PKPB dan Sabah

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

5 bulan lepas PKP tamat, kita dah masuk PKPB pulak.


Sempena kita bakal PKPB ni, aku nak abadikan cerita aku merayap di Sabah.

Untuk kaki travel, soalan ni merata-rata kita nampak orang bertanya : When Can We Travel Again?
Ada pakar yang anggarkan mungkin selepas adanya vaksin Covid-19, iaitu sekitar tahun 2022 - 2023. Pheww.. naya nak tahan nafas tak boleh nak merayap sampai 2023, ye tak. Mati kutu juga kita kalau statik di tempat yang sama. 

Sebenarnya ada beberapa tempat yang masuk dalam perancangan travel aku bagi tahun 2020. Sayangnya dek kerana Covid-19 ni, tempat banyak tutup atau tak sesuai nak lawat. Jadi, bila office nak buat family trip untuk ke Kota Kinabalu, aku pun ambik kesempatan untuk panjangkan langkah aku waktu di sana. 

Tiket pergi-balik ditanggung oleh office, tapi kiranya tiket balik aku burn sebab aku balik asing. Tiket balik yang sebetulnya, aku gunakan tiket yang sebelumnya yang aku tukar tarikh. Macam ni.. sepatutnya aku ke KK 6 Sept - 10 Sept tapi tiket ni burn (sebab takkanlah aku nak pegi KK setiap minggu?) kemudian tiket 10hb tu kebetulan Air Asia memang tukar flight, which kalau aku tak setuju, aku boleh tukar ikut tarikh yg aku suka. Jadi aku pilih : pergi dengan office pada 16 Sept, balik guna tiket yang aku beli sendiri dan balik pada 20 Sept. (Cerita panjang-panjang ni supaya besok-besok aku baca balik, aku ingatlah).

Trip dengan office setel pada 18 Sept. Jadi bermula petang 18 Sept, aku bawak diri merayap sorang-sorang.

18 September 2020

1) Check in hostel. Aku ambik bunk bed for 6 pax. Murah sangat2. Tapi kawasan dia memang scary. Aku jumpa si Tja kawan aku di Sabah, dia marah aku sebab stay "red area". Manalah aku tau aku cuma ikan bilis aku tengok review macam ok jak.




mural di hostel. 


Aku stay di Toojou Hostel. Memang lawa dari luar. yang tak lawa ialah kawasan sekeliling. scary sampai menyesal aku pilih tempat ni. tapi bila masuk dalam, ok sikit aku rasa selamat. katil ok, bilik bersih. yang tak ok ialah toilet. kotor. aku tutup mata nak mandi. faham tak, aku dah la rabun tapi masih ternampakan kotor sampai kena tutup mata. entahlah sebab dah tua atau dah biasa selesa. dulu ok je tidur hostel USD1, yg bilik macam nak roboh. huhu.

Stay 1 malam di Toojou Hostel. Bunk bed for 6 pax, kos hangus RM40.00.

2) sewa kereta Axia dengan NHTravel. Mudah sangat-sangat berurusan dengan Cik Nurul. Dia tolong booking kan semua sekali tempat yang aku nak pegi.

Sewa Axia 2 hari, kos hangus RM200.00. Isi minyak full tank dalam RM40.00 kot.

3) Dinner di Little Sulap. Price aku tak ingat, dalam RM15 macam tu?

5 bintang aku bagi. sedap nasi dan lauk ni cuma aku tak 
makan masam sangat so tak berapa boleh telan yang jeruk-jeruk tu.


Lepastu sambung ngopi di October Coffee House. I chose this cafe sebab October is my favourite month hihi.



Area Gaya Street banyak hostel backpacker & banyak kedai hipster. Area ni recommended if korang nak stay.


19 September 2020

Pagi-pagi lagi Tja dah kutip aku. Dia datang hostel dengan kereta comel dia, so aku pun tinggal je kereta dekat hostel & bajet nak naik grab bila balik dari main laut. Aku memang pegi sehelai sepinggang je wuwu.

Tja bawak aku breakfast di Mapley lepastu foto di Pillars of Sabah. Kata Tja, Pillars of Sabah ni dulu tempat pejabat pos yang dah dirobohkan.

Lepastu Tja hantarkan aku pegi Jesselton Jetty untuk aku naik bot ke Pulau Manukan. Waktu ke Pulau Manukan aku dah start gerak solo. Aku ingatkan aku akan nervous, rupanya tak. Aku betul-betul chill dan okay je gerak sorang. Takde rasa awkward ataupun lonely. Cuak sikit, yes, which ada orang ajar aku banyakkan baca la hawla wala quwwata illa billah waktu nervous, sebab zikir tu bermaksud kita menyerahkan segala urusan pada Allah dan berharap Allah akan pelihara kita dari segala musibah dan bencana.

1) Parasailing & Pulau Manukan Trip

Aku buat parasailing. 
Serius ingatkan takut, tapi ok-ok je la. Macam bosan pun ada haha.
Mujur ada member kat sebelah kalau tak, mati kutu jugak.
Yes, cuak kalau pikir terjatuh dalam laut biru bawah tu tapi selain dari tu..
ok je takde takut apapun. angin pun takde so takde la kuat sangat terbang.


turun dari laut tu jumpa Aizat!! weee.

Pada aku, kalau betul-betul nak pegi pulau untuk snorkeling, pegi pulau yg memang buat utk snorkeling. sebab macam aku ni, bot drop kat pulau. then kita sendiri pegi berenang untuk tengok ikan. untuk orang tak pandai berenang macam aku, memang aku tak pergi jauh dari pantai la kan.. just berenang tempat cetek then balik ke pantai. tu je. sendu betul.

Then bila sampai jeti balik, aku baru terpikir satu masalah. Aku takde baju nak balik T_T so terpaksa keluarkan duit lebih untuk beli baju (yang ada waktu tu memang baju swimming eh kelakar tak) with the price of RM60.00 sepasang. Burn duit sis.

Aku terus balik ke kereta yang aku park dekat hostel. Cari KFC untuk tapau dan terus drive menuju tempat seterusnya - Polumpung!

Kos Hangus: parasailing RM60 & pulau manukan RM60


2) Polumpung

Polumpung camp site ni ialah sungai yg mengadap Mount Kinabalu. Tempat dia ok la selesa. Ada toilet awam, surau awam, tidur dalam tent. Rasa macam sekolah-sekolah dulu je huhu.

Kos sewa khemah, sewa dapur, sewa toto dan entrance fee dalam RM40++.



view dari dalam khemah

view lepas Subuh

masyaAllah view dia. worth it!



Sekian, tu saja yang saya mahu share.

Layan la ni bha view sunset dari Tanjung Aru.



No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...