Berilah Peluang Kedua dan Peliharakanlah Aib Yang Lain

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------

Dalam perjalanan ke pejabat pagi ni, macam biasalah kita rasa lemau je pagi-pagi. Jadi aku cuba cari motivasi untuk bersemangat. Ada kawan berpesan, setiap kali rasa lemah imah, bersyukurlah. Kalau tak ada perkara nak disyukurkan pun, cukuplah sekadar bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup.

Peluang untuk hidup - besar ertinya. Aku terfikir betapa banyaknya kekurangan diri dan betapa Allah Maha Kaya dengan budi pekerti - Arrahman & Arrahim; dan kita masih dibenarkan hidup walaupun kita ni banyak buat silap.

Sebagai contoh,

Allah sentiasa memaafkan. Tapi aku? Bila orang dah buat silap, selamanya aku akan ingat dan berdendam. Sedangkan bila aku buat silap, Allah sentiasa beri peluang untuk aku memperbaiki diri. 

Allah sentiasa memberi peluang kedua. Tapi aku? Kalau orang buat silap, aku susah nak beri kepercayaan pada mereka untuk buktikan diri mereka. Sedangkan Allah sentiasa beri peluang pada aku, buktinya ialah aku masih hidup untuk memperbetulkan apa yang tersilap semalam.

Dan Allah tidak pernah membuka aib. Tapi aku? Kalau marah orang tu, tak reti nak perlahan suaranya, tak reti nak tegur dalam diam atau nada yang tidak membentak-bentak. Sampaikan orang yang dimarah tu rasa malu dengan kawan sekeliling. Sedangkan Allah tak pernah sekali membuka aib aku walaupun dosa aku menggunung.

Bayangkan, kalaulah Allah itu sifatnya seperti manusia - dah tentu kita ni yang berdosa sudah dihukum bunuh, kiranya dah banyak sangat salah sampai tiada ampunnya lagi. Huhu.

Dan harini juga Love Letters dari Aida Azlin sampai ke email. Aku suka nak highlight yang ini :-


Azam saya untuk hari ini, saya nak jadi orang yang baik yang memaafkan orang dan tidak memalukan orang lain. Azam saya hari ini, saya nak jadi orang yang berakhlaq baik. Semoga Allah lembutkan hati-hati kita dan jadikan kita orang-orang yang tenang, insyaAllah.

No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...