Certain Things Are Better Left Unsaid

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------

Rascal Flatts - What Hurts The Most


Setelah sekian lama, saya hidup dengan berprinsipkan "lebih baik buat/beritahu daripada menyesal". Sebagai contoh, lirik lagu di atas banyak memainkan peranan dalam hidup saya.

What hurts the most
Was being so close
And having so much to say
And watching you walk away
And never knowing
What could have been
And not seeing that loving you
Is what I was tryin’ to do

Saya belajar dari pengalaman bahawa bila ada kesempatan untuk menyatakan sesuatu pada seseorang, katakanlah, lebih baik disampaikan daripada besok-besok kita menyesal tidak sempat. 


Tapi bila melepasi umur 30-an, saya belajar pula daripada pengalaman yang pahit - bahawa bukan semua perbuatan dan kata-kata itu perlu disampaikan. Biar sekalipun niat kita baik, biar sekalipun kita percaya kita jujur orangnya, tapi niat tidak menghalalkan cara - niat berbuat baik tidak bermakna perbuatan kita itu adalah baik. 

Dan kini saya rasakan hidup saya berprinsipkan kepada sesuatu yang salah. Sebab sekarang, saya lebih menyesal dengan setiap perkataan dan perbuatan saya yang sebaik-baiknya saya diamkan, yang saya suarakan juga semata-mata berniat baik atau bersikap jujur kononnya.

Ada perkara-perkara yang lebih baik kita diamkan, atau tidak disuarakan.

Contohnya betapa kita marahnya pada seseorang, lebih baik kita bertenang dahulu sebelum berkata-kata. Sebab terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Nanti setiap malam boleh mimpi ngeri dek dikejar kata-kata sendiri.


Inteam - Bicara Kata







Battle Inside

Aku rasa semua orang ada peperangan dengan diri sendiri. Kalau dalam TV, kita boleh nampak ianya dilakonkan oleh Setan vs. Malaikat atau Baik vs. Jahat.


Sebagai contohnya yang berlaku pada diri aku pagi ini:-


Me : Weh nak kena tegur bibik ni tak payah bangun pakai pukul 2 untuk masak.

Me A : ha tegur je dia, nanti sebelum pergi kerja, cakap terus terang dengan dia.

Me B : Jangan.. kau tu dah la suka cakap direct, orang senang terasa hati dengan kata-kata kau.

Me to B : Ok, jadi macam mana kita nak cakap elok2?

Me B : Macam ni. Kau cakap dulu lebih baik bangun pukul 4. Kalau takut kesiangan, siapkan bahan memasak jam 8 malam. Kesian kakak, kalau bangunnya awal pagi.

Me : Ok aku cuba.


Me bila jumpa bibik : Kak, bangun malamnya jangan jam 2 kak macam pencuri saya dengar!

Me to A : Woi apa kau buat ni kan kita dah cakap nak cakap baik2 macam B cakap.

Me A : takpe nanti kau mintak maaf je la dengan bibik.

Me: Senang je kau cakap kan, ego tau nak mintak maaf ni.


Dan begitulah, peperangan di dalam diri saya pagi ini.

Kelakar tak?
Cepat cakap kelakar.



Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...