Bali & Transjava : From Bali to Ijen (Part 1)

6.2.2015/ Jumaat

*pernah diceritakan di sini*

Pagi tu aku check out siap-siap sementara tunggu Itha sampai. Malam tadi kami sempat berwhatsapp bincang cara terbaik untuk aku ke Tanah Jawa, specifically Ijen.

Setakat pembacaan aku (yang aku baru google 2 malam sebelumnya) yang aku kena naik feri di Gilimanuk. Dari Gilimanuk, feri akan berlabuh di Port Ketapang. Dari Port Ketapang, aku mungkin kena cari bas atau bemo atau pun berjalan kaki ke stesen keretapi Banyuwangi. Naik keretapi kemudian turun di stesen Karengasem. Itu pilihan pertama. Ataupun aku boleh terus naik bas dari Gilimanuk atau Ubung untuk ke Banyuwangi.

Bila Itha datang, dia cadangkan aku ke Ubung dulu – ke Terminal Bas. Katanya, lebih mudah naik bas sebab boleh terus sampai ke Banyuwangi. Kalau naik feri lebih leceh sebab banyak kali kena bertukar transport, dan dia lebih risau kalau-kalau aku kena tipu. So aku ikut nasihat dia. Kalau ikutkan, dia pun takde la familiar sangat pasal route nak ke Ijen. Tapi dia lebih advise aku naik bas la citenye.

Sampai di stesen bas Ubung (lebih kurang 30 minit jugak jaraknya, itu pun Itha ikut jalan tikus, imagine 30 min atas motor dgn backpack lol), Itha terus bawak aku ke kaunter tiket. Dia taknak deal dengan ulat-ulat bas. Sampai kat satu kaunter, kaunter cadangkan aku ambik bas ke Banyuwangi. Bila Itha kata aku nak ke Ijen, dorang cadangkan aku turun di Situbondo pulak. Aku terus setuju sebab dalam banyak-banyak aku google, ada jugak salah satu caranya nak ke Ijen melalui stesen bas Situbondo. Dari hasil google aku, ada sorang mamat ni berjaya naik bemo dari Situbondo ke Sempol, dan di Sempol dia naik ojek sampai ke Paltuding.

Jadi aku setuju ke Situbondo dgn harga tiket bas Rp150,000.00.

Lepas beli tiket, aku ditunjukkan tempat bas aku. Sebelum naik, aku sempat berbasa-basi dengan Itha sebab banyak tolong aku. Sebab dia jugak, aku banyak skip bayar duit entrance. Contohnya Uluwatu, kalau foreigner kena bayar lagi mahal. Tapi Itha bijak cover line. Aku bayar dia dalam Rp500,000 lebih (lebih sangat, aku tak ingat) utk segala servis dari mula aku sampai Bali sampai la aku tinggalkan Bali (sebenarnya aku pun tak pasti cukup ke tak aku bayar haha).

Anyway, sape nak guna khidmat Itha, boleh google je Ojek Itha. Ataupun bukak blog Ajlaa sebab fon aku dah rosak, dan aku dah hilangkan nombor Itha.



So naik bas tu aku ingat dah boleh gerak la kan? Nope. Kena tunggu almost 2 hours, jam 12 lebih baru la bas bergerak. Sementara tunggu tu aku sempat tidur, bangun balik. Tu pun bas tak gerak-gerak lagi. Sangap habis masa tu.

dalam bas. dengan lagu dangdut kuat berdentum atas kepala adoi..

Dalam jam 12 pm, akhirnya bas pun bergerak. Sejam lepas tu bas naik atas feri. Fuh.. kau hado merasa naik bas dan bas naik atas feri? Heheh. Ni pengalaman pertama aku jujurnya. Ramai yg turun dari bas sebab panas. Tapi aku malas nak turun, nak buat apa, nak pegi mana nak turunnya (sebenarnya takut mabuk laut). Tapi dalam hati ada jugak cuak, buatnya kapal karam. Yg aku ni ha dalam bas. Lagi laa susah nak keluar. Isk!

bye Bali! (macam Terengganu tak?)

nak naik feri

atas feri


Ha dari mula bas naik atas feri sampai la bas behenti, banyak penjaja penjaja yg naik atas bas dan jual makanan. Macam-macam ada jual. Kalau tengok waktu biasa, mungkin aku boleh kembang tekak. Tapi sebab tengok time perut tengah lapar, aku terliur weh. Terus beli nasi lauk apa tah (macam serunding) dengan telur, dalam Rp10,000 kot?

brunch kita wak. sedey nengok


Bas meneruskan perjalanan lepas je selamat sampai ke Port Ketapang, takde stop mana-mana. Dan perjalanan ke Situbondo terlalu jauhhhhhh sampai aku sikit-sikit belek jam. Kawasan yang bas lalui adalah kawasan berbukit bukau, memang sejuk je pada pandangan mata. Bas ni jugak ada behenti di Baluran. Aku tau pasal Baluran ni pun sebab baca blog Kak Zilla. Masa ni hati berdebar jugak samada nak turun sini ke, tapi tak jadi memandangkan aku teringat yang trip Kak Zilla ada trekking dan camping. Takde keje plak kalau aku nak gi sensorang, tambah pulak tak cukup kelengkapan.

Hampir jam 7, matahari pun dah berlabuh, baru la aku sampai di terminal bas Situbondo. Aku diberhentikan di tepi jalan, tapi aku sempat tanya pada konduktor bas samada ada bemo atau tak. Dia pun taktau. So aku terus ke tengah2 stesen/kaunter bas dan tanya tentang bemo atau apa-apa transport untuk ke Ijen. Pada masa aku bertanya ni, aku masih tak dapat mengagak berapa lama tempoh perjalanan dari Situbondo ke Ijen. Pakcik-pakcik yang kat sana suruh aku tidur dulu semalam kat sini, besok baru bertolak ke Ijen memandangkan hari dah gelap. Kononnya besok akan ada bemo. Aku pun mengalah. Terus aku mintak direction ke hotel terdekat dan mintak diri.

stesen bas Situbondo

Dari stesen bas tu, aku amek simpang ke kanan. terus jumpa Hotel Ramayana. Aku ke kaunter dan tanya harga bilik. Masa dapat tau harga bilik murah-murah, aku terussss keliru. Macam... apahal murah gila bilik kau. So nak ambik bilik murah, tapi taknak standard drebar punya bilik, jadi dengan bangganya aku mintak Bilik Ekonomi. Lepastu menyesal. Nak tukar bilik macam malas.

Aku letakkan beg dan layan bilik dulu. Bila duk sensorang, memang kena be extra careful. Duk belek tingkap ok ke tak, toilet, pintu toilet, tingkap toilet, pintu. Sumpah aku kecut perut nak duduk bilik ni. Dah la tingkap macam senang kena kopak. Bilik macam berantuuu eeee. Haih.. bilik ni kalau in my sane mind, I wouldn't even dare to stay. Tapi since aku sorang, takde orang nak push aku so aku malas nak beriya. Cek katil, sesuai nak tidur. Bilik sesuai nak solat. Toilet ok. Then that's it. Hati kering time ni.

tak tercapai dek akalku aku boleh stay sini

Luffy, kau ingat kau kelakar?


Lepas lepak jap rehat, aku pun keluar balik. Cari makan sebab dah kebulur gila. Area ni memang quite nice. Ada pasar jual buah, ada beca nak ronda2 pekan, dan kedai makan banyak. Bila dah sampai Tanah Jawa ni at least aku lega sikit, dah senang nak cari mkanan halal insya'Allah. So aku pilih kedai yg nampak ok, dan pilih menu nasi goreng special. Ada beza ok nasi goreng special dgn nasi goreng istimewa leul leul.

Luffy teman kita dinner. 


Perut pun dah kenyang, pastu takde benda nak buat, so balik la bilik dan tidur. 

No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...