Cabaran Covid-19

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------


status-terkini-covid19


Sekadar nota buat rujukan di masa hadapan.

16 Mac 2020: PM Tan Sri Muhyiddin Yasin membuat pengumuman melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac sehingga 30 Mac 2020.

18-30 Mac 2020 : PKP Fasa 1 bermula
1 April - 14 April : PKP Fasa 2 
15 April - 28 April : PKP Fasa 3
29 April - 12 Mei : PKP Fasa 4

UPSR dan PT3 dibatalkan bagi tahun 2020.
SPM dilewatkan pada awal tahun 2021.

Bank menawarkan automatik moratorium untuk kesemua jenis loan selama 6 bulan bermula April hingga September 2020.

--

Sedar tak sedar dah masuk PKP Fasa ke 4. Dah sebulan duduk di rumah atau lebih tepat Work From Home. Inilah normal yang baru. Waktu PM umumkan PKP dilaksanakan, semua "dipaksa" menerima normal baru - terpaksa belajar cara meneruskan kehidupan cara lain. Waktu tu tak ada masa pun untuk kita lalui trial mode/ test drive dulu, nak cuba untuk tahu ok ke tak ok untuk work from home/ learn from home. Semuanya aci redah. Dan aci redah ni nampaknya mungkin terpaksa diteruskan sehingga hujung tahun, atau tahun depan, sehinggalah vaksin Covid-19 ditemui.

Dan dalam diam dah masuk pun Ramadan hari ke 7. Normal yang baru ni memberi kita peluang untuk belajar menikmati puasa tanpa penat bekerja seharian. Macam aku sendiri, kadang-kadang teringin nak ambik cuti bulan puasa sebulan sebab nak puasa elok2, nak beribadah, nak tolong mak masak. Waktu ni lah Allah makbulkan doa aku. Mungkin satu hari nanti dapat pulak cuti waktu Ramadan dan waktu tu berada di Haramain, masya'Allah amin..

Hari ini aku doa kuat-kuat. Supaya Allah ambillah kerisauan dalam hati kita, ye la risaukan apa akan jadi di masa hadapan - tentang rezeki, tentang kesihatan, tentang hidup dan mati, tentang anak-anak. Ya Allah Kau ambillah keresahan di hati kami dan Kau gantikanlah dengan ketenangan. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui setiap apa yang kami tidak tahu, maka jadikanlah hati kami yakin untuk berpegang teguh pada taliMu dan jadikan hati kami tenang dengan keyakinan kami padaMu.


PKP ni kalau bersambung, biarlah untuk kebaikan.
Kalau perlu masuk kerja pun, biarlah untuk kebaikan.
Hati, tenanglah. Yakinlah dengan Allah.

Ramadhan Mubarak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

-------------------

Insya'Allah beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadhan bagi tahun 1441H. 

Jom kita amalkan doa ini bagi menyambut kedatangan Ramadhan.





Jangan lupa ya untuk bayar zakat fitrah. Bayarlah secara online (untuk warga Selangor) di https://fpx.zakatselangor.com.my/



Perintah Kawalan Pergerakan (Covid-19)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

-------------------

Dah lama tak menulis kat sini sebab sibuk sangat (dan sebenarnya tak mencari pun masa untuk menulis. tak konsisten menulis maka motivasi menulis pun hilang terbang).

Sejak 18 Mac 2020, kerajaan telah menetapkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik Covid-19 yang semakin berleluasa. Fasa 1 bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, kemudian disambung lagi Fasa 2 bermula 1 April 2020 sehingga 14 April 2020. Semalam, PM ke-9 dah umumkan pula Fasa 3 bermula 15 April sehingga 28 April 2020.

Nampak gaya macam PKP ni akan dilanjutkan sampai selepas raya, sebab nak elakkan social gathering. Kalau dah raya tu takde nya nak jarakkan 1 meter satu sama lain, salam bersalam peluk cium tu dah tentu wajib.

Jadi bersempena dengan PKP ni, saya pun berazam untuk lebih banyak sharing dan menulis di sini. Semoga setiap penulisan ada manfaatnya.

Kalau difikirkan, banyak hikmah kita di"kurung"kan sebelum puasa dan menjelang puasa:-
  1. mudah untuk mereka yang belum selesai mengganti puasa, mula menggantikan puasa di saat-saat getir (dah hujung waktu sangat dah nak ganti puasa ni)
  2. persiapan diri menyambut ramadhan dengan memperbanyakkan ibadah. kalau biasanya kita ada je alasan, penat bekerja contohnya, untuk tidak melakukan solat sunat atau mengaji. jadi kita ambik peluang waktu PKP ni untuk banyakkan beribadah dan bersedia untuk Ramadhan. moga-moga bila kita konsisten dengan amalan kita, ianya akan menjadi habit baik yang boleh kita bawa sehingga ke hujung nyawa. InsyaAllah saya bercadang untuk menyediakan satu checklist amal ibadah sempena Ramadhan, yang boleh dikongsikan ramai.

Sebenarnya saya agak terkesan juga bila berkurung di rumah. Disebabkan memang personaliti saya seorang extrovert, yang mana tenaga saya dicaj bila berjumpa dengan orang, jadi bila berkurung ni ada masanya saya rasa stress dan hilang motivasi untuk melakukan apa-apa pekerjaan. Tapi bila difikirkan sebenarnya saya ni manjakan diri sangat, sikit-sikit nak rasa lemah semangat. Kita kan ada Allah? Umat Islam tak boleh lemah sebab ada Allah yang sangat dan Maha Berkuasa. Lepas tu cuma bandingkan dengan rakyat negara lain yang lebih teruk keadaan daripada kita, Allah.. saya cuba tanamkan rasa syukur banyak-banyak dalam diri.

Semoga semua kita selamat daripada wabak penyakit yang mudah berjangkit ni, semoga Allah lindungi kita dan keluarga kita semuanya.


throwback waktu saya travel seorang ke Gunung Ijen, Jawa Timur pada tahun 2015. kagum pada diri sendiri waktu tu sebab terlampau berani, dan sedikit menyesal sebab keluar rumah tanpa pengetahuan mak ayah >_< 

semoga hatimu sudah pulih, timah.




Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...