Majestic Bromo

9.2.2015/ Isnin


Semalam sebelum berpisah, kami sudah berjanji untuk berkumpul pada jam 3 pagi. Jadi aku bangun awal setengah jam sebelum jam 3. Aku sempat panaskan nasi yang dimasak malam semalam dan sarapan ala kadar, sekadar perut tak masuk angin dan muntah-muntah macam di Ijen. Lauknya simple, sosej yang dibeli semalam dan sambal ketuk. Sape nak beli sambal ketuk boleh roger. Sempat promoto hewhew.

Tepat jam 3, aku dah pun terpacak di depan homestay Boon & Pei Yee. Apa pun takde, yang ada orang-orang yang duk meniaga/ sewakan pakaian. Sape yang tak bawak baju panas, boleh la sewa kat dorang ni. Aku takde plak tanya harga berapa. Sebab aku kompiden aku tahan sejuk wahaha - aku pakai sehelai baju lengan pendek, sehelai baju lengan panjang, dan sweater. Seluar aku sarung dua, stoking pun dua. Tak lama lepas tu, jeep pun sampai. Supir jemput aku masuk ke dalam jeep, supaya aku tak membeku kesejukan kat luar. Kemudian baru la aku ternampak kelibat Hamka baru nak cuci muka bagai (aku taktau dia tidur mana). Hampir setengah jam menunggu barulah Boon & Pei Yee turun dan kami memulakan perjalanan kami ke Bromo.

Perjalanan memakan masa setengah jam. Waktu kami naik, jeep belum banyak. Ya, cuma jeep je yang dibenarkan naik. Jalannya agak kecik, jeep pun kena gilir-gilir bagi laluan atau kena ketepi sikit untuk beri laluan pada laluan di sebelah. Hamka sempat meminta supir kami (namanya Sudeng) untuk berhenti di depan sebuah surau. Amazing kan, kat atas ni pun ada surau sedangkan muslim bukan majoriti di sini. Sayangnya surau masih tertutup dan gelap gelita. Cepat-cepat aku minta Hamka untuk meneruskan perjalanan sebab Subuh pun belum masuk kalau nak tunggu surau bukak (pffttt), dan aku taknak la rasa bersalah sebab menangguhkan perjalanan Boon & Pei Yee. So Pak Sudeng pun park jeep nya dan kami mula mendaki.First soalan-soalan kami ialah; "Jauh tak Hamka?" Gelak Hamka dengar soalan tu. Katanya pendek je, cuma 2-3 kilometer, tak jauh sangat macam Ijen. 

Betul la cakap Hamka, tak lama kemudian kami tiba di satu tempat viewing point. Sini bukanlah Penanjakan, aku pun tak sure apa nama tempat ni tapi Hamka kata sini orang tak ramai sangat. Oh ye, since tempat ni dijaga baik oleh kerajaan so dari mula kami mendaki tadi sampailah di sini, jalannya baik. So aku pun ambik kesempatan untuk usha sekeliling dan jadikan sini port untuk solat. Hamka ajak kami bergerak lagi ke tempat lain, tapi aku mintak izin untuk stay sampai Subuh masuk. Subuh pun dah tak lama. Memang aku dah bawak kompas, dan alas towel kecik sebagai sejadah. Masuk je waktu, aku cepat-cepat solat (sebenarnya dah tak tahan nak kentut bahahaha).

Selesai je solat, aku terus ke arah Hamka & yang lain pegi. kawasannya agak bersemak sikit, nasib baik aku ada bawak flashlight aku. Sempat aku laungkan nama Hamka, dan Hamka menyahut. Lega sikit rasa. Dari tempat tadi ke tempat di tepi bukit, ada la 1 km. Di situ kami memang boleh nampak pergunungan Tengger dengan lebih jelas berbanding di viewing point tadi. Hamka tunjukkan pada aku Penanjakan, yep memang tinggi dari sini tapi since situ ramai orang so possible je kami susah nak dapatkan shot yang terbaik.

Aku nampak Boon dah pun setup kamera DSLR nya. Kami sempat bersembang panjang sementara menunggu matahari naik. Malam tadi Boon & Pei Yee sempat ke Lautan Pasir dan layan milky way. Aku jeles gila masa ni (dan sekarang ni aku duk terpikir-pikir kenapa laa aku tak sambung satu malam lagi kat sana - layan milky way dan layan view Bromo sekali lagi.)



Saat matahari muncul je, we were all in awe. Tengok matahari naik satu hal, nampak kabus yang berpusing-pusing di gunung-gunung 1 hal. Masa ni memang aku totally speechless. Jatuh cinta sejuta kali. Ada jugak terselit rasa bangga sebab aku berjaya jejakkan kaki kat sini. Tempat ni totally amazing, betul-betul tak seperti yang aku sangkakan. Tapi bila datang angin menderu, phewww.. terus menggigil kepala lutut ngeee.. lepas tu short breath kejap sebab sejuk sangat plus semalam dah sedut asap belerang banyak sangat.



Lama betul kami di sini sampai lah Hamka ajak kami ke Bromo. Nanti nak kejar breakfast pulak katanya. Leul.

Dalam perjalanan ke Bromo, kami meredah kabus tebal dan suasana terasa macam masuk ke dunia magic. haaa drama tak.. Boon minta izin untuk behenti kejap sebab nak amek gambar, aku pun setuju sangat lah! Sempat aku snap sebarang dua guna fon cikai.




Sampai je di tempat parking jeep, ada beberapa ekor kuda mengejar jeep kami dari belakang. View masa tu memang takleh nak digambarkan. Aku terasa macam dalam movie ok. Movie yang kau toleh belakang kereta dan banyak kuda-kuda kejar kau sebab kau lari dari orang jahat. So kira kuda-kuda tu team orang jahat la. Ahahaha drama!



Aku takde niat nak naik kuda sebenarnya, so aku ikut yang lain terus mengharung Lautan Pasir. Sampai la di atas bukit, aku akhirnya surrender. Dada aku terlalu sakit untuk bernafas dan terus bekerja keras untuk mendaki. So aku pilih untuk naik kuda (keputusan yang aku regret sebab kesian kat kuda tu. patut aku pilih kuda yang gagah sikit wuwu)



Bila kuda dibehentikan di satu tempat 'parking' kuda, aku pun mula menapak dan mendaki 300++ anak tangga ke Kawah Bromo. Setiap 10 tangga, aku behenti. Huihh tak kuadd macik nakkk. Finally sampai jugak kat atas tu.. Kagum dan bangga dapat tengok Kawah Bromo dengan dekat ^_^  tak lama lepas aku naik, Boon & Pei Yee pun sampai.



Lepas bergambar bagai, kami pun setuju nak turun. Tapi bila toleh belakang, cuma aku sorang je yg ada. So takpela, aku pun shoot terus ke bawah. Aku cari kuda yang aku naik tadi sebab pakcik tu dah janji nak bagi price 70ribu rp dan sampai ke jeep balik. Cun lah tu kan. Lama jugak nak sampai sebab kuda aku macam meragam huhu. Kesian kuda TT___TT


Sampai kat jeep, satu orang pun takde. Tapi takpe, kita layan perut dulu. Aku oder Pop Mie dan secawan kopi. Sempat aku makan sampai habis, pun yang lain-lain pun tak sampai lagi. Masa ni dah takde de semanagt nak bergambar sekeliling ke apa, aku dah penat dan mengantuk. Baru nak naik jeep dan layan mata, tiba-tiba Hamka muncul dengan Boon & Pei Yee. So kami langsung terus ke Savannah. Masa turun ni cuaca dah mula panas, so aku dah bukak sweater.



Lepastu kami ke Pasir Berbisik, sekadar ambik gambar je lepas tu terus shoot balik ke Cemoro Lawang. Nak kejar breakfast! Hehe.



Sampai je di homestay, kami masing-masing ucapkan selamat tinggal dan good luck. Aku memang tak reti nak buat benda-benda gitu so aku cepat-cepat je blah. Mesti dorang ingat aku sombong kan huhu. Aku masuk ke bilik dan layan lelah sebarang dua kejap, before sambung packing dan check out bilik.

3 comments:

Unknown said...

Assallamualaikum....
Saya tak ada bosan baca ini cerita,Succes untuk Fatimah...

Unknown said...

Assallamualaikum...
Tidak ada bosan saya baca ini article...
Succes for you Fatimah...

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...