Trekking Sungai Pisang, Gombak.

Assalamualaikum.

Pada hari Ahad lepas, 20.11.2016, saya dan rakan-rakan telah merancang untuk trek ke Air Terjun Sungai Pisang yang terletak di Gombak, Selangor.

Sungai Pisang ini terletak di jalan lama ke Pantai Timur, bersebelahan dengan Lebuhraya Karak. Jalan masuk untuk ke Sungai Pisang adalah jalan masuk untuk ke Kem Alang Sendayu (dan kem-kem lain).

Kami bertiga tiba di Sungai Pisang lebih kurang pada pukul 9.30 pagi. Bayaran masuk adalah sebanyak RM1 sekepala, dan RM3 untuk satu kereta. Maka kami perlu membayar sebanyak RM6. Pada waktu terakhir saya ke sini iaitu lebih kurang pada tahun 2008, kami tidak dikenakan sebarang bayaran. Tetapi sudah tentulah keselamatan kami dan kenderaan kami tidak terjamin, malah kami tidak mempunyai sebarang tempat untuk menyalin pakaian pada ketika itu.

Kami memulakan trekking kami dengan melintas sungai di hadapan pintu masuk loji. Dari sini ke terowong Karak mengambil masa lebih kurang 10 minit. Trek adalah mudah, namun perlu berhati-hati kerana saya tersalah langkah terpijakkan batu yang berlumut dan hampir jatuh tergolek ke dalam sungai. Sakitnya tak terkata, baju habis berlumut. Sudahlah memakai baju berwarna putih pula, Dynamo pun tidak dapat membantu menghilangkan kotoran T_T

selepas terowong Karak. Belakang tu terowong.
Belah kiri gambar ini adalah tangga ke Lebuhraya Karak.


Dari terowong Karak pula, anda boleh memilih untuk melalui trek hutan ataupun menaiki tangga di sebelah kanan terowong dan berjalan di tepian Lebuhraya Karak. Perlu diingatkan bahawa anda berisiko berhadapan bahaya kenderaan mendatang sekiranya memilih melalui lebuhraya, tetapi jalan ini lebih pendek berbanding trek hutan. Kami sudah tentulah memilih trek hutan kerana kami kan pencinta hutan (lel).

view trek hutan.
hampir sepanjang jalan meredah sungai begini.
seronok kan?

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Trek sangat santai dan landai, trek jelas kelihatan jadi tak perlu risau buat yang pertama kali datang ke sini. Cuma yakin dan bertawakallah kepada Tuan punya hutan supaya tidak dihijabkan jalan. Sepanjang perjalanan, cuma ada kami saja. Dan sepanjang trek, anda akan kerap melintas dan berada di dalam sungai.

Setibanya kami di air terjun, kami lihat orang sudahpun ramai. Kini memang ramai yang mengadakan aktiviti water rappelling/ abseiling dan zipline. Kami sudah menjangka akan ada aktiviti begini tapi tak sangka kawasan air terjun tersebut akan penuh (kawasan situ kecil saja). Bagi yang berminat dengan aktiviti begini bolehlah menghubungi ejen rekreasi seperti Pakatan Bejalan, Kaki Rayau Official (KRO), Awanderlist dan lain-lain.  Bayaran RM50 dan ke atas, mungkin.

sampai di Air Terjun.



air terjun (duh obviously).
atas tu team abseiling.

Kami memilih kawasan yang agak terasing sebagai jajahan kami dan memulakan aktiviti kami sendiri - makan sandwich, gosip, mandi, makan buah, gosip, mandi, makan nasi lauk ayam bakar dan sambal, gosip dan mandi, dan setelah lebih 2 jam, kami pun beransur pulang.

Trek pulang kami rasakan lebih pendek, mungkin sebab kami sudah terbiasa dengan persekitaran dan trek. Kami tidak terus pulang, sebaliknya kami menyambung sesi berendam kami di kaki sungai. Air lebih jernih tapi agak cetek.

Zombie terowong Karak.

the legendary terowong Karak.

budak ni tangkap air nak bela kat rumah haha

Kesimpulannya, kami merasa puas dengan aktiviti kami pada hari tersebut. Puas bercinta dengan alam semulajadi (gituh kau)!


p/s: Cikgu BM, karangan saya dapat A tak? 

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...