Slow Boat from Pak Beng to Huay Xai


Tarikh: 10 Oktober 2014

Macam biasa, hari ni kami bangun awal. Lepas Subuh terus bersiap packing. Harini kami akan meneruskan perjalanan ke Huay Xai menaiki slow boat. cadangnya nak cross border ke Chiang Khong harini jugak, tapi kena tengok kami tiba jam berapa. Apapun, as backup plan, kami akan tidur di Huay Xai utk satu malam. Tiket slow boat pun belum ada ni, sebab tu kena keluar awal untuk beli tiket. Macam org lain yg sama2 naik bot dgn kami semalam, diorang dah beli dgn ejen tiket utk 2 hari termasuklah hotel.

Toilet kami berada di luar bilik, dan ianya adalah shared toilet. Ada cerita kelakar masa aku kat jamban. Masa tu aku terbersin. Tetibe orang sebelah boleh pulakk menyahut, "Bless you!" bahaha. terima kasih la ye. buat kelakar plak kau kat dalam jamban kan. Nasib baik ada peneman orang kat toilet sebelah, sebab aku ni kan penakut orang nya. Sambil mandi, sambil mata meliar je perati atas bumbung yang tak berapa nak bumbung sangat (lepas Subuh tu waktu masih gelap lagi, tambah plak tak pakai spek). Korang ingat bila backpack ni aku berani sgt ke? Sebenarnya tak, sebenarnya lagi menunjukkan betapa byk benda yg aku takut kat dunia ni tehehehe.

Lepas dah siap packing, kami pun check out. Before check out, owner guesthouse ajak breakfast. tak sure breakfast nya free ke apa. tapi tgk je makanannya, terus mati selera. dia sediakan sardin je pun, tapi apsal sardin mak aku tak pernah tak menyelerakan? huhu. So untuk breakfast, kami singgah di satu kedai bakery ni. Nampak cam femes sbb ada sijil Trip Advisor kat kedai dia. Kami beli sandwich bagel.

kacau budak2 nak pegi sekolah


kacau budak2 nak pegi sekolah


tempat kami beli breakfast.


katanya ni restoren halal yg ada kat Pak Beng. 
tapi kami tak makan sini pun sebab nak jimat duit

Seterusnya kami nak beli tiket slow boat. tapi bila pegi satu pondok ni, tengok2 masih tertutup. so kami jalan ke arah port dan tanya pada orang-orang kat situ mana bot ke Huay Xai, dan kami terus naik ke dalam bot. Kalini bot lebih kecik daripada semalam, dan seat depan-depan dah ada orang cop. Kali ni kami ada penambahan geng farangs berbanding semalam, dan farangs semalam nampaknya dah bijak sikit sbb pilih seat yg depan-depan.

Sementara tunggu bot bergerak, ada perempuan local macam officer mintak tiket. sape yg takde tiket macam kami, masa ni la kami bayar harga tiket pada dia. harga sama mcm semalam, 110 kipp. jangan risau kalau tak dpt tiket (aku tak ingat dia ada bagi tiket ke tak) sbb cek tiket cuma sekali je. lepas-lepastu dah takde dah orang tanya pasal tiket.

Bot pun bergerak tepat jam 8.30 pagi. Masing-masing mula pusingkan seat supaya sorang dapat 2 seat sekaligus (senang nak baring ke nak letak kaki ke). Start je bot gerak, aku dah mula rasa bosan yg teramat. So aku terus pasang mp3 full blast, bukak novel Fault in Our Stars lepas tu layan feeling sensorang. Ipah terus layan mata. Lama-lama lepas kena tempias angin yg kuat, cuaca pun sejuk nyaman je masa tu, aku pun join Ipah layan mata sama.

aku yg sebelah kanan. tidur tak ingat dunia dah


rumah bot

Tidur, bangun, tidur, bangun. Jam masih lagi belum tengahari. Buku dah habis baca (siap meleleh2 airmata baca buku tu.) Mp3 cikai aku pun dah habis bateri. Nak main fon, tenet takde. Makan cekedis pun sudah. So memang mati kutu taktau nak buat apa. At least semalam boleh bertabah lagi, ni dah 2 hari atas bot yg bosan petala ke sejuta ni, memang aku rasa nak je terjun daripada bot.  - masalahnya aku tak reti berenang. Haha :p

budak-budak ni bogel je main lumpur. 
kot masuk lintah ke apa dikkk camnooo


kerusi depan yg aku pusingkan utk letak kaki

(sebenarnya cerita slow boat ni buleh je taip pendek tapi aku kan suka merapu nak cite panjang2)

Fast forward, finallyyyyy bot pun sampai ke destinasi. masa tu jam menghampiri 6 kalau tak salah aku, ataupun menghampiri jam 7.  masa ni kami nampak port yg 'sempurna' tapi bot tak behenti kat situ, bot terus lagi ke depan. takpela, kitorang sume malas nak begaduh. aku memang dah tekad dah kalau diturunkan kat mana pun, the only option yg ada ialah turun dan jalan ke destinasi seterusnya. avoid any unnecessary arguments.

view di Huay Xai bot pier

Turun dari bot, ramai duk wish good luck & bid farewells kononnya. Awkward, sebab aku dgn Ipah memang tak bercampur dgn farangs tu (belagak kan? haha). Masa tengah babai2 tu, ada sorang driver tuktuk approach aku dengan Ipah. Katanya nak bawak ke border. Aku terus tanya, bukak ke lagi? Tuktuk tu kompiden cakap bukak lagi. Dia siap tanya driver lain, katanya bukak sampai jam 8. Cun lah, aku sempat ugut dia kalau dah tutup dia kena bagi kami naik free. Masalahnya price dia bagi mahal sangat. Kitorang ugut-ugut nak blah, last-last dia suruh je kami naik tuktuk dia. Kira setuju la harga yg kami mintak. Sebenarnya aku cuak gak kot takde tuktuk lain dah kat kawasan tu. Sebab kawasan tu mcm pekan mati je. Masa aku dan Ipah setuju nak redah ke border, ada sorang farang ni nama dia Jose (Hose) pun nak join kitorang. So hanya kami bertiga yg ke border.

Dari bot pier tadi nak ke border takde lama mana. Ada la dalam 15 minit. Sampai2 je alhamdulillah imigresen masih bukak. Dan memang betul, ofis tu tutup pukul 8 malam. memang lega kitorang. So kami uruskan bayar tuktuk. cop-cop passport kat ofis. ingatkan lepas setel kan imigresen, kami akan naik tuktuk tu balik utk cross border, rupanya tak. kami kena beli tiket bas (ada dijual di booth betul-betul lepas daripada cop passport). bas tu akan bawak kami ke imigresen Thailand. sekejap je, dalam 10 min. tapi nak tunggu bas gerak tu ada la kena tunggu 10-15 minit. masa ni aku dengan Ipah bukan tahap boring je, tapi boring + lapar nak arwah (aku alas perut makan roti pita, ipah cuma makan bagel pagi tadi je).

Kalau tak salah aku jugak, imigresen Laos - Thailand kat Huay Xai - Chiang Khong ni baru je bukak tahun 2014 ni. Kalau dulu, orang kena naik bot nak seberang ke border Chiang Khong. Sebab tu ada servis bas berbayar ni agaknya.

bas yang akan bawak kami ke immigration Thailand

Di imigresen Thailand, kami kena isi borang masuk. sempat la jugak melayan officer kat situ main sepak takraw. dorang pun panggil takraw gak. so tak pasti asal-usul game ni dari mesia ke dari siam. 

isi borang nak masuk Siam

Finally, setel jugak urusan kami di imigresen. Masa ni udara Siam rasa lain sangat! Benda yg sama Jose cakap pada aku, dia rasa selamat sikit bila dah masuk Siam berbanding berada di Laos. Keluar je dari pondok imigresen, terus ada satu tuktuk. the only one tuktuk. Kami terus tanya samada dia boleh bawak ke Chiang Khong. Nego punya nego, sorang dapat la bayar kurang. Kurang pun still mahal pada aku, tp no choice sbb dah malam dan tu je tuktuk yg ada. 

sampai dah Siam yeahh!!

Dalam tuktuk tu, aku dgn Ipah sempat berkenalan dengan Jose. Jose ni asalnya dari Holland (terus aku excited sbb lepas baca Fault in Our Stars aku macam dah hebat pasal Amsterdam lol). Dia sekarang tengah cuti sem, untuk siapkan final thesis degree dia. So sementara tu, dia saja nak jalan-jalan. Dia volunteer kat Bangkok (or Chiang Mai aku tak sure). Lepas volunteer, dia pun berjalan ke Laos, then balik ke Thailand balik. Sempat la kitorang bertanya, mana dia dapat duit. Katanya duit sponsor kerajaan bagi, dia simpan dan buat berjalan. fuhhh.. kerajaan ko hade nak bagi? erkk. Ni jugak kali pertama dia keluar jalan jauh-jauh dan sensorang. Of course family dia tak setuju dia nak pegi tapi dia buat degil gak (haha u go girl!) dan family dia terpaksa setuju dgn keputusan dia. Aku ada tanya samada dia bayar untuk join volunteer atau dia dibayar? Dia cakap dia bayar untuk join. Hmm sepatutnya tak macam tu tapi depends la pada orang kan.

Masa ni jugak Jose tanyakan pasal agama kitorang dengan cara yg halus. Aku suka approach dia (yela masing-masing kan dalam posisi yg masih janggal lol). Dia tanya kami kerja apa, buat apa. Kami terus terang masa tu, kata Ipah lawyer, aku Masters' student. kami dibenarkan belajar sampai tahap mana pun kami nak belajar, dan kami dibenarkan drive sendiri. Masa ni aku dgn Ipah excited nak cerita pasal aplikasi kami sebagai Muslim. Balik tu balik aku google yg sebenarnya Jose tanya-tanya kitorang sebab dia banyak baca pasal gender bias di sesetengah negara Islam yg mana perempuan tak dibenarkan belajar (or belajar tinggi-tinggi) dan tak dibenarkan drive sendiri (sebagai contoh, Mekah & Madinah). It's a good exposure for both of us sebenarnya sebab nampak dunia kami dari mata orang lain.

Tuktuk tadi tiba-tiba behentikan kami di satu guesthouse. mula aku nak marah jugak tapi yg lain cakap jom la tengok bilik dulu. kami pun usha-usha bilik, nampaknya cantik dan boleh tahan sempurna so kami pun setuju untuk stay 1 malam. 

Lepas check in, kami bertiga jalan-jalan cari makan. Ni first time aku dengan Ipah makan luar kat kedai yg tak halal, tapi no choice sebab dah lapar gile. Kami order something vegetarian kot aku tak ingat, dan sempat sambung berbual mcm2 benda dengan Jose. Dia tanya samada kami minat music atau tak. Hmm..

Bila perut pun dah kenyang, matapun mula mengantuk. Tapi before kami beradu di kamar (cewah bahasa kau), aku dengan Ipah sempat 'order' dari owner guesthouse transport utk ke Chiang Mai. Jose pulak memilih utk naik bas. besok pagi dia akan jalan kaki ke stesen bas Chiang Kong then cari bas ke Chiang Mai. sebab aku dgn Ipah nak kejar masa, kitorang pilih utk naik van direct terus ke Chiang Mai.

dengan owner Ban Faai Guesthouse

So.. besoknya cerita kami di Chiang Mai pulak.

p/s: ni yang malas nak menaip ni. cerita 1 hari boleh jadi novel 3 hari 3 malam daaaa...

NEXT!

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...