Tam Coc Wharf / Halong Bay on Land

Tarikh 4 Oktober 2014.


Sampai je di Tam Coc Wharf, kami menaiki sampan meredah sungai. Panas terik masa tu tau tak. Kami melalui kawasan teratai yang belum berbunga, kemudian melalui kawasan pergununan dan gua batu kapur mcm di Halong Bay. Kami masuk ke dalam gua batu kapur, dengan ketinggian (atau rendah) yg kalau kau hulurkan tangan, dah boleh capai lelangit gua. 



Amazing dia antara lain, pendayung kat sini mendayung guna kaki. Tangan guna utk pegang payung. Terbaik tak. 

Masa bersampan tu, akan ada photographer yang beriya2 ambik gambar kau. Jgn terpedaya macam aku. Nanti dah turun, dia akan paksa kau beli gambar dia. Merengek2 dia suruh beli, 5 keping kot semuanya. Aku paksa dia jual 1 je kat aku dgn harga 10K VND, kalau tak aku taknak beli. Haha akhirnya dia setuju gak.




Kemudian baru tau yang kat sini la Running Man ada buat show dulu. Hehe bangga lak dah sampai sini. Trip kami hanya sampai sini je. Bila dah balik ni, aku rasa tak berbaloi pulak bayar mahal. Ke sepatutnya ada kena pegi tempat lain? Tula masalah dia bila masalah komunikasi ni.


Rasa amazing bila tgk gua dan bukit/gunung batu kapur ni. Akan nampak paras mana kebiasaanya air naik, berdasarkan hakisan-hakisan batu. Pada aku, tak dapat ke Halong Bay pun tak apa sebab ke sini pun dah merasa cantiknya alam. Lepas tu kami lalu kawasan paya. Kemudian balik semula di tempat kami naik sampan mula2 tadi. Perjalanan adalah sejam kot.









Dah selesai berpanas, kami pun naik ke kereta semula utk kembali ke pekan. Ikut perjanjian aku dgn bos pakej ni, driver akan terus hantar ke stesen tren Hanoi. Dari situ, kami akan tunggu delivery boy hantar tiket tren kami untuk ke Lao Cai, dan seterusnya ke Sa Pa.

Tren Hanoi agak kecik tapi bersih. Ok, mungkin bersih masa kami mula2 tiba je kot. Kebetulan ada cleaner baru je bersihkan toilet, jadi aku dgn Ipah gilir2 guna toilet utk mandi. Lepas je kami selesai & org lain guna toilet tu, terus tak selera nak pakai dah.

Sementara tunggu delivery boy kami sampai, aku cuba hidupkan api guna dapur gas kecik. Malangnya aku fail bab ni. Aku taktau kenapa masa kat rumah aku cuba, ok. Bila kat sini, gas dia keluar2. Aku dah cuak bila jadi camtu. Lepastu rasa bersalah gila dgn Ipah sbb aku yg beriya nak bawak gas tu tapi tak reti guna TT__TT sudahnya kami makan belen ayam KFC pagi td, dgn nasi brahim yg mentah. Cukup la buat alas perut wuwu.

Dah mandi, dah makan, tapi delivery boy tak sampai2 jugak lagi. Last2 aku sms. Guna roaming. Nasib baik lepas gak sms nya. Tak lama lepas tu baru la nampak ada orang duk mencari2, then aku pun melambai2 kat dia. Katanya dia dah lama tunggu depan entrance tp tak nampak aku. Derr.. kau cari la kat dalam pulak tsk tsk. Sebenarnya tix ni kami beli online. Sebab kami nak cop tix pukul 9.50 pm, takut habis kalau main redah je. Mahal la sikit bayar tapi aku rasa berbaloi, kalau tak plan blh lari.



Anyway, dia pun tunjukkan kami mana satu tren kami. Angkat beg, masuk tren, duduk, dan tunggu tren jalan. To be honest, aku agak teruja nak rasa tren tempat orang. Tren dia ni not bad. Seat pun ok. Tapi biasa la tidur duduk, mana nak selesa. Aku takleh bayangkan yg duduk hard seat tu, memang tabah la nak berjam2 duduk dan tidur kan.








Malamnya, Ipah ada caj fon guna universal adapter dia. Sebelum tidur, dia ambik fon tapi tinggalkan adapter di plug. Bila bangun Subuh besoknya, adapter dgn wayar charger dah hilang. Siot betul. Memang sedih la Ipah kan bila hilang adapter tu. Kalau aku la, memang tak halal org yg curi tu.


Indochina - How It Started

Tarikh 4 Oktober 2014.

Di sini bermulalah cerita asal Indochina trip aku & Ipah. Sebenarnya aku dah beli tix untuk ke Chiang Mai bulan 12, masatu baru nak buat Indochina overland. Alih-alih aku diterimamasuk utk sambung belajar pulak, yg bermakna tix aku bulan 12 kena burn sebab exam. Masa tau, hati aku dah jadi tak senang. Serius aku cakap, macam org putus cinta rasanya. Kecewa jgn cakap. Last, aku buat keputusan jugak nak pegi. Kebetulan Ipah ckp kalau aku pegi, dia pun nak ikut. Lagi la aku besemangat. Kalau takde geng, possible je aku abort mission.

Maka hari yang ditunggu2 pun tiba. 3hb malam, aku dgn Ipah dah melepak di suaru KLIA2. Kami punya lepak tu, memang santai je. Siap sempat lepak minum2 kopi dulu pagi tu. Sebelum tu aku cadangkan kat Ipah utk beli ayam KFC, buat alas perut masa di Hanoi. In case takde makan halal kat sana.

Displaying IMG_20141004_054653.jpg
lepak dulu brekafast

Pukul 5 lebih, kami dgn santainya jalan ke imigresen. Klia2 ni imigresen dia strict sikit, tak macam LCCT dulu. Aku siap kena bukak belt lagi. Lepas tu tak sempat nak pakai belt sebab dengar crew jerit "LAST CALL TO HANOI!!" Apa lagi kau. Berlari la ke gate dgn pegang seluar londeh kan. Aku la kan, bab2 berlari kejar flight ni tak habis2 dari tahun 2011. Tsk tsk.



So kami naik flight. Aku solat Subuh duduk. Nasib baik wudhu' ada lagi. Tapi flight tak gerak2 gak. Delay sejam lebih. Sebabnya? Ada org lambat naik flight (pheww nasib kami sempat) dan kena keluarkan luggage mereka. Apa la.. daripada susah2 buang masa, bagi jela dorang naik kan.. bila flight dah delay, aku mula risau kot kami tak sempat kejar trip utk Halong Bay.



Alhamdulillah flight pun selamat sampai kat Hanoi. Turun je, aku cuba cari cab Mailinh. Macam #travelhack org ajar bila pegi Ho Chi Minh City. Tapi rupanya kat sini aku salah. Aku kena ikut queue kat depan, agaknya la. Tgh2 cari cabbie nak diskus harga, datang sorang mamat ni yg aku saspek adalah ulat teksi. Aku mintak 350k VND untuk ke Old Quarter Town Hanoi dan dia setuju. Bila naik kereta dia, aku main cenekel pulak mintak kurang 300k VND. Hewhew. Kebetulan masa ni aku dah print address trusted agents for Halong Bay trip, so as per Ipah's suggestion, aku suruh mamat tu pegi kat Sinh Tourism  Aku tunjuk alamat sekali dan dia tau. Ok la tu.


Displaying IMG_20141004_125326.jpg
depan Sinh Tourism. panjang gila kaki kakpah


Sampai di Sinh Tourism, aku pun bukak la skill meniaga aku. Tanya berapa rege ke Halong Bay. Utk makluman, masa kami sampai sini, jam dah pun pukul 11 lebih. Boleh dikatakan agak lewat utk memulakan trip kami. Tapi bila aku tanya staff dia samada boleh tak kami nak ke Halog Bay sekarang, dan balik jam 7, dia bilang, "Bolehhhh." Dia tak cakap Melayu tapi intonasi dia cenggitu la. 

Sekali bila aku tanya rege, mahal sampai aku rasa tercekik. Sorang USD100++. Nangis aku. Katanya mahal sebab kami jadi private tour. Padan la dia cakap semua boleh aje pfftt. Ipah ok. Tapi aku tak ok. Memang aku rasa sorry sgt kat Ipah tapi tak boleh, benda ni luar bajet aku TT__TT bila riki-riki harga lain, kemudian dia tunjukkan satu trip lain. Halong Bay on Land katanya. Dia quote rege USD90++ dan masa tu baru aku setuju. Kami kemudian disuruh tunggu sampai driver sampai, sementara tu kami boleh pusing2 pekan Hanoi. (update: sampai sekarang rasa terkilan tak dapat tengok Halong Bay.)


Disebabkan tak ready utk lepak di Hanoi, aku agak blur apa nak buat di pekan lama ni. Dgn masa yg kejap. So kami pusing2, cari kedai makan India yg kami tak jumpa, bergambar, kemudian balik ke ofis tadi utk makan ayam KFC. Fuh nasib baik beli tadi kan?






Tak lama kemudian driver kami pun sampai. Perjalanan ke Tam Coc Wharf/Halong Bay on Land memakan masa lebih kurang sejam. Dlm perjalanan, aku solat duduk dgn bertayamum menggunakan debu tayamum. Lepastu alas perut dengan biskut oat.


Sa Pa, Vietnam & Cat Cat Village - Kisah Mintak Derma

Sebelumnya..

Tarikh : 5 Oktober 2014 - Hari Raya Haji
Lokasi : Sa Pa, Vietnam

Sa Pa adalah satu kawasan pergunungan yang terkenal dengan rice-terrace field. Di kawasan pergunungan ini ada banyak kaum asli yg menetap, tapi yg famous ialah kaum Hmong. Boleh tengok dari cara pemakaian diorang dah nampak dah yang mereka ni orang asli, tapi kaum apa haa yg tu cheq tak reti nak ajar.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Sa Pa ialah trekking di kawasan padi, atau daki gunung Fansipan. Aktiviti paling cikai sekali ialah melawat Cat Cat Village, tengok cara Hmong people hidup dan lalu kawasan rice terrace mereka. Nak shopping hiking gears pun syok jugak kat sini sebab kualiti bagus dan murah.

Oleh sebab aku adalah seorang kaki berjimat cermat dan kedekut (Ipah pun terpaksa ikut kalau tak bajet boleh lari), jadi kami tak shopping pun kat sana. dan aktiviti kami cumalah ke Cat Cat Village. nak buat macamana, kami cuma tidur semalam saja di Sa Pa. Pada mulanya Ipah ajak aku skip kawasan ni, tapi aku berkeras jugak nak pegi sbb nak tengok rice terrace nya. sekejap pun jadi la. next, maybe boleh layan Kunming pulak (gitulah angan-angan kakak wehhh).

View di Sa Pa:



Jadi 5hb pagi, kami selamat tiba di Lao Cai di mana tren kami berhenti di sini. Dari Lao Cai, kami perlu mengambil bas atau van untuk ke Sa Pa. Seperti biasa konsep aku agak redah, jadi aku tak prepare dan tak boleh bayangkan sebenarnya macamana nak dapatkan van/bas ke Sa Pa. Kebetulan sebelum kami turun dari tren, ada sorang makcik ni duk bertanya sesuatu dalam bahasa Vietnam. Mula kami buat bodoh je, kemudian Ipah bertanya pada group di sebelah seat kami. Katanya makcik tu offer service van.

Turun saja dari tren, aku dengan Ipah cepat2 mencari makcik tu. Kebetulan mata Ipah tangkas, dan kami pun segera mengejar makcik tu. Aku bertanya, "Sa Pa?" dia menggangguk. aku bertanya lagi, "how much?" dia berkata sesuatu di dalam bahasa vietnam, aku menggeleng tidak faham kemudian dia meminta orang di hadapan untuk menterjemah kepada kami. Dia menunjukkan 5 jari, dan kami setuju. Bermaksud 50k VND. Sepanjang research yang aku dah buat, kebiasaan harga van ke Sa Pa boleh mencapai ke 70/80k VND. Tak lama kemudian kami berselisih dgn group yang duduk si sebelah seat di dalam tren, dia bertanya berapa harga yang kami perlu bayar. Katanya, dia cuma perlu membayar 40k VND. Mungkin harga kami mahal sebab kami foreigner.


Perjalanan dari Lao Cai ke Sa Pa mengambil masa sejam. Kami dijamu dengan pemandangan yang sangat cantik dan menakjubkan. Aku sungguh-sungguh terpukau, rasa sayang nak tinggalkan tempat ni. Oh, kebetulan kami duduk bersebelahan dengan dua orang mamat Jepun. Kami cuba berlagak dengan pengetahuan kami tentang dunia Jpop (ada ke perkataan ni), lepastu mereka tanya, "Do you know any latest and younger artists?" LOL.



Setibanya kami di pekan Sa Pa, kami segera memilih guesthouse yang terdekat dengan tempat kami diturunkan. Bayarannya adalah USD10 untuk 1 malam, dan untuk 2 orang aku rasa harganya dah OK. Masuk aje bilik, kami bantai tidur sepuas-puasnya. kebetulan sepanjang pagi tu hujan saja, jadi nak keluar pun tak guna, dan tidur tu bertambah-tambah sedap (bilik tak perlu A/C sbb dah sejuk sgt).

makanan raya haji

Lepas bangun, kami solat dan makan, dan keluar dari bilik. Aktiviti petang ni ialah pusing pekan! Kami berjalan tanpa tujuan. Mulanya kami ternampak satu kawasan pergunungan, lepas tu kaki terus je melangkah sampai ke bawah.

Tiba-tiba ada sorang lelaki mengajak kami menaiki motornya. Untuk ke Cat-Cat Village katanya. Sewa yang kami perlu bayar ialah 100 VND utk 2 orang. Kami pun redah menaiki motor bertiga, diulangi bertiga. Cuak aku masatu jangan cakap. Aku gemuk weh kang orang lain takleh duduk. Bahaha.

Setibanya kami di depan entrance Cat Cat Village, Ipah turun dan membayar harga kemasukan iaitu 40k VND/pax. Kemudian kami meneruskan berjalan kaki masuk ke kawasan kampung dan berjanji dengan mamat motor untuk bertemu di hujung kampung.



Suasana masa tu agak tenang dan damai. Lebih-lebih lagi baru lepas hujan, cuaca pun nyaman je rasa. Ada jugak nampak kambing pendek hitam tapi tak banyak dan takde bersepah-sepah. Bab ni aku dah lega. Sebab lepas tu jumpa anjing plak bersepah. Cuak jangan cakaplah.




Lepas tu kami jumpa anak-anak. Aku assume mereka anak-anak Hmong village ni la. Tapi tak pakai pakaian tradisional dorang, pakai tshirt biasa. Tapi muka comot ya amat. Terus Ipah bersemangat ambik gambar. Ingatkan ambik gambar jela kan? Lepas tu dorang buat jari tunjuk 2. Ingatkan tunjuk 'peace', rupanya mintak duit!



Kami berkeras taknak bagi. Tapi kemudian aku yg tanya Ipah samada dia ada duit Malaysia atau tak. Bagi sorang seringgit ok la kot. Kebetulan Ipah ada RM1 dua keping, dapat la dia bagi budak berdua tu. Kami pun meneruskan perjalanan. Konon seronok la sebab dah bagi duit.

Tapi tak lama lepas tu dengar suara sayup-sayup pulak dari belakang. "Money, money!" datang lagi budak berdua. Abang dgn adik perempuan. Ipah bagi kat abang duit vietnam. aku pun keluarkan duit vietnam yg paling kecik aku ada, dan bagi kat adik perempuan. Zasss!! Secepat kilat si abang rampas duit dan cabut. tak sempat adik dia nak pegang. Aku pun beriya kejar sambil marah menyumpah2, tapi sebab licin jadi aku pun behenti setengah jalan. Adik dia? melalak sekuat hati. kemudian lari balik rumah. Aduhhh.. sayu hati aku dik oiii dengar awak menangis. tapi nak bagi duit lagi memang tak ah kan.

Kami pun meneruskan lagi berjalan. Penat hoi, ingatkan jalan santai rupanya ala-ala mendaki pun ada. sobs.



kedai daif je

menenun kain

tadah air?

air terjun

empangan


Lepas dari empangan, tiba-tiba Ipah disapa seseorang. Aku dah ajaib sangat dah, sape pulak yang Ipah kenal sampai boleh jumpa kat sini. Rupanya group yg duduk sebelah kami di dalam tren malam semalam. Dorang ajak lepak dan makan sama, dorang belanja katanya. makan ubi bakar dan telur rebus bakar, cicah dengan garam. peh, terliur aku taip ni ha.. sejuk-sejuk layan cenggitu memang best la. tinggal takde kopi je.... 




Keluar dari kampung tu, aku dan Ipah pusing-pusing pekan sampai la malam. sempat kami bergambar dan melawat kawasan macam YB.

minum kopi secawan

jumpa malaysian yg kawin dgn german (?) 
katanya dah lama tak balik malaysia, dia excited jumpa kamiorang.

 
jumpa mamat jepun dalam van dari Lao Cai.

till then! Sambung!

Luang Prabang to Pak Beng & Loi Krathong Festival


Tarikh 9 Oktober 2014.

Aku dan Ipah bangun awal haritu, sebab harini kami akan menyambung perjalanan kami seterusnya. Dari Luang Prabang, kami akan ke Thailand dgn menaiki slow boat. Macam nama dia jugak, slow boat memakan masa 2 hari utk sampai ke sempadan Laos/Thailand iaitu Huay Xai/Chiang Khong. Kami akan berhenti di Pak Beng harini, dan besok akan menyambung lagi perjalanan ke Huay Xai.

Kami akan menaiki taxi (pickup) dari guesthouse ke Luang Prabang boat pier. Lepas dah banyak komplen yg aku baca di Lonely Planet, Trip Advisor dan blog2 lain yg pier telah diubah ke tempat yg lebih jauh, aku dah prepare mental aku utk membayar lebih kalau perlu. Bagi aku, selagi boleh dielakkan masalah, elakkan. Kita tak tahu hati budi orang walaupun nampaknya seperti mudah diteka. (taktau la apa kaitan nasihat ni lol)

Jam 7 pagi tepat, taxi kami pun tiba. Bayaran taxi utk 2 orang adalah 80 ribu kipp. Perjalanan dari guesthouse ke boat pier mengambil masa lebih kurang setengah jam. Sampaikan mengantuk mata meredah angin sejuk pagi2. Luang Prabang cuacanya agak sejuk. Tapi waktu tengahari, panas dia terik macam matahari betul2 atas kepala.



Kami tiba di boat pier awal dan kaunter pun belum dibuka. Jadi kami terpaksa menunggu membuang masa sambil memerhati local mengangkat barang ke atas bot. Sekitar jam 8, tiba2 muncul sorang jejaka dgn kelam kabut, membuka laci meja di kaunter sambil mulutnya bising bersembang dgn seseorang. Kenapa aku cakap jejaka? Sebab dia hensem. Ipah pun cakap dia hensem. Lepas je jejaka ni bukak buku resit dia, kami semua pakat beratur untuk membeli tiket dari sini ke Pak Beng dgn harga 110 ribu kipp. Ada group lain yang menggunakan ejen utk membeli tiket, tapi aku memilih utk membeli tiket secara asing. Senang je dia buat bisnes. Sediakan meja, kerusi, buku resit sbg tiket, dah siap. Kau dah boleh naik bot.


Kami kemudian turun ke bawah menuju ke arah bot kami. Masa ni tips2 yg aku dapat dalam blog memang sgt berguna. Salah 1 tips nya ialah duduk di depan. Kenapa? Sebab duduk belakang bising dgn bunyi enjin. Bayangkan 9-10 jam dalam bot dan telinga kau dengar bunyi tu je.

Ye, 9-10 jam. Mati kutu dalam bot tu. Nak ke jamban pun kau tak selera. Makan pun tak selera. Nak solat, kami bertayamum dan solat jama' qasar secara duduk. Dah tidur, bangun, tidur semula, bangun balik pun belum sampai. Buku dah habis dibaca, dibelek kulit ke kulit. Bateri mp3, fon pun dah habis. Puuun belum sampai.  (Tips: bawa sesuatu yg takkan buat anda bosan dgn cepat dan takkan habis bateri dgn cepat).


seat yg kematu bontot

.

view sepanjang jalan


Akhirnya jam 6 lebih, kami pun sampai di Pak Beng. Kata kawan2 backpackers buddies, nanti akan ramai ulat2 datang nak promote bilik. Tapi malangnya bagi kami, takde ulat pun malah cacing pun takde! (Sebab kami pegi bukan waktu peak). Kami jalan dari satu guesthouse ke satu guesthouse, tapi kesemuanya penuh. (Kata bukan peak season??) Sehinggalah akhirnya ada guesthouse yg kosong. Rupa dia mcm rumah setinggan. Tapi aku dgn Ipah pasrah je sbb kami dah penat dan lapar.

pekan Pak Beng

Malamnya kami tak bercadang nak keluar pun. Tapi lepas tu dengar bunyi mercun berdentum-dentum. Ikutkan hati aku yg penakut ni, aku nak duk diam je dlm bilik. Aku memang pantang dgr bunyi tekejut2 ni dan pantang org main mercun sebab takut kena mercun (see, penakut. Taktau mcmana lepas pegi backpack ni). Tapi sebab kat tempat org dan takde benda nak buat, aku pun ajak Ipah pegi tgk.

Rupanya Loi Krathong.

Masa di Luang Prabang, kami dapat tau Loi Krathong festival akan diadakan tapi tak pasti tarikh sebenar dan tak sangka pekan kecik camni pun beriya celebration dia.

So anyway, aku enjoy layan Loi Krathong mlm tu despite duk terpijak kaki org dalam gelap dan melompat2 sebab takutkan mercun dan terkejut dengar bunyi mercun. Menarik sebab akhirnya depan mata sendiri aku dapat saksikan mereka lepaskan tanglung di udara (macam Tangled kan!! Haha) dan lepaskan 'serahan' mereka di sungai.

Sampai sini saja. Kita jumpa lagi di siri akan datang :p







Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...