Banda Aceh: Hari Pertama

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Untuk trip kalini, aku gunakan pakej. Ni pun aku jumpa di BBM. Setelah meriki harga, pakej ni yang paling aku berkenan. Kalau ikutkan sebenarnya aku ada tempoh setahun untuk plan iti dan sebagainya (sebab aku beli tiket May 2014, harga utk 2 orang return adalah dalam RM125 kot) tapi biasalah.. aku kan suka perasan busy so kononnya tak sempat la nak planning bagai hehe. Dan kalau ikutkan jugak, memang agak last minit aku cari pakej ni. Syukur dapat jumpa jugak yang murah dan berbaloi.

Trip kali ni kami lebih ramai daripada biasa, semuanya 6 orang. Group asal masih sama - aku, Katy & Ipah. Ano drop out awal-awal sebab urusan keje. So kami yang bertiga ni tah camne ada bawak duet setiap seorang. Trip ni memang trip paling terkenang di hati la sangat sebab semuanya (hashtag harus ada) #mudahterhibur serius tak tipu. Sepanjang perjalanan kami asik tergelak je. Sampaikan tour guide kami pun dah 'jatuh cinta' dengan kami hahahaha (bukan kami tapi ada sorang daripada group kami tetttt).

Since trip ni dah ada iti yang disediakan (tapi diolah jugak ikut kesesuaian semasa dan kehendak aku hahahaha nasib la korang, aku yang buat research so ikut aku la nak ajak pegi mana weee) so kebanyakannya kami go with the flow sahaja. So aku takde nak bebel panjang2, cuma nak jamu korang dengan gambar-gambar je (leh caya tak kata aku tak membebel? hihi).

Untuk itinerary dan budget, boleh klik kat sini. Ni expenses tak termasuk duit poket ye. Duit poket ikut suka nak bawak berapa.



Hari Pertama: 9 Mei 2015 (Sabtu)


confident je aku tepek muka aku sebesar alam kat sini kan haha. point is, nampak tak semuanya ceria ceria. yass itu yg kita mahu ye.. nak pegi jalan jgn muka masam2 hahahah. sebenarnya semua janji nak kumpul kat KLIA2 jam 10.30 kot kalau tak salah. aku la yang set timing tu. masing2 dari tempat masing2. dan semuanya sampai on time/awal, kecuali aku dan Ann. biasa tu biasa bahaha. aku keluar dari Shah Alam, singgah ambik Ann dekat Ulu Klang lepastu shoot ke Putrajaya Sentral. Park kereta kat situ then naik KLIA Transit (ERL) untuk ke KLIA2. Kitorang pilih nak park kat Putrajaya Sentral lepas ada yang bagitau parking situ murah. 

flight kami delay. lambat sejam kot. FYI kat sana takde beza waktu dengan waktu Malaysia.


selamat sampai di International Airport Sultan Iskandar Muda

kat sini, tour guide kami nama Syah, akan pick up kami dan bawa kami ke hotel. kami stay di Hotel Mekah. tak banyak bintang tapi ok la.

bilik kami. takde tingkap tapi ok la takde bau yg tak ok

Selesai check in dan solat jama', kami keluar semula. cari makan!!

nak makan so muka harus la gembira kan? haha. Makan masakan Padang. lepas je daripada kedai ni, kami bagitau pada Syah kami tak kisah makan makanan yang murah-murah dan simple. kedai takde aircond pun takpe.


Selesai makan, kami ke destinasi pertama. iaitu PLTD Apung. Nama panjang PLTD ni ialah 'Pembangkit Listrik Tenaga Diesel', dan kapal ni diberi nama Apung 1. Kapal ni asalnya parking dekat port Ulee Lheu, tapi disebabkan tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004, kapal ni dihanyutkan sehingga 5-6 km jauhnya daripada laut dan tau-tau dah ada di darat. nak ceritakan betapa dahsyatnya tsunami yang berlaku masa tu.

PLTD Apung 1



suka semuanya kan. time ni untung ada tour guide, boleh suruh amekkan gambo hahah

ada orang terjatuhkan fon dia. rezeki nak beli fon baru

intai kot ada mayat. katanya masa kapal ni dihanyutkan, org dlm ni taktau pun kapal terhanyut. scaryyyy.



Selesai di PLTD Apung, kami terus ke Pantai Lampu uk. Di pantai ni la ada satu masjid yang femes. Masa tsunami, masjid ni salah satu masjid yg selamat. sebelum ke masjid, kita pegi pantai dulu. Sampai je kat pantai, aku dengan Ann riang sungguh. langit biru, bau pantai, pasir pantai. fuh eksaited beb!

abaikan muka Ann yang tengah riang

Pantai Lampu uk

seronok hangpa tangkap gambar konvo kat sini kan.
ada kenanngan manis aku dengan Ann kat sini *wink*

tasik sebelum laut (?)

muka hepi memasing

 
sape yang tengah bersilat tu? hahaha


gambar malas nak edit


Masa kat Pantai Lampu uk ni, memang cantik sangat-sangat. sayang pulak nak rushing. memang kitorang sungguh-sungguh berlamaan kat sini. masing-masing dah "jom jom gerak" tapi lepastu ada ber selfie lagi bagai. sampai la dah dengar azan, baru la masing-masing bergerak ke kereta. 

Kami ke Masjid Rahmatullah untuk solat jama' taqdim.

Kemudian makan Mie Aceh di Leupung. Kata Syah, memang yang tersedap di Banda Aceh ni. Hmmmm.... 

Lepas Mie Aceh, kami mengopi pulak di Dhapu Kupi. Kopi dia memang kawww. Kata Syah, orang Aceh ni memang minum kopi 3 kali sehari. ala aku pun minum kopi 3 kali sehari gak tak heran pun... wahahaha.

sanger namanya. kalau tak silap. memang sedap


tadi dah makan mie aceh. ni makan roti lagi amboiii


ok kalau ada gambar lain2, nanti aku update. tah kenapa stok gambar menghilang.
Sambung besok!



Itinerary & Budget: Banda Aceh & Pulau Sabang

Day 1 
(Banda Aceh: Hari Pertama)
  • Flight delay. Tiba di airport
  • Singgah
  • Terus check in Hotel Mekah
  • PLTD Apung
  • Pantai Lampu uk
  • Solat Jama' Maghrib & Isya' di Masjid Rahmatullah
  • Dinner di Mee Aceh Leupung
  • Ngopi di Dhapu Kupi


Day 2
(Banda Aceh: Hari Kedua)
  • Putroe Phang & Gunongan 
  • Museum Aceh
  • Solat di Masjid Baitulrahman
  • Rumah Cut Nyak Dhien
  • Geureute Park


Day 3 
(Banda Aceh - Sabang - Banda Aceh)
  • Check out
  • Ke Ferry port untuk ke Pulau Sabang
  • Check in Freddies Bungalow
  • Titik Nol / 0 KM Sabang
  • Iboih
  • Lunch dan solat di Iboih
  • Benteng Jepang
  • Petang mandi laut depan Freddies
  • Dinner di Freddies
  • Cuci mata & shopping di pekan then ngopi


Day 4

  • Check out Freddies
  • Balik ke Banda Aceh naik feri
  • Ke Museum Tsunami
  • Kapal Apung di Lampulo
  • Balik ke airport

Package for the price of RM338/pax & Included : 


  • Hotel 2 Night In Banda Aceh
  • Bungalow 1 night in Sabang
  • Daily breakfast in Banda aceh
  • Tour guide, Driver & Car (in Banda Aceh & Sabang Island )
  • Ticket Ferry


Sape minat nak guna ejen ni boleh mintak dari saya. Totally recommended :)

Indochina: Finale - Balik!

Tarikh: 16 Oktober 2014

Sebenarnya niat asal aku nak extend trip ni sampai 21 haribulan, tapi aku dah tak larat, Ni first time aku buat trip 2 weeks non stop dan jujurnya aku tak ready nak travel lebih lama. Ready dari segi mental, fizikal dan kewangan. 

Semalam masa aku ke night market, aku singgah satu booth ni. macam tiket kaunter bas. dia ada jual tiket bas balik ke Bangkok. Aku dah beli tiket flight balik ke KL daripada Bangkok bertarikh 17 Oktober 2014 (tapi tak sure bila aku beli, first night masa di Siem Reap kot? pinjam PC kat lobby untuk beli tiket. RM100 1 way.) Harganya lebih murah berbanding masa aku beli di Poipet. Aku pilih naik van, dan dapat USD 11 utk sampai ke Bangkok. macam murah kan? dan minah tu beriya-iya convinced kan aku yang van akan sampai di Bangkok selewat-lewatnya jam 2 petang. tips: jangan percaya. try to estimate it yourself.

So awal-awal sepie lepas subuh, dalam jam 5.30 pagi, aku dah check out. reception pun belum bangun lagi masa tu. nasib baik orangnya terjaga dan cepat-cepat attend aku, sebab bukak je pintu guesthouse, dah ada kereta yang menanti. kereta ni akan pick up beberapa orang dan bawak kami ke stesen bas/van. dari situ, kami berpindah naik van. total ada dalam 10 orang. aku pilih seat yang paling belakang sekali.

sepanjang perjalanan tu aku tak dapat tido. mungkin sebab too anxious. dalam van, depan seat aku, ada dua orang pakcik cina ni cakap dengan suara yang kuat. loghat dorang memang tak berapa nak paham - a mix of chinese, japan, & korea. bila pakcik tu keluarkan paspot dia, aku sempat usha-usha, baru la nampak warganegara china. haipp patut la bising nau. sampaikan ada foreigner lain tegur suruh diam. masalahnya pakcik berdua ni tak paham bahasa, literally. 

jam 9-10 pagi, akhirnya kami tiba di Poipet. aku agak blur immigration mana nak pegi, kemudian ada beberapa orang yang usher aku untuk naik ke immigration office di atas (naik tangga). hampir sejam, barulah aku selesai urusan immigration dan masuk ke Thailand. sekali lagi aku blur. sebab van tadi dah takde. so aku kena cari orang untuk bawak aku ke van yang sebenar. masa ni la aku kena bertanya sana sini, sambil tunjukkan tiket dan sticker yang aku dapat masa naik van awal pagi tadi akhirnya ada sesorang yang panggil aku dan bagitau aku akan naik dengan dia. dah lega. kami tunggu kejap kat tepi jalan tu sebab nak tunggu pakcik china tadi. lama jugak, hampir setengah jam tunggu.

tapi yang lawaknya pakcik china ni, dorang taknak naik pulak dengan kitorang. sambil cakap bahasa mereka sendiri. dorang buat bunyi dan signal yang pelik-pelik............... dan akhirnya setelah masuk interference daripada pemandu beca, baru la paham sebenarnya dorang nak naik tren. adui lawak dan sakit hati pun ada. kita ni menunggu macam kartun.

so anyway, aku ikut mamat ni. jalan jauh. ingatkan terus naik van, rupanya pegi kat booth stesen bas dia dulu. ya ampun. dan dia suruh aku tunggu je situ sampai dipanggil. kat situ ramai orang, dan aku pun tak sure apa yg sumorang tunggu. sebabkan lapar, aku pun singgah ke kedai kejap beli jajan. tapi aku masih tak dipanggil. so aku tanya pada tokey bas, dia pulak tak paham apa aku cakap. aduiii.. nasib baik ada translator kat situ dan dia inform yang aku kena tunggu untuk naik bas. memang tak la kan nak tunggu sampai bila. masa ni survival skill haruslah digunakan. aku tunggu sambil menelinga apa je yang dorang cakap. then macam tau-tau je, ada satu van ni sampai. driver van dah sebut-sebut Bangkok. aku pun apa lagi, terus menyusup masuk ke dalam van. fuhhh.. lega dapat seat. hati aku dah tak sabar nak balik.

Ingatkan boleh sampai Bangkok terus. Rupanya tak! Ada satu kali tu driver drop kan kami kat stesen minyak. Dan dia menghilang ke mana. Dekat sejam ada jugak la. dah la takleh nak makan (memang takde food court, cuma ada mart). Stress gila aku rasa masa ni. Harini memang rasa macam my unlucky day.

Petang tu kami selamat sampai di Bangkok. Semalam aku tanya masa beli tiket, dia kata kami akan diberhentikan di Khaosan Road. Pada aku ok la nak cari mana-mana hostel nanti. Tau-tau je kami di berhentikan di Pratunam. Ok, am totally not prepared for this. Memang la Pratunam best la apa la.. tapi nak cari hostel memang susah.

Masa ni aku nampak beberapa hostel, dan aku cuba tanya-tanya. Takde katil, dan definitely overpriced. Harga dua kali ganda daripada hostel di Hua Lamphong. Aku terpikir nak naik tren dan balik ke hostel tu, masalahnya Pratunam ni takde tren. Dem masa ni I really wish I had an internet or my guide book. Last option, aku naik tuktuk dan mintak dia bawak hotel yang murah-murah.

Not a wise decision. Nasib baik dia tak culik aku. Tapi dia bawak ke hotel yang hujung dunia mana tah, price for a night was THB 1000. Gila. masa ni menyesal tak stay je kat hostel di Pratunam. Tapi itulah pengalaman kan.

Malam tu aku tidur je, sampai la besoknya. Besoknya, 17 Oktober 2014 terus check out dan bertolak ke Don Mueang airport. 

Maaf takde gambar untuk entry ni. Aku terlalu stress waktu ni dan memang takde amek gambar. Jiwa dah pikir nak balik rumah je. So skang korang tau la betapa tak best nya jalan sorang. Bila stress, mula la otak takleh nak pikir dan buat benda-benda pelik. Apapun syukur aku selamat pulang. Dan pengalaman ni dah tentunya membangkitkan jiwa aku nak backpack sorang-sorang hewhew.

So begitula cerita panjang pendek Indochina aku. Maaf lambat habis cerita. Maaf sebab lebih banyak membebel daripada share info. Harap korang terhibur baca aku membebel hewhew.

Boleh klik link bawah ni untuk baca part Indochina dengan teratur. 



Till then!


Angkor Wat - Penat Berbasikal

Entry awal bertarikh 25 Oktober 2014.  Untuk cerita lanjut, skrol bawah.

Ni kira officially trip solo aku la. Sebelum ni attempt je pastu ada 'pengikut' ahaha.

Bila trobek Siem Reap/Angkor Wat/Cambodia, memang ada rasa pahit masin sikit. Ikutkan aku takde betul2 nak ke Siem Reap sbb bajet takde dan takde kelulusan parents council. Then ajaibnya 2-2 aku dapat, so teruskan jela plan ke Siem Reap dgn itinerary last minit.

Cita2 aku memang nak redah Angkor Wat naik basikal. Murah beb sewa basikal. $1 sehari. Air pun lg mahal tau. Aku beli air tin kecik+mineral besar $2. Heh. So citenye aku berkayuh la ke Angkor Archeological Park which consists of inter alia Angkor Wat (biggest in the world?), Bayon Wat (famous for the faces), Ta Phrom Wat (tempat Kak Jolie belakon Tomb (or Tom) Raider). Ohoiii aku memang bercita2 tinggi nampaknya bebasikal nak pusing park tu. Tau tak park tu besaaaarrr ya ampunnn.

Aku keluar guesthouse awal, dalam kul 7 macamtu. Ingat nak keluar lagi awal tapi tak berani sbb aku sensorang pompuan, kalau boleh nak elakkan benda2 yg tak selamat terhadap aku (bukan setakat security, tetapi lebih kepada scammers).

Keluar je dari guesthouse, jalan 5 min pastu dah jumpa tempat sewa basikal. Mula sewa 5am sampai 9pm. Aku tanya direction, semua cakap terussss je jgn belok kiri ke kanan ke. Ok cun la tu. Bila mula2 kayuh tu aku rasa happy. Sbb dapat buat 2 benda yg aku nak sangat, tengok Angkor Wat dan berbasikal ke Angkor Wat. Hah nak sangat kan. Hamek.. kayuh punya kayuh, aku rasa dah jauh sgt dah aku kayuh tapi tak sampai2 gak. Aku duk teringat Kak Fatt cakap dia pun kayuh tak sampai2, so aku rasa normal la kot aku pun tak sampai2.

Akhirnya aku jumpa 1 pondok polis. Aku dah hepi sesangat dah, finally my sweat paid off! Lol. Rupanya aku salah entrance! Aku kena pusing balik 5km ke belakang utk beli tiket kat office dia, then datang pondok tu balik. Polis tu ofer naik motor dia. Kau ingat free? Mula dia suruh bayar $3. Aku cakap mahal. Dia turunkan $2, $1 utk petrol pegi booth, lagi $1 utk balik ke pondok dia balik. Aku memang dah hangen betul masa tu. Aku pikir ni sume scam semata. Memang ada niat dah nak rempuh je polis tu tapi macam bodoh pulak buat perangai camtu. Ape guna aku sewa basikal murah2 kalau aku kena byr duit petrol polis tu pulak, ye tak.So dengan Angkor Wat di depan, aku lelambai babai dan buat uturn utk ke booth sebenar.

Dan la hai.. sungguh la 5km. Penat makcik kayuh nak.. dah la lepas tu takde signboard kata mana kaunter dia. Maybe ada tapi dalam bahasa dia? Aku main agak2 je jalan then last2 baru nampak kaunter nya. Sampai je kaunter, memang rasa lega..dan...... PENAT ya rabbi.. aku rasa dah longgar kepala lutut aku masa tu..

Lepas tu aku pun pusing la Angkor Park tu. Perasaan kayuh dia macamana tau?

Angkor Wat 5km
-yeh dah tak jauh!! Kayuh laju2!! Lepas tu dah slow sbb penat.


Then jumpa lagi sign dia,


Angkor Wat 4km

-huk aloh aku kayuh penat2 baru 1km je!!!




*********

Entry kemudian bertarikh 21 Jun 2015 : Updated.


Tarikh: 15 Oktober 2015

The first feeling masa nampak Angkor Wat tu.. fuh memang tak terkata. speechless. It was humongous. Ni baru Angkor Wat ok, the whole Angkor (now called the Park) itself tu lagi la besar. Angkor Park ni dah diberikan anugerah sebagai World Heritage by UNESCO.


ehsan pakcik google. map keseluruhan Archaeological Park.



So cerita pasal Angkor Wat. Aku park basikal aku, kuncikan siap2 dan take mental note basikal aku cemana rupa (yes I always have this problem). then terus menapak ke Angkor Wat sambil tersengih-sengih.


Sumber. klik sini untuk baca. malas nak taip.


Aku bukannya orang seni, tapi kat sini je hampir sejam jugak aku spend masa sebab area dia besar. Perlu diingatkan kalau korang nak kayuh basikal sendiri, sila la bawak cukup air supaya tak dehydrated. Sini panas ya rabbi.

Selesai pusing Angkor Wat, aku ke beberapa temple lain contohnya Bayon Temple yang famous dengan patung muka, Ta Phrom temple dan beberapa temple kecik yang lain. Serius aku tak larat nak berkayuh tengah panas tu so konsep aku banyak touch & go je. untuk orang yg tak paham seni macam aku ni, semuanya aku nampak sama je heheh.

In between temple tu, tetibe kau akan terjumpa macam kampung. masa ni aku dah pelik dah, aku salah jalan ke tak. rupanya memang gitula jalan kat dalam Angkor Park ni. Ada sesekali aku berkayuh sorang-sorang je. lama jugak baru la jumpa orang lain. Seram sejuk je kayuh sensorang (sejuk tu tak la sebenarnya sebab tengah terik gila).

Macam entrance tu, aku buat buat berani behenti kat gate tu dan peratikan kan dalam tu ada apa. gate tu bukan semata-mata gate bodoh-bodoh je tau. dalam tu ada jalan. haa.. ada hidden city kot dalam tu :p
Ta Phrom ni pun ada banyak temple jugak dalamnya. besar. ni la tempat Angelina Jolie shooting dlm cerita Tomb Raider. Ada banyak pokok-pokok yang cuba nak 'menetap' kat temple tu, tapi taktau asal aku takde gambar yang femes2 camni. samada aku yang tak amek sebab nak cepat blah atau....... mungkin aku tak amek hahah. 

ni aku google hewhew.





Dah dekat pukul 11-12 macam tu, aku dah penat ya amat. So aku pun lepak kat The Terrace of Elephants. Bukak pack nasi segera yang aku beli kat 7E, dan lauk Brahims. Aku pun enjoy my brunch. Lega dapat duduk situ sebab sejuk je. Tapi tah dari mana ada 2 mamat ni datang. Mula diorang duk jauh. Makin lama, makin dekat dengan aku. Dorang duk dekat je dengan aku tapi tak buat apa, sembang sama-sama dorang. Aku dah tak sedap hati. Nasib baik, kebetulan ada satu group ramai-ramai lalu kat tempat aku makan. Masa tu aku pun ambik kesempatan cepat-cepat pack barang dan cabut. Taktau la apa dorang nak buat kat aku, melainkan nak mencopet. huhu scary.



Last temple aku lawat ialah Ta Phrom. Masa ni aku jumpa balik Jane, minah Amerika yang jumpa masa cross border semalam. Jane sebenarnya mengajar kat Thailand since mid year 2014. So ada benda yang jadi masa kat immigration semalam, sebab tu kitorang boleh lost each other.



Selesai tour Ta Phrom, aku pun singgah minum air kelapa sejuk. Sekarang baru aku paham kenapa ada orang yang tak kisah air mahal mana pun, sanggup beli jugak. sebab dehydrated gila. wuwu.  Lepastu aku terus kayuh balik guesthouse dan menidurkan diriku sejam dua.

Petangnya, aku keluar dan dinner di satu lagi kedai muslim. masa ni la nak mencuba menu best "Lembu Naik Bukit" nama dia. pekeje situ akan masak depan kita. sebenarnya macam sayur campur then taruk daging je, tapi ada sos spesel ke apa.. memang sedap. 



selesai dinner, aku pulangkan balik basikal dan sempat ke Night Market yang dekat dengan guesthouse. Ada satu lagi night market yang dekat dengan Pub Street tapi aku penat dan malas nak jalan ke sana, on the way balik daripada night market, aku jumpa sorang gadis ni ajak aku naik motor dia. gadis ni rupanya anak Haji Ismail yang semalam aku makan kat kedai dia. 



Indochina: Bangkok - Siem Reap

Entry awal bertarikh:  14.10.2014

Bapak kita kata kita edbenceles. Tu brand basikal ke apa tu? Ahaha.

Alhamdulillah dah selamat sampai Siem Reap (sebutan siam rip, bukan saiyem rip lol) dari Bangkok. Dari Bangkok, naik tren jam 05:55 am ke Aranyaprathet. Tiba di Aran jam 12.15pm. Kemudian shared tuktuk dgn minah amerika (tah mana dia dtg tiba2 ada belakang aku so aku terus ajak share tuktuk sama) ke border. Kat border kami 'terjatuh ke kancah scam', ie kami dibawa ke ofis utk buat visa - padahal ianya tipu! Well aku tak risau pasal visa sbb Malaysia free visa tapi kesiankan minah Amerika tu. Nasib baik baca kat seat61, sume ofis before border tu adalah tipu semata. Visa yg sebenarnya bila dah sampai border Thai, dah cop2 then baru nampak instruction nak buat visa. So anyway, dah tau tu scam, so kami menapak dalam 5 min ke border yg betul.

Kemudian aku dimaklumkan officer immigration akan mintak duit sebarang dua. So aku keluarkan 20 baht, lipat & sorok dlm tgn in case officer mintak then aku akan letak je duit tu. Alhamdulillah takde mintak! Pheww


Dari thai border, aku menapak dlm lg 5-10min ke immigration Cambodia pulak. Office dia..... mcm storage room sahaja ok. Sedih aku tgk. Dah la lama gila queue, dekat setengah jam gak sambil aku menggalas anak tenuk seberat 10++kg TT__TT

keluar dari immigration Thai, akan nampak sign yang ni. perasaan happy tu takyah cakap. time ni aku dah lost si Jane minah Amerika tu. nampak tak mamat naik motor panggil aku tu? rupanya dorang ni ada servis hantarkan ke immigration office. aku buat bodoh je. jauh la jugak ofis nya daripada pintu gerbang ni. ada dekat 5-10 minit aku menapak. lepas aku balik aku ada terbaca ada orang cakap, kalau biasa cross border sini, semua akan tau yang immigration office yang betul adalah di kiri laluan jalan. yang kanan adalah scam. tapi aku sendiri masa ni, aku ke kanan jalan i.e. keluar dari immigration Thai dari belah kiri, then depan daripada gerbang ni aku cross jalan untuk ke kanan. Tak sure betul ke tak rumors ni tapi syukur alhamdulillah aku takde masalah apa2. Cuma ofis nya terlalu kecik, logik sgt kalau orang kata scam.


Immigration office nya. kecik macam storage room aje rupanya.


Lepas tu naik bas ke Siem Reap.

Eh panjang plak kita cite wak. Kbai!


****

Entry kemudia bertarikh : 19.6.15 - Updated.  Sebelumnya di sini.

---------------

Tarikh: 14 Oktober 2014

Hari tu aku bangun superbly awal. Kena awal sebab aku belum beli tiket lagi. tiket pulak memang kena beli on the spot. Aku bangun2 tengok mamat Jepun semalam dah takde. Dia ada bagitau dia akan check out jam 4. Yang peliknya satu bunyi pun aku tak dengar, masa bila mamat tu blah. Padahal dia duduk katil atas. Punya la tertib orang Jepun ni kan. Teringat time kat Jeju dulu, alarm clock aku bunyi cam gilak. Minah korea ni sampai ketuk2 kepala dia sebab bising sgt bahahaha (Ipah cerita kot?) Nampak sangat buruk perangai aku ni kan. Ok tiberrr nak cite, takde kaitan.

Pagi tu aku kelamkabut jugak la. Maklumla otak tak berapa nak berfungsi lagi, badan tak sempat warm up tetibe dah rushing sana sini. Pagi tu memang jalan lengang, Tapi masuk je dalam  stesen Hua Lamphong, orang seramai-ramainya. Buat aku terpikir, dorang ni tidur sini ke apa. Aku memang takde la nak cek the earliest train yang bergerak ie jam berapa sebenarnya stesen ni berfungsi tiap hari sebab masa tu blur. Episod blur ni berterusan sampai la aku balik KL. Heh.

Aku cepat-cepat ke kaunter dan beli tiket. Murah je tiket ke Aranyaprathet. THB 48. Tren bertolak jam 5.50 pagi, dijangka sampai jam 12 lebih. Beli je tiket, aku tanya tren aku di platform berapa, then terus aku naik. Kena cepat-cepat naik dan pilih seat. Aku pilih seat tepi tingkat belah kiri tren. Bagpack aku letak kat tepi seat aku, tak larat nak hangkut letak kat atas shelf. Anyway tren ni jenis 3rd class. Kerusi kayu yang jenis tak boleh recline dan bontot tu be ready jela untuk rasa sengal. Jenis tren ni saja yang ada untuk ke Aran.


Aku ada satu habit yang naik je public transport, lepas aku usha kiri kanan dan merasa selesa, kenderaan pun dah mula bergerak maka aku akan tidur. Lebih-lebih lagi kalau pagi aku terganggu (am not a morning person hiks). Macam naik flight, Baru je hidup enjin, aku akan tidur berdengkur sampai la dah stabil atas kapal tu baru la aku nak bukak mata. itupun kalau betul-betul takleh tidur la. kalau tak sepanjang perjalanan aku akan tidur hahah (c.c kepada kawan2 yang naik flight sama dgn aku hahaha) anyway ni sebenarnya tips untuk tak mabuk kenderaan. mabuk tu bukan semata-mata loya dan pening je. kira kalau turun je dari kenderaan tu then kau rasa tak selesa, or macam aku, aku akan sakit kepala utk seharian (spoil gila mood), tu kiranya mabuk kenderaan la tu. mesti korang tak tau kannn.

Anyway sambung balik. Bila tren start je gerak, aku pun hanyut. macam kena dadah dah, lena sungguh. padahal kepala lentok kat dinding kayu ni (meaning kepala kau akan sakit lah). lepas beberapa kali tren berhenti, baru la aku betul2 bangun. dan aku perasan ramai pekerja dan pelajar yang naik tren ni utk pegi keje dan pegi sekolah. gila.. dah la tren ni slow gila. kan aku cakap tadi aku tidur macam beriya kan? daripada jam 5.50 bertolak, jam 7 tu mata aku dah terbukak luas dah. nak cite tren ni slow gila sampai mata aku pun rasa boring nak tido. hahahaha. (ke aku sorang je yang gelak ni pfftt). time ni best la peratikan sekeliling. orang macam2 perangai, dengan orang naik menjajanya. kat railway pulak, selamba je dorang ni cross railway jalan lenggang kangkung. tak cuak langsung kot ada tren datang ke apa. siap ada yang berlari-lari kejar tren. ha.. macam drama Thai tak? hehe

Finally jam 12 lebih aku pun sampai ke Aran. Boleh refer cerita kat atas post ni ye.. hehe. 

Keluar daripada immigration Cambodia, ramai yang tarik aku untuk naik transport mereka. tapi aku dengar cakap akak backpackerbusuk, ikut je shuttle bus yang disediakan di luar immigration office tu. yes, memang betul shuttle bus ni akan bawak kita ke ofis satu-satu company ni tapi sekurang-kurangnya (bagi aku) aku percaya servis dia sebab backpackerbusuk dah try. kalau company lain, aku tak yakin sangat.

so aku tunggu shuttle bus tu. dalam setengah jam, naik bas utk ke stesen bas. dalam bas tu ramai yg nak sembang dengan aku sebab aku orang Malaysia. tak, bukan nak perasan. tapi bila kita ni sama-sama Asia, servis dorang lain sikit. depends, samada special atau worst daripada foreigners yang lain. sampai kat stesen bas, dorang bagi pilihan nak naik teksi, bas atau van. harganya masih sama macam backpackerbusuk tepek kat blog dia. naik bas 9 dollar. naik van 10-11 dollar macam tu. aku pilih naik van, memandangkan memang tak ramai orang masa tu untuk ke Siem Reap dan apa la beza sangat setakat 1-2 dollar (actually beza sgt ok. 1 dollar dah boleh beli air!)

sekejap je, dalam 15 min lepas tu, van pun sampai. condition van memang tiptop, macam baru jugak la. aku pilih seat depan (bukan sebelah driver). masa ni penat, terlepek rasa, dengan laparnya. memang pikir laparrrrr je masa ni. takde mood nak bersembang atau berkenalan dengan sape-sape. ada la dalam 10 orang jugak satu van tu. sepanjang perjalanan aku tak dapat tidur. jadi puas la perhatikan luar. lain sangat-sangat. Aku teringat masa pernah ke Ho Chi Minh City dulu. Tour guide masa kami ke Chu Chi tunnel ada cerita. Kalau HCMC ni tanahnya kering kontang, masuk je Cambodia, bermula daripada border, akan nampak hijau sehijau-hijaunya. Macam pegi Kedah la, nampak sawah padi dari hujung utara sampai ke selatan. camtu hijaunya. aku tak sempat buat research lebih pasal mukabumi Cambodia ni.

Hampir 3 jam lepas tu, tiba-tiba van berhenti di tepi jalan. dia suruh aku dan sorang mamat ni turun. aku pelik kenapa. dia cakap dan sampai. giler. tepi jalan kering kontang ni dia turunkan kami. tapi tepi tu ada 2 tuktuk. dalam aku blur blur tu, dengan mamat sorang lagi ni, driver tuktuk approach kami tanya kami nak ke mana. aku pun cepat-cepat keluarkan fon dan tunjukkan nama hotel aku. mamat tu angguk2 tau. so sama-sama aku dengan mamat foreigner tadi naik tuktuk.

Lupa nak cerita. Masa aku di Hua Lamphong semalam, aku dah booking hotel di Siem Reap. Susah jugak nak pilih hotel mana sebab aku nak cari yang dekat dengan town dan dekat dengan tempat makan halal. Kalau tgk blog backpackerbusuk, dia stay kat Mandalay Inn kalau tak salah aku. Last-last aku buat pilihan untuk stay di Siem Reap Holiday Garden.

Bila aku sampai dan diturunkan di depan hotel, aku suruh tuktuk tu tunggu kejap untuk aku confirmkan dengan hotel pasal booking aku. Tapi tuktuk tu cakap, dah betul la ni. Ni kampung aku katanya, depan tu perkampungan muslim dan ada kedai makan muslim. Phew lega la tak salah! So aku pun bayar harga tuktuk USD2, then terus check in. Aku dapat satu bilik besar, 2 queen bed. 2 malam harganya USD20 termasuk VAT. Gembira la poket aku kan hewhew. Hotel ni macam banglo je sebenarnya.


Malam tu aku ke restoren halal namanya Cambodia Muslim Restauratn (Hj Ismail). Tak ingat makan apa. Total USD 7.75. Bayar dalam USD, dia pulang belen dalam Riel. cissss. FYI jalan kat situ gelapppp so aku tak berani nak ambik risiko nak berjalan-jalan sensorang. Tunggu besok aku dah usha kampung, boleh la keluar malam. So malam jadi pendek, aku tido awal malam tu.


p/s: gambar limited. kalau ada nanti aku update lagi.

Indochina: Chiang Mai to Bangkok

Sebelumnya di sini.

*******


Tarikh: 12 Oktober 2014

Sebaik saja tuktuk menurunkan aku di stesen keretapi, jantung aku mula berdegup dengan kadar laju. Macam orang tengah marathon aku rasa. Rasa lain bila nak bergerak solo ni, walaupun aku dah pernah buat dulu. Dulu, aku start dari bumi yang aku familiar, kemudian ke tempat yang tak familiar. Kali ni, aku start di bumi yang tak familiar dan akan ke tempat-tempat yang aku tak familiar. Paling penting, punca utama aku berdebar sampai nak tercabut jantung sebenarnya sebab aku tak cukup cash untuk current currency. Pening jugak bila pikir pasal benda ni.


Lepas lambai Ipah, tengok tuktuk dia dah bergerak, aku pun tarik nafas panjang. Yosh! Meh beli tiket! Ok ni benda penting yang aku kena share dengan korang pasal jadual keretapi Thai dan harganya. Kalau korang google, takde satu pun yang akan menunjukkan web dengan harga yg sebenar. Semuanya dah mark up. Last last aku bukak www.seat61.com macam biasa. Kat situ dia ada tepek jadual tren dan berapa harga. Siap ada gambar jenis koc mana nak pilih. Since dah ada pengalaman naik third class, kalini aku bijak sikit naik second class seat fan train. Harga dia THB 431. Sebenarnya yang bagus bila dah buat research pasal tren ni, first, dapat la kita bajet berapa expenses. Second, takde la macam peghak sangat dan kelamkabut baru nak decide nak amek koc jenis apa, pukul berapa. Pendek kata, masa beli tiket tu nampak la kita macam cerdik sikit. Hahah. Jangan lupa siap siagakan sekali passport tu, sebab kaunter tu akan mintak passport.





Kenapa aku amek second seat with no fan? Senang je jawapan dia. On budget! Tapi aku Nampak ramai foreigner pilih katil. Terpulanglah kan.

Sejam menunggu lepas beli tiket, tren aku pun sampai. Cepat-cepat aku naik sementara takde orang. Kalau takde orang, boleh la nak buat peghak sikit. Hahah. Seat ni ada nombor ye, so pastikan duduk ikut nombor yang dibagi. Jangan sekati je nak pilih seat mana.




Tren aku mula bertolak jam 5.30 pm. Tepat. Sampai Bangkok je yang tak tepat. Sebab banyak sangat stop dan stop yang lama. Perjalanan dari Chiang Mai ke Bangkok adalah satu perjalanan yang sangat membosankan. Lagi-lagi sebab aku takde duit, aku nak beli air atau makan pun tak berani sebab takut duit tak cukup (sebenarnya cukup je. Last-last aku beli air, siap ada belen lagi duit aku.) Sepanjang perjalanan, aku cuba baca novel. Aku cuba tidur. Aku cuba menulis. Tapi semuanya B.O.S.A.N. Masa ni la aku terasa sangat ketiadaan Ipah TT___TT

bye Chiang Mai. Sayu sikit time bertolak ni.




Tarikh: 13 Oktober 2014

Aku sampai di Hua Lamphong hampir 16 jam selepas aku bertolak, iaitu pada jam 9.30- 10.00 am besok paginya. Ohoi.. lemau gila masa tu. Aku turun je tren terasa nak melompat lompat! Memang tersengih macam orang gila dah wei. Dan tetibe flashback melarikan diri ke Bangkok tahun lepas kembali ke ingatan. Lagi la aku sengih sensorang. Hehe. Sempat lagi bergambar kat signboard Bangkok.

yeyeahh Bangkok!

Sebenarnya aku memang takde specific plan. Samada aku nak teruskan ke Siem Reap atau nak balik KL. So aku takde buat research sungguh-sungguh sangat, research asal boleh jela. So first sekali aku pegi ke kaunter tiket. Tanya tiket ke Aranyaprathet jam berapa. Aku dah tau tapi buat-buat Tanya dan confirm kan sekali harga tiket. Lepas confirm harga tiket, aku jadi bertambah yakin nak ke Siem Reap. Hati aku memang masih belum nak balik, cuma aku tak berapa nak yakin nak ke Siem Reap sorang-sorang.

Aku mundar mandir kejap kat stesen Hua Lamphong. Menikmati suasana di sini. Hehe. Aku taktau ni perangai aku atau memang ada orang buat macam ni. Aku ni memang jenis yang kalau blur, aku akan blur gila. Otak tak jem tapi otak macam tak berfungsi bahahah, dan otak aku masa tu buat aku rasa hidup dalam mimpi. OK so nak cite nye, blur aku masa tu buat aku buat benda-benda yang kalau otak aku boleh berfungsi, aku takkan buat benda gini. Contohnya berdiri tengah alam stesen ni kemudian perati sekeliling sambil tersengih-sengih.

Then aku nampak money changer. Duit USD yang ada kat tangan, aku tukar kepada duit thai baht. Baru rasa lega. Setakat yang aku tau, Cambodia dan Laos yang banyak guna USD, Thai lebih suka local currency. Tu yang buat aku cuak bila aku tak cukup thai baht. Sempat bersembang dengan farang yang sama-sama tukar duit kat situ. Mamat tu cakap kad dia hilang. Gila tak. Scary weh hilang benda penting.

Selesai tukar duit, aku melepak lagi kat stesen tu. Kebetulan aku cek wifi, ada pulak satu wifi ni yang ID dan password nya ada orang share kat BBM. Tak sia-sia aku screenshot bendalah tu, dapat la guna free wifi sat. Update orang-orang tersayang sebelum terus melangkah.

Tadi masa aku Tanya tiket tren ke Aran, gadis kaunter maklumkan pada aku tren ke Aran cuma ada dua; pagi buta dan petang. Disebabkan aku taknak pegi petang (takut nak ambik risiko tak sempat nak cross border dan ke Siem Reap, dan nak cuci baju busuk 1 beg), so aku pilih nak tidur dulu semalam di Bangkok. Aku sempat bertanya pada pekerja yang berada di stesen keretapi tu dan ada yang menunjukkan kepada aku ada hostel di seberang jalan.

Memang ya. Seberang jalan tu dah boleh Nampak Hua Lamphong Backpacker Hostel (ke gitu la nama dia). Aku pun terus ke sana. Niat nak tidur semalam je so kalau boleh nak cari yang murah-murah je. Bila Tanya harga, tercekik aku. Sebenarnya consider murah la. Kalau tak salah aku 350 baht ke macam tu. Tapi harga tu aku boleh dapat 1 bilik utk 2 orang di Chiang Mai. Hehe. No choice, so aku ambik je katil tu.

Katil double decker, mixed dorm. Takde female dorm. Unless nak ambik private room. Memang tak la kan sebab taknak lari bajet. Aku orang first masuk bilik so aku boleh cop katil bawah, ngadap sliding door yang boleh nampak town. Sementara takde orang, aku pun mandi cepat-cepat dan bantai tidur. Eh. Yeke aku bantai tidur? Ke aku takleh nak tidur? Heh. Biasa la ada time-time over exhausted, mata macam meragam taknak tidur pulak. So anyway, aku hangkut satu beg aku turun dan basuh kat laundry yang disediakan. Siapkan aje la duitnya (coin boleh tukar kat kaunter). Aku sempat brunch kat situ (ada cafe jugak. Bagus hostel ni) makan tomyam dengan telur mata dan nasi.

the room. yg ada beg tu katil aku.



laundry area. 
nice kan?

Oh ye, before aku keluar dari bilik, aku sempat jumpa sorang roommate aku. Perempuan. Aku tak ingat dia dari mana, Hungary or mana tapi yang penting dia cakap bahasa yang aku tak paham hahah. Kami sempat berkenalan dan bersembang, berbasa basi masing-masing dari mana ke mana. Biasalah farang ni kebanyakan yang datang bumi Asia ni suka ke pantai. So gadis putih ni kebanyakan masa dia di pantai, dan ada beberapa tempat yang dia pegi dan dia jadi volunteer. Masa dia jadi volunteer (mengajar English serba sikit), dia dapat la free accommodation. Aku tak ingat mana dia pegi. Cuma aku ingat, aku bagitau aku dalam masa seminggu rushing dari Hanoi ke Sa Pa, then Laos, Chiang Mai then Bangkok, dia jawab.......... tak fun trip aku sebab rushing semua benda. Aku pandang je dia sambil sengih-sengih. Yeah we have our inconveniences in doing things we like. Tapi bagi aku itu dah cukup bagus dah daripada aku asyik tertunggu masa dan peluang.

Petang sikit, aku dah mula bosan. Aku tak minat nak pusing-pusing pekan Bangkok ni sebenarnya. Sebab Bangkok sesak dengan orang dan kebanyakan tempat kat sini, tarikannya ialah shopping. So mula-mula sekali, aku keluar cari makan. Dah ramai orang share tempat makan halal kat Bangkok ni, sampai aku rasa dah hafal directionnya walaupun tak pernah sampai. Dari hostel aku, ada 2 gerai halal. Aku kena cross jalan macam nak ke stesen Hua Lamphong semula. Dari situ, aku ke kanan. Terus je lalu jalan-jalan tikus. Bila ada simpang, masuk ke kanan. Hujung simpang, belok kiri. Kedai halal ada di hujung jalan. Memang boleh nampak tukang masak dia pakai tudung. Aku beli kuetiaw pad thai. Sedap dan banyak. Tapi aku rasa masakan dia tak bersih. Sebab besoknya aku asyik keluar masuk jamban. Orrrr sebenarnya gastric aku buat hal yang menyebabkan aku asik ke jamban. Tak sureeee.

gerai makan halal. 
berdepan dengan kedai ni ada satu lagi gerai halal.


Malam sikit, aku still bosan taktau nak buat apa. Mula aku tanya kat kaunter, mana best nak pegi. Dia suruh pegi Asiatique. Tapi i kenot bear the risk to get lost at the place I’m not familiar with dan aku takde proper equipment if anything happen so aku pilih untuk ke Silom. Silom ni actually red area jugak kalau tak silap, tapi dia ada jugak night market.
Dari hostel, aku balik ke stesen keretapi. Kat tepi tu ada tangga untuk ke MRT. Senang je tapi serius aku dah lupa (akibat penuaan). Kena exchange from MRT ke BTS ke camne tah tapi kena tukar stesen utk sampai ke Silom. Tahun 2013 aku stay kat Silom ni, masa tu tengah pesta air. Sempoi je aku melayan night market dia. Sempat aku beli satu cap sebab terkenangkan kepanasan Chiang Mai (nasib baik beli sebab Siem Reap panas gila). Aku main jalan je sampai la aku tersedar yang aku dah tersasar jauh dari landasan BTS/MRT.

Masa ni macam-macam aku pikir. Kalau ada Ipah, tentu dia bebelkan aku punya sense of direction. Teringatkan ada orang pesan kat aku, ikut direction railway kalau nak tau tren kat mana. Aku cuba-cuba tanya orang, tapi ada orang takut dengan aku sebab pikir aku nak apa-apakan dia. Last last baru dorang paham apa aku nak tanya. Leul leul (ikut ejaan Hanis Zalikha). Dan lepas aku tengok Adnan Sempit Sawadikap, baru aku paham kenapa benda senang yang aku tanya, local sini tak paham dan takleh jawab. Rupanya aku kena tanya ikut lenggok Thai yang ala-ala gedik seksi dan manja, gitteww tips kau Shaheizy Sam.

Anyway, Alhamdulillah aku selamat sampai ke hostel. Sempat aku singgah dulu 7E, beli air dan snack untuk perjalanan aku besok. Balik bilik, aku bersembang  pulak dengan sorang lagi roommate baru. Laki, Japanese, dan masa aku balik tu dia tengah minum arak. tapi nampak la dia respek aku, sebab dia sorokkan botol beer dia. Sambil sembang, aku pack beg aku untuk besok. Besok pagi train aku jam 5.50, jadi aku nak kena check out selewat-lewatnya jam 5.15 pagi. Mamat ni lagi best, dia naik flight balik ke Tokyo. Route dia macam ni -> train ke Don Mueang, then flight from Don Mueang airport to KL (or Singapore), then flight to Tokyo. Gigih tak wei. Aku tanya kenapa nak naik train, dia cakap dia suka. Dan dia memang selalu ke Thailand sebab Thailand murah. Alaaaa sebenarnya kau nak cakap kat sini murah bab beer and sex kannnn bahahaha. Muka aku kena maintain innocent baru la orang tak beriya sangat nak explain hahah. Mamat tu keluar je bilik, aku pun terus berdesup tidur. Selubung satu badan dengan selimut sampai ke kepala.

Selamat malam, sambung lagi :)


Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...