Berbuat Baik dan Menahan Marah (Hentikan Kegaranganmu Timah)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------

Aku ditegur (secara gurau senda) oleh ofismate, kata mereka aku terlalu garang sampai nak bertanya pun mereka takut. Kadang-kadang tak garang, cuma suara pula terlalu kuat sampaikan kawan ni rasa malu dengan kawan sebelah sebab ditegur kesalahan.

Now, let me be clear - I've passed the phase where I needed people's validations of things I do or don't. Aku tak perlukan pendapat orang lain untuk mengatakan yang aku ni seorang yang baik, cuma perlu sedikit penambahbaikan; ataupun orang perlu kawan dan faham aku barulah orang tau diri aku yang sebenar. Ini bukan berlagak, cuma menjengah ke 30-an perkara ni adalah otomatik - I've fully accepted who I am, if people don't like me for who I am then I can't force them to like me. Even I took 30 years to like myself, so why would people who just knew me like me, then?

Tapi bila ditegur begitu, aku rasa kesian pada orang lain. Kesian disebabkan ego aku yang suka garang-garang, suka bercakap kuat-kuat sehingga kawan rasa dimalukan, kesian bila cuma disebabkan aku rasa I deserve to be myself even people don't like me - menyebabkan orang susah nak interaksi dengan aku, jadi aku rasa aku salah dalam hal ni.

Aku rasa aku kena buat sesuatu. Semalam aku bagitau ofismate, "waktu bulan puasa ni doalah kuat-kuat moga Allah selalu sejukkan hati aku dan tak garang-garang selalu 😉"

Kemudian pagi ini Allah sampaikan ilham. 

Yang kita ni hidup jangan menyusahkan orang lain. Sebab apa? Sebab kita mati besok pun, belum tentu orang akan ingat tentang kita, dah pasti tak semua kenal pun siapa kita. Jadi bila kita ni hidup tidaklah semenggah mana, tak seberapa pun hasilnya, kenapalah kita perlu menyusahkan hidup orang lain? Tak boleh ke kita ni sentiasa menyenangkan orang? Macam orang tua-tua selalu cakap, kecik-kecik taknak mati tapi dah besar menyusahkan orang. Nak ke kita hidup dengan dicop begitu? Astaghfirullah lah huhuhu.

Jadi tips hidup ni mudah : senangkanlah urusan orang lain.

Bila buat sesuatu tu, fikirlah 1 step ke hadapan; step yang mana apabila kita berbuat sesuatu, ianya akan menyenangkan orang akan datang.

Dalam urusan kerja aku dengan ofismate, aku akan berusaha menyenangkan hati mereka. Bukankah itu Sunnah Rasulullah saw? Beliau sentiasa berusaha menyenangkan hati orang lain, malah ada hadis yang menyatakan bahawa Nabi saw tak pernah lekang senyuman di bibirnya menyebabkan orang yang melihat merasa senang hati.

Pagi ini, masa mengaji Surah Ali-'Imran, Allah 'tunjukkan' pentingnya dalam berbuat baik iaitu orang yang menahan marah dan berbuat baik, adalah disukai oleh Allah dan itulah ciri-ciri orang yang bertaqwa; orang yang bertaqwalah akan mendapat syurga Allah. 

Nampak mudah je kan, Allah kata buat baik maka kamu digolongkan dalam golongan yang bertaqwa. Once dikira di dalam kalangan itu, maka mudahlah dijemput ke syurga Allah. Masya'Allah, siapalah kita nak menidakkan syurga Allah...

A133
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
(A-li'Imraan 3:133)
A134
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;


Dalam bulan puasa ni, terasa sangat yang nyawa aku tak panjang, hidup tak lama, bila-bila masa je Allah akan tarik nyawa aku. Jadi, nak ke aku ni mati dalam keadaan tahu bahawa ramai orang tak sayang, marah atau berdendam dengan aku? Huhu.. sadis bila pikir.

Semoga Allah melembutkan hati-hati kita dalam berurusan dengan manusia, dan semoga kita mampu istiqamah dalam mengamalkan Sunnah Rasullullah saw iaitu sentiasa tersenyum 😄😁

Salam senyum Ramadan 21 😊😊😊

No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...