Perintah Kawalan Pergerakan (Covid-19)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

-------------------

Dah lama tak menulis kat sini sebab sibuk sangat (dan sebenarnya tak mencari pun masa untuk menulis. tak konsisten menulis maka motivasi menulis pun hilang terbang).

Sejak 18 Mac 2020, kerajaan telah menetapkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik Covid-19 yang semakin berleluasa. Fasa 1 bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, kemudian disambung lagi Fasa 2 bermula 1 April 2020 sehingga 14 April 2020. Semalam, PM ke-9 dah umumkan pula Fasa 3 bermula 15 April sehingga 28 April 2020.

Nampak gaya macam PKP ni akan dilanjutkan sampai selepas raya, sebab nak elakkan social gathering. Kalau dah raya tu takde nya nak jarakkan 1 meter satu sama lain, salam bersalam peluk cium tu dah tentu wajib.

Jadi bersempena dengan PKP ni, saya pun berazam untuk lebih banyak sharing dan menulis di sini. Semoga setiap penulisan ada manfaatnya.

Kalau difikirkan, banyak hikmah kita di"kurung"kan sebelum puasa dan menjelang puasa:-
  1. mudah untuk mereka yang belum selesai mengganti puasa, mula menggantikan puasa di saat-saat getir (dah hujung waktu sangat dah nak ganti puasa ni)
  2. persiapan diri menyambut ramadhan dengan memperbanyakkan ibadah. kalau biasanya kita ada je alasan, penat bekerja contohnya, untuk tidak melakukan solat sunat atau mengaji. jadi kita ambik peluang waktu PKP ni untuk banyakkan beribadah dan bersedia untuk Ramadhan. moga-moga bila kita konsisten dengan amalan kita, ianya akan menjadi habit baik yang boleh kita bawa sehingga ke hujung nyawa. InsyaAllah saya bercadang untuk menyediakan satu checklist amal ibadah sempena Ramadhan, yang boleh dikongsikan ramai.

Sebenarnya saya agak terkesan juga bila berkurung di rumah. Disebabkan memang personaliti saya seorang extrovert, yang mana tenaga saya dicaj bila berjumpa dengan orang, jadi bila berkurung ni ada masanya saya rasa stress dan hilang motivasi untuk melakukan apa-apa pekerjaan. Tapi bila difikirkan sebenarnya saya ni manjakan diri sangat, sikit-sikit nak rasa lemah semangat. Kita kan ada Allah? Umat Islam tak boleh lemah sebab ada Allah yang sangat dan Maha Berkuasa. Lepas tu cuma bandingkan dengan rakyat negara lain yang lebih teruk keadaan daripada kita, Allah.. saya cuba tanamkan rasa syukur banyak-banyak dalam diri.

Semoga semua kita selamat daripada wabak penyakit yang mudah berjangkit ni, semoga Allah lindungi kita dan keluarga kita semuanya.


throwback waktu saya travel seorang ke Gunung Ijen, Jawa Timur pada tahun 2015. kagum pada diri sendiri waktu tu sebab terlampau berani, dan sedikit menyesal sebab keluar rumah tanpa pengetahuan mak ayah >_< 

semoga hatimu sudah pulih, timah.




No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...