Terima Seadanya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------

Beberapa hari ni, ayat ni sentiasa terngiang-ngiang di telinga; "Tak apalah aku kerja begini, tak apalah gaji aku banyak begini, tak apalah aku tak dapat travel selalu macam dulu, tak apalah aku tak dapat shopping mewah macam orang lain." Dalam masa yang sama, aku turut pep talk diri sendiri,  Allah lebih mengetahui. Boleh jadi apa yang kita suka, buruk bagi kita; boleh jadi apa yang kita benci, itu yang terbaik untuk kita.

Belajar menerima seadanya bukanlah bermakna aku kalah atau pasrah. Tapi lebih kepada Qana'ah, iaitu merasa cukup dengan apa yang aku ada sekarang. Qana'ah adalah salah satu sifat yang dituntut oleh Rasulullah s.a.w, iaitu merasa cukup dengan kesederhanaan yang dimiliki. Qanaah dikatakan sebagai kekayaan yang sebenar, iaitu merasa hati berlapang dada dan tenang. Ya, kalau difikirkan apa yang kita mahukan dalam kehidupan ni, bukanlah semata-mata kekayaan harta benda - tapi lebih nakkan kepada ketenangan di jiwa. 

Tak tahulah sesuai atau tidak, tapi mungkin konsep ni boleh disamakan dengan konsep Minimalist. Kamus Merriam-Webster mendefinisikan minimalism sebagai satu stail yang mempunyai ciri kesederhanaan yang melampau. Minimalist pula difahami sebagai salah satu alat/lifestyle dengan ciri harta benda yang sedikit, sedikit sebanyak membantu mencari kebebasan - bebas dari rasa takut, rasa risau, rasa bersalah, dan lain-lain.

Sedikit sebanyak sebenarnya konsep minalis ini dahpun diajar di dalam Islam iaitu dengan konsep Qanaah.

Tapi, dah tentu.. sekejap je rasa tenang dan redha dalam berqana'ah. Tak lama kemudian, mesti datang jugak sikit rasa iri, rasa tak cukup pada diri bila tengok kawan-kawan yang lain. Tengok keretanya mewah, tengok keluarganya bagus-bagus, bisnes semuanya berjalan dengan lancar dan maju jaya, anak-beranak berganding bahu dalam berbisnes, kawan-kawan pegi holiday, nampak cantiknya handbag kawan kita.. Allahu.. banyak sangat perkara-perkara yang kita nampak, yang kalaulah pegangan kita terhadap janji Allah itu tak cukup kuat, rasanya sekejap je kita dah meroyan dan lupakan konsep Qana'ah.

Aku harap aku akan terus berpegang teguh dengan Qana'ah, sebabnya bila kita rasa kita dah ada cukup dengan apa yang ada walaupun kita (kalau boleh) mahukan lebih tapi belum sampai masanya lagi -- pegangan ni buatkan aku rasa satu bonding dengan Allah; iaitu percaya pada konsep rezeki yang Allah akan beri, percaya yang segala-galanya terletak di tangan Allah, dan akhirnya percaya Allah adalah final & ultimate goal kita dalam hidup ni.

Semoga kita semua mampu menerapkan Qana'ah dalam diri kita.




No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...