Chiang Khong to Chiang Mai : The (almost) Final Leg

Fuhh dah terlambat sangat aku nak menghabiskan travelog Indochina ni. Lepas daripada Indochina ni, sebenarnya aku ada ke Jepun (Jan/Feb 2015) - yg ni aku ada bagi link. Korang boleh usha blog kakak aku sebab dia dah tulis in details. Lepas Jepun, aku ke Bali & buat Transjava sikit (Feb 2015) tu pun baru acah-acah tulis. Kemudian ke weekend trip ke Tanjung Piai & Singapore, Terengganu dan Kelantan. The latest trip, aku ke Banda Aceh & Pulau Sabang pada awal bulan ni. Insya'Allah ada kesempatan dan kerajinan aku tulis la mana yg aku rasa rajin nak membebel. Heh. 

So anyway, meh kita sambung sikit pasal Indochina.

* * * * *


Tarikh: 11 Oktober 2014

Awal-awal pagi aku dan Ipah dah berkemas. Macam biasa kami akan breakfast dulu apa yg ada. Sampaikan dah tak lalu dah nak makan lauk segera bagai, nasib baik ada beli sambal ketuk daripada member sebagai pembuka selera.

Lepas packing dan makan, kami ke kaunter resepsi untuk check out. Kaunter resepsi dia ni sebenarnya sekali dengan restoren dia. So pagi tu sempat la kami berjumpa dengan Jose buat kali terakhir, sempat bergambar kejap. Aku pun sempat jugak beli poskad & setem, terus letak dalam peti pos yg ada depan guest house tu (kalau nak tau, ni jela poskad yang selamat sampai kat aku. Yang Bangkok dgn Luang Prabang punya memang dah innalillah).

guesthouse

aku dengan bini guesthouse

Ipah dengan Jose

Kan malam tadi kami dah booking seat van untuk ke Chiang Mai kan. So pagi ni owner guest house tu drive kan kami ke satu tempat berkumpul. Katanya memang semua van akan berkumpul di sini. Dekat je, dalam 10 min dari guest house kami.

Tempat yang dikatakan 'bus station' tu rupanya satu hotel/resort. cantik tempat dia. macam kat dalam taman. kat hotel ni, macam2 servis yang dia provide. kalau nak ke Luang Prabang naik slow boat dari sini pun boleh, ada pakej sekali dgn guest house di Pak Beng. Bayo je la kekdahnya.

naik jeep masuk taman

Lama jugak kitorang tunggu (lebih 10 minit) sampai dah bosan berselfie, baru la kitorang dipanggil untuk naik van. Aku dengan Ipah memang dah bagi signal kat satu sama lain untuk cepat2 naik van dan cop tempat - sebab nampak ramainya farangs pastu masing-masing memekak. Lepas kitorang dah secure seat, tetibe kecoh tak muat sorang lagi untuk masuk. Aku dgn Ipah buat bodoh je, takde maknanya nak ejas ruang ke or tolong sibuk kira orang - konsep kitorang senang: dah dapat seat, ada resit then duduk diam2. Finally salah sorang yang single (bukan ber group dgn yg lain) kena keluar. Van lain katanya. Kesian dia jadi kambing hitam. Tula masalah deme ni kan. Main ambik orang je tapi tak kira samada cukup ke tak seat. Benda ni terjadi sekali lagi kat aku masa kat border Cambodia nak ke Bangkok, dan ada sekali jadi kat warga Indo dalam bas dari KL nak ke Terengganu.

Perjalanan ke Chiang Mai hampir 7-8 jam jugak kalau tak salah. Rasanya kami bertolak daripada Chiang Khong jam 9.30 - 10 am mungkin, dan tiba jam 5.30. Kitorang dah merasa seksanya travel jauh naik van (dari Sa Pa ke Dien Bien Phu, Dien Bien Phu ke Luang Prabang) tapi masa tu naik van ada banyak kosong so boleh la sorang ambik 2 seat sekaligus. Tapi kalini tak, van penuh. so badan memang jadi sengal-sengal la sebab tak dapat nak stretch penuh. Mamat sebelah aku siap ikat tangan dia dengan beg supaya dia tak terhuyung hayang kot tertido (utk 3 jam pertama. lepas tu dia dah lepaskan ikatan beg. gila ko, tak pasal2 stroke ke apa sbb tak bergerak).

Ada sekali kami dibehentikan di satu kawasan rehat (macam RNR la kot) untuk makan. tapi aku dengan Ipah tak makan le, beli jajan je (masya'Allah perut aku sangat behave waktu2 travel ni. makan jajan pun alhamdulillah cukup).

Aku sempat bertanya kat driver samada dia boleh terus drop kan kami di Lanna Thai Guesthouse. aku sempat google kat mana the best place to stay dan ada yg suggest kan guesthouse ni. Malangnya driver van takleh nak drop kan kami di tempat lain, tapi dia boleh panggilkan tuktuk utk certain amount. Mula-mula aku nak setuju, tapi lepas diskus dgn Ipah, kami tak jadi nak guna servis dia. lebih baik kami sendiri yang cari tuktuk.

Bila kami sampai, rupanya kami diturunkan di satu hotel yg maha mewah dan besar. dah la hujung jalan. memang keji tol game dorang ni. lepas tanya direction nak ke jalan besar, kitorang pun menapak la mengangkut mak tapir. nak dijadikan rezeki kami memang murah, keluar je jalan besar terus jumpa tuktuk. harganya pulak lagi murah daripada yg driver tadi nak ketuk kami. heh. dan paling syukur, sebut je Lanna Thai Guesthouse, memang tuktuk tu tau kat mana tempatnya.

So sampai je Lanna Thai Guesthouse, kami terus check in. Mujur ada kosong. Kami pilih bilik with fan (no A/C) dengan harga 400 ribu baht. Masuk bilik, kami rehat-rehat dulu hilangkan lenguh. 

bilik kami. ni waktu check out.

Lepas je Maghrib, kami pun keluar bilik untuk cari makan. Masa kami tanya di reception, dekat mana Night Market, minah tu tersengih je menjawab soalan kami. Dia kata keluar dan terus belok kanan. Dan memang la seperti yang aku baca online, jaraknya sepelaung je. memang keluar je guesthouse tu terus nampak dah night market. 

night market. belah kanan gambar berderet kedai halal.

Sebelum cuci mata, kitorang cepat-cepat masuk kedai untuk menjamu selera dulu. Kira ni kedai pertama yg kitorang nampak halal dan kami terus terjah masuk. sebenarnya kalau pusing-pusing dulu, banyak lagi kedai halal kat area night market ni. dan sebenarnya kalau stadi lebih sikit, kami boleh jalan untuk ke masjid dan dekat lorong masjid tu macam2 gerai muslim ada. tapi takpela, masa tu perut lapar sangat. 

Kedai ni sebenarnya kedai pakistan/ nasi arab. tapi bila tengok menu, ada menu masakan thai. so kami pun order jela tomyam, somtam dan lain-lain. perghhh tomyam dia memang kaww beb!




So perut pun dah kenyang, sekarang misi mengosongkan kocek pulak. memang cun sangat la duduk dekat dgn night market ni kan. ingatkan night market kat Luang Prabang dah habis happening, sini lagi happening. besar pulak tu, pastu bersambung-sambung dengan night market yg lain.



Cite shopping kita boleh skip la kan. hewhew

Dah habis shopping, so balik bilik dan packing buat kali terakhir sebelum aku dgn Ipah berpisah. Bermulala sesi pas mengepas barang apa yg aku nak ambik dari Ipah & apa yang nak dia bawak balik KL.

* * * *

Besoknya.

Tarikh: 12 Oktober 2014

Pagi ni aktiviti kami leisure sikit. Kami cuma nak cari kedai buku je, pusing-pusing town sementara tunggu time Ipah utk ke airport. Hari ni kami akan berpisah, Ipah balik KL dari airport Chiang Mai dan aku akan ke Bangkok. Sebenarnya aku masih tak decide lagi samada nak teruskan ke Siem Reap atau tak, tapi macamana pun aku akan balik dari Bangkok menggunakan tren. Masalahnya skang aku nak teruskan perjalanan aku ni pun problem jugak sebab aku takleh nak withdraw duit aku. Habis kitorang pusing malam tadi cari ATM, tapi semua ATM takleh baca kad aku.

Pagi tu kami check out dan mintak izin untuk tumpang beg dekat reception. Lepas tumpang beg, kami terus berjalan. Gaya macam expert kan (sebab dah google kononnya cara nak ke bookstore dari guesthouse). Sampai skang aku heran apsal kitorang tak tanya je direction dekat reception, tapi maybe itu hikmahnya - makin sesat makin banyak yang kami jumpa lol.

So anyway, kami nak ke Gecko Bookstore. Kedai buku 2nd hand. Untuk hantu buku mcm aku dgn Ipah (plus masa pun tak cukup nak buat aktiviti lain), melawat ke kedai buku ni ada la rasa eksaited tu. hehe. Tapi macam biasa la kalau berjalan dengan aku ni, kiri aku nampak kanan, terus aku nampak kiri. haa dah sosek barat jadinya.

Tapiiii.. macam aku cakap hikmahnya tadi, tah cemana kami terjumpa dengan Masjid Chiang Mai, dan kat situ la baru tau lorong depan masjid tu banyak gerai-gerai halal. ha.. aku ada google pasal benda ni tapi tak sempat nak ambik port sgt samada dekat tak dengan hotel. Lepas bergambar jap kat masjid, beli kuih sejemput dua, kami meneruskan perjalanan mencari kedai buku.

deret gerai depan masjid

Tapi tak jumpa jugak, haha.. sempat pulak berjumpa temple yang cantik-cantik. bergambar lagi sebijik dua. masalahnya time berjalan ni kan, jadi stress sebab panas terikkkk. 


Finally kami jumpa gak sebuah kedai buku. Tapi bukan kedai Gecko. Jalan lagi. sampai la jumpa signboard AirAsia. phewww finalllyyy sampai gakkk.. Layan la buku-buku ni walaupun tak mampu beli, haha.. Anyway best la berjalan ke kedai buku dengan orang yg hantu buku jugak. sebab benda tu boleh jadi bahan sembang, plus buat aku lebih jatuh cinta dekat Ipah. hahahaha boleh gelak besar kat sini. On the way balik, kami terjumpa lagi sebuah kedai buku 2nd hand. Fuh bersepah-sepah kedai buku 2nd hand kat sini, syiok betul.






Kami melepak kejap di lounge guesthouse menghilangkan peluh sebelum masing-masing berpisah. Masa nak berpisah tu jadi macam awkward kejap haha.. sebab kitorang akan berjumpa balik nanti kat KL, dan aku dengan Ipah kira rockers la takde jiwang jiwang nak bersedih bagai ni hahah. ke aku je yang rasa camtu, sebab saying goodbyes is my biggest weakness.

Kami naik tuktuk sama (sebab driver tuktuk tu tamak nak bolot kami dua-dua) so aku dihantar ke terminal tren dulu then barulah Ipah dihantar ke airport. 

Bila tiba masa berpisah, aku pun sebak nervous sama. dan bermulalah episod aku merayap sorang sampai balik KL.

Maka sambung la lagi ye.. bye! klik sini

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...