An Empty Vessel

Bismillah.

Pernah tak kadang-kadang kita rasa macam kita hidup dalam bukan dunia kita yang sebenar?
Aku pernah, masa memandu, terasa yang hidup yang aku ada waktu tu bukanlah hidup aku. Kereta yang aku pandu, bukan milik aku, jalan yang aku lalui setiap hari terasa janggal, dan mata yang melihat ke langit seolah-olah hanya mata orang lain yang dipinjamkan sementara. Seolah-olah aku mempunyai kehidupan lain, sepertinya aku hidup dalam dunia penuh kepuraan. Menyebabkan aku mempersoalkan setiap langkah yang aku lakukan sekarang, sepertinya isu existantial crisis timbul kembali dalam diri.

Tak pasti sama ada ni berpunca dari binge-watching Stranger Things season 1 ke season 2 tanpa henti, seterusnya diteruskan dgn Blacklist. Mungkin aku terpengaruh dengan dakyah cerita-cerita tersebut, my subconscious mind seperti bersetuju dengan insiden merapu dalam setiap episod.

Yang akhirnya memakan diri bila aku terjebak dgn accident seminggu sebelum masuknya Ramadan. Accident tersebut bukanlah berpunca dari diri sendiri, sebaliknya aku dihentam dari belakang. Tapi accident tersebut banyak membuatkan aku bermuhasabah, kembali berfikir tentang apa yang terjadi pada diri sendiri sebelum kemalangan berlaku.

Aku pernah berdoa pada Allah, matikan hatiku kerana aku takut pada harapan. Tapi siapalah kita, manusia yg penuh dgn kelemahan. Sekalipun aku cuba menafikan dan cuba bergantung harap pada diri sendiri, kadang-kadang aku gagal dan "ter"harap pada insan yang juga lemah seperti aku : mereka tak dapat merealisasikan harapan aku.

Kesudahannya aku berhenti berdoa pada Allah. Aku berhenti mendoakan kebaikan ke atas diri sendiri, kerana aku takut jadi berharap ke atas doa tersebut. Dan lihatlah di mana duduknya aku kini, manusia yg resah gelisah sepanjang masa, hati yg penuh dgn kebencian dan kemarahan yang entah tak tahu hujung pangkalnya. Aku dah seperti zombie, berjalan entah tiada tujuan. Kalaulah hidup ni bukannya satu rutin, tentu sekarang aku bukan di sini, bukan di tempat yang selesa. Seperti an empty vessel, at the bottom of fathomless sea, kata Raymond Reddington. Terkapai seorang tetapi tak mahu diselamatkan.

Dan Allah takdirkan aku ditimpa kemalangan. Supaya aku diselamatkan, disedarkan dari kejahilan diri sendiri. Bahawa aku hidup hanyalah untuk Allah, kerana Allah, dan hidup bersama-sama makhlukNya di dunia ini adalah kerana Allah. Bahawa Allah datang dengan harapan, dan harapan itu disampaikan melalui makhluk-makhlukNya, sepertimana Allah mendatangkan Nabi Muhammad saw sebagai pembawa berita gembira bagi pihakNya. Bahawa kembali berharap padaNya, adalah satu-satunya jalan keluar dari the bottom of that fathomless sea.

Dan aku, sebagai manusia yang imannya senipis kulit bawang, haruslah terus percaya pada qada' dan qadarNya.


Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...