Indochina: Bangkok - Siem Reap

Entry awal bertarikh:  14.10.2014

Bapak kita kata kita edbenceles. Tu brand basikal ke apa tu? Ahaha.

Alhamdulillah dah selamat sampai Siem Reap (sebutan siam rip, bukan saiyem rip lol) dari Bangkok. Dari Bangkok, naik tren jam 05:55 am ke Aranyaprathet. Tiba di Aran jam 12.15pm. Kemudian shared tuktuk dgn minah amerika (tah mana dia dtg tiba2 ada belakang aku so aku terus ajak share tuktuk sama) ke border. Kat border kami 'terjatuh ke kancah scam', ie kami dibawa ke ofis utk buat visa - padahal ianya tipu! Well aku tak risau pasal visa sbb Malaysia free visa tapi kesiankan minah Amerika tu. Nasib baik baca kat seat61, sume ofis before border tu adalah tipu semata. Visa yg sebenarnya bila dah sampai border Thai, dah cop2 then baru nampak instruction nak buat visa. So anyway, dah tau tu scam, so kami menapak dalam 5 min ke border yg betul.

Kemudian aku dimaklumkan officer immigration akan mintak duit sebarang dua. So aku keluarkan 20 baht, lipat & sorok dlm tgn in case officer mintak then aku akan letak je duit tu. Alhamdulillah takde mintak! Pheww


Dari thai border, aku menapak dlm lg 5-10min ke immigration Cambodia pulak. Office dia..... mcm storage room sahaja ok. Sedih aku tgk. Dah la lama gila queue, dekat setengah jam gak sambil aku menggalas anak tenuk seberat 10++kg TT__TT

keluar dari immigration Thai, akan nampak sign yang ni. perasaan happy tu takyah cakap. time ni aku dah lost si Jane minah Amerika tu. nampak tak mamat naik motor panggil aku tu? rupanya dorang ni ada servis hantarkan ke immigration office. aku buat bodoh je. jauh la jugak ofis nya daripada pintu gerbang ni. ada dekat 5-10 minit aku menapak. lepas aku balik aku ada terbaca ada orang cakap, kalau biasa cross border sini, semua akan tau yang immigration office yang betul adalah di kiri laluan jalan. yang kanan adalah scam. tapi aku sendiri masa ni, aku ke kanan jalan i.e. keluar dari immigration Thai dari belah kiri, then depan daripada gerbang ni aku cross jalan untuk ke kanan. Tak sure betul ke tak rumors ni tapi syukur alhamdulillah aku takde masalah apa2. Cuma ofis nya terlalu kecik, logik sgt kalau orang kata scam.


Immigration office nya. kecik macam storage room aje rupanya.


Lepas tu naik bas ke Siem Reap.

Eh panjang plak kita cite wak. Kbai!


****

Entry kemudia bertarikh : 19.6.15 - Updated.  Sebelumnya di sini.

---------------

Tarikh: 14 Oktober 2014

Hari tu aku bangun superbly awal. Kena awal sebab aku belum beli tiket lagi. tiket pulak memang kena beli on the spot. Aku bangun2 tengok mamat Jepun semalam dah takde. Dia ada bagitau dia akan check out jam 4. Yang peliknya satu bunyi pun aku tak dengar, masa bila mamat tu blah. Padahal dia duduk katil atas. Punya la tertib orang Jepun ni kan. Teringat time kat Jeju dulu, alarm clock aku bunyi cam gilak. Minah korea ni sampai ketuk2 kepala dia sebab bising sgt bahahaha (Ipah cerita kot?) Nampak sangat buruk perangai aku ni kan. Ok tiberrr nak cite, takde kaitan.

Pagi tu aku kelamkabut jugak la. Maklumla otak tak berapa nak berfungsi lagi, badan tak sempat warm up tetibe dah rushing sana sini. Pagi tu memang jalan lengang, Tapi masuk je dalam  stesen Hua Lamphong, orang seramai-ramainya. Buat aku terpikir, dorang ni tidur sini ke apa. Aku memang takde la nak cek the earliest train yang bergerak ie jam berapa sebenarnya stesen ni berfungsi tiap hari sebab masa tu blur. Episod blur ni berterusan sampai la aku balik KL. Heh.

Aku cepat-cepat ke kaunter dan beli tiket. Murah je tiket ke Aranyaprathet. THB 48. Tren bertolak jam 5.50 pagi, dijangka sampai jam 12 lebih. Beli je tiket, aku tanya tren aku di platform berapa, then terus aku naik. Kena cepat-cepat naik dan pilih seat. Aku pilih seat tepi tingkat belah kiri tren. Bagpack aku letak kat tepi seat aku, tak larat nak hangkut letak kat atas shelf. Anyway tren ni jenis 3rd class. Kerusi kayu yang jenis tak boleh recline dan bontot tu be ready jela untuk rasa sengal. Jenis tren ni saja yang ada untuk ke Aran.


Aku ada satu habit yang naik je public transport, lepas aku usha kiri kanan dan merasa selesa, kenderaan pun dah mula bergerak maka aku akan tidur. Lebih-lebih lagi kalau pagi aku terganggu (am not a morning person hiks). Macam naik flight, Baru je hidup enjin, aku akan tidur berdengkur sampai la dah stabil atas kapal tu baru la aku nak bukak mata. itupun kalau betul-betul takleh tidur la. kalau tak sepanjang perjalanan aku akan tidur hahah (c.c kepada kawan2 yang naik flight sama dgn aku hahaha) anyway ni sebenarnya tips untuk tak mabuk kenderaan. mabuk tu bukan semata-mata loya dan pening je. kira kalau turun je dari kenderaan tu then kau rasa tak selesa, or macam aku, aku akan sakit kepala utk seharian (spoil gila mood), tu kiranya mabuk kenderaan la tu. mesti korang tak tau kannn.

Anyway sambung balik. Bila tren start je gerak, aku pun hanyut. macam kena dadah dah, lena sungguh. padahal kepala lentok kat dinding kayu ni (meaning kepala kau akan sakit lah). lepas beberapa kali tren berhenti, baru la aku betul2 bangun. dan aku perasan ramai pekerja dan pelajar yang naik tren ni utk pegi keje dan pegi sekolah. gila.. dah la tren ni slow gila. kan aku cakap tadi aku tidur macam beriya kan? daripada jam 5.50 bertolak, jam 7 tu mata aku dah terbukak luas dah. nak cite tren ni slow gila sampai mata aku pun rasa boring nak tido. hahahaha. (ke aku sorang je yang gelak ni pfftt). time ni best la peratikan sekeliling. orang macam2 perangai, dengan orang naik menjajanya. kat railway pulak, selamba je dorang ni cross railway jalan lenggang kangkung. tak cuak langsung kot ada tren datang ke apa. siap ada yang berlari-lari kejar tren. ha.. macam drama Thai tak? hehe

Finally jam 12 lebih aku pun sampai ke Aran. Boleh refer cerita kat atas post ni ye.. hehe. 

Keluar daripada immigration Cambodia, ramai yang tarik aku untuk naik transport mereka. tapi aku dengar cakap akak backpackerbusuk, ikut je shuttle bus yang disediakan di luar immigration office tu. yes, memang betul shuttle bus ni akan bawak kita ke ofis satu-satu company ni tapi sekurang-kurangnya (bagi aku) aku percaya servis dia sebab backpackerbusuk dah try. kalau company lain, aku tak yakin sangat.

so aku tunggu shuttle bus tu. dalam setengah jam, naik bas utk ke stesen bas. dalam bas tu ramai yg nak sembang dengan aku sebab aku orang Malaysia. tak, bukan nak perasan. tapi bila kita ni sama-sama Asia, servis dorang lain sikit. depends, samada special atau worst daripada foreigners yang lain. sampai kat stesen bas, dorang bagi pilihan nak naik teksi, bas atau van. harganya masih sama macam backpackerbusuk tepek kat blog dia. naik bas 9 dollar. naik van 10-11 dollar macam tu. aku pilih naik van, memandangkan memang tak ramai orang masa tu untuk ke Siem Reap dan apa la beza sangat setakat 1-2 dollar (actually beza sgt ok. 1 dollar dah boleh beli air!)

sekejap je, dalam 15 min lepas tu, van pun sampai. condition van memang tiptop, macam baru jugak la. aku pilih seat depan (bukan sebelah driver). masa ni penat, terlepek rasa, dengan laparnya. memang pikir laparrrrr je masa ni. takde mood nak bersembang atau berkenalan dengan sape-sape. ada la dalam 10 orang jugak satu van tu. sepanjang perjalanan aku tak dapat tidur. jadi puas la perhatikan luar. lain sangat-sangat. Aku teringat masa pernah ke Ho Chi Minh City dulu. Tour guide masa kami ke Chu Chi tunnel ada cerita. Kalau HCMC ni tanahnya kering kontang, masuk je Cambodia, bermula daripada border, akan nampak hijau sehijau-hijaunya. Macam pegi Kedah la, nampak sawah padi dari hujung utara sampai ke selatan. camtu hijaunya. aku tak sempat buat research lebih pasal mukabumi Cambodia ni.

Hampir 3 jam lepas tu, tiba-tiba van berhenti di tepi jalan. dia suruh aku dan sorang mamat ni turun. aku pelik kenapa. dia cakap dan sampai. giler. tepi jalan kering kontang ni dia turunkan kami. tapi tepi tu ada 2 tuktuk. dalam aku blur blur tu, dengan mamat sorang lagi ni, driver tuktuk approach kami tanya kami nak ke mana. aku pun cepat-cepat keluarkan fon dan tunjukkan nama hotel aku. mamat tu angguk2 tau. so sama-sama aku dengan mamat foreigner tadi naik tuktuk.

Lupa nak cerita. Masa aku di Hua Lamphong semalam, aku dah booking hotel di Siem Reap. Susah jugak nak pilih hotel mana sebab aku nak cari yang dekat dengan town dan dekat dengan tempat makan halal. Kalau tgk blog backpackerbusuk, dia stay kat Mandalay Inn kalau tak salah aku. Last-last aku buat pilihan untuk stay di Siem Reap Holiday Garden.

Bila aku sampai dan diturunkan di depan hotel, aku suruh tuktuk tu tunggu kejap untuk aku confirmkan dengan hotel pasal booking aku. Tapi tuktuk tu cakap, dah betul la ni. Ni kampung aku katanya, depan tu perkampungan muslim dan ada kedai makan muslim. Phew lega la tak salah! So aku pun bayar harga tuktuk USD2, then terus check in. Aku dapat satu bilik besar, 2 queen bed. 2 malam harganya USD20 termasuk VAT. Gembira la poket aku kan hewhew. Hotel ni macam banglo je sebenarnya.


Malam tu aku ke restoren halal namanya Cambodia Muslim Restauratn (Hj Ismail). Tak ingat makan apa. Total USD 7.75. Bayar dalam USD, dia pulang belen dalam Riel. cissss. FYI jalan kat situ gelapppp so aku tak berani nak ambik risiko nak berjalan-jalan sensorang. Tunggu besok aku dah usha kampung, boleh la keluar malam. So malam jadi pendek, aku tido awal malam tu.


p/s: gambar limited. kalau ada nanti aku update lagi.

No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...