Indochina: Finale - Balik!

Tarikh: 16 Oktober 2014

Sebenarnya niat asal aku nak extend trip ni sampai 21 haribulan, tapi aku dah tak larat, Ni first time aku buat trip 2 weeks non stop dan jujurnya aku tak ready nak travel lebih lama. Ready dari segi mental, fizikal dan kewangan. 

Semalam masa aku ke night market, aku singgah satu booth ni. macam tiket kaunter bas. dia ada jual tiket bas balik ke Bangkok. Aku dah beli tiket flight balik ke KL daripada Bangkok bertarikh 17 Oktober 2014 (tapi tak sure bila aku beli, first night masa di Siem Reap kot? pinjam PC kat lobby untuk beli tiket. RM100 1 way.) Harganya lebih murah berbanding masa aku beli di Poipet. Aku pilih naik van, dan dapat USD 11 utk sampai ke Bangkok. macam murah kan? dan minah tu beriya-iya convinced kan aku yang van akan sampai di Bangkok selewat-lewatnya jam 2 petang. tips: jangan percaya. try to estimate it yourself.

So awal-awal sepie lepas subuh, dalam jam 5.30 pagi, aku dah check out. reception pun belum bangun lagi masa tu. nasib baik orangnya terjaga dan cepat-cepat attend aku, sebab bukak je pintu guesthouse, dah ada kereta yang menanti. kereta ni akan pick up beberapa orang dan bawak kami ke stesen bas/van. dari situ, kami berpindah naik van. total ada dalam 10 orang. aku pilih seat yang paling belakang sekali.

sepanjang perjalanan tu aku tak dapat tido. mungkin sebab too anxious. dalam van, depan seat aku, ada dua orang pakcik cina ni cakap dengan suara yang kuat. loghat dorang memang tak berapa nak paham - a mix of chinese, japan, & korea. bila pakcik tu keluarkan paspot dia, aku sempat usha-usha, baru la nampak warganegara china. haipp patut la bising nau. sampaikan ada foreigner lain tegur suruh diam. masalahnya pakcik berdua ni tak paham bahasa, literally. 

jam 9-10 pagi, akhirnya kami tiba di Poipet. aku agak blur immigration mana nak pegi, kemudian ada beberapa orang yang usher aku untuk naik ke immigration office di atas (naik tangga). hampir sejam, barulah aku selesai urusan immigration dan masuk ke Thailand. sekali lagi aku blur. sebab van tadi dah takde. so aku kena cari orang untuk bawak aku ke van yang sebenar. masa ni la aku kena bertanya sana sini, sambil tunjukkan tiket dan sticker yang aku dapat masa naik van awal pagi tadi akhirnya ada sesorang yang panggil aku dan bagitau aku akan naik dengan dia. dah lega. kami tunggu kejap kat tepi jalan tu sebab nak tunggu pakcik china tadi. lama jugak, hampir setengah jam tunggu.

tapi yang lawaknya pakcik china ni, dorang taknak naik pulak dengan kitorang. sambil cakap bahasa mereka sendiri. dorang buat bunyi dan signal yang pelik-pelik............... dan akhirnya setelah masuk interference daripada pemandu beca, baru la paham sebenarnya dorang nak naik tren. adui lawak dan sakit hati pun ada. kita ni menunggu macam kartun.

so anyway, aku ikut mamat ni. jalan jauh. ingatkan terus naik van, rupanya pegi kat booth stesen bas dia dulu. ya ampun. dan dia suruh aku tunggu je situ sampai dipanggil. kat situ ramai orang, dan aku pun tak sure apa yg sumorang tunggu. sebabkan lapar, aku pun singgah ke kedai kejap beli jajan. tapi aku masih tak dipanggil. so aku tanya pada tokey bas, dia pulak tak paham apa aku cakap. aduiii.. nasib baik ada translator kat situ dan dia inform yang aku kena tunggu untuk naik bas. memang tak la kan nak tunggu sampai bila. masa ni survival skill haruslah digunakan. aku tunggu sambil menelinga apa je yang dorang cakap. then macam tau-tau je, ada satu van ni sampai. driver van dah sebut-sebut Bangkok. aku pun apa lagi, terus menyusup masuk ke dalam van. fuhhh.. lega dapat seat. hati aku dah tak sabar nak balik.

Ingatkan boleh sampai Bangkok terus. Rupanya tak! Ada satu kali tu driver drop kan kami kat stesen minyak. Dan dia menghilang ke mana. Dekat sejam ada jugak la. dah la takleh nak makan (memang takde food court, cuma ada mart). Stress gila aku rasa masa ni. Harini memang rasa macam my unlucky day.

Petang tu kami selamat sampai di Bangkok. Semalam aku tanya masa beli tiket, dia kata kami akan diberhentikan di Khaosan Road. Pada aku ok la nak cari mana-mana hostel nanti. Tau-tau je kami di berhentikan di Pratunam. Ok, am totally not prepared for this. Memang la Pratunam best la apa la.. tapi nak cari hostel memang susah.

Masa ni aku nampak beberapa hostel, dan aku cuba tanya-tanya. Takde katil, dan definitely overpriced. Harga dua kali ganda daripada hostel di Hua Lamphong. Aku terpikir nak naik tren dan balik ke hostel tu, masalahnya Pratunam ni takde tren. Dem masa ni I really wish I had an internet or my guide book. Last option, aku naik tuktuk dan mintak dia bawak hotel yang murah-murah.

Not a wise decision. Nasib baik dia tak culik aku. Tapi dia bawak ke hotel yang hujung dunia mana tah, price for a night was THB 1000. Gila. masa ni menyesal tak stay je kat hostel di Pratunam. Tapi itulah pengalaman kan.

Malam tu aku tidur je, sampai la besoknya. Besoknya, 17 Oktober 2014 terus check out dan bertolak ke Don Mueang airport. 

Maaf takde gambar untuk entry ni. Aku terlalu stress waktu ni dan memang takde amek gambar. Jiwa dah pikir nak balik rumah je. So skang korang tau la betapa tak best nya jalan sorang. Bila stress, mula la otak takleh nak pikir dan buat benda-benda pelik. Apapun syukur aku selamat pulang. Dan pengalaman ni dah tentunya membangkitkan jiwa aku nak backpack sorang-sorang hewhew.

So begitula cerita panjang pendek Indochina aku. Maaf lambat habis cerita. Maaf sebab lebih banyak membebel daripada share info. Harap korang terhibur baca aku membebel hewhew.

Boleh klik link bawah ni untuk baca part Indochina dengan teratur. 



Till then!


3 comments:

Mohsein Mazlan said...

As salam Sis,
Antara blog Indochina trip menarik yg saya jumpa.
Berguna sgt utk buat reference.
Thank you for sharing!

timahtulis said...

Thank you! Bila pergi?

timahtulis said...
This comment has been removed by the author.

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...