Thailand : Misi Mengejar Matahari (Empat)

Terakhir.

Ketik (SATU) | (DUA) | (TIGA)

Ahad (1.1.2017) - [Chatuchak Market - Sleeping Train to Hatyai]

Hari ni nak balik. Kami akan ke Hatyai dari Bangkok menaiki sleeping train. Train ni kami dah beli tiketnya awal sebulan, kami mintak tolong kawan BBM yang tinggal di Perlis tolong belikan. Nama dia Syafiq. Kalau nak contact number dia boleh emel aku atau boleh search di group Backpackers Buddies Malaysia di Facebook. Nasib baik jugak kami dah beli awal-awal sebabnya tiket hampir sold out. Yang ada ni pun cuma ke Hatyai, tak dapat nak terus ke Padang Besar. Harga tiket kami beli ialah RM150 termasuk postage.

Kami kena check out jam 12 pm, dan tiket keretapi pulak jam 2.45 pm. So pagi ni kami nak shopping. Ye lah 3 hari datang Bangkok tapi takde shopping sakan di Bangkok, duk la keluar daerah. Tarikan utama kami ialah Chatuchak Market. Plan asalnya kami nak ke Chatuchak hari Jumaat, tapi ada banyak review kata hari Jumaat tak meriah, dan kedai bukak cuma untuk borong je. Betul ke? Ada tak sesiapa yang boleh jawab? (Ada ke pembaca ke woi haha) Jadinya, sebab kami tak pasti Chatuchak Market meriah ke tak hari Jumaat tu maka kena la pergi hari minggu. (Chatuchak Market ni bukak Sabtu Ahad je.)

muka sembab masing-masing bangun pagi


Chatuchak ni dikhabarkan bermula jam 6 pagi. Tapi takde keroje nak pergi jam 6 pagi kan, jadi kami cadang jam 8 pagi macam tu baru keluar hostel. Kami naik dari Hua Lamphong MRT Station, dan behenti di stesen kedua terakhir - stesen Kamphaeng Phet. Keluar je dari stesen tu dah sampai kat Chatuchak Market. So pandai-pandai la korang nak pilih nak ke lorong kedai mana - sebab kedai memang terlalu banyak. Kalau ada map Chatuchak tu lagi best, senang korang nak shopping mana dan beli apa.

Kami sampai di Chatuchak Market jam 9, dan masing-masing dah bajet nak balik jam 10.30 am. Kau ghassee boleh ke nak habis shopping dalam masa 2 jam? hahah. Kami duk pusing sana sini tapi tak berjumpa apa yang dicari. Kedai pun tak banyak bukak lagi. Tapi kemudian kami tersangkut kat satu kedai ni - custom made passport leather. Hah sangkut kau dekat sini, sejam kami kat sini je! Nangis. haha. Menyesal tak sudah sebab sejam habis kat sini. Menyesal sebab dah takde masa nak shopping benda lain haha, tapi tak nyesal pun beli passport leather tu. Puas hati sangat-sangat.

songket Siam. tak minat nak beli sebab pernah terkena dulu, beli tapi kualiti dia tak bagus. trauma kakak.

sejam dia buat cover ni weh.. hand made sungguh. satu cover regenya thb100



Tapiii lepas je siap passport cover tu, kami pusing market ----- rupanya bersepah lagi kedai passport cover yang lagi banyak choice dan cantik-cantik. Memang tahan sabar dan nafsu je lah hahah. Nak makan kat kedai Kah Jak pun tak sempat T__T

Hampir jam 11 jugak barulah kami mencari jalan pulang. tsk tsk. Tak puas shopping wei.. tu la, dari awal kawan-kawan dah cakap taknak shopping. Ha sampai ke sudah tak shopping hape.

Dari Chatuchak nak ke MRT pun satu cabaran jugak sebab dah tak jumpa pintu mula-mula sampai tadi. Terpaksalah kami tanya pada local, dan semua tunjuk arah ke depan aje tapi tak berapa nak paham sangat direction jugak sebenarnya. Waktu ni orang dah ramai dah. Local dan foreigner. Imagine eh.. baru jam 11 dah ramai orang. Sesak gamaknya. Dan sebab ramai orang la waktu ni kami terpisah dengan sorang member kami. Alkisahnya dia tunggu kami, padahal kami dah jalan ke depan. Hadui.. nasib baik ada beli simkad dan boleh call. Kalau hilang dan sesat entah ke mana, memang taktau nak kata apa.. Kat sinilah sebenarnya boleh nilai survival skill masing-masing hewhew.

ada orang kena sekolahkan tsk tsk


Dari MRT Chatuchak tu kami terus ke stesen Hua Lamphong, balik hostel dan check out. Kalau ikutkan waktu check out ialah jam 12. Tapi kami mintak izin untuk check out jam 12.30 sebab sampai je hostel, waktu tu dah nak dekat jam 12. Masing-masing waktu tu dah keletihan dan agak moody (ke aku je haha) sebab kelamkabut dan lapar. So naik je bilik, masing-masing final packing dan turun ke lobi.

Bye Loftel Station!

Waktu nak checkout ni aku ada rasa sayu sikit. Aku tak cerita dengan orang tapi sebenarnya aku rasa ini la last aku betul-betul backpack - dengan erti kata bawak backpack pegi travel. Lepasni pegi travel tak bawak dah la kot backpack aku. Kot la kan, kot. haha. Sebab dah tak larat nak hangkut backpack ke mana hala. Anyway, ini la antara sebab masa aku ajak orang join trip ni, aku letakkan syarat siap2 untuk bawak backpack masing-masing. No beg tarik is allowed. Nasib baik kawan-kawan takde nak buat onar dan cari pasal, last minit nak bawak jugak beg tarik. Kalau tak, aku boleh imagine aku punya meltdown (perangai budak2 dan sejenis OCD ke apa ni).

Dah checkout, kami pun terus ke Hua Lamphong station. Aku ajak kawan-kawan makan kat kafe tapi ended up aku dengan Katy je yang makan kat kafe. Yang lain-lain pegi 7E dan topup makanan halal untuk alas perut dan bekalan dalam train nanti. Kat Hua Lamphong station ni ada kedai halal, dia kat hujung sekali. Cara nak beli makanan kat sini ialah kau kena beli kupon dan bayar makanan dengan kupon. Tukar la sorang dalam 50 bhat, sebab sepinggan biasanya 40-50 bhat.

Dah makan, dah lepak, kami nak solat pulak. Mula-mula gilir-gilir solat. Tapi lepastu bila cek tiket, platform keretapi kami berdepan dengan surau (ada surau tambahan kat tengah-tengah platform). So kami pun angkat beg dan bergerak ke surau. Masa nak gerak ke surau tu, tengok-tengok keretapi dah sampai so kami pun terus naik ke koc, letak beg dan kawan yang belum solat tu turun koc semula untuk ke surau.

Bye Bangkok!


Kami beruntung sebab dapat merasa naik koc baru hewhew. Dah la baru, cantik, besar. Semenggah la jugak, tak macam keretapi lama. Oh ye, kan kami dah beli tiket keretapi awal-awal jadi kami 6 orang ni dapat pilih untuk duduk lower berth. Bila regu katil atas kami datang, barula tau depa kata katil sold out - so depa ni ada choice duduk atas atau tak naik langsung. Depa ni -- ialah 3 orang budak melayu. Jumpa la orang Malaysia dan sembang la sebarang dua, kan Katy. kihkih.

dalam kafe



bila seat dilipat maka jadilah 2 katil, atas dan bawah

hasilnya. selesa kan?



cantik kan koc dia. canggih je rasa lel


Keretapi kami bertolak jam 3 pm, dan sampai di Hatyai jam 6.30 am besok paginya.

Malam tu Ann muntah teruk sebab gastrik. tsk tsk. budak camni dia takleh bawak bejalan sebab cepat sakit, dia patutnya duduk je kat rumah kahkah! (saja tulis camni sebab tau awak akan baca hahah)


Isnin (2.1.2017) - [Hatyai - Padang Besar - Kangar]

Kami sampai di Hatyai jam 6.30 pagi macam tu. Kami turun je di Hatyai dan aku terus ajak masing-masing letak beg di tempat simpan beg. 6 beg (dan beg tambahan) semuanya harga 200 bhat lebih kurang.

Hello Haadyai! Sampai je Haadyai baru la merasa hujan. Kat Bangkok tak hujan alhamdulillah.


Disebabkan sampai Hatyai awal pagi ni, kami pun blur nak ke mana. Mula-mula sekali kena cari makan la sebab dah lapar. Member dalam keretapi semalam bagitau depan stesen ada kedai makan halal. Tapi aku tak nampak pun mana kedainya. Member tu bagitau kat Katy, so aku pun tanya Katy mana kedainya, dan dia pun tak pasti. Malas nak nampak macam bodoh sangat (haha) so aku ajak masing-masing terus ke depan. Sambil-sambil tu guna google maps dan search makanan halal. Kebetulan kami tengah jalan tu ada pulak orang panggil kami cakap "roti! roti",  aku toleh kedai tu dan nampak tanda halal dan logo bulan sabit bintang. So dengan yakin pun kami masuk dan order roti. Sebenarnya depan stesen keretapi memang ada kedai makan halal. depan deret-deret songtheaw.




Selesai makan, kami pun pusing-pusing Kim Yeong Market. Cari kacang, cari kain. Macam la kat Malaysia takde ek? Haha. Kami merayau sampai jam 10, lepastu semua pun dah penat. Tambah penat sebab duit dah habis T__T

model import dari Vietnam

kekacangans


Dari Hatyai ni kalau nak ke Padang Besar, bolehlah naik shuttle train. Sehari ada 2 kali je, jam 7.30 am dan 1.30 pm. Fare cuma 80 bhat. Kami plan nak tunggu jam 1, tapi sebab semua dah penat dan taktau nak buat apa, so kami pun cari transport untuk ke Padang Besar. Kebetulan waktu kami tengah melepak beli ice blended, ada mamat Siam-ganung tegur kami - bagi salam dan sembang. Kami pun nego nak ke Padang Besar. Mula-mula nak van, last-last yang ada songtheaw je dan kami mintak 800 bhat untuk 1 songtheaw. Entahlah kata murah ke tak. Sebabnya on the way ke border tu, driver songtheaw kami kena tahan dan kena denda RM40 katanya. Tapi dia tak mintak bayaran kat kami, pandai-pandailah dia kan.



Kami sampai je di border Padang Besar, ada driver van yang panggil kami dan offer naik van untuk ke stesen keretapi Padang Besar. Disebabkan aku dah malas nak pikir, penat bagai, so masing-masing setuju je dengan harga sekepala RM5. Rupanyaaaaa kami kena tipu wei.. sebenarnya stesen keretapi tu sebelah je dengan immigration Padang Besar Malaysia. Driver tu pi bawak kami pusing roundabout seround lepastu patah balik ke immigration office. Sabar jelaaaa. Memang menahan rasa je masa ni sebab nak maki ke mencarut ke pun, sendiri yang salah. Tapi berbuku je dalam hati sebab akhirnya kena tipu jugak tsk tsk.

Hati berbuku-buku pun, kaki tetap kena gagahkan jugak melangkah ke kaunter KTM. kebetulan kami sampai tu kaunter masih tutup sebab waktu lunch hour. Masa ni, bagi aku la, aku rasa dah lega sikit sebab dah sampai Malaysia. At least nak jadi apa pun, dah sampai tanahair sendiri. Kononnya. So kami lepak-lepak kejap tunggu kaunter bukak. Sementara tunggu kaunter bukak tu, masing-masing pun sediakan duit la kengkonon. Semuanya berpikiran positif yang tiket ETS balik ke KL masih available.

Dan betul pun... tiket ETS sold out!! jeng jeng jeng.

Tau je tiket habis, semua malas nak pikir dah. Kami pun angkat beg dan ke kedai makan. makan dulu bagi perut gembira, barulah boleh nak pikir macamana nak balik ke KL. Ending dia (malas nak cerita panjang-panjang haha) kami beli tiket bas dari Kangar balik ke TBS.

thank you pakcik sedara husband Jijah sebab tumpangkan kami, kasi makan, hantarkan ke stesen bas Kangaq. thank you Tiqah sebab sudi terima kami menerjah waktu Maghrib, jamu makan, thank you kakak Shikin belanja sate sedap. Orang Perlis baik-baik, moga diberkati dan dilimpahruahkan rezeki berganda-ganda. Amin.


Habislah sudah sesi drama #MisiBungaMatahari. 



No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...