Banda Aceh: Hari Pertama

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Untuk trip kalini, aku gunakan pakej. Ni pun aku jumpa di BBM. Setelah meriki harga, pakej ni yang paling aku berkenan. Kalau ikutkan sebenarnya aku ada tempoh setahun untuk plan iti dan sebagainya (sebab aku beli tiket May 2014, harga utk 2 orang return adalah dalam RM125 kot) tapi biasalah.. aku kan suka perasan busy so kononnya tak sempat la nak planning bagai hehe. Dan kalau ikutkan jugak, memang agak last minit aku cari pakej ni. Syukur dapat jumpa jugak yang murah dan berbaloi.

Trip kali ni kami lebih ramai daripada biasa, semuanya 6 orang. Group asal masih sama - aku, Katy & Ipah. Ano drop out awal-awal sebab urusan keje. So kami yang bertiga ni tah camne ada bawak duet setiap seorang. Trip ni memang trip paling terkenang di hati la sangat sebab semuanya (hashtag harus ada) #mudahterhibur serius tak tipu. Sepanjang perjalanan kami asik tergelak je. Sampaikan tour guide kami pun dah 'jatuh cinta' dengan kami hahahaha (bukan kami tapi ada sorang daripada group kami tetttt).

Since trip ni dah ada iti yang disediakan (tapi diolah jugak ikut kesesuaian semasa dan kehendak aku hahahaha nasib la korang, aku yang buat research so ikut aku la nak ajak pegi mana weee) so kebanyakannya kami go with the flow sahaja. So aku takde nak bebel panjang2, cuma nak jamu korang dengan gambar-gambar je (leh caya tak kata aku tak membebel? hihi).

Untuk itinerary dan budget, boleh klik kat sini. Ni expenses tak termasuk duit poket ye. Duit poket ikut suka nak bawak berapa.



Hari Pertama: 9 Mei 2015 (Sabtu)


confident je aku tepek muka aku sebesar alam kat sini kan haha. point is, nampak tak semuanya ceria ceria. yass itu yg kita mahu ye.. nak pegi jalan jgn muka masam2 hahahah. sebenarnya semua janji nak kumpul kat KLIA2 jam 10.30 kot kalau tak salah. aku la yang set timing tu. masing2 dari tempat masing2. dan semuanya sampai on time/awal, kecuali aku dan Ann. biasa tu biasa bahaha. aku keluar dari Shah Alam, singgah ambik Ann dekat Ulu Klang lepastu shoot ke Putrajaya Sentral. Park kereta kat situ then naik KLIA Transit (ERL) untuk ke KLIA2. Kitorang pilih nak park kat Putrajaya Sentral lepas ada yang bagitau parking situ murah. 

flight kami delay. lambat sejam kot. FYI kat sana takde beza waktu dengan waktu Malaysia.


selamat sampai di International Airport Sultan Iskandar Muda

kat sini, tour guide kami nama Syah, akan pick up kami dan bawa kami ke hotel. kami stay di Hotel Mekah. tak banyak bintang tapi ok la.

bilik kami. takde tingkap tapi ok la takde bau yg tak ok

Selesai check in dan solat jama', kami keluar semula. cari makan!!

nak makan so muka harus la gembira kan? haha. Makan masakan Padang. lepas je daripada kedai ni, kami bagitau pada Syah kami tak kisah makan makanan yang murah-murah dan simple. kedai takde aircond pun takpe.


Selesai makan, kami ke destinasi pertama. iaitu PLTD Apung. Nama panjang PLTD ni ialah 'Pembangkit Listrik Tenaga Diesel', dan kapal ni diberi nama Apung 1. Kapal ni asalnya parking dekat port Ulee Lheu, tapi disebabkan tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004, kapal ni dihanyutkan sehingga 5-6 km jauhnya daripada laut dan tau-tau dah ada di darat. nak ceritakan betapa dahsyatnya tsunami yang berlaku masa tu.

PLTD Apung 1



suka semuanya kan. time ni untung ada tour guide, boleh suruh amekkan gambo hahah

ada orang terjatuhkan fon dia. rezeki nak beli fon baru

intai kot ada mayat. katanya masa kapal ni dihanyutkan, org dlm ni taktau pun kapal terhanyut. scaryyyy.



Selesai di PLTD Apung, kami terus ke Pantai Lampu uk. Di pantai ni la ada satu masjid yang femes. Masa tsunami, masjid ni salah satu masjid yg selamat. sebelum ke masjid, kita pegi pantai dulu. Sampai je kat pantai, aku dengan Ann riang sungguh. langit biru, bau pantai, pasir pantai. fuh eksaited beb!

abaikan muka Ann yang tengah riang

Pantai Lampu uk

seronok hangpa tangkap gambar konvo kat sini kan.
ada kenanngan manis aku dengan Ann kat sini *wink*

tasik sebelum laut (?)

muka hepi memasing

 
sape yang tengah bersilat tu? hahaha


gambar malas nak edit


Masa kat Pantai Lampu uk ni, memang cantik sangat-sangat. sayang pulak nak rushing. memang kitorang sungguh-sungguh berlamaan kat sini. masing-masing dah "jom jom gerak" tapi lepastu ada ber selfie lagi bagai. sampai la dah dengar azan, baru la masing-masing bergerak ke kereta. 

Kami ke Masjid Rahmatullah untuk solat jama' taqdim.

Kemudian makan Mie Aceh di Leupung. Kata Syah, memang yang tersedap di Banda Aceh ni. Hmmmm.... 

Lepas Mie Aceh, kami mengopi pulak di Dhapu Kupi. Kopi dia memang kawww. Kata Syah, orang Aceh ni memang minum kopi 3 kali sehari. ala aku pun minum kopi 3 kali sehari gak tak heran pun... wahahaha.

sanger namanya. kalau tak silap. memang sedap


tadi dah makan mie aceh. ni makan roti lagi amboiii


ok kalau ada gambar lain2, nanti aku update. tah kenapa stok gambar menghilang.
Sambung besok!



2 comments:

Anonymous said...

Ape kenangan manis tu?

timahtulis said...

Kenangan manis kau dan aku...... sambunggggg!!!

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...