From Hatyai to Krabi

Sambungan dari sini.

Harini kami akan ke Ao Nang, Krabi. Dalam anggaran, tentulah dalam 3-4 jam je dah sampai ke Ao Nang. Rupanya..... kami bertolak dalam jam 9 am ++ kalau tak salah, dan tiba di Ao Nang jam 4. Sebab nak ke Krabi makan masa 4 jam, dari Krabi nak ke Ao Nang makan masa sejam lagi. Kemudian dalam pertengahan jalan tu kami ada berenti di RNR.

breakfast dulu. ada roti canai beb. dan aku macam bese mesti oder Cha Yen (teh ais)

pusing-pusing town, shopping dulu before time nak ke Ao Nang. Beg dah tinggal sesiap kat Cathay

Begambo dengan owner Cathay

Dah penat bangun tidur bangun tidur je dalam van tu, akhirnya kami sampai gak kat hotel. Masa kat Krabi, driver dah drop kan semua penumpang, yang tinggal cuma kami je. then dari Krabi nak ke Ao Nang, dia kutip penumpang yang lain pulak. memang la makan masa nak sampai ke hotel kan.

Bila dah sampai hotel, kami dapat 2 bilik. Asalnnya mintak 1 bilik utk 5 orang, tapi takde. so takpelah. kira ada 1 bilik yang duduk 3 orang, dan hotel akan bagi katil extra. Aku suka hotel ni, tempat selesa, agak baru nampaknya. dan hotel ni betul-betul kat pekan Ao Nang. Masa aku pegi dengan Katy tahun 2011, kami duduk hotel paling jauh sekali. memang tak larat nak menapak.

Lepas dah check in, dah bersihkan diri dan solat, kami pun keluar nak cari makan. dah tahap kebulur tomyam dah masing-masing ni. semua pun takde buat thorough research, jadi kami main menapak aje la tengah panas tu nak cari kedai makan. tanya sana sini, tapi orang pun tak paham aku cakap apa (dan vice versa). aku try cari kedai makan yang dulu penah pegi, dengan landmark dalam ingatan depan 7E/Subway. Nampaknya kedai tu dah takde, atau aku je yang tak ingat/jumpa. Tapi alhamdulillah kami jumpa jugak kedai halal yang lain.

Perut pun dah kenyang, apa lagi. aktiviti pusing town pulak. nak tengok aktiviti apa boleh buat. memang sebab trip ni memang sangat pendek, memang tak sempatnya nak pegi island hopping ke hape. aku dengan Ipah tak kisah pun sebab kitorang memang dah penah sampai Krabi. hehehe

Budak-budak ni nak buat massage thai. Usha punya usha, ada yang berkenan pulak. Then sebelah kedai massage tu ada pulak buat servis van ke Krabi Night Town. Lepas bargain harga & timing, kami pun setuju nak ke night town then sampai je terus buat massage.

Krabi Night Town memang best. best pada aku sebab terlalu banyak barang kraftangan kat situ, lepas tu macam-macam ada dan market dia memang besar. yang tak best nya 1 je - takde jual makanan halal. kalau tak aku memang syiok gila asik makannnn je hahahah.

Dah selesai  shopping, kami pun balik dan sambung sesi massage thai pulak. Dah massage, pekena plak roti penkek Krabi. Pehh memang terangkat. 


Sebelum tidur, packing barang siap-siap sebab besok nak kena bangun awal. jam 7 macam tu, van akan sampai untuk pick up kami balik ke Hatyai.


No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...