Hidup Berdasarkan Rahmat Allah, Bukan Usaha Sendiri

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------

Alhamdulillah pagi ni Allah bagi kesempatan untuk dengar segmen Prof Muhaya di Radio Zayyan. Walaupun sekejap, ada beberapa point yang aku sempat dengar dan aku rasa kena tulis cepat-cepat supaya tak lupa, supaya jadi rujukan diri sendiri di masa hadapan.


1) Manusia hidup dengan 6 keperluan


i) perlu kepada rasa secure/ rasa selamat
ii) perlu kepada kepelbagaian / ada kelainan
iii) perlu kepada kasih sayang / rasa cinta
iv) perlu kepada rasa significance/ rasa dirinya penting

bila cukup yg 4 ni, biasanya manusia mesti nak merasa yang ke5 pulak:-
v) perlu kepada growth / rasa dirinya perlu berkembang

seterusnya, bila dah cukup ke5-5 keperluan di atas, manusia akan ada rasa :-
vi) perlu kepada sense of contribution

manusia ni secara nature memang suka untuk tolong orang, sebab tolong orang ni boleh buat diri kita jadi happy. Siapa yang buat baik, terima baik dan lihat kebaikan, hormon serotoninnya akan meningkat. Hormon ini yang penting untuk hilangkan depresi dan stress. 

Jadi orang yang belum rasa secure, belum cukup kasih sayang, belum rasa dirinya penting, tidak ada kelainan, tak merasa dirinya makin baik = bermakna belum cukup 5 keperluan sebelumnya, orang ni akan merasa susah untuk menolong orang lain. Orang yg ini, kita kena rasa kesian pada dia sebab dia belum rasa cukup, rasa insecure, rasa inferior. So kita kena tolong dia, bagi dia rasa cukup. Orang yang sudah merasa cukup, dia akan suka menolong orang lain. Jadi kita kena check diri kita, adakah kita ni dah rasa cukup? Adakah kita ni suka menolong orang lain?


2) Hidup Berdasarkan Rahmat Allah, Bukan Usaha Sendiri

Konsep hidup ni kita kena bertawakkal kepada Allah terlebih dahulu, barulah kita berusaha. Sebagai contoh, bila kita keluar dari rumah, kita dah berdoa siap-siap "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, wa la hawla wa la quwwata illa billah". Maknanya kat sini, kita dah berdoa dan bertawakkal pada Allah, kemudian barulah kita keluar berusaha.

Kenapa konsepnya begitu? Sebab hidup kita ni bukanlah atas usaha diri kita semata-mata. Allah jadikan kita ni hambaNya di dunia untuk menjadi khalifahNya, dan semata-mata beribadah kepadaNya. Jadi usaha kita sebenarnya adalah 'ubudiyyah, amalan ibadah kita untuk Allah swt. Hidup kita hanyalah berdasarkan kepada rahmat Allah azza wa jalla. 

Jadi manusia yang berkata; hidupku berkat usaha kudrat 4 keratku sendiri -> sebenarnya manusia jenis beginilah yang kedekut. sebab dia berdasarkan hidup pada usahanya sendiri. Bayangkan kudrat manusia, berapa lama boleh bertahan? Ianya limited.

Tapi manusia yang berkata; hidupku hanyalah kerana dari rahmat Allah swt -> manusia begini akan jadi pemurah. Sebab dia tahu, rahmat Allah tu berganda-ganda, unlimited.



So pada Jumaat barakah ni, kita periksa la diri kita. Samada hidup kita berlandaskan prinsip hidup atas rahmat Allah atau usaha sendiri; dan samada kita merasa cukup dalam hidup kita? Jom kita berdoa semoga Allah menjadikan kita merasa cukup dengan apa yang ada, apa yang telah Allah berikan kepada kita setakat ini; dan sekiranya apa yang telah Allah berikan pada kita adalah tidak mencukupi, semoga Allah menambah dan menutup setiap kekurangan diri supaya kita merasa cukup dan sentiasa rasa bersyukur.

Wallahu'alam.



This, too, shall pass - Sejauh Mana Kebenarannya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------




Saya ada manuskrip.

Tajuknya Mengejar Langit Biru.

Jalan ceritanya mudah, menceritakan bagaimana saya bangkit kembali selepas putus asa. Konsepnya, sebagaimana langit sedia ada biru, biarpun dilanda hujan badai ribut taufan, langit kelam atau gelap akan kembali pada sifat asalnya - iaitu biru. Begitu jugalah manusia, biar diuji sehebat mana pun, akan ujian semuanya berakhir dan hati akan kembali tenang.

Tapi saya tak mampu nak menghabiskan manuskrip. Mungkin kerana saya tak berani membicarakan hal positif, sedangkan saya pada realitinya hanyalah kekadang saja yang positif. Ataupun mungkin kerana saya tak berani untuk menjiwai watak; watak seorang yang berputus asa. Mungkin saya takut akan kembali sebegitu lagi.

"This, too, shall pass", adalah frasa kata yang selalu diulang-ulangkan oleh motivator. Yasmin Mogahed, Raja Sarina Iskandar, Aida Azlin, pun turut mengungkapkan yang sama. "All the problems, feelings we feel inside, are all temporary. Like dunya, everything in this world is temporary." Sounds like an assurance, really.



Pada satu masa, saya berpegang pada kata-kata tersebut. Semuanya sementara, yakinlah pada kuasa Allah, Allahlah yang menggerakkan hati dan perkara, dan insyaAllah semuanya berada dalam aturan dan kehendak Allah swt.

Saya ibaratkan perkara-perkara sebegitu contohnya seperti temuduga, ataupun berselisih faham dgn kawan-kawan. Semua masalah adalah sementara tak bermaksud saya mengenepikan masalah, sebaliknya saya yakin utk tidak terlalu sedih dgn masalah yg ada sebab masalah tersebut akan pulih.

Key point: pulih.

Saya percaya semua masalah ada penyelesaian dan semuanya akan kembali pulih.

Kemudian Allah uji keluarga kami dgn berita bahawa emak saya disahkan kanser. Pada waktu fikiran di luar normal, saya sedikit sebanyak memarahi motivator di luar sana yang terlalu mengagungkan frasa "this too shall pass" "this is only temporary". Pada saya, ini bukanlah masalah yang kecil. Ini masalah yang harus ditanggung seumur hidup. Masalah ini, atau penyakit ini, berakhir dgn kematian ataupun hidup tapi sakit seumur hidup. Maka, apakah jalan keluar yang ada? Apakah ertinya "this too shall pass" "this is only temporary"? (note: alhamdulillah emak saya disahkan bebas kanser tapi masih perlu makan ubat lagi).

Kemudian keluarga saya diuji lagi dgn ujian yang berat. Kakak saya, sakitnya juga perlu penjagaan sehingga ke akhir hayatnya. Jadi, apakah maksudnya apabila ada yang berkata, semua masalah adalah sementara?

Saya tak menyalahkan mana-mana pihak yg mengeluarkan ayat-ayat sebegitu. Ayat sebegitu pernah "menghidupkan" jiwa saya semula. Mungkin saya yang terlalu negatif menafsirkan frasa tersebut.

Tapi cubalah anda bayangkan. Sekiranya kita terperangkap sebagai hostage, apakah yg akan bermain di fikiran kita waktu tu? Adakah kita akan berkata, "tenang timah. InsyaAllah Allah bantu. InsyaAllah semuanya akan pulih & kita akan selamat." Tak. Kita takkan terfikir benda tu. Kita akan fikir cuma ada 2 kemungkinan - 1, kita akan mati. 2, kita akan selamat. Kemungkinan yg ke2 tu kita rasa tipis, tapi sebab adanya keyakinan pada Allah, kita percaya pada magik Allah utk selamatkan kita. Keyakinan pada Allah tak berubah tapi boleh ke kalau saya katakan yang peratusan saya yakin saya akan selamat cumalah 5%? Sebab saya mahu berada dlm realiti pengakhirannya masalah nanti bagaimana. Bukanlah mahu negatif semata, tapi ye lah.. realitinya waktu sebegitu, bagaimana mahu positif?

Kadang-kadang, takkan ada jalan keluar dari satu-satu masalah. Ya, ada alternatif bagi "membaikpulih" masalah, tapi tetap tak ada jalan keluarnya. Tapi kita kena yakin pada Allah, Pencipta Langit dan Bumi, Pencipta Dunia & segalanya, bahawa setiap yang Allah jadikan sudah tentu ada hikmahnya.

Kita kena yakin, yang Langit Biru kita cari tu mungkin bukan di dunia ini, tapi di akhirat sana. Menunggu kita dgn pelangi 7 lapisan.

Jadi saya kena tanamkan dalam diri - this too shall pass, bermaksud : kalau bukan di dunia ini, ganjarannya nanti di akhirat insyaAllah.



Berilah Peluang Kedua dan Peliharakanlah Aib Yang Lain

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------

Dalam perjalanan ke pejabat pagi ni, macam biasalah kita rasa lemau je pagi-pagi. Jadi aku cuba cari motivasi untuk bersemangat. Ada kawan berpesan, setiap kali rasa lemah imah, bersyukurlah. Kalau tak ada perkara nak disyukurkan pun, cukuplah sekadar bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup.

Peluang untuk hidup - besar ertinya. Aku terfikir betapa banyaknya kekurangan diri dan betapa Allah Maha Kaya dengan budi pekerti - Arrahman & Arrahim; dan kita masih dibenarkan hidup walaupun kita ni banyak buat silap.

Sebagai contoh,

Allah sentiasa memaafkan. Tapi aku? Bila orang dah buat silap, selamanya aku akan ingat dan berdendam. Sedangkan bila aku buat silap, Allah sentiasa beri peluang untuk aku memperbaiki diri. 

Allah sentiasa memberi peluang kedua. Tapi aku? Kalau orang buat silap, aku susah nak beri kepercayaan pada mereka untuk buktikan diri mereka. Sedangkan Allah sentiasa beri peluang pada aku, buktinya ialah aku masih hidup untuk memperbetulkan apa yang tersilap semalam.

Dan Allah tidak pernah membuka aib. Tapi aku? Kalau marah orang tu, tak reti nak perlahan suaranya, tak reti nak tegur dalam diam atau nada yang tidak membentak-bentak. Sampaikan orang yang dimarah tu rasa malu dengan kawan sekeliling. Sedangkan Allah tak pernah sekali membuka aib aku walaupun dosa aku menggunung.

Bayangkan, kalaulah Allah itu sifatnya seperti manusia - dah tentu kita ni yang berdosa sudah dihukum bunuh, kiranya dah banyak sangat salah sampai tiada ampunnya lagi. Huhu.

Dan harini juga Love Letters dari Aida Azlin sampai ke email. Aku suka nak highlight yang ini :-


Azam saya untuk hari ini, saya nak jadi orang yang baik yang memaafkan orang dan tidak memalukan orang lain. Azam saya hari ini, saya nak jadi orang yang berakhlaq baik. Semoga Allah lembutkan hati-hati kita dan jadikan kita orang-orang yang tenang, insyaAllah.

Berbuat Baik dan Menahan Marah (Hentikan Kegaranganmu Timah)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------

Aku ditegur (secara gurau senda) oleh ofismate, kata mereka aku terlalu garang sampai nak bertanya pun mereka takut. Kadang-kadang tak garang, cuma suara pula terlalu kuat sampaikan kawan ni rasa malu dengan kawan sebelah sebab ditegur kesalahan.

Now, let me be clear - I've passed the phase where I needed people's validations of things I do or don't. Aku tak perlukan pendapat orang lain untuk mengatakan yang aku ni seorang yang baik, cuma perlu sedikit penambahbaikan; ataupun orang perlu kawan dan faham aku barulah orang tau diri aku yang sebenar. Ini bukan berlagak, cuma menjengah ke 30-an perkara ni adalah otomatik - I've fully accepted who I am, if people don't like me for who I am then I can't force them to like me. Even I took 30 years to like myself, so why would people who just knew me like me, then?

Tapi bila ditegur begitu, aku rasa kesian pada orang lain. Kesian disebabkan ego aku yang suka garang-garang, suka bercakap kuat-kuat sehingga kawan rasa dimalukan, kesian bila cuma disebabkan aku rasa I deserve to be myself even people don't like me - menyebabkan orang susah nak interaksi dengan aku, jadi aku rasa aku salah dalam hal ni.

Aku rasa aku kena buat sesuatu. Semalam aku bagitau ofismate, "waktu bulan puasa ni doalah kuat-kuat moga Allah selalu sejukkan hati aku dan tak garang-garang selalu 😉"

Kemudian pagi ini Allah sampaikan ilham. 

Yang kita ni hidup jangan menyusahkan orang lain. Sebab apa? Sebab kita mati besok pun, belum tentu orang akan ingat tentang kita, dah pasti tak semua kenal pun siapa kita. Jadi bila kita ni hidup tidaklah semenggah mana, tak seberapa pun hasilnya, kenapalah kita perlu menyusahkan hidup orang lain? Tak boleh ke kita ni sentiasa menyenangkan orang? Macam orang tua-tua selalu cakap, kecik-kecik taknak mati tapi dah besar menyusahkan orang. Nak ke kita hidup dengan dicop begitu? Astaghfirullah lah huhuhu.

Jadi tips hidup ni mudah : senangkanlah urusan orang lain.

Bila buat sesuatu tu, fikirlah 1 step ke hadapan; step yang mana apabila kita berbuat sesuatu, ianya akan menyenangkan orang akan datang.

Dalam urusan kerja aku dengan ofismate, aku akan berusaha menyenangkan hati mereka. Bukankah itu Sunnah Rasulullah saw? Beliau sentiasa berusaha menyenangkan hati orang lain, malah ada hadis yang menyatakan bahawa Nabi saw tak pernah lekang senyuman di bibirnya menyebabkan orang yang melihat merasa senang hati.

Pagi ini, masa mengaji Surah Ali-'Imran, Allah 'tunjukkan' pentingnya dalam berbuat baik iaitu orang yang menahan marah dan berbuat baik, adalah disukai oleh Allah dan itulah ciri-ciri orang yang bertaqwa; orang yang bertaqwalah akan mendapat syurga Allah. 

Nampak mudah je kan, Allah kata buat baik maka kamu digolongkan dalam golongan yang bertaqwa. Once dikira di dalam kalangan itu, maka mudahlah dijemput ke syurga Allah. Masya'Allah, siapalah kita nak menidakkan syurga Allah...

A133
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
(A-li'Imraan 3:133)
A134
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;


Dalam bulan puasa ni, terasa sangat yang nyawa aku tak panjang, hidup tak lama, bila-bila masa je Allah akan tarik nyawa aku. Jadi, nak ke aku ni mati dalam keadaan tahu bahawa ramai orang tak sayang, marah atau berdendam dengan aku? Huhu.. sadis bila pikir.

Semoga Allah melembutkan hati-hati kita dalam berurusan dengan manusia, dan semoga kita mampu istiqamah dalam mengamalkan Sunnah Rasullullah saw iaitu sentiasa tersenyum 😄😁

Salam senyum Ramadan 21 😊😊😊

Tadabbur Surah Al-Hadid

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
-------------------

Pagi ini dalam perjalanan ke tempat kerja, aku layan Ikim.fm. Waktu tu siaran mengenai tafsir surah Al-Hadid. Surah Al-Hadid merupakan salah satu surah kegemaran arwah ustaz aku, Ustaz Abdul Sri bin Koboi. Arwah merupakan seorang guru yang mula-mula mengajar aku erti aqidah dan tasawuf (ilmu ihsan dan akhlaq) di luar waktu pelajaran sekolah.

Aku agak tertarik untuk tadabbur surah Al-Hadid pagi ni jadi aku bukak website quran.com. Mula-mula niat aku nak tadabbur ayat 25 saja (mengenai orang siddiqin yang lebih dimuliakan Allah di akhirat, berbanding para syuhada'). Tapi biasalah, kita yang tidak berilmu ni tak boleh nak faham kalau baca cuma 1 ayat, jadi aku mula baca dari ayat yang pertama.

Masya'Allah.. rasa runtun hati, Allah datangkan peringatan tepat pada masanya.

Isi tadabbur surah Al-Hadid yang dapat aku kongsikan :-

1) jangan kedekut, bersedekahlah. Allah tanya, tak mahu ke bagi pinjaman pada Allah? Masya'Allah.. Allah nak pinjam dari kita? Siapalah kita ni.. kita ni hamba yang kerdil, Allah lah yang mempunyai segala-galanya, pada Allah lah kita meminta-minta bila tidak cukup. Sebaliknya Allah mahu memuliakan kita dan meminjam dari kita, malah bila kita berikan pinjaman maka Allah akan lipatgandakan pinjaman kita tu lebih dari apa yang kita telah beri. Masya'Allah, di dunia ni siapalah yang baik hati nak ambil duit kita kemudian mahu menggandakannya?






2) cukup ke keimanan kita sehingga kita boleh bezakan diri kita sebagai seorang mukmin ataupun seorang hipokrit/munafik? kedua-duanya Allah tegur di dalam surah Al-Hadid ni. 
Orang munafik : orang yang berpura-pura dalam beribadah, orang yang mencampuradukkan agama dan dosa dan kemudiannya cuma berharap pada pengampunan Allah semata-mata, tanpa mahu beriman pada pengazaban Allah.
Orang beriman : bukankah sepatutnya hati-hati menjadi tunduk dan merendah diri (humble) setiap masa bila kita mengingati Allah? Tapi perasan tak, kadang-kadang kita berzikir tapi hati kita masih bongkak dengan apa yang kita ada, masih enggan merasa kehambaan. Malah kita ni solat, tapi solat tak menjadikan kita seorang yang berkata-kata dan berakhlak dengan baik. Astaghfirullah..
Jadi kita ni yang kita rasa beriman, betul-betul beriman atau kita sebenarnya munafik?





3) dunia ini memang Allah jadikan hanya sementara, tempat mainan je. memang Allah jadikan dunia ni kelihatan penuh dengan kenikmatan, tempat manusia bermegah-megah dengan apa yang mereka ada. jadi memang Allah dah bagitau, dunia ni tempatnya manusia bermegah-megah. jadi kita toksah la heran dengan orang yang suka bermegah-megah ni, dan jangan kita pun terikut-ikut nak bermegah sama.




4) dan akhir sekali, ini lah ayat yang paling tepat sekali nak dikongsikan dalam bulan Ramadan ni. Allah kata, berlumba-lumbalah buat baik dan mendapatkan keampuan Allah. Race towards Allah's forgiveness; and Garden of Heaven! Kau gila ke nak tolak offer macamtu, Allah kata berlarilah mendapatkan keampunanNya dan marilah ke syurga! Allahuakbar.. rasa nak berlari betul-betul sekarang ni, lari masuk ke padang besar (padang paling besar yang aku boleh imagine sekarang ialah padang hijau macam padang sekolah huhu).



Allah... sebak sikit bila tadabbur surah Al-Hadid ni sebab dari awal Ramadan, aku tak rasa nak berlumba-lumba beribadah lebih-lebih. Hati rasa numb. Padahal sebelum masuk Ramadan lagi aku dah seronok sangat nak berada dalam Ramadan, bulan penuh kemuliaan yang setiap satu amalan ibadah pun Allah gandakan. Moga-moga Allah beri kekuatan pada aku (dan semua) untuk menambahkan amalan bersedekah, memohon keampunan Allah dan lain-lain, dan moga Allah bantu kita istiqamah dalam setiap amalan kita. Amin ya rabbal 'alamin..

Selamat berpuasa dan salam Ramadan ke 9.

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...