Makasar : Intro


📍Pelabuhan Makasar, Makasar.

Sebenarnya aku memang nak cerita pasal trip Makasar ni walaupun takde benda sangat pun aku buat kat sana. Tapi lebih2 lagi takde benda nak cerita bila gambar takde (transfer dari fon ke google drive pastu delete dari fon eh lepastu rupanya ada yang tak habis transfer tapi aku dah delete).

Pegi ke Makasar ni sebenarnya sebab ayah aku ada conference. Plan asal ayah nak ke Manado selepas Makasar (sebab ada pelakon dulu2 nama Manado (?) 😐) tapi aku ajak ayah aku ke Tana Toraja. Kalau ayah approve plan ke Toraja, maka aku akan menyelit sama. Kalau tak, aku malas nak ke Makasar semata2.

Nak dijadikan cerita, dah apply cuti dah besok nak jalan dah (malam tu baru sibuk planning iti kah!) Baru ayah cakap takmau ke Toraja sebab makan masa.. maka sebab tu la aku takde gambar tengkorak (serius aku dah berangan nak buat profile picture bergambar bersama tengkorak).
.
So anyway since gambar tak berapa nak ada, nanti aku try list down places to go in Makasar.

Besok la besok.

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...