Tadabbur Surah Al-Hadid

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------

Pagi ini dalam perjalanan ke tempat kerja, aku layan Ikim.fm. Waktu tu siaran mengenai tafsir surah Al-Hadid. Surah Al-Hadid merupakan salah satu surah kegemaran arwah ustaz aku, Ustaz Abdul Sri bin Koboi. Arwah merupakan seorang guru yang mula-mula mengajar aku erti aqidah dan tasawuf (ilmu ihsan dan akhlaq) di luar waktu pelajaran sekolah.

Aku agak tertarik untuk tadabbur surah Al-Hadid pagi ni jadi aku bukak website quran.com. Mula-mula niat aku nak tadabbur ayat 25 saja (mengenai orang siddiqin yang lebih dimuliakan Allah di akhirat, berbanding para syuhada'). Tapi biasalah, kita yang tidak berilmu ni tak boleh nak faham kalau baca cuma 1 ayat, jadi aku mula baca dari ayat yang pertama.

Masya'Allah.. rasa runtun hati, Allah datangkan peringatan tepat pada masanya.

Isi tadabbur surah Al-Hadid yang dapat aku kongsikan :-

1) jangan kedekut, bersedekahlah. Allah tanya, tak mahu ke bagi pinjaman pada Allah? Masya'Allah.. Allah nak pinjam dari kita? Siapalah kita ni.. kita ni hamba yang kerdil, Allah lah yang mempunyai segala-galanya, pada Allah lah kita meminta-minta bila tidak cukup. Sebaliknya Allah mahu memuliakan kita dan meminjam dari kita, malah bila kita berikan pinjaman maka Allah akan lipatgandakan pinjaman kita tu lebih dari apa yang kita telah beri. Masya'Allah, di dunia ni siapalah yang baik hati nak ambil duit kita kemudian mahu menggandakannya?






2) cukup ke keimanan kita sehingga kita boleh bezakan diri kita sebagai seorang mukmin ataupun seorang hipokrit/munafik? kedua-duanya Allah tegur di dalam surah Al-Hadid ni. 
Orang munafik : orang yang berpura-pura dalam beribadah, orang yang mencampuradukkan agama dan dosa dan kemudiannya cuma berharap pada pengampunan Allah semata-mata, tanpa mahu beriman pada pengazaban Allah.
Orang beriman : bukankah sepatutnya hati-hati menjadi tunduk dan merendah diri (humble) setiap masa bila kita mengingati Allah? Tapi perasan tak, kadang-kadang kita berzikir tapi hati kita masih bongkak dengan apa yang kita ada, masih enggan merasa kehambaan. Malah kita ni solat, tapi solat tak menjadikan kita seorang yang berkata-kata dan berakhlak dengan baik. Astaghfirullah..
Jadi kita ni yang kita rasa beriman, betul-betul beriman atau kita sebenarnya munafik?





3) dunia ini memang Allah jadikan hanya sementara, tempat mainan je. memang Allah jadikan dunia ni kelihatan penuh dengan kenikmatan, tempat manusia bermegah-megah dengan apa yang mereka ada. jadi memang Allah dah bagitau, dunia ni tempatnya manusia bermegah-megah. jadi kita toksah la heran dengan orang yang suka bermegah-megah ni, dan jangan kita pun terikut-ikut nak bermegah sama.




4) dan akhir sekali, ini lah ayat yang paling tepat sekali nak dikongsikan dalam bulan Ramadan ni. Allah kata, berlumba-lumbalah buat baik dan mendapatkan keampuan Allah. Race towards Allah's forgiveness; and Garden of Heaven! Kau gila ke nak tolak offer macamtu, Allah kata berlarilah mendapatkan keampunanNya dan marilah ke syurga! Allahuakbar.. rasa nak berlari betul-betul sekarang ni, lari masuk ke padang besar (padang paling besar yang aku boleh imagine sekarang ialah padang hijau macam padang sekolah huhu).



Allah... sebak sikit bila tadabbur surah Al-Hadid ni sebab dari awal Ramadan, aku tak rasa nak berlumba-lumba beribadah lebih-lebih. Hati rasa numb. Padahal sebelum masuk Ramadan lagi aku dah seronok sangat nak berada dalam Ramadan, bulan penuh kemuliaan yang setiap satu amalan ibadah pun Allah gandakan. Moga-moga Allah beri kekuatan pada aku (dan semua) untuk menambahkan amalan bersedekah, memohon keampunan Allah dan lain-lain, dan moga Allah bantu kita istiqamah dalam setiap amalan kita. Amin ya rabbal 'alamin..

Selamat berpuasa dan salam Ramadan ke 9.

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...