Thailand : Misi Mengejar Matahari (Tiga)

Sambung.

Ketik (SATU) dan (DUA).

Sabtu (31.12.2016) - [Bangkok - Maeklong - Amphawa - Bangkok]

Pagi ni kakak bangun dengan agak grumpy sikit T_T nasib baik pagi ni tak keluar awal sangat, 

Sebelum keluar dari hostel, aku sempat tanya receptionist bas untuk ke Sai Tai Mai. Semua setuju nak naik bas je sebab malas nak bertekak dengan driver teksi nak mintak kurang. Receptionist suruh kami naik bas no. 40. 

So kami keluar je hostel ambik kiri, jalan depan sikit dan sampai di tempat macam tempat tunggu bas (bus stand tanpa stand). nampak macam senang, tunggu je bas no.  40 kan? sebenarnya agak confusing. kami nampak dah bas no. 40, lepastu nak naik la. sebelum naik tu tanya dulu, pegi Sai Tai Mai atau tak. bas tu cakap tak, dia suruh tunggu bas lain. lol. so turun je bas, ada lagi 1 bas lain sampai, bas no. 40 jugak. mula-mula depa tak nak ambik kami, tapi kemudian dia suruh tunggu dia siap lap enjin (?) dalam 10 minit. tak sampai 10 minit pun, bas dah mula bergerak. tambangnya murah banget, dalam 8 tb sorang rasanya.

muka bangun pagi

Sampai di Sai Tai Mai, masing-masing serbu 7 Eleven dulu. Beli roti sosej halal, chicken popcorn halal (haruslah halal, ada tulis kat packaging), telur rebus dan paling best sekali ada jual cha yen dan kopi sejuk dalam cawan slurpee gitu. Dah topup makanan, dah melabur apa yang patut, kami terus cari tiket ke Maeklong. Asalnya semua nak naik bas, sebab bontot kematu naik van katanya. So kami ke tingkat 2 untuk cari bas, rupanya nan hado bas yang ke Maeklong.

Terpaksa la kami turun semula ke bawah, tempat van dan terus ke kaunter 5. Tambang adalah 75 tb. Kebetulan timing kami beli tiket tu cun, van memang tunggu je penuh untuk gerak. So kami naik je, terus van gerak. Ada member di BBM cakap dia ke kaunter 10 dan dapat harga van 50 tb je, rezeki dia. Aku terus ke kaunter 5 ni sebab aku dah tanya siap-siap hari Khamis haritu (masa nak ke Kanchanaburi).

Kami bertolak jam 9, dan tiba jam 10.30 macam tu. Sekali lagi just nice timing kami sebab train akan sampai kejap lagi. Kami diturunkan di tepi jalan, tapi tak nampak mana hala stesen keretapi Maeklong. Apa-apapun aku cadangkan kami masuk ke dalam market dulu sebab nak cari toilet! banyak sangat minum kopi sampai kaki rasa menggigil dan nak terkencing-kencing (ok ni pun nak cerita ke lol)

Aku cadangkan kami masuk dalam market dan cari stesen Maeklong ikut landasan keretapi. Macam kalau sesat dalam hutan, carilah sungai. Betul kan? ke salah? haha. Anyway memang mencabar nak cari stesen sebab pasar sangat basah dan sesak. Masa ni la aku keluarkan senjata teknologi terkini,  tercanggih, dan terhebat (hahaha) iaitu Google Translate. Disebabkan google translate ni, ramai peniaga-peniaga tak segan silu nak tunjukkan arah, tapi last-last depa suruh kami keluar market dan cari dari luar sebab sesak sangat dalam market. gituhhh.

(ni nak cerita kehebatan google translate dan bahasa badan haha)
So keluar je market, kami jumpa pakcik tengah park motor. Nasib kau lah pakcik jadi mangsa aku. Mula-mula kita berbasa basi, sebut la sawadee kaa dulu. lepas tu suakan telefon yang dah ditranslate ke bahasa siam, dan mintak dia tunjukkan mana stesen keretapi. seterusnya aku tanya, train sampai jam bila (tunjuk kat jam dia) dan sekali lagi aku translate apa yang aku paham dan tunjukkan pada dia, betul ke apa yang aku paham. masa ni muka pakcik tu gembira sungguh, amused kata orang. seronok dapat communicate gamaknya *fefeeling swag kat sini* berdasarkan apa pakcik tu cakap, train akan sampai jam 11 kejap lagi. so lepas kami ucap terima kasih, dengan pantas kami ke stesen sebab takut terlepas keretapi.

yay dah sampai!


dari stesen tadi kami masuk ke dalam market. waktu ni peniaga-peniaga dah mula alihkan barang dan lipat khemah. kami mula cari spot terbaik nak ambik gambar. kami perasan makcik-makcik sini ada yang baik, ada yang annoyed bila kami tumpang kedai. huhu pasrah je lah

khemah dah ditutup. announcement dah dibuat dan wisel dah dibunyikan.

keretapi lalu. ada je yang degil duduk atas landasan tu lagi semata-mata nak selfie adoii.. ada peniaga-peniaga yang marah tukang ambik gambar.

dekat sangat, cuak jugak

selera ke nak beli makanan yang dah diasapkan dengan keretapi huhu

selesai keretapi lalu, pasar bergerak seperti biasa.


nah kakak bagi video

begambar jap sementara tunggu keretapi bertolak semula

gambar ni dia palimg suka (haha) sebab nak buat appreciation post katanya

jemah bergosip "bila train nak bertolak ni"

suasama di train station

Dalam setengah jam lepas keretapi sampai, keretapi pun bertolak semula (okay logik la di sini) so maknanya kami dapatlah tengok market tutup dua kali. tak berada dalam keretapi pun okay lah, merasa la jugak berada rapat dengan keretapi huih.




Selesai di Maeklong, kami bergerak ke jalan besar. Terima kasih kat bloggers yang share cara nak ke Amphawa Floating Market dari sini. Kami kena cari 7E katanya, dan cari songtheaw warna biru.

macam ni warnya. lama jugak kami tunggu, dalam 30 minit kot sebab mana yang ada tu dah full. sempat berjumpa dengan budak Malaysia kat sini

okay konsep dia kalau dah full pun dan kau degil nak naik, silalah berdiri haha. berdiri ke duduk ke sama je harga. 20 thb

sampai Amphawa dalam 15 minit macam tu. perut dah lapar. dan makcik-makcik biasalah nak ke jamban lagi. memang rezeki betul, sebab kami nampak kedai makan halal. tempatnya bertentangan dengan entrance nak ke floating market.

makan penkek seround. kami jumpa sorang local yang pandai cakap english. dia tanya, takde ke penkek ni kat Malaysia? kami cakap ada, tapi tak sama. dia pun bangga la kata rakyat Siam kreatif. ye, memang tak dinafikan pun.


Ok seterusnya kami pusing-pusing floating market. kami sempat naik bot dia sebab nak ukur sungai kononnya. kami ambik yang paling murah dan cepat. 30 thb sorang rasanya.

layan seafood. tapi tak selera makcik makan tepi sungai yang kau pikirla sendiri kebersihannya

naik bot. ala kat Melaka pun ada la

bot kami


sempat singgah beli dan pos poskad weee


pusing-pusing Amphawa.








Konsep dia kat sini, kalau nak shopping tu beli je. takyah pikir nanti tengok balik ke camne. sebab sudahnya memang tak dapat apa yang nak beli. haha. itu la, kemain cakap taknak shopping. sampai ke sudah takde bendanya yang boleh bawak balik jadi ole-ole.

Dah penat ukur market, kami patah balik ke kedai halal tadi dan makan. Alhamdulillah kat sini ada tempat solat jugak, itu pun kami tanya pada pekerja kedai ni. Syukur sangat-sangat, dipermudahkan urusan nak solat sepanjang perjalanan kami kat Siam ni.

lunch

Dari Amphawa tu kami naik van balik ke Bangkok. Sebenarnya lebih dekat kalau lalu jambatan kat sungai, tapi sebab kami tak tahu jadi kami macam ikut jalan jauh sikit. Nak balik ke Bangkok, tambangnya 70 bhat. Macam biasa, kami akan diberhentikan di Pinklao Rd. So kalau nak ke mana-mana, naik la bas dari Pinklao Road ni.

Kami bercadang nak ke Hard Rock Cafe. So kami kena naik BTS dari Victory Monument. Tadi masa beli tiket van, van tu bagitau kena naik bas no. 28 kalau nak ke Victory Monument. So ngam ngam soi kami sampai je di Pinklao Rd, bus no. 28 pun sampai. Bas ni punya last station adalah Victory Monument, so korang tenang-tenang aja dalam bas tu takyah ragu-ragu bila nak picit loceng haha.

Oh, since harini ialah last day 2016 so semua MRT dan BTS free! yay! Since dah free. 1st thing 1st, meh la naik tren ke Ratchatewi. Kami nak cari makan halal di Fareeda Fatorne yang dikatakan famous sungguh tu. Ramai yang share lokasi kedai ni tapi tak ramai yang share cara nak ke sini.

Turun je dari BTS Ratchatewi, korang kena ambik Exit 1 untuk ke Soi 8 kalau tak salah. Nanti exit dia macam u-turn lepas keluar dari palang tiket. Turun tangga dan terus je sampai di selekoh. Dekat selekoh ni ada kedai makan. Kat sini kena cross jalan ke seberang sana. Ha sana tau bukan sini. Haha. Bila dah cross tu korang terus je ke depan, dah nampak deret-deret kedai halal dan nampak orang pakai tudung.

Kami makan besar malam tu since malam terakhir di Bangkok. Kos hangus ialah 1500 thb T_T


orang meja belakang datang semata-mata nak makan mango sticky rice

licin beb!

Dari Ratchatewi, kami ke Hard Rock Cafe. Behenti di BTS Siam. Orang ramai sungguh sebab new year kan. Ok kalau nak ke Hard Rock Cafe ni, sila follow direction dari website HRC. aku guna direction sukahati aku (haha maafkan saiaaa) jadi jauhhhh sangat bejalannya. pegi ni pun sebab ada orang order baju, kalau tak nan hado nak ke sini.

Last sekali kami kembali ke pangkal jalan dan packing balik besok.


last swafoto depan Hua Lamphong Station, mercu tanda kami setiap pagi dan malam lel

Hua Lamphong waktu malam


Ok sambung lagi. Bye.










No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...