Belakang Tabir


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------

Sebelum ini blog ini dikenali sebagai Blog Jalan Poket Kecik, sebab saya suka travel dan suka kongsikan trip saya. Kebanyakannya saya travel di dalam Asia, dan sayangnya, kebanyakan gambar di dalam post lama banyak yang dah hilang - jadi ada banyak cerita tanpa gambar.

Tapi selepas setahun tak travel, dalam masa yang sama saya memerlukan tempat untuk menulis, maka terciptalah blog ini - Timah Tulis : bila timah rasa nak menulis. bila fikiran lebih lantang dari kata-kata. bila kata-kata tak dapat menterjemahkan isi hati. dan diharapkan kesemua tulisan adalah tulisan yang bermanfaat, yang mampu membuahkan pahala untuk saya bawa ke akhirat kelak.


TIMAH
Nama penuh Fatimah.
Berumur 32 tahun.
Seorang peguam hartanah di Shah Alam.

KENAPA TIMAH TULIS
Saya cuba kekalkan blog yang sedia ada - sebagai satu platform saya menulis. Di sini juga saya akan menulis cara saya memahami dunia, kehidupan, dan Tuhan. Semua perkongsian adalah pendapat peribadi saya sendiri, tidak semestinya betul dan yang silap itu pastinya dari kelemahan diri sendiri.




No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...