang tu marah, nanti tak dapat nak pinjam jumper. Kalau tak dapat pinjam jumper, nanti aku tak dapat balik kampung. Habis tu aku nak tidur mana malam ni? Kalau aku tak boleh balik kampung malam ni jugak, ni semua salah orang tu sebab tak benarkan pinjam jumper. Ataupun, bila ketuk rumah orang, orang taknak bukak pintu sebab ingatkan aku ni penjahat. Kalau aku jahat, aku tak ketuk pintu! Aku pecahkan rumah dia!" dan Mamat berjalan sambil marah-marah ke rumah orang kampung. Mamat pun tiba di sebuah rumah dan mengetuk pintu rumah dengan kuat. Bila tuan rumah buka pintu dan bertanya mahukan apa, Mamat menjawab dengan marah, "Nak pinjam jumper kau la bodoh!"


Kesian kan tuan rumah? Tak tahu menahu, baik hatinya bukakan pintu di tengah-tengah malam sedangkan tak pasti yang datang tu orangnya baik ataupun tidak. Sudahlah begitu, buka je pintu dan dia terus kena hambur dengan Mamat. 

Nampak tak? Betapa bahayanya fikiran kita, meracun kita dari dalam sampailah kita bertindak yang bukan-bukan.

Tahu, memang tak baik berfikiran yang bukan-bukan. Tahu, kita memang kena banyakkan berfikiran positif. Tapi nak praktikkan tu agak susah kan? Jadi, ada beberapa mantera yang aku cuba amalkan setiap hari:-

(1) People don't deserve your tantrum / bad mood
Orang lain takde hutang apa dengan kita, sekalipun kalau dia buat salah dengan kita. Orang lain takde sebab musabab untuk menerima bad mood. Siapa kita, apa hebatnya kita sampai boleh sesuka hati nak menghamburkan rasa tak puas hati kita pada orang lain? Dan apa salahnya orang lain sehinggakan kita rasa selayaknya dia kena marah dengan kita? Cuba bayangkan kalau kita la yang di tempat orang tu, sikit-sikit orang nak marah kita sedangkan kita takde buat salah apa-apa. Eh, boleh bikin gaduh besar jugak tu.


(2) Berdoa
Ada doa yang diajarkan pada aku iaitu : Rabbi habli hukman walhiqni bissolihin (Maksudnya: (Nabi Ibrahim berdoa) Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku Hikmah (agar aku menjadi orang yang bijaksana) dam pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh).

Orang kata doa di atas perlu diamalkan kalau nak bertemu jodoh yang soleh, tapi pada aku, aku bukan nak jumpa jodoh (yg soleh) semata-mata. Tapi nak bertemu dengan orang soleh-solehah yang baik-baik supaya aku pun turut berada dalam suasana/bi'ah/environment orang-orang baik. Kenapa penting benda ni? Penting lah, supaya bila kita berada dalam environment yang baik, fikiran kita pun turut jadi baik - mahu fikirkan yang baik-baik saja. 



Apapun, jom la sama-sama kita pelihara fikiran kita. Bila berfikir yang bukan-bukan, jom la kita berdoa semoga Allah lindungi fikiran kita dari yang bukan-bukan, supaya kita dapat memelihara tindakan kita dan cuma bertindak ke arah kebaikan semata.

Wallahu'alam.




Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...