Bali & Transjava : From Bali to Ijen (Part 2)

7.2.2015/ Sabtu

Pagi tu aku dengan penuh semangat bangun bersiap dan check out. Mulanya cadang nak breakfast dulu, tapi masa cari-cari kedai makan, tengok stesen bas dah mula berfungsi so aku pun terus ke stesen bas. Pegi kat tengah2 kaunter untuk tanya pasal bemo ke Sempol (aku cakap terus terang nak ke Ijen) tapi semuanya cakap takde bemo. yang ada cuma teksi. aku try usha jugak tepi-tepi tu tapi memang tak nampak ada bemo. then ada yang tarik-tarik aku untuk naik bas. so ok la, aku tanya-tanya konduktor bas kat mana aku boleh turun kalau nak ke Ijen. Dia suruh aku naik dengan dia, nanti dia kan stop kan aku kat Bandowoso. Ok nice. Dalam pikiran aku, nanti di Bandowoso mesti ada bemo / elf atau apa-apa transport yang boleh ke Sempol. Price naik bas pun murah je, Rp7000.




Quite nice jugak naik bas ni. Aku duduk kat second last seat, conquer 2 seat sekaligus - 1 utk bontot aku, 1 untuk beg hewhew. Perjalanan makan masa hampir setengah jam jugak sebab banyak stop kat beberapa tempat.


Sampai di satu tempat (aku difahamkan itu dah sampai Bandowoso), konduktor bas suruh aku turun. dah sampai katanya. tempat yang aku turun tu kat simpang tiga jalan, tempat aku turun ada kedai tapi belum bukak dan sekelilingnya kosong. mungkin ada stesen bas tapi kena menapak, tak sure. so aku tanya konduktor bas, mana aku nak pegi lepas ni? dia duk tunjuk-tunjuk ke sana. aku dah start nak bengang dah, plus panik pun ada jugak. tapi sekelip mata je, tiba-tiba datang sorang mamat ni datang offer aku naik motor dia. Ojek la maksudnya. Mesti la aku taknak weh, naik ojek kot. Kata konduktor bas tu, ada lebih 60km lagi untuk ke Sempol. Bersamaan dgn perjalanan pegi balik dari Bangi ke PJ. Dengan beg 10kg huihh..

Aku try cakap taknak dgn ojek tu. Aku cakap aku nak naik bemo. Kebetulan aku nampak 2 bemo tengah park kat tepi jalan. Tapi ojek tu beriya tahan aku. Katanya aku boleh tunggu seharian, tp belum tentu bemo tu akan gerak sebab bemo akan gerak bila penuh. Kalau tak penuh, dan aku nak dia gerak jugak, aku kena bayar full price untuk bemo tu. Betul jugak. So aku setuju laa nak naik ojek.

Maka bermulalah sekali lagi pengalaman pertama naik ojek berejam2 sampai kematu bontot. Mula2 begpek aku, aku galas. Tp masa betul2kan beg & motor jadi tak stabil, ojeker tu suruh aku letak beg kat depan dia. Laju betul ojeker ni pecut (pada aku la. Sbb tak biasa naik motor) sampaikan geli tapak kaki rasa vibrate motor. Hahah. Geli sampai ke lutut wei. Korang penah rasa tak? Aku ni dah la penggeli orangnya. Masa ni memang redhaaa jela. Lepastu, topi yg aku beli kat Tanah Lot, puuuuunnn terbang ditiup angin. Sedey. Dah la topi mahal. Takkan nak suruh bapak tu stop kan motor dan kutip topi yg hilang tah ke mana tu kan.

On the way tu, ada gerai sebijik dua. Terus ojek stop. Sebab katanya nanti dah takde kedai kat atas. So dia nak isi minyak dulu. Mula aku buat bodo jela dia isi minyak. Lepastuuuu dia mintak aku bayarkan. Haih. Lupa bayar berapa.

Oh ye.. nak naik motor pegi ke Sempol/ Paltuding ni, sila pakai sweater/ light jacket/ wind breaker. Sejukkkk. Mcm naik Cameron Highland tu. Tp kena angin lagi la sejuk tangan dan pipi.


ada behenti di Pos Sempol. macam entrance la. kena turun & tulis nama.
dalam buku ni ada nampak duit diselitkan. aku pun buat-buat bodoh alang tanya,
"kena bayar ke pak?" "ya terpulang, mau bayar alhamdulillah. kalau gak, gak apa-apa."
jadi aku pilih utk tak bayar, sebab takde duit kecik alasannya. huuu

Kan aku cakap pakcik ni pecut kan.. so jam berapa tah (pagi lagi) (refer previous post From Bali to Ijen) dah sampai Sempol. Cepatnya! Pagi lagi tu. Aku tak sangka dah sampai cepat camni. So bapak ojek tanya aku. Nak terus ke Paltuding ke? Dia boleh bawakkan. Tapi dia mintak turun dulu di Sempol. Nak take five kejap katanya. Aku tanya la, kat Sempol ada apa? Dia kata ada pasar. So aku mintak dia bawakkan aku kat pasar Sempol.

Pasar tu rupanya...... 1 deret kedai kecik je. Hahah.. mcm kat Umbai tu kau nampak kedai jual2 tepi tu. Atleast kat Umbai mcm2 la jugak kedainya. Ni seketul dua je. Lain2, kedai makan. Hadoi.. niat di hati nak jugak cari inner ke (ala thermal wear) atau mask atau tongkat hiking. Apa pun takde. Baju tahpape yg dijualnya. Tak sesuai langsung wuwu. Terus aku kensel niat. Lepastu nampak kedai makan, terus aku cakap dgn bapak ojek yg aku nak makan dulu. Dia pun setuju je sebab masa turun motor tadi dia membebel aku nak cepat sangat ke Sempol, takde behenti mana2 (lol nak benti mana. Hutan kot sepanjang jalan). Oh ye, jalan ada yg tak berapa elok. So yg bagusnya naik ojek ni sebab senang nak ngelak lopak. Masa aku turun dari Ijen ke Probolinggo naik Kijang, uii sakit gak bontot wei. Paling sadis dgr bunyi kereta kruk krak aduihh.

Aku pilih kedai makan yg aku nampak paling bersih, dan oder heavy brunch. Lapo. Since tak breakfast dan sejuk. Time ni baru la aku cek fon dan..... alamak dah takde line. Aku memang dah panik dan menyesal time ni. Patut aku habaq kat famili dulu masa kat Bandowoso. Last communication thru watsap aku dgn Katy, masa tu dlm bas nak ke Bandowoso. Lepastu aku takde bukak fon dah. Besoknya aku jumpa Hamka, Hamka kata better guna Telkomsel untuk dapatkan line kat atas Ijen. Tsk tsk. Takpe tu nanti kita pikir camne.


brunch di Warung Bu Yayuk

Lepas makan, aku usha area Sempol ni. Memang kawasan kampung betul. Tapi cantik dan tersusun. Ala ala kampung orang asli yg aku nampak tepi bukit dari Dien Bien Phu en route to Luang Prabang. Tapi yg tu kotor berabuk nau. Yg ni nampak cantik sikit. Dekat kawasan aku makan tadi, memang ada bemo park tp tak banyak. Mungkin sebab ni bukan peak season so bisnes bemo pun tak kencang kot.

Aku ajak bapak ojek untuk terus ke Paltuding. Aku mintak tolong dia bawakkan aku ke Arabica atau Caltimor (homestay). Tapi dia bawak aku terus ke Pos Paltuding. Kejap je, tau tau dah sampai. Rupanya aku yg salah paham dan patut la bapak tu terus hantar aku ke Paltuding. Sebab aku mintak nak ke Paltuding jadi dia hantarkan ke Paltuding, padahal sebenarnya homestay Arabica atau Caltimor tu terletak di Sempol. Haaaa... paham tak korang? Aku puas pikir apa yg aku salah cakap. Masa jumpa Hamka, baru aku tau Arabica tu kat mana kahhh.

So sampai Paltuding. Kosong beb. Yg ada padang (untuk pacak kemah). Pastu ada ranger post. Scaryyyy ~~~ terus aku cakapp dgn bapak tu, mintak tolong carikan aku tempat tidur. Dia pun willing to help. Dia bawak aku ke pos renjer. Carikan renjer. Bincang apa yg patut dgn renjer. Renjer pun carikan bilik yg available dan kemas apa yg patut. Sementara tunggu bilik siap, maka hujan pun turun.. haih.. taktau nak kata masa tu bad luck ke good luck. Tapi syukur aku dah sampai sini awal. Aku saja tak bayar lagi bapak ojek tu sampai la aku dapat masuk bilik. Tak lama lepas tu, aku pun dipanggil masuk bilik. Ingatkan bilik kat Situbondo dah scary? Sini lagi scary weii.. tapi tutup je mata, cekalkan hati. Aku hulurkan duit Rp150,000 kat renjer utk bilik, dan Rp250,000 kat ojek. Sempat aku pesan dgn renjer yg aku nak guide utk hiking besok pagi, so renjer kata besok pagi2 guide akan datang ke bilik bawak aku.


bilik aku. huhu. solat pun atas katil sebab lantai berpasir

Then aku pun masuk bilik. Tarik nafas dalam2. Memang sehabisnya aku saiko kan diri. Aku kemaskan apa yg patut, dan layan tido seround. Bilik ni takde suis letrik, lampu pun pakai lampu kampung yg tarik tali dia untuk hidup, dinding kayu campur bata. Toilet kat luar. Lepas bangun tido, aku solat dan lepastu keluar bilik dan lepak di kedai makan sampai la magrib.


area di Pos Paltuding. ikut je jalan tu, dah sampai entrance nak hiking ke Ijen Crater

B.o.s.a.n yg teramat sebab takde orang nak sembang. Takde line tepon. Takde benda nak buat (nasib baik ada novel 1 lagi aku bawak since Wild dah kena tinggalkan kat Bali). Hujan tak behenti dari mula aku sampai. Cuaca pulak sejuk sampai ke tulang. Dah la aku cuma ada sweater nipis ke. Masa sorang2 dan takde benda nak buat ni, macam2 yg aku pikir. Kadang2 yg bagusnya travel solo ni, kita dapat cari balik fokus diri. Bukannya salah berkawan, tapi bila terlalu biasa dgn 'attachment', kita jadi tak keruan bila detach dari kawan2/ family/ gadgets/ internet (hahaha) so kena fokuskan balik diri utk belajar hidup tanpa necessary attachments.


peneman. hujan tak behenti dari jam 2 tadi sampai la malam.

Malam tu lepas solat dan dah get ready utk tidur, aku kumbah baju dalam beg. Tengok baju apa yg ada utk pakai malam ni yg besok aku bangun je boleh terus pegi hiking hahah. Aku pakai 2 lapis seluar, 2 lapis baju dan sweater. Tu pun sejuk lagi. Aku agak suhu masa ni below 5°c kot sbb sejuk arwah weh. Selimut toto yg mula-mula aku geli nak pakai, lepastu tarik jugak sampai ke dada hahah.

*** maaf la panjang pulak celoteh utk edisi ni. Sbb pegi sendiri kan, lain citenye. Gambar nanti aku updet lain.

Sambung lagi.

Bali & Transjava : From Bali to Ijen (Part 1)

6.2.2015/ Jumaat

*pernah diceritakan di sini*

Pagi tu aku check out siap-siap sementara tunggu Itha sampai. Malam tadi kami sempat berwhatsapp bincang cara terbaik untuk aku ke Tanah Jawa, specifically Ijen.

Setakat pembacaan aku (yang aku baru google 2 malam sebelumnya) yang aku kena naik feri di Gilimanuk. Dari Gilimanuk, feri akan berlabuh di Port Ketapang. Dari Port Ketapang, aku mungkin kena cari bas atau bemo atau pun berjalan kaki ke stesen keretapi Banyuwangi. Naik keretapi kemudian turun di stesen Karengasem. Itu pilihan pertama. Ataupun aku boleh terus naik bas dari Gilimanuk atau Ubung untuk ke Banyuwangi.

Bila Itha datang, dia cadangkan aku ke Ubung dulu – ke Terminal Bas. Katanya, lebih mudah naik bas sebab boleh terus sampai ke Banyuwangi. Kalau naik feri lebih leceh sebab banyak kali kena bertukar transport, dan dia lebih risau kalau-kalau aku kena tipu. So aku ikut nasihat dia. Kalau ikutkan, dia pun takde la familiar sangat pasal route nak ke Ijen. Tapi dia lebih advise aku naik bas la citenye.

Sampai di stesen bas Ubung (lebih kurang 30 minit jugak jaraknya, itu pun Itha ikut jalan tikus, imagine 30 min atas motor dgn backpack lol), Itha terus bawak aku ke kaunter tiket. Dia taknak deal dengan ulat-ulat bas. Sampai kat satu kaunter, kaunter cadangkan aku ambik bas ke Banyuwangi. Bila Itha kata aku nak ke Ijen, dorang cadangkan aku turun di Situbondo pulak. Aku terus setuju sebab dalam banyak-banyak aku google, ada jugak salah satu caranya nak ke Ijen melalui stesen bas Situbondo. Dari hasil google aku, ada sorang mamat ni berjaya naik bemo dari Situbondo ke Sempol, dan di Sempol dia naik ojek sampai ke Paltuding.

Jadi aku setuju ke Situbondo dgn harga tiket bas Rp150,000.00.

Lepas beli tiket, aku ditunjukkan tempat bas aku. Sebelum naik, aku sempat berbasa-basi dengan Itha sebab banyak tolong aku. Sebab dia jugak, aku banyak skip bayar duit entrance. Contohnya Uluwatu, kalau foreigner kena bayar lagi mahal. Tapi Itha bijak cover line. Aku bayar dia dalam Rp500,000 lebih (lebih sangat, aku tak ingat) utk segala servis dari mula aku sampai Bali sampai la aku tinggalkan Bali (sebenarnya aku pun tak pasti cukup ke tak aku bayar haha).

Anyway, sape nak guna khidmat Itha, boleh google je Ojek Itha. Ataupun bukak blog Ajlaa sebab fon aku dah rosak, dan aku dah hilangkan nombor Itha.



So naik bas tu aku ingat dah boleh gerak la kan? Nope. Kena tunggu almost 2 hours, jam 12 lebih baru la bas bergerak. Sementara tunggu tu aku sempat tidur, bangun balik. Tu pun bas tak gerak-gerak lagi. Sangap habis masa tu.

dalam bas. dengan lagu dangdut kuat berdentum atas kepala adoi..

Dalam jam 12 pm, akhirnya bas pun bergerak. Sejam lepas tu bas naik atas feri. Fuh.. kau hado merasa naik bas dan bas naik atas feri? Heheh. Ni pengalaman pertama aku jujurnya. Ramai yg turun dari bas sebab panas. Tapi aku malas nak turun, nak buat apa, nak pegi mana nak turunnya (sebenarnya takut mabuk laut). Tapi dalam hati ada jugak cuak, buatnya kapal karam. Yg aku ni ha dalam bas. Lagi laa susah nak keluar. Isk!

bye Bali! (macam Terengganu tak?)

nak naik feri

atas feri


Ha dari mula bas naik atas feri sampai la bas behenti, banyak penjaja penjaja yg naik atas bas dan jual makanan. Macam-macam ada jual. Kalau tengok waktu biasa, mungkin aku boleh kembang tekak. Tapi sebab tengok time perut tengah lapar, aku terliur weh. Terus beli nasi lauk apa tah (macam serunding) dengan telur, dalam Rp10,000 kot?

brunch kita wak. sedey nengok


Bas meneruskan perjalanan lepas je selamat sampai ke Port Ketapang, takde stop mana-mana. Dan perjalanan ke Situbondo terlalu jauhhhhhh sampai aku sikit-sikit belek jam. Kawasan yang bas lalui adalah kawasan berbukit bukau, memang sejuk je pada pandangan mata. Bas ni jugak ada behenti di Baluran. Aku tau pasal Baluran ni pun sebab baca blog Kak Zilla. Masa ni hati berdebar jugak samada nak turun sini ke, tapi tak jadi memandangkan aku teringat yang trip Kak Zilla ada trekking dan camping. Takde keje plak kalau aku nak gi sensorang, tambah pulak tak cukup kelengkapan.

Hampir jam 7, matahari pun dah berlabuh, baru la aku sampai di terminal bas Situbondo. Aku diberhentikan di tepi jalan, tapi aku sempat tanya pada konduktor bas samada ada bemo atau tak. Dia pun taktau. So aku terus ke tengah2 stesen/kaunter bas dan tanya tentang bemo atau apa-apa transport untuk ke Ijen. Pada masa aku bertanya ni, aku masih tak dapat mengagak berapa lama tempoh perjalanan dari Situbondo ke Ijen. Pakcik-pakcik yang kat sana suruh aku tidur dulu semalam kat sini, besok baru bertolak ke Ijen memandangkan hari dah gelap. Kononnya besok akan ada bemo. Aku pun mengalah. Terus aku mintak direction ke hotel terdekat dan mintak diri.

stesen bas Situbondo

Dari stesen bas tu, aku amek simpang ke kanan. terus jumpa Hotel Ramayana. Aku ke kaunter dan tanya harga bilik. Masa dapat tau harga bilik murah-murah, aku terussss keliru. Macam... apahal murah gila bilik kau. So nak ambik bilik murah, tapi taknak standard drebar punya bilik, jadi dengan bangganya aku mintak Bilik Ekonomi. Lepastu menyesal. Nak tukar bilik macam malas.

Aku letakkan beg dan layan bilik dulu. Bila duk sensorang, memang kena be extra careful. Duk belek tingkap ok ke tak, toilet, pintu toilet, tingkap toilet, pintu. Sumpah aku kecut perut nak duduk bilik ni. Dah la tingkap macam senang kena kopak. Bilik macam berantuuu eeee. Haih.. bilik ni kalau in my sane mind, I wouldn't even dare to stay. Tapi since aku sorang, takde orang nak push aku so aku malas nak beriya. Cek katil, sesuai nak tidur. Bilik sesuai nak solat. Toilet ok. Then that's it. Hati kering time ni.

tak tercapai dek akalku aku boleh stay sini

Luffy, kau ingat kau kelakar?


Lepas lepak jap rehat, aku pun keluar balik. Cari makan sebab dah kebulur gila. Area ni memang quite nice. Ada pasar jual buah, ada beca nak ronda2 pekan, dan kedai makan banyak. Bila dah sampai Tanah Jawa ni at least aku lega sikit, dah senang nak cari mkanan halal insya'Allah. So aku pilih kedai yg nampak ok, dan pilih menu nasi goreng special. Ada beza ok nasi goreng special dgn nasi goreng istimewa leul leul.

Luffy teman kita dinner. 


Perut pun dah kenyang, pastu takde benda nak buat, so balik la bilik dan tidur. 

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...