*******
Tarikh: 12 Oktober 2014
Sebaik saja tuktuk menurunkan aku di stesen keretapi,
jantung aku mula berdegup dengan kadar laju. Macam orang tengah marathon aku
rasa. Rasa lain bila nak bergerak solo ni, walaupun aku dah pernah buat dulu.
Dulu, aku start dari bumi yang aku familiar, kemudian ke tempat yang tak
familiar. Kali ni, aku start di bumi yang tak familiar dan akan ke
tempat-tempat yang aku tak familiar. Paling penting, punca utama aku berdebar
sampai nak tercabut jantung sebenarnya sebab aku tak cukup cash untuk current
currency. Pening jugak bila pikir pasal benda ni.
Lepas lambai Ipah, tengok tuktuk dia dah bergerak, aku pun
tarik nafas panjang. Yosh! Meh beli tiket! Ok ni benda penting yang aku kena
share dengan korang pasal jadual keretapi Thai dan harganya. Kalau korang google,
takde satu pun yang akan menunjukkan web dengan harga yg sebenar. Semuanya dah
mark up. Last last aku bukak www.seat61.com
macam biasa. Kat situ dia ada tepek jadual tren dan berapa harga. Siap ada
gambar jenis koc mana nak pilih. Since dah ada pengalaman naik third class,
kalini aku bijak sikit naik second class seat fan train. Harga dia THB 431.
Sebenarnya yang bagus bila dah buat research pasal tren ni, first, dapat la
kita bajet berapa expenses. Second, takde la macam peghak sangat dan kelamkabut
baru nak decide nak amek koc jenis apa, pukul berapa. Pendek kata, masa beli
tiket tu nampak la kita macam cerdik sikit. Hahah. Jangan lupa siap siagakan
sekali passport tu, sebab kaunter tu akan mintak passport.
Kenapa aku amek second seat with no fan? Senang je jawapan
dia. On budget! Tapi aku Nampak ramai foreigner pilih katil. Terpulanglah kan.
Sejam menunggu lepas beli tiket, tren aku pun sampai.
Cepat-cepat aku naik sementara takde orang. Kalau takde orang, boleh la nak
buat peghak sikit. Hahah. Seat ni ada nombor ye, so pastikan duduk ikut nombor
yang dibagi. Jangan sekati je nak pilih seat mana.
Tren aku mula bertolak jam 5.30 pm. Tepat. Sampai Bangkok
je yang tak tepat. Sebab banyak sangat stop dan stop yang lama. Perjalanan dari
Chiang Mai ke Bangkok adalah satu perjalanan yang sangat membosankan. Lagi-lagi
sebab aku takde duit, aku nak beli air atau makan pun tak berani sebab takut
duit tak cukup (sebenarnya cukup je. Last-last aku beli air, siap ada belen lagi
duit aku.) Sepanjang perjalanan, aku cuba baca novel. Aku cuba tidur. Aku cuba
menulis. Tapi semuanya B.O.S.A.N. Masa ni la aku terasa sangat ketiadaan Ipah
TT___TT
bye Chiang Mai. Sayu sikit time bertolak ni.
Tarikh: 13 Oktober 2014
Aku sampai di Hua Lamphong hampir 16 jam selepas aku
bertolak, iaitu pada jam 9.30- 10.00 am besok paginya. Ohoi.. lemau gila masa
tu. Aku turun je tren terasa nak melompat lompat! Memang tersengih macam orang
gila dah wei. Dan tetibe flashback melarikan diri ke Bangkok tahun lepas
kembali ke ingatan. Lagi la aku sengih sensorang. Hehe. Sempat lagi bergambar
kat signboard Bangkok.
yeyeahh Bangkok!
Sebenarnya aku memang takde specific plan. Samada aku nak
teruskan ke Siem Reap atau nak balik KL. So aku takde buat research
sungguh-sungguh sangat, research asal boleh jela. So first sekali aku pegi ke
kaunter tiket. Tanya tiket ke Aranyaprathet jam berapa. Aku dah tau tapi
buat-buat Tanya dan confirm kan sekali harga tiket. Lepas confirm harga tiket,
aku jadi bertambah yakin nak ke Siem Reap. Hati aku memang masih belum nak
balik, cuma aku tak berapa nak yakin nak ke Siem Reap sorang-sorang.
Aku mundar mandir kejap kat stesen Hua Lamphong. Menikmati
suasana di sini. Hehe. Aku taktau ni perangai aku atau memang ada orang buat
macam ni. Aku ni memang jenis yang kalau blur, aku akan blur gila. Otak tak jem
tapi otak macam tak berfungsi bahahah, dan otak aku masa tu buat aku rasa hidup
dalam mimpi. OK so nak cite nye, blur aku masa tu buat aku buat benda-benda
yang kalau otak aku boleh berfungsi, aku takkan buat benda gini. Contohnya
berdiri tengah alam stesen ni kemudian perati sekeliling sambil
tersengih-sengih.
Then aku nampak money changer. Duit USD yang ada kat
tangan, aku tukar kepada duit thai baht. Baru rasa lega. Setakat yang aku tau,
Cambodia dan Laos yang banyak guna USD, Thai lebih suka local currency. Tu yang
buat aku cuak bila aku tak cukup thai baht. Sempat bersembang dengan farang yang sama-sama tukar duit kat
situ. Mamat tu cakap kad dia hilang. Gila tak. Scary weh hilang benda penting.
Selesai tukar duit, aku melepak lagi kat stesen tu.
Kebetulan aku cek wifi, ada pulak satu wifi ni yang ID dan password nya ada
orang share kat BBM. Tak sia-sia aku screenshot bendalah tu, dapat la guna free
wifi sat. Update orang-orang tersayang sebelum terus melangkah.
Tadi masa aku Tanya tiket tren ke Aran, gadis kaunter
maklumkan pada aku tren ke Aran cuma ada dua; pagi buta dan petang. Disebabkan
aku taknak pegi petang (takut nak ambik risiko tak sempat nak cross border dan
ke Siem Reap, dan nak cuci baju busuk 1 beg), so aku pilih nak tidur dulu
semalam di Bangkok. Aku sempat bertanya pada pekerja yang berada di stesen
keretapi tu dan ada yang menunjukkan kepada aku ada hostel di seberang jalan.
Memang ya. Seberang jalan tu dah boleh Nampak Hua Lamphong
Backpacker Hostel (ke gitu la nama dia). Aku pun terus ke sana. Niat nak tidur
semalam je so kalau boleh nak cari yang murah-murah je. Bila Tanya harga, tercekik
aku. Sebenarnya consider murah la. Kalau tak salah aku 350 baht ke macam tu.
Tapi harga tu aku boleh dapat 1 bilik utk 2 orang di Chiang Mai. Hehe. No
choice, so aku ambik je katil tu.
Katil double decker, mixed dorm. Takde female dorm. Unless
nak ambik private room. Memang tak la kan sebab taknak lari bajet. Aku orang
first masuk bilik so aku boleh cop katil bawah, ngadap sliding door yang boleh
nampak town. Sementara takde orang, aku pun mandi cepat-cepat dan bantai tidur.
Eh. Yeke aku bantai tidur? Ke aku takleh nak tidur? Heh. Biasa la ada time-time
over exhausted, mata macam meragam taknak tidur pulak. So anyway, aku hangkut
satu beg aku turun dan basuh kat laundry yang disediakan. Siapkan aje la
duitnya (coin boleh tukar kat kaunter). Aku sempat brunch kat situ (ada cafe
jugak. Bagus hostel ni) makan tomyam dengan telur mata dan nasi.
the room. yg ada beg tu katil aku.
laundry area.
nice kan?
Oh ye, before aku keluar dari bilik, aku sempat jumpa
sorang roommate aku. Perempuan. Aku tak ingat dia dari mana, Hungary or mana
tapi yang penting dia cakap bahasa yang aku tak paham hahah. Kami sempat
berkenalan dan bersembang, berbasa basi masing-masing dari mana ke mana.
Biasalah farang ni kebanyakan yang
datang bumi Asia ni suka ke pantai. So gadis putih ni kebanyakan masa dia di
pantai, dan ada beberapa tempat yang dia pegi dan dia jadi volunteer. Masa dia
jadi volunteer (mengajar English serba sikit), dia dapat la free accommodation.
Aku tak ingat mana dia pegi. Cuma aku ingat, aku bagitau aku dalam masa
seminggu rushing dari Hanoi ke Sa Pa, then Laos, Chiang Mai then Bangkok, dia
jawab.......... tak fun trip aku sebab rushing semua benda. Aku pandang je dia
sambil sengih-sengih. Yeah we have our inconveniences in doing things we like.
Tapi bagi aku itu dah cukup bagus dah daripada aku asyik tertunggu masa dan
peluang.
Petang sikit, aku dah mula bosan. Aku tak minat nak
pusing-pusing pekan Bangkok ni sebenarnya. Sebab Bangkok sesak dengan orang dan
kebanyakan tempat kat sini, tarikannya ialah shopping. So mula-mula sekali, aku
keluar cari makan. Dah ramai orang share tempat makan halal kat Bangkok ni,
sampai aku rasa dah hafal directionnya walaupun tak pernah sampai. Dari hostel
aku, ada 2 gerai halal. Aku kena cross jalan macam nak ke stesen Hua Lamphong
semula. Dari situ, aku ke kanan. Terus je lalu jalan-jalan tikus. Bila ada
simpang, masuk ke kanan. Hujung simpang, belok kiri. Kedai halal ada di hujung
jalan. Memang boleh nampak tukang masak dia pakai tudung. Aku beli kuetiaw pad
thai. Sedap dan banyak. Tapi aku rasa masakan dia tak bersih. Sebab besoknya
aku asyik keluar masuk jamban. Orrrr sebenarnya gastric aku buat hal yang
menyebabkan aku asik ke jamban. Tak sureeee.
gerai makan halal.
berdepan dengan kedai ni ada satu lagi gerai halal.
Malam sikit, aku still bosan taktau nak buat apa. Mula aku
tanya kat kaunter, mana best nak pegi. Dia suruh pegi Asiatique. Tapi i kenot
bear the risk to get lost at the place I’m not familiar with dan aku takde
proper equipment if anything happen so aku pilih untuk ke Silom. Silom ni
actually red area jugak kalau tak silap, tapi dia ada jugak night market.
Dari hostel, aku balik ke stesen keretapi. Kat tepi tu ada
tangga untuk ke MRT. Senang je tapi serius aku dah lupa (akibat penuaan). Kena
exchange from MRT ke BTS ke camne tah tapi kena tukar stesen utk sampai ke
Silom. Tahun 2013 aku stay kat Silom ni, masa tu tengah pesta air. Sempoi je
aku melayan night market dia. Sempat aku beli satu cap sebab terkenangkan
kepanasan Chiang Mai (nasib baik beli sebab Siem Reap panas gila). Aku main
jalan je sampai la aku tersedar yang aku dah tersasar jauh dari landasan
BTS/MRT.
Masa ni macam-macam aku pikir. Kalau ada Ipah, tentu dia
bebelkan aku punya sense of direction. Teringatkan ada orang pesan kat aku,
ikut direction railway kalau nak tau tren kat mana. Aku cuba-cuba tanya orang,
tapi ada orang takut dengan aku sebab pikir aku nak apa-apakan dia. Last last
baru dorang paham apa aku nak tanya. Leul leul (ikut ejaan Hanis Zalikha). Dan
lepas aku tengok Adnan Sempit Sawadikap, baru aku paham kenapa benda senang yang
aku tanya, local sini tak paham dan takleh jawab. Rupanya aku kena tanya ikut
lenggok Thai yang ala-ala gedik seksi dan manja, gitteww tips kau Shaheizy Sam.
Anyway, Alhamdulillah aku selamat sampai ke hostel. Sempat
aku singgah dulu 7E, beli air dan snack untuk perjalanan aku besok. Balik
bilik, aku bersembang pulak dengan
sorang lagi roommate baru. Laki, Japanese, dan masa aku balik tu dia tengah
minum arak. tapi nampak la dia respek aku, sebab dia sorokkan botol beer dia.
Sambil sembang, aku pack beg aku untuk besok. Besok pagi train aku jam 5.50,
jadi aku nak kena check out selewat-lewatnya jam 5.15 pagi. Mamat ni lagi best,
dia naik flight balik ke Tokyo. Route dia macam ni -> train ke Don Mueang,
then flight from Don Mueang airport to KL (or Singapore), then flight to Tokyo.
Gigih tak wei. Aku tanya kenapa nak naik train, dia cakap dia suka. Dan dia
memang selalu ke Thailand sebab Thailand murah. Alaaaa sebenarnya kau nak cakap
kat sini murah bab beer and sex
kannnn bahahaha. Muka aku kena maintain innocent baru la orang tak beriya
sangat nak explain hahah. Mamat tu keluar je bilik, aku pun terus berdesup tidur.
Selubung satu badan dengan selimut sampai ke kepala.