Healing

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------

Bila Kakak saya asyik keluar masuk hospital, doktor cuba cari punca kenapa kerap masuk hospital, dan akhirnya doktor beranggapan kakak saya perlu lupakan masa silam dan teruskan dengan kehidupan yg ada.

Kemudian bila kami berbincang sesama ahli keluarga apa yg kami perlu lakukan, dan ada yang bertanya, "ada tak ubat yg boleh buat kita lupa tentang masa silam?"

Saya dengar pertanyaan/cadangan tu dan saya gelak besar. Waduh.. kalau ada, tentu saya salah seorangnya yang mula-mula cuba tersebut. 

Mahu lupakan masa silam. Mahu ada reset button; butang yang boleh mengembalikan saya sebelum..........

Ye, sebelum apa sebenarnya? Haa..

Sebenarnya kita ni takut nak move on, takut nak  berdepan dengan masa depan, duk bergantung dgn masa silam. Tapi memang secara saintifiknya fitrah manusia ni suka kepada sesuatu yg familiar, jadi masa silam tu pahit macamana pun ada yang suka bergayut padanya seolah-olah ada memori indah padahal takde, yang ada cumalah perasaan familiarity saja.

Imam Ghazali sendiri ada pesan, yang paling jauh dengan kita tu masa silam. Yg dekat, ialah kematian.

Kalau la kita ni bukakan mata dan peratikan sekeliling, sedar diri yang dekat tu lebih penting dari yang jauh, tentu kita akan lebih hargai hidup, tentu kita akan lebih sayangkan diri sendiri, sayangkan masa kita yang sekarang (present time) berbanding masa silam yg semakin jauh dari kita.


Dan yang paling penting sebenarnya kepercayaan kita pada Qada' & Qadar. Ada hikmahnya Allah jadikan sesuatu menimpa kita. Kena ambik iktibar dan kena bersabar.


Good news always come to the one who stays patience.

Saya doakan semua yang masih berpegang pada masa silam supaya dilepaskan beban kalian. Semoga Allah sentiasa di hati kalian.



No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...