Defensive Mode

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------

Bila kehendak hati tak dipenuhi, ada masanya saya marah. Tak redha dengan apa yang terjadi. Tak faham dan tak mahu faham kenapa kehendak tak boleh dipenuhi. Kenapa adanya kemahuan, bagaimanakah mungkin boleh wujud kehendak diri, apabila kemahuan dan kehendak tersebut tak boleh dipenuhi?

Kenapa ada hadir rasa mahu, sedangkan ianya adalah mustahil?
Adakah Allah sengaja mahu kita (saya) mematikan hati, memadamkan kehendak di jiwa, dan merelakan setiap apa yang terjadi yang mana ianya merupakan perkara berlawanan dengan apa yang saya mahu? 

Maka saya memberontak. Marah. Sekali lagi cuba menongkah arus qada' & qadar. Saya menidakkan setiap kejadian di bumi ini samada baik atau buruk, kesemuanya hadir disebabkan Allah dan kerana Allah. Kehendak Allah, bukan kehendak saya.

Amarah dan nafsu tak pernah putus asa, menyesakkan fikiran dan membantutkan rasional diri. Maka kembalilah saya ke kitaran yang sama - kembali ke bawah, berada di pijakan nafsu dan syaitan dan merekalah yang menduduki takhta tertinggi.

Saya marah, tapi saya sendiri tak faham apa yang saya marahkan - pada diri sendiri? pada orang lain? pada Allah?

Tapi Allah tak pernah sesekali meninggalkan hambaNya, sekalipun kita seringkali terlupa (dan sengaja lupa) padaNya, maka Dia datangkan kepada kita satu peringatan :-

Terjemahan

ABDULLAH MUHAMMAD BASMEIH

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).

ABUL ALA MAUDUDI(WITH TAFSIR)

(84:6) O man, you are striving unto your Lord5 and you will meet Him.





Allah tak pernah sesekali memandang sia setiap amalan kita, dan setiap apa yang kita lakukan di dunia ini akan kembali semula kepadaNya - samada baik atau buruk setiap amalan kita. Jadi, adakah selayaknya dan sepatutnya saya terus marah, sedangkan saya tahu bahawa setiap amalan akan kembali kepada Allah - adakah saya mahu menyerahkan amalan yang buruk padaNya?

Kau tanyalah iman kau sendiri, timah.


Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...