Test

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------



Korang pernah tak terfikir, pada setiap doa yang kita mintak pada Allah akan ada cabarannya sebelum ianya betul-betul jadi seperti yang kita mohon (ini yang kita definisikan sebagai makbul doa).

Maksud saya, kita mohon sesuatu pada Allah untuk dapatkan sesuatu. Katalah kita doa supaya kita dapat pekerjaan yang baik. Tapi sampai ke sudah doa kita tu tak makbul pun, kita masih stuck dengan kerja yang ada sekarang. Jadi, pada pandangan mata kita doa kita belum jadi realiti - kita kata Allah tak makbulkan doa kita.

Tapi pernah tak kita terfikir, yang sebenarnya Allah dah makbulkan dah pun doa kita? 

Kita doa nak pekerjaan yang baik, nah.. Allah letakkan kita dalam situasi yang membimbing masa depan kita ke arah pekerjaan yang baik.

Kita doa supaya anak kita jadi soleh solehah, nah.. Allah datangkan ujian pada kita dan anak-anak kita. Degil, ketegaq tak dengar kata.. tapi sebenarnya Allah sedang dorongkan jalan pada kita supaya anak-anak kita jadi soleh solehah, seperti yang kita pohon.

Mesti kita biasa dengar perumpamaan ni. Kita doa semoga Allah berikan kita kekuatan, nah.. Allah makbulkan doa kita dengan mendatangkan ujian-ujian supaya hati kita jadi kuat dan tabah.


Doa kita memang magic, Allah boleh buat magic. Tapi magic dia bukannya macam magic ahli silap mata - kita tarik dalam topi terus keluar arnab. Even dalam magic ahli silap mata tu pun, dia nak keluarkan arnab tu biasanya dia akan keluarkan dulu reben-reben merah atau burung merpati atau apa saja sampah sarah sampailah kemuncaknya arnab yang keluar. 

Kenapalah Allah susah payah buat macamtu kalau betul Allah nak makbulkan doa kita? Macam kita selalu cakap sesama manusia, kalau ikhlas buat sesuatu tu betul-betullah jangan sampai orang yang nak ditolong tu rasa kita ni tak sungguh-sungguh nak tolong. Kiranya macam kita cakap pada Allah, ya Allah kalau betul Kau nak bagi aku seperti yang aku mohon, Kau bagi la selepuk dan janganlah datangkan ujian bersama-samanya. Heh, sudahlah meminta-minta hadiah pada Allah, lepastu kita demand pulak nak terima hadiah tu macamana. Seperti kita ni meminta hadiah pada kawan kita, kemudian kita specify jenis hadiah dan bagaimana mahu menerima hadiah tersebut. Huishh.. melampaunya kita. Kan?

Jadi, satu perkara yang kita kena faham bila berdoa dan memohon pada Allah ialah Allah dah tentu akan makbulkan doa kita tapi Allah tak bagi selepuk pada kita pada masa dan waktu yang kita minta. Bukannya bila kita berdoa, ya Allah aku perlukan RM1000.00 untuk bayar hutang - dan Allah makbulkan dengan jatuh selepuk RM1000.00 depan mata kita. Bukan.. Allah makbulkan doa kita tapi dengan cara didorongkan jalan untuk dapatkan RM1000.00 tu. Mungkin dengan kerja, mungkin dengan bertemu kawan-kawan yang boleh membantu. Begitu cara Allah makbulkan doa kita.

Namanya pun memohon kan, kita ni mintak bantuan sara hidup dari kerajaan pun kerajaan makan masa nak proses application dan sebagainya barulah kita dapat duit bantuan. Dan bantuan sara hidup tu pun kita tau yang memang kita layak dapat, cuma belum dapat segera.

Walaupun berdoa ni nampak macam meminta benda free, tapi kita kena ingat sebenarnya ianya tak free! Memang tak pakai duit, memang mintak pakai mulut je. Tapi Allah mintak balasannya dengan jiwa kita - jiwa yang redha dengan ketetapan Allah (ujian yg datang dgn doa yang dimakbulkan), jiwa yang tidak pernah putus asa dengan Allah, jiwa yang sentiasa yakin pada janji-janji Allah bahawasanya setiap yang terjadi pasti (PASTI!) ada hikmahnya.



Saya nak berkongsi satu cerita peribadi saya. Pada satu masa, saya pernah kuat berdoa untuk mendapatkan sesuatu yang saya idamkan. Kemudian (makan masa jugak doa dimakbulkan) Allah makbulkan doa saya - saya dapat seperti yang saya mohon. Pada masa tu saya langsung tak terfikir yang doa saya ni terlalu mudah dimakbulkan; yang saya fikir (dan bersyukur) pada waktu itu ialah Allah dah makbulkan doa saya, alhamdulillah!

Masa berganti masa, rupanya perkara yang saya idamkan dan dimakbulkan tu tidaklah semudah yang saya sangkakan. Payah. Malah ada kalanya saya terfikir, adakah ini betul-betul doa yang termakbul ataupun sebenarnya ujian buat saya? Sehinggakan saya terdetik di hati, KALAULAH saya tidak berdoa sebegini, tentu Allah tak makbulkan doa saya. KENAPALAH Allah datangkan perkara ini sebagai ujian buat saya, kenapa tidak perkara lain yang diuji pada saya. 

Astaghfirullah.. betapa tipisnya iman saya. Sekejap je dah meragu ketentuan Allah. Padahal saya terlupa, setiap yang Allah datangkan itu dah tentu ada hikmahnya. Cuma kita saja yang belum tahu apa hikmahnya. Tapi kena yakin bahawasanya setiap qada' dan qadar Allah ada sistem, ada sebab, ada hikmah. Bukan senang-senang je Allah nak makbulkan doa kita dan bila dimakbulkan kita rasa bertuah sebab kononnya kita rasa Allah lebih sayangkan kita maka itu Allah makbulkan doa kita. Dan bila doa tu tak hadir sebijik-sebijik seperti yang kita mohon, janganlah kita senang-senang menyalahkan Allah, menyalahkan diri dan sebagainya. Perkataan KALAU itu sendiri datangnya dari perangai setan, jadi kita janganlah ikut-ikutan perangai setan ni dengan asyik menyebut kalaulah, kenapalah..

Kena ingat.. doa yang kita mohon memang dimakbulkan Allah tapi Allah tak jatuhkan selepuk pada kita, Allah cuma bukakan jalannya untuk kita sampai ke doa yang kita mohon tu. Jadi, kita jangan cepat putus asa bila berdoa. Jadikan setiap doa kita tu adalah gol yang kita nak tuju, maka kita tak mudah putus asa selagi belum sampai ke gol. Dalam masa yang sama, perbanyakkanlah berdoa dan merayu pada Allah sebab Allah suka hambaNya yang memohon padaNya.



Semoga kita menjadi hambaNya yang istiqamah dalam beribadah dan memohon segala kebaikan yang ada pada sisiNya dan agamaNya, insya'Allah.

Semoga bermanfaat.

Assalamualaikum.














2 comments:

AjlaA said...

Thanks tim for sharing. Analogi mudah difahami. Sama macam taufik dan hidayah kan. Taufik kalau tak silap petunjuk untuk kita berbuat kebaikan. Jadinya, untuk dapat hidayah pun perlu didorongkan jalan. Betulkan kalau tersalah.

timahtulis said...

Ajlaa, tak pasti pulak.. sebab rasanya taufiq & hidayah macam 1 perkara yg sama.. huhu

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...