Ijen ke Cemoro Lawang

8.2.2015/ Ahad

Seperti yang diceritakan di post yang lepas, si Selamat berjaya bantu aku mendapatkan transport untuk ke Bromo.

Aku terus ke mobil & letakkan beg aku. Masa ni fikiran aku tak menentu, tak sempat nak tukar baju dan sebagainya. Betul ke aku ni nak ngikut orang yang aku tak kenal. Tapi aku turutkan jugak kaki, dan akhirnya naik mobil. Naik je mobil, aku terus berkenalan dengan laki bini ni. Baya-baya aku je dorang ni. Supir memperkenalkan diri, namanya Hamka. Dan sepasang laki bini tu lakinya nama Boon, bini nama Pei Yee. Dorang nampak peramah dan sempat la kami berbual kosong. Sape minat nak guna khidmat Hamka, boleh cari nama dia di facebook nama Hamka Rayes.

"Kak Fatimah, nanti kita akan ke Hotel Arabika dulu ya. Mau check out."
"Oh iya bisa. Nanti di sana, ada tempat tak untuk saya tukar pakaian?"
"Ada kak, toilet nya di luar mungkin. Nanti saya bawakan kakak."

Fuh lega. Takde la aku nak berbusuk-busuk nau kan. Sampai je di hotel dan selepas menurunkan Boon & Pei Yee, Hamka park kereta di satu tempat, berdekatan dgn tandas dan restoren. Aku pun tak buang masa, terus mengangkut apa yg patut dan ke tandas. Jamban sebenarnya. Tapi apa ada hal kan? Janji dapat bersihkan badan. Lepas mandi, aku terus ke kafe dan order makan. Masa tu la finally aku dapat watsap orang mesia. Memang risau nau parents aku sbb tak dapat nak contact aku masa kat Ijen semalam.

Kat Arabika ni, Hamka kenalkan kami kacang macadamia Ijen. Pehhh rasanya.. memang sedap. Sape gi Ijen, memang kena rasa macadamia sana.

Selesai urusan check out, kami meneruskan perjalanan ke Bromo. Hamka dah pesan awal awal yg couple ni nak behenti di mcm2 tempat. Aku ok je, dapat la tengok mana yg patut dgn free. Aku teringin nak ke Lapindo tapi sayangnya takde rezeki ke sana. Next time la kot. Couple ni dah singgah Lapindo hari sebelumnya. Tapi nak dijadikan cerita, kami semua terlalu letih untuk berhenti di mana-mana. Sudahnya, bila Hamka berhenti di satu tempat, Boon cuma mintak terus je ke Bromo. hehe

Rasanya jam 3-4 macam tu, kami pun tiba di Probolinggo. Di Pekan Bawang namanya kalau tak salah. Kenapa namanya Pekan Bawang? Sebab di sini ada pasar menjual bawang. Hehe. Tak caya leh tanya Hamka, kalau dia tipu, maka aku tipu la jugak tehee. Di sini, kami berhenti untuk makan. Kebetulan ada surau di kedai tersebut, so aku ambik kesempatan untuk solat dulu sebelum sama-sama join mereka makan sama. Aku tak ingat makan apa, sejenis ayam penyet jugak rasanya. Ayam yang aku ratah dengan penuh kebulur, tapi di penghujung makan baru perasan ada kepala ayam. Erk, terus aku tolak tepi ayam tu. Nasib baik dah habis makan.

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Cemoro Lawang. Tapi kebetulan kami ternampak ada pertandingan lumba kambing. Hamka mengesyorkan kepada kami untuk berhenti tengok, so kami pun stop sekejap. Rupanya belum pertandingan lagi, masih latihan lagi. Gitu la apa yang orang kampung cuba-cuba sembang dengan kami. Since aku pakai tudung sarung dan nampak local, dorang takde segan sangat nak bersembang sampaikan keluar bahasa local mereka dengan aku (taktau, maybe dorang ngomong jowo) dan Hamka la yang jadi tukang interpreter. Lama jugak kami di sini, tapi lama-lama kami pun tak tahan. Kesian tengok kambing-kambing tu.





Kami meneruskan lagi perjalanan sehinggalah betul-betul tiba di kaki bukit Probolinggo (?) dan Hamka membuat pitstop terakhir sebelum kami shoot ke Cemoro Lawang. Dia suruh kami membeli apa yang patut untuk dijadikan stok makanan sebab kat atas nanti mahal. Aku pun ambik kesempatan untuk isi stok apa yang ada - roti, air, sosej segera (sekarang ni ada dijual di Giant), snickers etc. Aku sempat membeli mask sebab Hamka beriya mengingatkan kami untuk memakai mask di atas Bromo nanti. Kemudian kami terus ke Cemoro Lawang.

Perjalanan ke Cemoro Lawang agak baik, jalannya tak macam jalan ke Ijen. Bezanya sebab Bromo dikira sebagai harta nasional, sedangkan Ijen bukan. Sebab tu Bromo lebih terjaga. Sepanjang perjalanan berbukit bukau tu, mata aku sungguh-sungguh terpegun. Macam Cameron Highland cumanya tanaman tu lebih jelas dan dekat dengan bukit bukau, tak macam Cameron Highland yang kita kena stop di sesetengah kawasan baru nampak tanamannya. Kemudian setiap kali nampak wanita-wanita menjinjing kayu-kayu, aku Boon dan Pei Yee mesti keluar bunyi-bunyi kagum. Di sini sebenarnya dah terasa kesejukan gunung.

Boon dan Pei Yee menetap di Cemoro Lawang Homestay. Boleh dikatakan terletak di penghujung jalan. Betul-betul bersebelahan dengan dataran pergunungan Tengger. Oh ya, orang-orang Tengger ni kebanyakannya beragama Hindu. Muka mereka memang ada beza tapi tak berapa nak beza sangat lah dengan orang Jowo. Ke aku yang tak reti bezakan. Dari dalam kereta lagi Hamka dah beberapa kali pesan pada aku, yang dia akan tolong aku carikan guesthouse yang murah-murah. Aku iya kan aje. Semasa Boon & Pei Yee check in, aku sempat melihat harga - Rp 350,000. Erk! terus aku terkejut dan cepat-cepat keluar. memang lah nice tempatnya, breakfast pun disediakan tapi terlalu mahal untuk poket aku. Hamka memang tak bagi langsung aku masuk sebab katanya harga mahal (aku sebenarnya agak sentap dengan Hamka, dia macam pandang aku sebelah mata je tapi mungkin aku yang salah faham niat baik dia). Selesai urusan check in Boon & Pei Yee, Hamka bawa aku ke guesthouse yang terletak di sebelah Cemoro Lawang Homestay. Maaf, tempat ni memang takde nama.

Mula-mula tuan rumah tunjukkan aku bilik untuk seorang. Nice, macam shared homestay. Bilik untuk seorang tapi toilet kongsi.Harga murah, dalam Rp150,000 kot kalau tak salah. Memang menarik. Tapi bilik dia ada bau, so aku mintak bilik private. Then tuan rumah bawak aku ke bilik private. Kawasannya memang cantik, aku agak terpegun. Biliknya? So-so saja. Harganya mahal, tapi aku mintak Rp200,000 sebab aku sorang. Dan dapat! Yeah!! Gembira tak terkata. Tapi sayangnya kawasan ni, aku sorang je yang ada so sebenarnya agak scary la kan. Dan security dorang memang boleh diragui. Masa ni la penyendal pintu sangat berguna (tips dari blog Kak Fatt backpackerbusuk).





Aku terus bayar full duit 1 malam pada pakcik tersebut, dan turut membayar harga entrance fee Bromo pada Hamka. Aku tak berapa ingat harganya, maybe  Rp 150000 atau lebih,  sebab kami pergi bukan pada hari minggu jadi dapat bayar kurang. Duit jeep dan duit kopi driver jeep, aku akan serahkan pada Boon besok pagi.

Malam tu, aku keluar kejap dan pusing-pusing pekan. Sebenarnya niat nak mencari sate sebab dah terbau-bau, sayangnya kawasan situ terlalu gelap sampai susah aku nak teka orang meniaga ke tak. Dah la mata rabun kan, dengan silau malamnya tsk tsk. Aku ada nampak sekumpulan budak Malaysia, tapi tak reti nak bersembang sebab.... I dunno, maybe I felt too reserved - malas nak bukak cerita sendiri. Kalau bersembang dengan locals, lain.. suka hati la cerita apa aku nak karang kan hewhew. Sudahnya aku balik ke bilik dan berkemas untuk besok pagi.

Kalau petang tadi dah sejuk, bayangkan malam. Tangan aku beku jadinya sebab terlalu sejuk.

No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...