Bromo & Surabaya

9.2.2015/ Isnin

Tepat jam 12pm, aku pun check out. Keluar je, aku terus sapa owner dan mintak izin nak bergerak dulu. Aman je aku tengok dorang ni, jeles plak tengok. hehe. Keluar je dari guesthouse, aku terus ke kanan (yela dah kiri jalan mati). Aku ada tanya Hamka, kat mana nak tunggu bemo/van. Dia kata turun je sikit, nanti mesti aku nampak bemo warna hijau. Dan memang seperti yang Hamka cakap. Tak jauh aku menapak, aku dah nampak bemo nya.

UPDATE: Guesthouse yg aku duduk tu namanya Yogi Guesthouse. Sebelah Cemara Indah Hotel, depan Setiakawan Guesthouse. 

Tujuan aku harini untuk ke Probolinggo, en route Surabaya. Dari Cemoro Lawang ke Probolinggo, boleh naik bemo/van yang ada kat sekitar Cemoro Lawang ni. Harga tak fix. Kalau penuh, murah la. Kalau tak, kena la bayar harga cekik sikit. Bemo akan berhenti di Probolinggo bus station. Kat situ, ada je banyak ulat-ulat so bagitau la destinasi korang nak ke mana. 

Niat awal untuk lunch dulu before gerak, aku batalkan. Entah, rasa tak sedap pulak kalau nanti orang terpaksa menunggu aku, lepastu aku terkocoh-kocoh untuk makan. Tak feeling beb. So aku approach bemo dan tanya boleh ke aku nak naik, dan dorang terus bagi aku masuk dalam van. Aku takde foto time ni sebab driver plus co-driver plus ada kawan2 dari van lain rajin menyembang dengan aku. Untuk avoid benda-benda tak best walaupun aku cuba percayakan dorang ni, aku tak keluarkan langsung kamera. 

Lama jugak kami menunggu kot-kot ada orang lain yang nak naik sama. Kalau takde, maybe aku kena stay 1 malam lagi di sini atau kalau sanggup, aku bayar harga 1 bemo ni. Huihhh.. Finally ada jugak sepasang foreigner ni naik, laki bini rasanya. 15 minit lepastu takde orang lain datang, driver terus bagi mintak Rp150,000 (if not mistaken. lupa dah) each, then dorang akan terus drive. Kalau tak sanggup bayar, kena tunggu lagi. Aku pun ok jela, nak tunggu lama-lama lagi buat apa. Taktau nasib macamana nanti.

Perjalanan berbukit bukau memakan masa sejam ke dua jam. Aku tak berapa pasti sebab sepanjang perjalanan aku tidur je. Dah la supir dgn co-supir ni paksa aku duduk seat depan dengan dorang (aku layankan je) pastu aku malas nak bersembang2 so layan mata jelah kan. Tau-tau je dah sampai stesen bas Probolinggo. Cepat-cepat aku angkat beg, cakap thanks dan ikut ulat yang dah ready tunggu aku turun bemo. 

Aku cakap nak ke Surabaya, so ulat tu bawak aku ke tempat menunggu di kawasan dalam stesen bas. Aku taktau nak compare kan tempat ni macamana sebab aku tak biasa naik bas kat mesia, tapi ianya adalah satu stesen bas yang proper la. Cuma ulat tu bawak aku ke tempat company bas dia. Paham-paham jela korang eh. Aku baru je nak duduk, ulat tadi dah panggil aku untuk naik ke bas. Dia suruh cepat katanya sebab bas akan bergerak lagi 5 minit. Aku taktau apa game dorang ni  tapi nak dijadikan cerita, aku tak tahan nak terkencing.  Aku mintak izin kat ulat tu untuk tunggu dulu. Lepas dia tunjukkan toilet katne, terus aku berlari ke toilet. Bukan nak mengejar bas sebenarnya sebab aku dah tak tahan sangat. Kan benda2 ni taboo kan, bila dah dekat dengan toilet laaa jam tu jugak rasa nak terburai padahal awal tadi kau ok je menahan. Kan? Ke aku sorang je camni. Anyway lepas setel aku cepat-cepat ke bas.

Dekat bas tu, ulat tadi dah mintak duit. Sekali lagi aku mintak maaf, aku tak ingat berapa rege nye. Yang pasti murah jela. Kalau korang rajin buat research, banyak foreigner pernah kena scam dekat sini. Aku cuak jugak kalau aku pun terkena. Kang bayar kat ulat, kang driver mintak lagi skali pulak kang. Tapi ulat tu beriya convince aku untuk bayar dia dan katanya driver akan tau. Kebetulan driver lalu dan dia suruh aku bayar pada ulat tu, so aku pun bayar jela. Memang fingers crossed je masa ni, tawakal 'alAllah. Setel bayar, aku disuruh naik & duduk di seat paling belakang. Katanya mudah aku letak bagpack aku kat belakang dan make sure takde orang nak curi beg aku. Dia sempat duduk sekali dengan aku dan bagi tips jaga barang dan diri supaya tak dicuri dan ditipu. LEPASTU DIA SURUH ADD FRIEND KAT FACEBOOK. Boleh tak?? terus aku cakap aku takde internet (padahal kan aku ada beli simkad Indo).

Bas akhirnya memulakan perjalanan lepas dah hampir penuh. Aku langsung tak tidur sebab cuakkan kot orang curi barang ke apa, plus panas dalam bas tu walaupun bas 'acah-acah' ada aircond. Menarik jugak tengok suasana dalam bas ni. Sebab setiap kali bas berhenti, akan ada penjaja yang naik termasuklah para pengamen.

Perjalanan memakan masa 3-4 jam, dan aku tiba di Surabaya pada jam 7 malam. Aku dah google tempat nak stay di Surabaya masa dalam bas, tapi tak pasti kat mana tempatnya. Turun je dari bas, ada ojeker yang approach aku. Aku terus tunjukkan alamat homestay yang dah di screenshot dan ojeker tu tau tempatnya (masalahnya kami sempat sesat before jumpa homestay nya).

Malam tu takde aktiviti - aku pusing2 area homestay, makan satay, book tiket balik ke KL dan tidur. Besoknya check out dan terus ke stesen keretapi Gubeng. Sambung!

breakfast Nasi Soto. Sambal ketuk tu oder dari kawan aku.

sate surabaya. sedap weh!

depan guesthouse

harga tiket tren. leh bukak website dia



No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...