Sambut Tahun Baru di Tasik Banding

Pada tahun baru 2016, aku berkesempatan ikut satu open trip reunion ex-students USM yg tak jadi (cerita asal: sepatutnya trip ni utk reunion student USM tapi ramai tarik diri dan ada sorang ni open trip ni di BBM). Aku heret sama Ann & Ano.

Ni sebenarnya pengalaman pertama kami menaiki boathouse/houseboat (whichever you prefer) dan berada di tengah-tengah hutan. Trip kami ni sebenarnya tidak memasuki kawasan Hutan Belum, sebenarnya kami berada di bahagian Tasik Temenggor. Kalau tengok peta, dari jeti Tasik Banding tu kami ke belah kanan ke arah Temenggor dan bukannya ke kiri ke arah Royal Belum.

Sedikit sebanyak info tentang Tasik Banding:-

Tasik Temenggor adalah empangan menjana kuasa eletrik haidro di Utara Perak yang siap di bina pada tahun 1974. Di bahagian tengah Tasik Temenggor ada sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Banding atau Tasik Banding. Tasik Banding ini yang anda nampak dalam perjalanan dari Gerik ke Jeli Kelantan apabila melalui Lebuh raya Timur Barat. Terdapat sebuah kem tentera di kawasan ini demi untuk menjadi keselamatan Empangan Temenggor. Di sini adalah tempat yang ideal untuk aktiviti memancing. Kaki-kaki pancing akan memburu ikan seperti Toman, Sebarau,dan Kelah. Banyak chalet dan resort terdapat di kawasan sekitar ini. Anda boleh melakukan akitiviti luar seperti berkelah, berkhemah dan jungle trekking. Tasik Banding menjadi terkenal dengan aset semasa yang utama iaitu Royal Belum. (sumber: http://kakitravelkhairuddin.blogspot.my/2014/02/tasik-banding-perak.html)

Selain dari Ann dan Ano, kami memang tak kenal sape sape pun. Tapi dari awal lagi masing-masing dah kecoh dalam whatsapp (semua sempoi je) dan kami formed up a team dari KL/Selangor. So dapat la kami carpool guna kereta Alza Ano - berhimpit semuanya 6 orang dalam tu hewhew dengan beg dan barang-barang. Masing-masing berkumpul di Plaza Tol Sg Buaya dan kami bertolak lebih kurang jam 12 am pada hari pertama 2016.

Kenapa berkumpul di tol Sg Buaya, Serendah? Sebab kami ada Alif yg memang tiap-tiap tahun katanya pegi Tasik Banding untuk memancing so kira kami mengalah la sebab nak memenangi hati Alif! (cewah ni merapu je kbai). Dari Tol Sg Buaya tu, kami masuk hiway PLUS dan exit Kuala Kangsar, Dari KK nak ke pekan Gerik, ada la dalam sejam. Kami sampai di pekan Gerik lebih kurang jam 3.30 dan Alif bawak kami ke masjid untuk berehat sementara menunggu hari siang.

Kami mula bergerak semula lebih kurang jam 7.45 pagi (lambat sebab aku tidur kat dalam masjid pastu Ann cari aku tak jumpa. sobs). Misi kami pagi ni nak cari breakfast dan cari bahan masak yang dah diagihkan kat team kami. Kelamkabut jugak sebab kami nak mengejar masa nak berkumpul di jeti. 

Waktu cari breakfast tu agak lawak la jugak. Sebab kami nampak 1 medan selera ni dan bajet situ la tempat nak cari makan. Tapi bila sampai je ada pekerja sana bagitau yg tempat makan melayu kat seberang jalan, kedai yg kami pegi tu kedai cina. Ok tu malu dah sekali. Sampai kat kedai melayu, 2-3 kali la jugak kena tegur pasal kami salah kedai. ohoiii sekampung kee yg tau kami salah kedai ni tsk tsk.

pertama kali jumpa ikan pekasam makan dengan pulut. mesti sedap weh.

Lepas selesai makan, beli barang masak, kami pun bertolak ke jeti Tasik Banding. Dari Pekan Gerik ke Tasik Banding, ada la dalam 30-45 minit macamtu. Eksaited jugak beb sebab tak pernah naik boathouse kan hewhew.

So apa je ada kat dalam boathouse ni? Very basic. Ada 2 level. Level bawah ada lounge, 1 toilet, dapur. Kat lounge ada TV, boleh karok dan boleh tengok Astro. Kat atas ada 1 bilik, kami perempuan la yg conquer bilik tu dan ada beranda jugak.

Aktiviti kami kat sana very basic jugak. haha. so itinerary dia macamni:-

1 Jan 2016
10 am: bot bertolak
12 pm: lunch
2 pm: naik speedboat dan trekking air terjun
4-5pm: balik ke boathouse
6pm: bbq

2 Jan 2016
pagi: breakfast
11 am: boathouse bertolak ke Kg Org Asli
12 pm: lunch
2 pm : tiba di Kg Org Asli
3 pm: bertolak balik ke jeti
5pm: tiba di jeti

Nah gambar plak:-












okay gitu lah cerita dia.

Nak ke Royal Belum, korang boleh contact Abg Zul 0124674773.

Royal Belum

Hutan Belum terletak di utara hujung Perak (nothernmost tip of Peninsular Malaysia). Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. 

Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan "gazette" sebagai zon keselamatan/ selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana KerajaanPerak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan. 

Bahagian atas hutan belum merupakan 90% yang belum diteroka manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder. Memang merupakan kawasan yang amat luas untuk menjalankan penyelidikan!!! 

Di Hutan Belum ini terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan pokok-pokok kayu keras hutan hujan tropika yang semakin pupus.Antaranya adalah seperti spesis meranti, cengal,keruing dan merbau yang besar. Disini juga terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Terdapat juga spesis tumbuhan yang sukar ditemui di tempat lain seperti rafflesia yang tumbuh meliar di sini yang merupakan spesis bunga terbesar.

Info lain:
  • Diisytiharkan sebagai Royal Belum oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 2003. Royal Belum diwartakan di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 oleh Kerajaan Perak pada 17 April 2007. 
  • Kawasan diwartakan seluas 117,500 hektar. 
  • Dianggarkan, Royal Belum memiliki lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai yang menjadikan kawasan hutan termasuk sungai serta tasik sebagai habitat. 
  • Dikenal pasti sebagai Kawasan Alam Sekitar Sensitif di bawah Pelan Fizikal Malaysia 2005 kerana menjadi tempat perlindungan gajah, harimau belang, badak sumbu dan tapir. 
  • Belum, belum, beluuuummm! ini merupakan bunyi yang dihasilkan oleh belalang besar yang menghuni hutan ini. Oleh itu, hutan ini telah diberi nama Belum. 
  • Royal Belum mempunyai tiga dari 20 spesies bunga terbesar dunia itu di mana salah satu daripadanya dinamakan Azlanii sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. 

(sumber dikopipes daripada wikipedia https://ms.wikipedia.org/wiki/Hutan_Belum) 


Apa yg best nya masuk Hutan Belum? Orang kata la eh.. sebab aku pun tak sampai lagi. hehe. Best sebab ada banyak air terjun kat sana dan paling spesel boleh tengok bunga Pakma atau bahasa saintifiknya bunga Rafflesia.

Sape berminat nak ke Royal Belum boleh hubungi Abang Zul 0124674773.

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...