Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke sini, tapi tak pernah menjadi. Then sebenarnya takde actual plan nak mengejar bunga matahari pun. Cuma bila Adeq Ann post kat instagram katanya banyak trip tak menjadi tahun ni, kakak dengan rasa simpati cubalah menggembirakan hati beliau. kahkah. serius, dalam masa sebulan je planning. kira trip redah terjah la jugak.

So itinerary kami seperti berikut :-

Rabu (28.12.2016) [KL-Bangkok]

Flight jam 9.45 pm. Macam biasa delayed.
Tapi nak sampai ke airport pun mencabar jugak, maklumlah masing-masing kerja kan. Aku, Katy, Ann pilih untuk naik Aerobus dari Paradigm Mall. Bas bertolak jam 7.30 pm, harga RM12.00

flight delayed


Kami sampai di airport Don Mueang jam 11 lebih waktu Thailand. Tapi prosedur kat immigration lama sangat, sejam lebih beratur. Dah macam kat airport Jeddah pulak. Sempat jugak guna wifi airport dan buat whatsapp video call (haha siapa yang bertuah dapat call malam tu wakaka).

Selesai immigration, kami beli simkad dtac tourist sim harga 299 thb (1.5gb selama 7 hari). Orang kaunter tu siap pasangkan simkad dan setting, so selesai satu kerja.

beli simkad untuk keriangan berganda


Untuk ke hostel, kami naik teksi. Disebabkan kami 6 orang, so kena ambik 2 teksi. Teksi kami kena dalam 300 thb, 1 lagi teksi dalam 500 thb sebab teksi tu behenti isi minyak. heh. Mujur senang cari hostel kami sebab kami dah print siap-siap alamat dalam bahasa Thailand. Kami pilih untuk stay di Loftel Hostel sebab dekat dengan Hua Lamphong Station (tapi kekurangannya jauh dari tempat lain). Kami pilih dorm untuk 6 orang, dan seorang bayar 1120 thb untuk 4 malam.


Khamis (29.12.2016) [Bangkok - Kanchanaburi - Tham Krasae Bridge - River Kwae Bridge - Khaosan Road]

Plan asal kami, hari ni nak pusing Bangkok. Tapi ada beberapa perkara tak kena, last-last aku tukar plan (mastermind kan. so tukar plan sesuka hati kihkih).  So aku ajak masing-masing ke Kanchanaburi.

Sini la datang masalah dia. 3 tahun lepas, aku ke Kanchanaburi naik keretapi. Aku masih ingat lagi sengsara duduk dalam keretapi lama-lama T__T    agak susah nak cari info yang ke Kanchanaburi daytrip, sebab kebanyakannya akan stay semalam. Aku tak nafikan Kanchanaburi ada banyak perkara yang boleh lawat, tapi tak sempat kalau nak kejar semuanya. So google punya google, aku pilih naik bas dari Sai Tai Mai. Masalah seterusnya, macamana nak ke Sai Tai Mai (Southern Bus Terminal) dari Hua Lamphong? Aku cuba untuk tak naik bas sebab tak berani, dek kekangan perkataan.

Jadi kami pilih untuk naik teksi. Usha teksi sana sini, semuanya letak harga 200 thb untuk 1 teksi. Kami kena ambik 2 teksi makanya 400 thb la kan? agak tak berbaloi. Kami cari teksi lain, sampaikan panggil Grab Taxi. Tapi dia pun letak harga 150 thb untuk 1 teksi. Akhirnya kami akur jugak, memang dah mahal macam tu kot harganya.

Aku saspek mood aku spoil start dari sini. atau sebenarnya semalam pun dah spoiled? haha. dasar short-tempered, bila plan tak menjadi seperti yang dirancang lepastu rasa hopeless sangat -- ni la yang jadi : kakmah emo lols.

Moving on, kami sampai di Sai Tai Mai dan naik van dari sini. Mula-mula nak naik bas. Driver teksi cakap kalau nak naik bas, naik tingkat 2 (1st floor tapi tingkat yang kedua. paham tak. haha). tapi disebabkan group kami terpisah dengan group satu lagi (teksi turunkan mereka dekat tempat van), so kami pun ke tempat van dan terus beli tiket van ke Kanchanaburi.

kaunter van ke Kanchanaburi


Harga tiket ke Kanchanaburi 100thb per pax, perjalanan dalam 2 jam macam tu. Nak tunggu van penuh tu yang lama tu. Sempat la kami beberapa kali ke 7 Elevan dan cari stok makanan halal. Van agak selesa, cuma bila dah duduk lama tu biasalah kaki akan sengal-sengal huhu.

cari makan


pelik toilet dia. kena masukkan coin.
Ingat ni kedai mainan ke camne


Kan aku cakap aku takde plan kan? (Yela, aku mastermind so memang aku yang tolong pikirkan plan. dasar diktator di sini haha) so memang pasrah je bila turun di stesen bas Kanchanaburi. Kebetulan turun je, ada driver songtheaw yang rajin melayan kami. Aku mintak dia bawakan kami ke Tham Krasae Bridge dan kemudian ke River Kwae Bridge. Dia caj kami 1000 thb untuk 1 songtheaw. OK la tu, kira ngam lah. Kami terus on.

map around Kanchanaburi. Nak gi Erawan pun tak sempat

Kenapa aku pilih Tham Krasae Bridge dan bukan River Kwae Bridge? Sebab 3 tahun lepas aku terlajak tren sampai ke hujung stesen iaitu Nam Tok. Dalam perjalanan ke Nam Tok tu aku lalu Tham Krasae Bridge ni, dan ramai local yang turun di sini. Ada gua dia dekat sini, dan stesen ni adalah yang terdekat sekali dengan Wangpo Viaduct. So kali ni aku nak tebus kekecewaan dan nak melawat ke Tham Krasae Bridge. Orang tanya, buat apa kat sana? Aku jawab, "nak bergambar je." haha. Memang tak sempat nak melawat muzium ke apa.

Perjalanan dari stesen bas Kanchanaburi ke Tham Krasae Bridge memakan masa 1 jam. No entrance fee. Kalau naik keretapi dari Bangkok Noi ke sini, bertolak jam 7.30 pagi dan sampai jam 1 tengahari. Larat tak korang? Haa..

tak gayat pulak masing2 kan

acah-acah. view dia cantik.


adeq

kakak

makcik


Image may contain: tree and outdoor
ni gambar tahun 2013. yang cantiknya kalau kita naik keretapi ni, dapat la ambik gambar bila keretapi buat selekoh.

Driver songtheaw cakap keretapi akan sampai dalam masa 20 minit. Tapi kami sempat la jugak berjalan atas landasan tu dalam sejam, lepastu baru keretapi sampai. Nervous tengok keretapi lalu sebelah dan lalu atas jambatan kayu.





cubaan nak terjun

penakut tapi nak buat gini sebab nampak ada orang share kat facebook.


ni nama tempat nya. Sebutan dia disenyapkan R.

Lepas dah puas bergambar, kami pun gerak ke River Kwae Brigde. Waktu ni perut dah lapar sebab tak breakfast dan lunch. Kami mintak driver bawakkan ke makanan halal, dan dia cakap nanti di Kanchanaburi dia akan bawakkan kami ke makanan halal. Ada rasa lega kat situ.

Perjalanan dari Tham Krasae Bridge ke River Kwae Bridge memakan masa setengah jam. Tapi kami tak sempat kejar untuk tengok keretapi lalu di River Kwae Bridge. So bila dah sampai kat River Kwae Bridge tu, masing-masing macam lemau je haha. Sebab lapar dan dah boring, tak mencabar sangat tempat ni tak macam Tham Krasae Bridge.

Di River Kwae Bridge ni, kami sempat lawat JEATH Museum. JEATH stands for Japan, England, Australia, Thailand, Holland. Ni kiranya mereka yang mati dalam pembuatan Death Railway.

River Kwae Bridge.
Sekejap je kat sini sebab tak mencabar haha.


JEATH Museum

Seterusnya kami ke kedai makan. Ya Allah sedap sungguh laa makanan kat kedai ni. Total harga untuk 6 orang makan, tak ingat pulak. Kena tanya Adeq Ann. Tapi kiranya semua affordable lah. Nasib baik kat sini ada tempat sembahyang, sempat la kami solat jamak takhir.



tomyam terbaik. ayam goreng terbaik. semua la sedap!

Lepas makan, driver hantar kami ke stesen bas Kanchanaburi. Siap tunjukkan kaunter van lagi. Harganya sama, 100thb per pax. Kami diturunkan di Pinklao Road. Di sini boleh terus tahan bas dan pilih nak ke mana. Kami pilih nak ke Khaosan Road sebab nak membuang masa, saja nak usha apa ada kat sana (asal berjalan kata orang kan. tak kisahlah sama macam Petaling Street ke apa). Dari Khaosan Road, sekali lagi kami kena ketuk hampir 200 thb (teksi atau tuktuk, sama je harganya) kalau nak balik ke hostel. Last option, kami berjalan jauh sikit dalam 700m untuk ke bus stand. Naik bas murah je, sorang 13 thb.

dalam bas. pon nak letak. kih!


Khaosan Road

Ok dah penat. Sambung lagi bila rajin.

Sorry post ni banyak bercerita je. Ni pun risau kot dah terlupa info (kakak dah tua T_T)




No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...