Final Leg: Surabaya - Jakarta via train

Salam.

Maaf terlalu lama untuk mengabiskan entry Transjava ni. Sampaikan aku dah pun repeat ke Bromo. Nanti next post aku up details pasal Bromo ye iAllah..

Untuk entry ni, aku cerita sekadarnya la ye.

10.2.2015/ Selasa


Pagi tu lepas dijamu breakfast nasi soto, aku bersiap dan segera ke stesen keretapi Gubeng. Sebenarnya info pasal keretapi ni agak kurang. Last-last aku dapat tau dari geng-geng yg buat transjava jugak (through BBM) yg sebenarnya boleh beli tiket train dekat  Indo Maret. lol. kalaulah tau, takde la aku mendudup dadap or gabra sangat nak ke stesen keretapi dan beli tiket.

Aku ke stesen Gubeng naik teksi. agak lumayan (jauh) jugak daripada guesthouse. sampai je, aku terus usha kaunter mana nak beli tiket. kat belah kiri stesen kalau tak salah aku. aku keluarkan paspot siap2 dan usha time bila yang sesuai untuk bergerak ke Jakarta. mulanya aku beli tiket jam 12pm mungkin (dah lupa), tapi lepas je beli tiket aku dah mati kutu taktau nak buat apa. sini bukannya ada surau kalau aku nak tidur, dan tempat menunggu dia panas. bila dah panas bontot, finally aku buat keputusan untuk tukar waktu tiket aku. so aku pun ke kaunter tadi dan tanya dulu boleh tak nak tukar time. jawapannya boleh, tapi kena tambah duit sikit sbb........ aku lupa. maybe sebab train yg aku naik ni takde yg murah? or sebab peak hour? tak sure. oh ye, aku tak pilih koc 3rd class. tak sanggguppppp. so aku ambik yg ada A/C (bukan kelas ekonomi rasanya). Rege dia boleh tahan mahal. lagi mahal daripada tiket flight aku balik KL. balik KL pun baru RM100, yg tiket train ni Rp450k. heh. sape cakap naik train murah?

By the way, tiket balik KL aku baru je mintak tolong Ano Taqiah belikan semalam. hewhew. nasib baik ada yg murah kan.

so lepas tuka tiket train, aku bercadang nak muter-muter pekan Surabaya. memang aku berniat nak cari ojek je (dah selesa ber ojek heh) . Cari ojek ni tak susah pun. jalan sikit menghampiri entrance stesen tu. ada la orang-orang yg akan approach kita. Dan kebetulan ada sorang pakcik ni approach aku. Aku mintak dia bawak aku ke wisata di Surabaya, so dia pun senaraikan la beberapa tempat (some of the places memang dah ada dlm kepala otak aku) so aku pun setuju nak ambik pakcik tu. Sori, sekali lagi aku lupa berapa rege nya. maybe 200-300k rupiah kot. pakcik ni boleh tahan jugak bisnes dia. dia memang park kereta/mobil dan motor dia kat stesen tren tu. so kalau kau nak naik ojek, dia bawak naik ojek. nak naik mobil, dia bawak mobil. power kan!

tempat first pakcik tu bawak aku ialah Masjid Cheng Ho.


kebetulan waktu tu dah masuk waktu Zuhur. so aku pun ambik kesempatan untuk solat jamak di situ. dah selesai satu hal kan bila dah solat.

next, pakcik tu bawak aku melintas jambatan SuraMadu (Surabaya-Madura). Jambatan ni bila malam, cantik la. macam jambatan Putrajaya. tapi aku saja nak gi gak siang-siang pun sebab.......kalau orang tanya kau dah penah pegi Madura? aku bilang, udah! hahahaha. 

Jambatan ni merupakan jambatan terpanjang di Indonesia sebab ianya menghubungkan mainland dan pulau Madura. Kalau angin kuat, jambatan ni boleh ditutup.

Aku cuma mintak pakcik tu bawak aku depan Madura sikit je pastu mintak pusing balik ke Surabaya. Sorry kakak takuadd nak menahan mental tentang ciri-ciri orang Madura so perut cepat je dah kecut masa tu leul.


Anyway lepas je selesai berpusing di jambatan ni, aku dah ngantuk sebab dibuai bayu angin. Hah! now I know bukan aku sorang je yang akan hanyut dibuai kantuk kalau kena angin hahahahha (IPAH I AM REFERRING TO YOU) so aku ajak pakcik tu balik ke stesen Gubeng.

Lama jugak aku mereput kat stesen Gubeng tu bila finally tren pun sampai. 




Aku sampai Jakarta besok paginya dan makcik aku datang menjemput. Aku dikhabarkan Jakarta baru je surut daripada banjir (alhamdulillah). Aku selamat kembali ke Malaysia 2 hari selepasnya iaitu hari Jumaat.

So itu je trip aku. takdela fun sgt but it was meaningful. I returned home to be a lot calmer :)


Sebelum penutup, ni aku nak share aku jumpa Pak Esbeye (SBY - Susilo Bambang Yudhoyono) di stesen Gubeng ;)





Bali/ Transjava (4.2.2015 - 13.2.2015) tutup tirai.
x

No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...