Thailand : Misi Mengejar Matahari (Dua)

Sambung.

Satu di sini (SATU).

Jumaat (30.12.2016) [Bangkok - Lopburi - Bangkok - Asiatique]

Malam semalam, masa kami turun bas kami langsung ke Hua Lamphong train station. Stesen keretapi ni dibuka jam 4 pagi sehingga 11 malam tiap-tiap hari. Plan asal kami sebenarnya nak naik Special Train ke Pasak Cholansit Dam. Boleh baca info kat bawah ni :-

link:
1) http://www.thailandqa.com/forum/showthread.php?24730-Train-Trip-to-Sunflower-Field-and-Pasak-Cholasit-Dam.
2) http://christianpfc.blogspot.my/2015/05/train-ride-over-pa-sak-chonlasit-dam.html




Tentulah kami semua teruja nak naik keretapi atas air kan, sebab tu pilih special train. Train ni akan berhenti di tengah-tengah sungai dan akan berhenti di ladang bunga matahari di Saraburi. Dapat 2 in 1 sekaligus, best kan?

Malangnya special train ni akan mula selepas 14 Januari 2017 saja, waktu kami tanya tu dah fully booked dah. Sedih sangat. So alang-alang tu kami terus tukar plan nak ke Lopburi pada hari Jumaat, 30.12.2016.

Kami keluar hostel awal pagi, jam 6.15 dah bertolak ke stesen sebab keretapi akan bertolak jam 7 pagi. Keluar awal sebab nak beli tiket dan nak berebut seat kengkononnya. Kami tunggu keretapi agak lama jugak, sampaikan member yang nak pegi 7E pun aku sempat marahkan dia tak kasi dia ke mana-mana sebab takut tiba-tiba keretapi sampai dan masing-masing terpisah.

Hua Lamphong station

Seingat aku, dulu aku naik keretapi ni memang kena naik awal untuk berebut seat. Kami memang berebut sungguh, dan dah dapat seat. Baru duduk kejap, tiba-tiba ada kawan kena halau dari seat dia. So masing-masing pun panik dan semua sekali turun keretapi. Haha, gelak pedih di sini. Apa ke panik la hai masing-masing. Turun je dan aku cari konduktor, nak tanya pasal seat. Dia cakap Siam, aku cakap Melayu. Memang paham sangat haha. Sebab tak paham sangat bahasa, last-last dia tarik aku sampai ke koc lepastu suruh kami naik koc yang penuh tu. Memang penuh, sesak. Nampaknya kena berdiri la, em alahai.

terpaksa berdiri kat sini. lepastu kena beralih masuk dalam koc

Kawan-kawan duk bagitau aku; "ni ada tulis Standee ni. maknanya kena berdiri la ni." Aku duk kata bukan, Standee tu nama orang hahahah. Dasar degil keras kepala. Sudahnya cuma ada 1 tempat, dan 1 tempat tu kami gilir-gilir duduk. Dapat la masing-masing lelap sebarang dua. Tapi sampai kat turn Ano je, dah ada owner datang claim seat dia. Makanya terus la kami berdiri sampai ke Lopburi. Serius sedih dan sengsara sangat. Berdiri tu satu hal, nak mengelak orang lalu lalang tu satu hal. Yang berniaga tu, siap bakul besar bagak. Memang sabar je la. Masa ni la masing-masing dapat skill tidur sambil berdiri kihkih.

ni antara makcik yang sibuk meniaga ni.

sedap je brader tu tidur. kita kena berdiri.

gengster sebab lapo dan takleh duduk.

Perjalanan kami memakan masa 3 jam. Bila tak sampai-sampai lagi, baru la rasa nak tanya orang sebelah Lopburi turun kat mana. Nasib baik tak terlepas stesen. Rasanya kitorang turun jam 10.30 pagi kot. Dalam keretapi tu ada kawan yang jumpa orang Malaysia jugak, sempat la sembang-sembang. Diorang la, aku kan pemalu hahah.

Sampai ke stesen, masing-masing cari toilet dulu. Then Katy pegi tanya tiket, kot-kot boleh beli awal. Rupanya masih sama jugak macam dalam blog Zilla, tak boleh beli awal. Kena beli 20 minit sebelum. Sabar jela, nampaknya kena la berdiri lagi balik nanti.

aku nampak pelik dalam gambar ni. buh jugak tanda yakin! lel.

Awal-awal lagi aku dah brief kat semuaorang, biar kita lambat gerak --- asalkan kita isi dulu perut! Lapar kot..  nasib baik ramai yang share cara nak ke kedai makan halal, dan kengkawan aku tak buta map macam aku. Aku ikut instruction Dzul Iqram bagi tapi macam hampeh jugak direction dia.

nak ke kedai makan halal di Lopburi : lintas landasan keretapi. nampak tak gambar aku atas ni? yang ada kaunter jual tiket tu belah kiri gambar. korang kena melintas ke kanan. nanti akan nampak banner Muslim Halal Food. Jangan tertipu, kedai dia tutup! tatau la kot korang pegi nanti dia bukak pulak. lepas lintas je landasan tu, ambik kiri. 1st simpang, ambik kanan. dan 1st simpang kecik, ambik kiri. kat simpang ni kalau terus, korang akan nampak kubah hijau iaitu masjid. ok dah masuk simpang kecik tu, korang akan nampak kedai makan kerusi merah. warning: makcik ni tak pandai English so pepandai la hangpa tunjuk gambar. Kami kebetulan masa tu ada translator tempatan. Merasa la makan pad kra pow original! Kami makan berenam, harga baru 200-300 thb.

muka gembira dapat makan


Masa kami tengah makan tu, ada driver ni cari kami. Dia offer nak bawak kami ke ladang bunga. 2 ladang katanya, dia letak harga 150 tb sekepala. Mula-mula dia nak 200 tb, aku taknak. Dapat 150 tb baru setuju hewhew. Merasa la kami naik Hilux.

Sorang kena duduk kat seat depan.

Perjalanan makan masa 30 min lebih. Dia bawak kami ke ladang bunga macam dalam blog Zilla (mystoriesmories.blogspot.com).  Tapi mula-mula dia behenti dulu kat ladang kecik ni. Dia belanja katanya.

tempat ni cantik sebab bunga macam-macam warna. 
Bunga tepi jalan je asalnya kan? Sekejap je kami kat sini.

Kami teruskan perjalanan ke ladang bunga sebenar. Dalam 10 min macam tu, dah nampak dah bunga-bunga matahari. Memang menjeritlah kami semua keriangan! haha.

Masuk je ladang bunga, masing-masing macam orang dah mabuk bunga matahari. Apa lagi, bergambar la puas-puas!
  





lepastu kami gatal nak naik ni. 20tb sekepala




Dah sejam lebih kat sini, dah shopping kuaci semua, kami pun meneruskan perjalanan ke ladang seterusnya. Okay ladang ni lagi awesome sebab masih terpelihara, orang tak ramai dan cantik sangat-sangat. 

Apa tah nama tempat ni, serius lupa.

group photo

swafoto beramai-ramai


setinggi kakak katy

anyonyo comey lettew

kecik tapak tangan,
bunga matahari saya serahkan. 
lol peribahasa failed.


tak puas menatap.

Bila dah puas bergambar, masing-masing pun baru teringat belum solat dan lapar kah! So kembalilah kami ke pangkal jalan. Driver kami hantar semula ke stesen keretapi Lopburi,

Kami cadang nak solat dan makan di kedai kerusi merah yang pegi siang tadi, rupanya kedai tu dah tutup! Alahai sedihnya hati. So apa-apahal kami solat jama' takhir dulu, asar pun baru je masuk waktu kami nak solat. Oh, kebetulan ada budak pandai cakap Melayu kat situ, dapat la kami tanya mana tempat solat perempuan dan mana tandas. Kalau tak, serius melilau mencari.

Dah solat, kami nak cari kedai makan pulak. Kami mintak tolong salah sorang pelajar ke pekerja madrasah sebelah masjid tu hantarkan kami ke kedai makan halal.

Ok direction dia macam ni. Korang tengah pakai kasut nak keluar masjid, belah kiri balik ke stesen keretapi. So korang ke kanan, sampai ke hujung jalan. hujung jalan tu, ambik kiri. terus lagi sampai hujung jalan. Dalam 500m - 700m ada kot. Dekat blok sebelum terakhir, ada kedai makan halal sebelah kanan. Tengok banner hijau. Kedai dia macam jual mee kat depan, sebelah dengan kedai runcit.

Dapat la kami makan nasi ayam yang terkenang sampai sekarang pergh.


tengok kedai ni. Banner hijau, logo PAS. eh.

Dah kenyang, kami balik ke stesen dan beli tiket keretapi. Just nice je timing kami. Alhamdulillah dapat seat nak balik.

sunset dalam keretapi. Subhanallah

3 jam perjalanan balik ke Bangkok. Kami sampai di Hua Lamphong jam 8.30 pm. Lepastu masing-masing macam tak reti nak balik, nak sambung berjalan.

So kami pun ambik MRT (Hua Lamphong ke Silom. Di Silom tukar ke BTS Sala Daeng.) dan berhenti di BTS Saphan Taksin. Senang je nak cari bot ke Asiatique ni, Keluar je BTS, cari exit ke bot pier. Lepastu cari bot pier Asiatique. Bot shuttle ni free ye anak-anak. Freeeeee.

tempatnya cantik. ala-ala hollywood? kot. 

Apa yang ada di Asiatique? Sejenis tempat shopping la jugak. harganya mahal, dah tentu. tapi nampak kualitinya. Nak shopping, masing-masing takde duit tapi lapar. so kami kena cari makan. Kami pusing food court, tak jumpa yang halal. Kalau yang jual indian food tu tetibe bagi salam tu, korang agak-agak je la kan nak yakin halal ke tak. kami tak yakin. So jalan punya jalan, kengkonon nak ke ferris wheel, lepastu jeng jeng jeng!! jumpa gerai-gerai halal!

tempat kunci hati kita bersama. eh.

Padthai. 150tb satu. gitu harga dia wei, nangis.

yang ni, 200 tb. telan air liur.


Balik tu kena naik bot. Nak dijadikan cerita, orang terlalu ramai nak balik. bot pun lambat. so kami sampai di Saphan Taksin jam 12. Masa tu beramai-ramai berlari ke BTS, sebab takut terlepas keretapi. Pulak tu takde small coins, kena la pegi tukar kat kaunter. Berlari sana sini, adohai.. drama memang takkan habis haha.

Dari Saphan Taksin, kami behenti di Sala Daeng. Nak naik MRT, memang dah tutup la. So kami tahan teksi, berhimpit lima orang (sebab kedekut haha) dan mintak 150 tb untuk balik hostel.

Fuh, penat hari ni. Yang baca pun mesti penat kan! Okay sambung besok.


No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...