Al-Haleem : Yang Maha Memaafkan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------

Salah satu perkara yang tak begitu jelas pada pandangan mata, tapi penghadang dalam menghapuskan depression pada diri aku ialah; memaafkan.

Maaf dalam konteks ini; bukanlah untuk orang lain. Tapi maaf untuk diri sendiri. Jujur aku cakap, antara berbillion umat manusia di dunia ni, orang yang paling aku perlu minta maaf dan belajar memaafkan ialah diri sendiri. Bukan kemaafan dari ex lama, bukan kawan-kawan sekolah lama yang kita gaduh sampai tak bercakap dulu, bukan dari mak ayah, semua tu bukan.

Antara penyebab depresi aku ialah aku terlalu suka menyalahkan diri sendiri. Perkara kecik pun aku salahkan diri sendiri. Ye, adalah normal bila kita salahkan diri sendiri kalau kita buat silap; sebaliknya kalau kita buat silap dan rasa kita takde buat salah itu ego dan narsis namanya. Tapi kekerapan menghukum dan menyalahkan diri sendiri tu makin lama makin teruk, sehinggakan aku boleh sampai berminggu-minggu hidup dengan menyalahkan diri sendiri. Tak perlulah aku ceritakan dengan lebih detail, cukup teriknya dulu aku saja yang ingat.

Perangai menyalahkan diri sendiri ini sedikit sebanyak menjadikan aku takut dengan hubungan. Aku takut kalau ada silap dalam berkawan, aku akan hukum diri sendiri. Pernah sekali ada orang nak berkenalan dengan aku, tapi reply di messenger nak tak nak aje, aku terus block dia. Aku salahkan diri aku sebab mungkin aku nampak terhegeh-hegeh jadi dia tak berminat nak berkenalan dengan aku. Ada jugak waktu bila kenalan aku terbagitau sesuatu yang rahsia pada orang lain, aku jarakkan diri dengannya dan aku salahkan diri sendiri sebab terlalu bodoh meletakkan kepercayaan pada orang lain. Dengan kawan baik, aku tersalah cakap dan aku terus terang bagitau biarlah kita tak berkawan lagi sebab aku tak boleh percayakan diri sendiri untuk tak menyakitkan hati orang lagi. Penyebab paling utama depresi aku ialah bila putus cinta, aku sentiasa menyalahkan diri aku dari mula sampailah ke akhirnya.

In all occasion, I don't always blame them - I blame myself.

Tapi kemudiannya, I found peace.
Peace; it's not something you'll find elsewhere, you'll find it from within yourself.




Tenang yang aku jumpa itu bermula dari rasa redha terhadap setiap apa yang terjadi. Benar, Allah lah yang menjadikan setiap kejadian - Allah yang Maha Mengetahui setiap apa yang ada di langit dan di bumi, Allah mengetahui setiap sebelum dan selepas kejadian. 

Rasa redha itu menjadikan aku belajar memaafkan diri - bahawa setiap yang terjadi, lebih-lebih lagi perkara yang telah lepas, adalah sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah. Bahawa menyalahkan diri sendiri apabila setiap sesuatu terjadi, bermakna aku memulangkan semula kesalahan itu kepada Allah. Astaghfirullah.. hamba apalah aku ini, sudahlah tidak bersyukur, malah mahu menyalahkan Allah pula, bagi setiap perbuatan dan kejadian yang dah terjadi dalam hidup aku?

Konsep memaafkan adalah satu pakej bersama-sama dengan ketenangan. Dan ianya merupakan salah satu sifat asmaul husna ialah Al-Haleem; yang bermaksud Maha Penyantun.

Wikipedia menjelaskan maksud Al-Haleem :



Di dalam Al-Quran Cordoba juga ada menerangkan maksud nama Allah Al-Haleem, yang mana sifat Allah ini ada disebut di dalam Surah Al-Baqarah ayat 263 :



Penerangan bagi kedua-dua di atas jelas menunjukkan bahawa maksud Al-Haleem bukanlah semata-mata penyantun, atau dalam tatasusila Melayu dipanggil sopan santun, tapi ianya lebih dari itu.

Al-Haleem bermaksud sabar di kala mampu menghukum, dan sabar itu datang bersama-sama rasa tenang; dan kesemuanya melingkupi sifat memaafkan. Sudah tentulah sifat ini tersangat agung, kalau ikutkan akal kita tak mampu rasanya nak gapai sifat Al-Haleem ini.

Tapi Allah ada menyebut di dalam Al-Quran manusia-manusia pilihanNya yang mempunyai sifat Al-Haleem. Sebagai contoh, Allah memuji Nabi Ibrahim a.s. di dalam Surah At-Taubah ayat 114:



Oleh itu kita sebagai seorang muslim yang mesti beriman dengan Asmaul-Husna, haruslah berusaha mencuba mengamalkan sifat Al-Haleem ini. Sejujurnya, hadiah yang paling terbaik yang aku dah berikan pada diri sendiri bukanlah dengan travel ke merata tempat, bukanlah dengan mempunyai kerja yang bagus atau wang yang banyak, tapi hadiah memaafkan diri sendiri - sebab dengan memaafkan diri sendiri, hati bertambah tenang dan redha dengan ketentuan Allah swt.

Semoga Allah menjadikan kita semua para pemaaf, malah semoga Allah terus-terusan Al-Haleem kepada kita; memaafkan setiap kali kita berbuat dosa, dan menanamkan rasa ketenangan di dalam jiwa kita.

Salam 16 Ramadan.

contoh Al-Quran Cordoba


Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...