From KL to Hatyai - the night train

Refer plan kat sini.

Untuk cuti panjang sempena Hari Malaysia tahun 2013, aku & kawan-kawan plan ke Hatyai & Krabi. Pada mulanya geng-geng asal termasuklah Ipah, Yana, Ana & kakak aku. tapi last minit, ramai yg tak jadi pegi. aku dengan Ipah still degil gak nak pegi, so masing-masing mulalah cari replacement. Akhirnya yang pegi masa tu, adik si Yana, Izat nama dia, kawan Izat, Arnis dan opismate aku (ex-opismate skang, hehe) nama dia Nurul. kami semua first time nak jalan jauh dgn satu sama lain ni, alhamdulillah semuanya berjalan lancar & masing2 pun sempoi je.

Sebulan sebelum kami pegi, Yana dah belikan tiket keretapi & dah booking hotel siap-siap. Masa nak cari replacement tu pulak, mula-mula ingatkan kena jual balik tiket kat kaunter KTM untuk dapatkan refund. kemudian tanya punya tanya, solution dia takyah jual balik. jual je pada orang yang nak replace tempat kita tu. sebab dalam tren nanti takde pun officer tu akan cek nama & ic sorang-sorang. dia just nak tengok ada tiket ke tak, tu je. alhamdulillah masa pegi & balik, semua ok je takde masalah.


Masa hari berangkat tu, aku pagi-pagi dah keluar rumah. Aku memang naik tren nak pegi keje, so dari rumah aku naik komuter sampai ke KL Sentral. Sampai KL Sentral, aku cari loker yg berbayar untuk letak backpack aku. Loker ni terletak depan surau perempuan, kat sebelah 7 Eleven. Dalam RM5 kalau tak silap aku utk 1 loker, utk sekali guna je. so sukati la nak guna untuk berapa jam pun. (lepas aku dah kunci loker tu, baru aku perasan ada loker yg kecik dan lagi murah. dalam RM3 kot. Cis) Kemudian aku pun pegi la keje dengan lenggang kangkungnya.

Petang tu lepas je habis keje, aku dengan Nurul pun berangkat ke KL Sentral. Kat situ kami dinner, kemudian jumpa Ipah, Izat & Arnis kat depan gate tren sementara tunggu tren kami tiba. Tren takde pulak delay macam AirAsia  macam masa aku nak pegi Bangkok dulu, on time la jugak. Rupanya kami dapat koc paling akhir sekali, yang rupa dia tak berapa nak cantik sangat macam seat yg backpackerbusuk cite.



Sepanjang malam tu boleh kata aku tidur je. walaupun tak berapa boleh sangat nak tidur sebab tak selesa. Seat boleh recline, tapi biasalah nak tidur tu yang sedapnya dapat katil kan huehuehue. Aku jeles je tengok pakcik belakang seat Arnis bawak bantal kepet. Sejak aku nampak bantal kepet tu, memang dah berazam dah lepasni nak ke mana-mana, aku mesti kena bawak bantal kepet. Sedap nak sendal kat belakang badan ke kat kepala ke kan.

Dalam jam 6, kami sorang-sorang bangun untuk solat. Bila cek kompas, arah kiblat membelakangkan seat. So aku pegi ke seat kosong yang mengadap ke kiblat then solat subuh secara duduk.

Bila matahari dah keluar sikit, aku dah mula lapar. mula la korek makanan-makanan yang bawak.Makan roti buat alas perut. Lepas tu Ipah ajak aku pegi kantin, nak kena minum kopi jugak katanya. So kami pun ke kantin.


Aku pulak memang nak kena makan nasi. Perut manja. Lagi bejalan, lagi teruk gas perut keluar. So masa tu dah niat dah, turun je nanti kat border, aku nak makan nasi lemak.

Dalam pukul 10 macam tu, kami dah sampai kat Padang Besar. Kat sini semua orang yang nak ke Siam, kena turun untuk cop-cop passport. Beg pulak, depends. Selalunya kena tanya pada konduktor. Kalau dia cakap bawak turun beg, then bawak la turun beg. sebab ada possibility tren akan tukar. kalau dia cakap boleh tinggalkan beg, tinggalkan jela beg kat dalam tren. Pada pengalaman aku yg baru 2 kali naik tren kat border ni, biasanya tren takkan tukar tren lain. tapi untuk safety, baik bawak je beg tu sebab biasanya officer kastam nak cek barang-barang dalam beg dan takut pulak bila biarkan beg tu unattended, ada possibility utk orang masukkan barang illegal dalam beg kita.

So turun tu bawak beg.beratur untuk cek kastam. sebelum tu jangan lupa ambik borang arrival/departure dulu, isi siap-siap. dan siap kat kastam Malaysia, pusing pulak ke sebelah pegi kastam Siam. dah siap cop-cop, naik atas untuk ke seberang sebab nak naik tren tadi balik. 

haa kat atas ni la ada kedai makan. ada 1 je kot kedai makan. makanan dia biasa-biasa je, mahal pulak tu. tapi orang macam aku memang nampak nasi je, mahal ke tak tolak tepi dulu. 


Bila sampai je, kami naik & duduk kat seat yang mula-mula kami naik. Masa ni ada kebaikannya simpan tiket tren, sebab ramai je yang naik tren masa ni tapi takde seat. Ada yang berdiri kat pintu, kat toilet. Masa ni tren yang panjang-panjang tu dah detached dari koc yang kami naik ni. means cuma ada 1 @ 2 koc je kot yang terus ke Hatyai.

Finally sampai Hatyai dalam jam 11.30 macam tu. waktu sana awal sejam, maknanya kami sampai jam 10.30 am la.


Keluar dari stesen Hatyai tu, melilau jugak kami nak cari hotel. aku memang tak hafal direction dia dari tren. so main hentam kromo je tanya makcik-pakcik kat situ mana hotel kami. belasah jela cakap melayu kan. haha. tak jauh pun dari stesen. dalam 10 minit jalan kot. tapi terik masa tu ya rabbi....

sampai je kat hotel, masing-masing diskus aktiviti nak buat apa.

mula-mula sekali, tidur dulu!!


p/s: sorry panjang pulak entri. mula-mula nak cite memang lak eksaited kan hee. Gambar-gambar kebanyakkannya ehsan Arnis.


No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...