Guangzhou

Itinerary ni not originally mine. Kami pegi dengan kawan mak which dia yang arrangekan tour kat Guangzhou, so basically trip ni bukan under package la, kami sendiri-sendiri buat tour sendiri-sendiri.

Itineraries:-
Hari first dah shopping di Underground Shopping Mall

Sis wajib beli kopi. ni di stabak China haha 

Kami di depan hotel Elan

Shopping lagiiiii. Rambang mata tengok handbags!

Moreee handbagsss 


Ya Allah ini adalah kesukaan! dan kerinduan!! Sate kambing Guangzhou sangatlah terbaikkkk. 

Kami di depan pintu masjid yg ada makam Saad bin Abi Waqas r.a


  Makam Saad bin Abi Waqas r.a


Gambar bersama kesemua ahli 

Pemandangan biasa di depan mall 


Pemandangan biasa kami selepas shopping hahahaha 


Tuddiaaa hasil hasil shopping. Ni beli comforter kain bagai ni, sebab tu berlambak. 
Er basikal tu tak termasuk ..........


Masjid Menara Putih. This got to be my favourite place (one of a few things I still remember about Guangzhou, lain2 semua pasal shopping hahah beli apa pun tak ingat dah). Masjid ni cantik. Sayang sikit masa sampai, hujan lebat jadi tak sempat nak berfoto banyak sangat. 



Ni shopping di area Uptown laa kalau kat Malaysia 


Aktiviti malam : night cruise 


Dari dalam cruise, boleh nampak Canton Tower - tallest building in Guangzhou.
Canton Tower dibina sempena Asian Games, yg mana Guangzhou jadi tuan rumah pada tahun 2010. 


Shopping lagiiiiii. di Underground Shopping Mall rasanya. Tersangatlah panjang dan besar area nya okayy. 


Hasil tangkapan. Nangis nak pack masuk beg. 



Last day, kami pegi cari Mee Tarik.


Such originality - serius sedap sampai terkenang-kenang! 


Balik!
Punya la lama proses di airport sebab kami perlu combine kan berat kesemua beg supaya tak lebih muatan, kalau tak kena bayar la kan .
#theperkofusingairasia 




Krabi to Hatyai - Going Back Home

sebelumnya baca sini.

Besoknya awal-awal pagi dah kelamkabut nak bangun dan bersiap. Aku ketuk-ketuk bilik satu lagi, masing-masing tak menyahut. dah la telefon pun masing-masing tak roaming, so memang kena ketuk jela bilik diorang ni. tahap panik aku memang agak kronik (nanti korang baca di entry Seoul) dan bila diorang ni tak menyahut-nyahut, dan bila turun je bawah van dah sampai, aku dah panik. Solution tak bagi panik masa tu, aku duduk je diam-diam dalam van tak keluar-keluar dah.

depan hotel

Masa tu dalam van dah ada beberapa orang dah, budak2 lelaki dari kampung sendiri jugak. Nasib baik bilik yang tak bangun-bangun lagi tu tak lama sangat bersiap (tak macam aku hahah) dan geng budak2 laki tu pun ada gak yang lambat so takde la nak rasa malu sangat.

Dah siap semuanya, so van pun begerak. Gerak je, terus masing2 layan mata. hahah. Aku pulak, perut memang nak berdisiplin sepanjang masa, dah mintak makanan. Nasib baik ada roti bawak dari mesia, dan semalamnya aku ada beli roti rebus kat 7 Eleven so ok la nak buat alas perut.

Van kemudian ada stop kat RNR macam semalam. Kalini kitorang makan kat food court dia, ada halal food. Malangnya masa ni semua duit baht dah habis! So kena la tukar kat supermarket depan food court tu. dapat la duit sikit nak buat beli makan (lol ayat sedih).

Dah selesai kat RNR, van sambung lagi jalan. kemudian drop kami kat Hatyai train station.

depan station

Masa ni awal lagi. belum jam 2 pun kalau tak salah aku. tren pulak jam 4. so nak buat apa? pusing town la beb! beg boleh tinggal kat kaunter beg kat dalam stesen tren.

harga dia kira ikut berat. dalam 2000-3000 baht macamtu.


Dah tak tau sangat nak buat apa, kitorang pun masuk Robinson. kat atas Robinson ni kalau tak silap aku, ada halal food court. so kitorang lepak kat situ. ada pulak wifi free! memang sedap lah lepak je situ. Aku pulak macam biasa, perut asal tau je ada makanan, dia nak makan. so makan lagi, beli Cha Yen lagi buat kali terakhir.




Dah boring lepak situ, pusing town pulak. shopping buat kali terakhir katanya. haha. Dah agak-agak masa nak time dah nak naik tren, kitorang pun gerak pegi stesen. amek beg, pastu terus ke platform.

Lepas tren gerak, baru masing-masing solat jama'. untuk perjalanan balik ni, kami dapat berth so agak selesa sikit nak solat. dalam sejam gerak, kena turun kat border untuk cop keluar. then sambung perjalanan sampai la ke KL.


korang perasan tak budak-budak ni pakai seluar sama? 


hahah. duk shopping ni la kat Krabi Night Market.


Besoknya sampai KL, tabah gila Izat & Arnis pegi kelas. 

Sekian, cerita weekend getaway ke Siam  ^_^


From Hatyai to Krabi

Sambungan dari sini.

Harini kami akan ke Ao Nang, Krabi. Dalam anggaran, tentulah dalam 3-4 jam je dah sampai ke Ao Nang. Rupanya..... kami bertolak dalam jam 9 am ++ kalau tak salah, dan tiba di Ao Nang jam 4. Sebab nak ke Krabi makan masa 4 jam, dari Krabi nak ke Ao Nang makan masa sejam lagi. Kemudian dalam pertengahan jalan tu kami ada berenti di RNR.

breakfast dulu. ada roti canai beb. dan aku macam bese mesti oder Cha Yen (teh ais)

pusing-pusing town, shopping dulu before time nak ke Ao Nang. Beg dah tinggal sesiap kat Cathay

Begambo dengan owner Cathay

Dah penat bangun tidur bangun tidur je dalam van tu, akhirnya kami sampai gak kat hotel. Masa kat Krabi, driver dah drop kan semua penumpang, yang tinggal cuma kami je. then dari Krabi nak ke Ao Nang, dia kutip penumpang yang lain pulak. memang la makan masa nak sampai ke hotel kan.

Bila dah sampai hotel, kami dapat 2 bilik. Asalnnya mintak 1 bilik utk 5 orang, tapi takde. so takpelah. kira ada 1 bilik yang duduk 3 orang, dan hotel akan bagi katil extra. Aku suka hotel ni, tempat selesa, agak baru nampaknya. dan hotel ni betul-betul kat pekan Ao Nang. Masa aku pegi dengan Katy tahun 2011, kami duduk hotel paling jauh sekali. memang tak larat nak menapak.

Lepas dah check in, dah bersihkan diri dan solat, kami pun keluar nak cari makan. dah tahap kebulur tomyam dah masing-masing ni. semua pun takde buat thorough research, jadi kami main menapak aje la tengah panas tu nak cari kedai makan. tanya sana sini, tapi orang pun tak paham aku cakap apa (dan vice versa). aku try cari kedai makan yang dulu penah pegi, dengan landmark dalam ingatan depan 7E/Subway. Nampaknya kedai tu dah takde, atau aku je yang tak ingat/jumpa. Tapi alhamdulillah kami jumpa jugak kedai halal yang lain.

Perut pun dah kenyang, apa lagi. aktiviti pusing town pulak. nak tengok aktiviti apa boleh buat. memang sebab trip ni memang sangat pendek, memang tak sempatnya nak pegi island hopping ke hape. aku dengan Ipah tak kisah pun sebab kitorang memang dah penah sampai Krabi. hehehe

Budak-budak ni nak buat massage thai. Usha punya usha, ada yang berkenan pulak. Then sebelah kedai massage tu ada pulak buat servis van ke Krabi Night Town. Lepas bargain harga & timing, kami pun setuju nak ke night town then sampai je terus buat massage.

Krabi Night Town memang best. best pada aku sebab terlalu banyak barang kraftangan kat situ, lepas tu macam-macam ada dan market dia memang besar. yang tak best nya 1 je - takde jual makanan halal. kalau tak aku memang syiok gila asik makannnn je hahahah.

Dah selesai  shopping, kami pun balik dan sambung sesi massage thai pulak. Dah massage, pekena plak roti penkek Krabi. Pehh memang terangkat. 


Sebelum tidur, packing barang siap-siap sebab besok nak kena bangun awal. jam 7 macam tu, van akan sampai untuk pick up kami balik ke Hatyai.


Hatyai - The Small Town

sambungan dari sini.

Bak kata backpackerbusuk, impossible kau boleh sesat kat Hatyai ni sebab Hatyai tersangatlah kecik. Tapi kecik-kecik pun, aku tak jumpa pulak masjid Hatyai. Curious sebab penah nampak someone share gambar masjid Hatyai kat group backpackers kat facebook.

Apapun, kita sambung story.

Lepas dah solat jama', kami pun keluar dari hotel. nak cari transport ke Krabi pulak, kemudian cari makan. Sebelum datang sini, aku dah buat research. Nak beli tiket bas/van, boleh beli kat Cathay Guesthouse. Dari hotel kami nak ke Cathay ni senang je. Seberang jalan kat depan, ada junction belok kanan, dalam 200 meter dah nampak dah guesthouse nya. Cathay ni memang ada guesthouse nya, selain daripada bisnes travel & tours ni. Tapi tengok review macam tak best sgt tempatnya. 

Bincang punya bincang, kami dapat naik van pegi balik sampai kat hotel kami di Ao Nang. Aku tak ingat berapa rege dia tapi pada aku still affordable.

Lepas dah beli tiket, masa untuk cari lunch pulak. Since kami tau Hamid is overrated & overpriced, so memang takde niat nak ke sana. Kami pusing-pusing je town tu untuk cari makan. dekat je dengan Cathay guesthouse tadi, ada kedai makan halal. Dah lapar kan, so makan pun nak besar je. Tapi! tak best sangat. Adoi.. lepas tu, menyesal pulak makan banyak-banyak sebab.. sebab... ha tunggu kat bawah sikit aku cerita sebab apa. hehe.

Sulaiman Restaurant nama dia.


Lepas makan, kami pun jalan-jalan. Macam takde tujuan hahah. Ingat nak ke Kimyong Market ke apa nama dia (serius tak ingat, sebut dah macam nama market kat Korea pulak. nak google malas :p ) so kitorang jalan-jalan jela. sampai dah salah jalan, jumpa temple mana tah. 



pakai tudung ni iAllah halal la tu

Then sampai 1 market ni (taktau market apa, main jalan je) kitorang beli aiskrim then tanya-tanya sorngtheaw rege nak ke Khlong Hae market (floating market). agak-agak ok, kitorang pun naik je. 


Tengah-tengah jalan tu, boleh pulakkk sorngtheaw ni rosak. Kami kena turun & tukar naik sorngtheaw lain. Nasib baik takde macam2 cite sangat, so masa tu just tukar je then perjalanan diteruskan. Tapi lepas tu, ada jugak berenti lagi! Nak isi minyak pulakk. Adui macam2 sangat la dorang ni.

Finally sampai jugak kitorang kat Khlong Hae Market. Pakcik tu dah bagi masa, dalam dua tiga jam kot, untuk shopping. Masa tu dah bijak sikit, tak bayar dulu kat pakcik tu. dah sampai hotel baru bayar, buatnya dia lari ke apa ke kan.

cam bese. sampai2 je mesti begambo dulu

Masuk je situ, kitorang pelik jugak mana floating market nya. Betul-betul tepi tempat kitorang begambar tu, ada entrance masuk temple. Ada pulak gajah. So budak-budak ni amek peluang beli makanan gajah & bagi gajah makan.

Lepas bagi makan gajah, kami jalan lagi. rupanya jauh lagi floating marketnyaaa. 


Cabaran kau nak sampai kat floating market tu, sebelum tu banyaaaakkk gilaaa pitstop dia. Ada jual macam-macam. Memang tak menang tangan nak shopping kat situ. Maksud aku tak menang tangan tu sebab penuh tangan kau angkut semua barang shopping. hahah.

Dannn yang paling aku sukaaa pasal floating market ni ialah... makanan!!! sebab tu la aku cakap kat atas tadi menyesal makan kenyang-kenyang. makanan kat sini murah-murah okay! macam2 ada, tinggal bayar & pilih je. aku makan sampai dah senak perut.

 Lepas dah shopping tu, kami pun balik semula ke hotel. malam sikit, kami keluar jalan-jalan tengok night life macamana. Hatyai ni macam biasa la, kiri kanan penuh orang meniaga macam-macam. dari pagi ke petang, siang ke malam.

Dah penat jalan, perut pun dah kenyang so apa lagi, balik hotel kita tidur!

From KL to Hatyai - the night train

Refer plan kat sini.

Untuk cuti panjang sempena Hari Malaysia tahun 2013, aku & kawan-kawan plan ke Hatyai & Krabi. Pada mulanya geng-geng asal termasuklah Ipah, Yana, Ana & kakak aku. tapi last minit, ramai yg tak jadi pegi. aku dengan Ipah still degil gak nak pegi, so masing-masing mulalah cari replacement. Akhirnya yang pegi masa tu, adik si Yana, Izat nama dia, kawan Izat, Arnis dan opismate aku (ex-opismate skang, hehe) nama dia Nurul. kami semua first time nak jalan jauh dgn satu sama lain ni, alhamdulillah semuanya berjalan lancar & masing2 pun sempoi je.

Sebulan sebelum kami pegi, Yana dah belikan tiket keretapi & dah booking hotel siap-siap. Masa nak cari replacement tu pulak, mula-mula ingatkan kena jual balik tiket kat kaunter KTM untuk dapatkan refund. kemudian tanya punya tanya, solution dia takyah jual balik. jual je pada orang yang nak replace tempat kita tu. sebab dalam tren nanti takde pun officer tu akan cek nama & ic sorang-sorang. dia just nak tengok ada tiket ke tak, tu je. alhamdulillah masa pegi & balik, semua ok je takde masalah.


Masa hari berangkat tu, aku pagi-pagi dah keluar rumah. Aku memang naik tren nak pegi keje, so dari rumah aku naik komuter sampai ke KL Sentral. Sampai KL Sentral, aku cari loker yg berbayar untuk letak backpack aku. Loker ni terletak depan surau perempuan, kat sebelah 7 Eleven. Dalam RM5 kalau tak silap aku utk 1 loker, utk sekali guna je. so sukati la nak guna untuk berapa jam pun. (lepas aku dah kunci loker tu, baru aku perasan ada loker yg kecik dan lagi murah. dalam RM3 kot. Cis) Kemudian aku pun pegi la keje dengan lenggang kangkungnya.

Petang tu lepas je habis keje, aku dengan Nurul pun berangkat ke KL Sentral. Kat situ kami dinner, kemudian jumpa Ipah, Izat & Arnis kat depan gate tren sementara tunggu tren kami tiba. Tren takde pulak delay macam AirAsia  macam masa aku nak pegi Bangkok dulu, on time la jugak. Rupanya kami dapat koc paling akhir sekali, yang rupa dia tak berapa nak cantik sangat macam seat yg backpackerbusuk cite.



Sepanjang malam tu boleh kata aku tidur je. walaupun tak berapa boleh sangat nak tidur sebab tak selesa. Seat boleh recline, tapi biasalah nak tidur tu yang sedapnya dapat katil kan huehuehue. Aku jeles je tengok pakcik belakang seat Arnis bawak bantal kepet. Sejak aku nampak bantal kepet tu, memang dah berazam dah lepasni nak ke mana-mana, aku mesti kena bawak bantal kepet. Sedap nak sendal kat belakang badan ke kat kepala ke kan.

Dalam jam 6, kami sorang-sorang bangun untuk solat. Bila cek kompas, arah kiblat membelakangkan seat. So aku pegi ke seat kosong yang mengadap ke kiblat then solat subuh secara duduk.

Bila matahari dah keluar sikit, aku dah mula lapar. mula la korek makanan-makanan yang bawak.Makan roti buat alas perut. Lepas tu Ipah ajak aku pegi kantin, nak kena minum kopi jugak katanya. So kami pun ke kantin.


Aku pulak memang nak kena makan nasi. Perut manja. Lagi bejalan, lagi teruk gas perut keluar. So masa tu dah niat dah, turun je nanti kat border, aku nak makan nasi lemak.

Dalam pukul 10 macam tu, kami dah sampai kat Padang Besar. Kat sini semua orang yang nak ke Siam, kena turun untuk cop-cop passport. Beg pulak, depends. Selalunya kena tanya pada konduktor. Kalau dia cakap bawak turun beg, then bawak la turun beg. sebab ada possibility tren akan tukar. kalau dia cakap boleh tinggalkan beg, tinggalkan jela beg kat dalam tren. Pada pengalaman aku yg baru 2 kali naik tren kat border ni, biasanya tren takkan tukar tren lain. tapi untuk safety, baik bawak je beg tu sebab biasanya officer kastam nak cek barang-barang dalam beg dan takut pulak bila biarkan beg tu unattended, ada possibility utk orang masukkan barang illegal dalam beg kita.

So turun tu bawak beg.beratur untuk cek kastam. sebelum tu jangan lupa ambik borang arrival/departure dulu, isi siap-siap. dan siap kat kastam Malaysia, pusing pulak ke sebelah pegi kastam Siam. dah siap cop-cop, naik atas untuk ke seberang sebab nak naik tren tadi balik. 

haa kat atas ni la ada kedai makan. ada 1 je kot kedai makan. makanan dia biasa-biasa je, mahal pulak tu. tapi orang macam aku memang nampak nasi je, mahal ke tak tolak tepi dulu. 


Bila sampai je, kami naik & duduk kat seat yang mula-mula kami naik. Masa ni ada kebaikannya simpan tiket tren, sebab ramai je yang naik tren masa ni tapi takde seat. Ada yang berdiri kat pintu, kat toilet. Masa ni tren yang panjang-panjang tu dah detached dari koc yang kami naik ni. means cuma ada 1 @ 2 koc je kot yang terus ke Hatyai.

Finally sampai Hatyai dalam jam 11.30 macam tu. waktu sana awal sejam, maknanya kami sampai jam 10.30 am la.


Keluar dari stesen Hatyai tu, melilau jugak kami nak cari hotel. aku memang tak hafal direction dia dari tren. so main hentam kromo je tanya makcik-pakcik kat situ mana hotel kami. belasah jela cakap melayu kan. haha. tak jauh pun dari stesen. dalam 10 minit jalan kot. tapi terik masa tu ya rabbi....

sampai je kat hotel, masing-masing diskus aktiviti nak buat apa.

mula-mula sekali, tidur dulu!!


p/s: sorry panjang pulak entri. mula-mula nak cite memang lak eksaited kan hee. Gambar-gambar kebanyakkannya ehsan Arnis.


Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...