Indochina - Persediaan & Kelengkapan

Untuk trip kalini, banyak perkara aku buat yang sebelum ni aku tak pernah buat.

Sebagai contoh:-

1) Aku beli baju dri-fit muslimah, lengan panjang & labuh. memang tak lawa ok, tapi belum tentu aku akan jumpa baju ni lagi kat tempat lain. Harga pun ok, RM40.00 sehelai. Aku beli kat Bangi Gateway, deret2 kedai before surau.
MTF - Henshin (Black)
tapi baju ni cantik la jugak. baju aku memang tak cantik weh haha hadap jelaaa

tah kenapa aku semangat sangat nak cari baju dri fit. sebabnya aku dah agak yg akan ada hari-hari aku tak mandi (hahahaha) jadi kena cari baju yg cepat kering lepas peluh & kalau basuh pun cepat kering. kalau aku tak jumpa baju tu, ada je possibility aku beli dri fit laki punya yg short sleeve

2) Aku beli tix train dari Hanoi ke Lao Cai online.
Aku refer kat seat61 yang Vietnam railway station takde jual tix online. yg ada cuma melalui ejen je. so aku beli jela. 
aku guna site ni https://www.vietnamimpressive.com/service/reunification-express-train.html#han

dan nanti dorang akan reply dan emel bayaran berapa sume.

dah buat payment, dia akan emel confirmation macam kat bawah ni




weeee~~~


3) Aku beli takaful. Murah je utk 2 minggu - RM25.00. Leh buat payment online. ni link dia
https://www.eikhlas.com.my/services/available-online/ikhlas-kembara-takaful

ni bukti pembayaran


Setakat tu, baru ni je benda luar alam aku buat. Haritu dah oder towel micro fibre tapi belum la pulak dapat nye. Lepas ni ape lagi nak beli ek? hehehehehe


Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...