Maryam & Anxiety

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------


Maryam seorang yang cepat merajuk. Sensitif. Pantang perkara yang tak kena, mula la dibuatnya lembik badan atau tiba-tiba menangis. Kita yang menjaga ni kadang-kadang tak terlarat nak melayan emosi dia, boleh kata hari-hari mesti ada sekali yang dia wajib ada sesi menangis.

Maryam sebenarnya dari lahir lagi dah kerap menangis, sampaikan orang kata terkena sawan tangis. Entah, kalau tanya aku, aku pun taktau wujud ke benda tu. Tapi tu lah, apa yang kita panggil kalau budak kerap menangis tak ketahuan punca?

Bulan lepas, tadika ada buat lawatan ke Farm in the City. Awal-awal naik bas si Maryam dah hilangkan duit RM5 yang aku bagi untuk dia buat belanja. Pada aku, biarkanlah, duit dah hilang. Aku pun taktau nak pujuk macamana bila duit budak hilang. Kalau orang tua pun aku mampu cakap, sabarlah. Tapi dengan budak-budak, kau cakap sabar nanti dia balas apa? Ya, dia balas dengan menangis. Pakej sekali dengan merajuk muncung panjang sedepa. Nak selesaikan merajuk dia memang senang kan, kita bagi lagi sekeping RM5 yang baru - tapi itulah, dengan budak-budak ni kita kena mendidik sakhsiah jadi tak boleh la senang-senang je bagi ganti RM5, kalau tak sampai bila-bila depa tak belajar yang duit tu tak datang dengan mudah.

Ni gambar Maryam muncung, sikit pun taknak pandang kamera. Lepas tu aku pujuk la jugak. Ceria la jugak budak tu sampai balik, syukur lah.


Aku perasan, Maryam banyak sama dia dengan aku. Sensitif, emosi macam roller coaster, tapi dalam masa yang sama ego tinggi. Yer, aku mengaku je aku macamtu. Emosi ni terbentuk dari aku kecik lagi, terbawak-bawak sampai ke tua. Aku taknak Maryam jadi macam aku, jadi aku kena pikirkan cara nak pujuk dan bentuk emosi dia supaya emosi dia jadi cantik bila dia besar nanti. Secantik namanya.

Emosi yang tak stabil ni boleh dikatakan punca kepada terjadinya anxiety pada aku. Pendek cerita, waktu kecik kita tak boleh control apa yang kita mahu jadi solution nya ialah kita akan menangis. Contohnya masa kecik aku nakkan mainan, tapi tak dapat. Aku tak boleh nak paksa supaya aku boleh dapatkan mainan tu, jadinya aku menangis. Tapi bila besar, kehendak pun makin besar, dan aku tau aku boleh control sesetengah perkara yang boleh bagi hati aku puas. Masalahnya bila kehendak aku tak dapat dipuaskan (maksudnya aku tak dapat control perkara yang aku nak), aku tak boleh nangis semata-mata sebab hati aku masih tak puas, dan ianya membawa kepada side effect lain antaranya ialah anxiety. 

Part anxiety tu nantilah kalau rajin, aku buat posting lain. Saja lah nak cerita jugak sebab dua tiga menjak ni orang rajin betul cerita pasal anxiety & panic attack, macam si Diana Danielle. Nantilah ye.

Doakanlah emosi Maryam sentiasa baik dan ceria. Semoga yang menjaga Maryam pun emosi cantik dan sentiasa bersabar.

Salam hari Rabu, raikan #MaknaMerdeka.



Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...